Anda di halaman 1dari 1

Aktiviti senaman amat penting untuk kesihatan tubuh badan kita.

Aktiviti senaman dijalankan di


sekolah dan melibatkan semua murid sekolah.Kita mesti memahami faedah bersenam untuk
kekal sihat.

  Antara faedah-faedah bersenam ialah kita dapat mencergaskan tubuh badan kita.Kita akan
berasa lebih cergas dan sihat semasa kita bersenam.Kita juga boleh mengeluarkan peluh apabila
kita berjoging atau berjalan kaki.Bersenam juga dapat melawan penyakit-penyakit yang
berbahaya seperti obesity dan sakit jantung.

  Selain itu,bersenam juga dapat mengisi masa lapang kita.Kita tidak akan terlibat dalam gejala
social apabila kita bersenam kerana kita dapat membezakan aktiviti yang sihat dengan aktiviti
yang tidak sihat.Bersenam juga dapat mematangkan minda dan tubuh kita.Jika kita
bersenam,kita sedang mengamalkan gaya hidup yang sihat.

  Seterusnya,bersenam juga dapat mengeratkan hubungan kita dengan keluarga.Kita boleh


mengajak keluarga untuk bersenam dengan kita di taman rakyat.Semasa kita bersenam,kita boleh
berbincang dengan keluarga tentang hal-hal rumah.Dengan ini kita dapat menjalin kemesraan
dan kebahagiaan dengan keluarga.

  Selain daripada itu,bersenam dapat juga mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh kita.Kita
dapat memberikan focus sepenuhnya pada senaman dan tidak memikirkan stress di
sekolah,tempat kerja atau rumah untuk membina pemikiran yang tenang.Dengan bersenam kita
juga dapat mengubati masalah psikologi.

  Akhir sekali,bersenam juga merupakan terapi minda.Kita dapat menghirup udara yang segar
semasa kita melakukan senaman di luar rumah contohnya di taman permainan dan taman
rekreasi.Kita juga tidak memerlukan kos yang tinggi untuk bersenam di dalam gim yang banyak
dibuka di sekitar bandar.Bersenam dapat menjadikan rakyat Malaysia cergas dan cerdas.

  Kesimpulannya,rakyat Malaysia mesti bersenam kerana banyak faedah yang dapat diperoleh
daripada bersenam.Bersenam juga dapat menguntungkan banyak pihak contohnya kita
mendapat tubuh badan yang sihat dan pihak gim mendapat pendapatan.Kita perlu mula
bersenam dari sekarang untuk menjaga kesihatan kita.’Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian
tidak berguna’.

Anda mungkin juga menyukai