Anda di halaman 1dari 5

RUMUSAN

Kesimpulannya, SK Pekan Keningau II telah berjaya merealisasikan


hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan negara kita. Sedikit sebanyak
pengalaman dapat ditimba dan dapat diperbaharui dengan cara yang baru
untuk memantapkan lagi keberkesanan pencapaian hasrat falsafah negara
kita.
Berdasarkan kepada semua huraian tersebut, maka ternyatalah
bahawa kejayaan sesebuah sekolah dalam merealisasikan FPK adalah
bergantung kepada aspek-aspek kepemimpinan, budaya sekolah, kokurikulum, guru dan juga disiplin. Semua aspek ini akan menentukan modal
insan yang bakal dihasilkan sama ada memenuhi hasrat FPK atau tidak.
Kejayaan sekolah dalam merealisasikan FPK juga secara tidak langsung
mampu menjana dan membina modal insan yang berkualiti. Merujuk kepada
PIPP (2006), negara kita berhasrat untuk menghasilkan modal insan yang
mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berperibadi mulia,
berpengetahuan dan berkemahiran tinggi perlu mampu untuk berfikir secara
kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan
mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta berkebolehan
untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubahubah. Sekali lagi dinyatakan bahawa, peranan sekolah amat penting dalam
menyahut cabaran yang terkandung di dalam FPK untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia
bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara.

REFLEKSI
Sepanjang melakukan tugasan ini, ia merupakan satu cabaran bagi
saya kerana kami harus mendapatkan maklumat dari sekolah yang kita jalani
Pengalaman Berasaskan Sekolah dan merupakan pengalaman yang baru
bagi saya untuk membuat tugasan ini. Dengan bimbingan dan rujukan dari
pensyarah serta rakan akhirnya saya dapat melaksanakan tugasan ini dan
memberikan komitmen sepenuhnya untuk menyiapkan tugasan ini.
Sukar untuk dinafikan proses menyempurnakan tugasan ini amat
sukar. Ketelitian perlu ditekankan. Ini kerana laporannya hendaklah
berdasarkan maklumat sekolah yang telah dikumpulkan. Pensyarah kami iaitu
Cik Norhayaty Binti Ismail, membimbing kami dan memberikan pemahaman
yang jelas dalam tugasan ini. Beliau telah memberikan tunjuk ajar dan
penerangan mengenai kerja kursus ini dan saya memulakan pelan tindakan,
draf dan sedikit rangka beserta penulisannya.
Dalam tugasan ini, saya harus bersedia dari segi fizikal dan mental
agar menjadi kebiasaan dan nilai ini akan terus kekal dalam diri saya sebagai
seorang guru dan pendidik suatu hari kelak. Setiap perlakuan kita akan
diperhatikan oleh anak murid, dengan itu kita harus menunjukkan yang
terbaik agar menjadi contoh kepada anak murid.
Tuntasnya, tugasan ini telah berjaya disempurnakan. Saya amat
gembira dan puas hati dengan diri saya serta rakan-rakan yang lain kerana
telah berjaya menyempurnakan kerja kursus ini. Segala masalah dan
kesukaran yang saya hadapi sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, saya
ambil sebagai iktibar untuk memastikan tugasan pada masa hadapan dapat
saya laksanakan dengan lebih baik. Saya berharap, semoga tugasan ini akan
membantu saya lebih memahami tentang cara untuk merealisasikan hasrat
dalam falsafah pendidikan negara kita.

Borang Rekod Kolaborasi Kerja Kursus


NAMA PELAJAR

: LANCELOT DOOM AK AMBROSE CENADA

NO. MATRIK

: 7276

KUMPULAN

: PISMP PJ JUN 2010

MATAPELAJARAN

: FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

SEMESTER: 1

PENSYARAH PEMBIMBING : CIK NORHAYATY BINTI ISMAIL


TARIKH

PERKARA YANG

CATATAN

TANDATANGAN

DIBINCANGKAN
5 MAC 9 Pengalaman Berasaskan PBS
dijalankan
MAC 2012 Sekolah dijalankan selama
bersama rakan di
seminggu

SK

Pekan

Keningau 2
10 MAC
2012

Peranan

sekolah

merealisasikan

dalam Perbincangan

Falsafah

Pendidkan Kebangsaan

dilakukan
bersama

rakan

(Wilhelmus,
Timothy,
13 MAC
2012

Rashid,

Implikasi

Alfian, Victor)
Falsafah Perbincangan

Pendidikan

terhadap

sistem pendidikan negara

dilakukan
bersama

rakan

(Wilhelmus,
Timothy,
16 MAC
2012

19 MAC
2012

Rashid,

Alfian, Victor)
Rumusan dan cadangan Perbincangan
mengenai

soalan

kerja

dilakukan

kursus(berdasarkan

bersama

rakan

maklumat yang diperoleh

(Rashid,

Alfian,

daripada sekolah)
Kerja kursus siap

Victor, Jane)
Tugasan
dihantar
kepada pensyarah

RUJUKAN

Bibliography
anonymous. (2010, DISEMBER 5). Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Retrieved MAC 10, 2012, from http://ms.wikipedia.org:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Falsafah_Pendidikan_Kebangsaan
arieDRifke. (2011). IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DALAM
SISTEM PENDIDIKAN NEGARA. Retrieved MAC 10, 2012, from
http://ariedrifke.blogspot.com:
http://ariedrifke.blogspot.com/2010/04/implikasi-falsafahpendidikan.html
II, P. A. (2011, JULAI 31). Panitia Agama Islam dan Bahasa Arab SK. Pekan
Keningau II, Keningau, Sabah. Retrieved MAC 10, 2012, from
http://paibaskpk2.blogspot.com/: http://paibaskpk2.blogspot.com/
USM, P. (2007). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Retrieved MAC 10, 2012,
from http://upu.mohe.gov.my:
http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php

10

LAMPIRAN

11

Anda mungkin juga menyukai