Anda di halaman 1dari 7

Perkenalan

• Khabar baik, saudari pengerusi. Sebelumnya saya


hendak membetulkan maklumat yang saudari
pengerusi sampaikan tadi, sebenarnya bukannya 3
tahun ya saudari pengerusi tetapi hanya 2 tahun
sahaja iaitu pada tahun 2007 dan 2008.
• begitulah hendaknya.
Round 1
- Terima kasih saudari pengerusi. Selain dari faktor2 yang telah
disebutkan oleh saudari Anizah sebentar tadi,faktor psikologi juga turut
menyumbang kepada masalah ini. Kita lihat sahaja skuad badminton
negara kita, masalah tekanan adalah faktor yang menghantui diri
mereka. Pemain badminton jelas mempunyai masalah besar dari sudut
kematangan dan kecerdasan emosi. Hal ini terjadi kepada pemain
beregu badminton negara kita iaitu gandingan Fairuzizuan dan zakry
yang tidak mampu mengawal emosi yang tertekan sehingga melakukan
reaksi negatif akibat daripada provokasi penonton dalam Piala Thomas
yang lalu. Pemain kita tidak boleh bermain lebih baik daripada biasa
seperti yang dilakukan oleh pihak lawan. Sepatutnya pada kejohanan
besar, mereka harus mempunyai semangat juang yang amat tinggi dan
boleh meningkatkan mutu permainan mereka. Sebaliknya semangat
juang mereka semakin pudar apabila pihak lawan semakin mendahului
atlit negara kita semasa beraksi dalam sesuatu perlawanan.
- Selain faktor psikologi dan faktor taktikal, saya juga berpendapat
faktor media massa turut merupakan salah satu sebab masalah ini
terjadi. Media massa pada masa kini lebih banyak menyiarkan
kejayaan dan kejohanan luar negara sahaja. Hal ini menyebabkan
rakyat negara kita terlalu mengagung-agungkan atlet luar negara
berbanding atlet negara kita sendiri. Saya rasa jika saudara nun jauh di
hujunh sana ditanya siapa pemain bola sepak negara kita sudah tentu
saudara teragak2 untuk menjawabnya. Tetapi jika ditanya tentang
pemain bola sepak yang beraksi di kelab2 terkemuka di negara Eropah
bukan sahaja barisan pemain utama yang akan disebut bahkan
termasuk pemain yang berada di bangku simpanan. Malahan publisti
yang terlalu banyak diberikan kepada atlet2 sukan negara kita, turut
menjadi pemangkin mereka tidak menyerlah di sukan antarabangsa.
Hal ini mengakibatkan mereka cepat berasa puas hati dengan kejayaan
mereka tersebut sehingga alpa mengekalkan kejayaan mereka apabila
beraksi dalam mana2 kancah kejohanan yang lain.
Sekian, berbalik kepada saudari pengerusi.
 
Round 2 (1)
- Maafkan saya saudari pengerusi, izinkan saya untuk menambahkan sesuatu.
- Saya berpendapat bahawa pencarian bakat2 baru untuk menjadi pelapis
atlet sukan negara akan datang haruslah bermula di sekolah lagi. Hal ini
kerana sekolah merupakan pusat terkumpulnya para pelajar yang
mempunyai bakat atau potensi dalam Sesuatu sukan yang boleh dilatih
dari awal.

- Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah boleh dijadikan satu


landasan mencari bakat2 baru tersebut kerana kokurikulum bukan sahaja
menjadi penyumbang markah sebanyak 10% bagi kemasukan univesiti
tetapi turut menjadi salah satu cara untuk mencungkil bakat pelajar dalam
sesuatu bidang sukan. Penyertaan para pelajar dalam sukan yang telah
diwajibkan dalam kokurikulum harus diberi penekanan kerana dengan
penerapan nilai sukan di sekolah, kita dapat mengembalikan sekolah
sebagai institusi utama untuk melahirkan bakat sukan di peringkat akar
umbi.
- Walau bagaimanapun, sukan dan akedemik perlu diseimbangkan kerana jika
ia tidak seimbang, kita tidak akan mencapai matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu mahu sekolah melahirkan pelajar yang terbaik mengikut
konsep JERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek agar kita bukan sahaja
dapat melahirkan satu lagi atlet hebat tetapi seorang atlet yg bilmu
pengetahuan. Dengan ini, hasrat satu pelajar satu sukan yang diutarakan
oleh Kementerian Pelajaran yang mahu mewajibkan semua pelajar
menyertai satu jenis sukan mulai tahun depan pasti dapat dilaksanakan
dengan jayanya.

- Kejayaan Datuk Nicol Ann David dan Azizulhasni Awang dlm bidang
pelajaran dan sukan wajar dijadikan contoh dan teladan untuk generasi
muda negara sekarang. Malah, atlet2 muda negara yang mewakili sukan
olimpik remaja di singapura baru2 ini adalah merupakan remaja yang
berusia antara 14 thn sehingga 18 thn.

Sekian,berbalik kepada saudari pengerusi


Round 2(2)
- Pada dasarnya, saya amat bersetuju dgn pendapat saudari shazwani tadi
bahawa sukan mampu menjana ekonomi negara tetapi sampai bilakah
negara kita hanya mampu berbangga diangkat sebagai penganjur terbaik
atau penganjur bertaraf dunia seperti baru2 ini kita hanya menjadi
penganjur bagi kejohanan Monsoon Cup tetapi tidak menghantar atlet
untuk mewakili negara kita dlm kejohanan tersebut. Saya juga tidak
menafikan bahawa Malaysia memang ada menghantar wakil bagi
kejohanan2 yang lain tetapi hanya sekadar untuk mencukupkan korum
sahaja dan tidak menempa sebarang kejayaan.
Berbalik kepada saudari pengerusi.
Kesimpulan
- Terima kasih saudari pengerusi . Kerajaan perlulah serius untuk
mencari kelemahan dan memperbaiki prestasi dan budaya
sukan di negara ini. Apa yang penting, jangan menyerahkan
tugas ini kepada pihak pentadbiran saja. Berilah peluang
kepada mereka yang arif dalam bidang sukan untuk
membantu mengembalikan kegemilangan sukan di negara ini.
kembali kepada saudari pengerusi.

Anda mungkin juga menyukai