Anda di halaman 1dari 33

SEPAK TAKRAW

Sejarah

Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.

Di Malaysia permainan ini disebut 'sepak raga', di Filipina 'sipa', di Burma 'chinlone', di Laos 'kator', dan di Thailand 'takraw'. Permainan sepaktakraw yang ada sekarang merupakan adaptasi permainan sepak raga dan badminton.

Sejenis permainan di antara dua pasukan atau regu yang dianggotai oleh tiga orang pemain bagi setiap regu.

Bola takraw pula pada asalnya diperbuat daripada rotan dan kini telah digantikan dengan penggunaan bola sintetik.

Apit Kiri Apit Kanan

Tekong

Pemain

Tekong merupakan pemain yang berada di bahagian tengah berhampiran bulatan sepak mula, bertindak melakukan sepak mula atau servis serta mengawal bahagian tengah dan belakang gelanggang.

Apit kanan

merupakan pemain yang berada di bahagian sebelah kanan tekong, bertindak mengawal bahagian kanan dan bahagian hadapan gelanggang.

Apit kiri merupakan pemain yang berada di bahagian sebelah kiri tekong, bertindak mengawal bahagian kiri dan bahagian hadapan gelanggang.

1.GELANGGANG
1.1 Ukuran gelanggangBerukuran 13.4 x 6.1m dan bebas dari sebarang halangan setinggi 8m dari permukaan lantai ( gelanggang pasir dan rumput tidak digalakan). 1.2. Garisan GelanggangLebar semua garisan gelanggang tidak boleh melebihi 0.04m dan dilukis hala-dalam dari penjuru ukuran gelanggang. Semua garisan hendaklah dilukis sekurang-kurangnya 3.0m dari sebarang halangan. 1.3. Garisan TerasGarisan selebar 0.02m yang membahagaikan gelanggang kepada 2 bahagian yang sama besar.

1.4. Garisan Suku BulatanPada pertemuan-silang antara garisan tengah dengan setiap garisan tepi, garisan suku bulatan hendaklah dilukis dari garisan tepi ke ke garisan tengah berjejari 0.9m diukur dan dilukis hala-keluar dari jejari 0.9m. 1.5. Bulatan Sepak MulaBulatan sepakmula berjejari 0.3m hendaklah dilukis pada petak kiri dan kanan gelanggang, yang man pusatnya adalah 2.45m dari garisan belakang gelanggang, 4.25m dari garisan tengah gelanggang dan 3.05m dari garisan tepi. Garisan 0.04m ini hendaklah diukur dan dilukis hala keluar dari jejari 0.3m.

2. TIANG
2.1 Ukuran tiangTiang mestilah menpunyai ketinggi 1.55m (1.45m untuk Wanita) dari permukaan gelanggang dan hendaklah cucup teguh untuk mengekalkan ketegangan jaring. Ianya hendaklah diperbuat dari bahan yang teguh dan jejarinya tidak boleh melebihi 0.04m. 2.2 Kedudukan TiangTiang hendaklah didirikan atau ditempatkan 0.3m dari garisan tepi dan sebaris dengan garisan teras.

3. JARING
3.1 Jaring hendaklah diperbuat dari tali biasa atau nylon yang halus dengan siratan berukuran diantara 0.06m hingga 0.08m. Jaring hendaklah 0.7m lebar dan tidak melebihi 6.10m panjang dan pada kedua-dua hujungnya diletatkan pita 0.05m dari bahagian atas hingga kebawah dan hendaklah dalam kedudukan sebaris dan menegak dengan garisan tepi.Pita inidinamakan pita sempadan. 3.2. Dibahagian atas dan bawah jaring hendaklah dilapik dengan pita 0.05m yang diperkuat dengan benang atau nylon. Pita ini berfungsi sebagai pengampu tali regangan. Setelah diregang, bahagian atas jaring hendaklah 1.52m (1.42m untuk wanita) tinggi dibahagaian tengah gelanggang dan 1.55m (1.45m untuk wanita) ditiang. a. 1.55m (1.42 untuk wanita) - ukuran ditepi tiangb. 1.52m (1.45 untuk wanita) - ukuran dibahagian tengah jaring.

4. PERALATAN / PAKAIAN PEMAIN


4.1. Pemain pemain hendaklah memakai Jersey/T-shirt dan berseluar pendek (T-shirt berkolar bulat dengan seluar sehingga paras lutut untuk wanita) dan berkasut sukan dengan tapak getah. Adalah dilarang pemain memakai seberang benda/pakaian yang boleh membahayakan Pasukan Lawan semasa pertandingan.Dalam keadaan cuaca sejuk, pemainpemain dibenarkan memakai track suits. 4.2. Sebarang benda yang dipakai oleh Pemain dianggap sebahagian dari anggotanya. Jersey/T-Shirt mestilah dimasukan kedalam (seluar)

4.3. Sebarang alatan/benda yang boleh melajukan bola takraw atau membantu mempercepatkan pergerakan pemain tidak dibenarkan. 4.4. Ketua Regu hendaklah memakai 'Arm Band' dilengan kirinya. 4.5. Semua Jersey/T-Shirt hendaklah bernombor antara 1 hingga 15 dibahagian belakang.Setiap pemain mestilah diberi satu nombor tetap sepanjang kejohanan. Hanya nombor 1 hingga 15 dibenarkan untuk digunakan oelh setiap pasukan yang bertanding. Nombor ini hendaklah berukuran tidak kurang dari 19cm tinggi.

5. GANTIAN PEMAIN
5.1. Gantian Pemain dibenarkan pada sebarang masa asalkan ianya diminta oleh Pengurus Pasukan atau Jurulatih Rasmi kepada Pengadil Rasmi dan semasa bola tidak didalam permainan. 5.2. Setiap Regu dibenarkan membuat satu gantian sahaja. 5.3. Pemain yang diperintah keluar gelanggang oleh Pengadil semasa permainan, boleh digantikan asalkan gantian belum dilakuan. 5.4. Mana-mana pemain yang telah bermain atau diletakkan sebagai Pemain Simpanan dalam mana-mana Regu tidak dibenarkan bermain didalam Regu lain didalam pertandingan yang sama. 5.5. Mana-mana Regu yang mengandungi kurang dari 3 Pemain, tidak dibenarkan meneruskan permainan dan akan dianggap Kalah.

6. PEGAWAI-PEGAWAI Permain diuruskan oleh Pegawai-Pegawai berikut: I) I Pengadil Rasmi ii) 2 Pengadil iii) 6 Pengadil Garisan (4 digarisan tepi dan 2 digarisan belakang)Nota: Kedudukan 2 orang Pengadil Garisan untuk Gariasan Belakang hendaklah bersetentang dengan Pengadil.

Peraturan

7. PERKARA PERKARA BATAL 7.1. Pihak Sepak Mula 7.1.1. Apit yang melontar bola, memain-mainkan bola (melambung, menghempas,memberi kepada apit lain dan lain-lain) selepas pengadil selesai mengumumkan mata pertandingan. 7.1.2. Mana-mana apit mengangkat kaki, memijak Garisan atau melepasi jaring atau menyentuh jaring semasa campakan bola dibuat. 7.1.3. Tekong semasa melakuan sepak mula, sebelah kakinya tidak menyentuh gelanggang atau memijak garisan bulatan sepak mula. 7.1.4. Tekong tidak menyepak bola yang dilontar.

7.1.5. Bola menyetuh Pemain Regunya sebelum melintasi ke petak gelanggang lawan. 7.1.6. Bola melintasi jaring tetapi jatuh diluar gelanggan. 7.1.7. Bola tidak melintasi ke Petak Gelanggang Lawan.

7.2. Peneriama Sepak Mula


Melakuan tingkah-laku yang boleh mengganggu atau membuat bising atau ,menengking terhadap pihak lawan.

7.3. Kedua-dua Pihak semasa Permainan.


7.3.1. Memijak Garisan Tengah. 7.3.2. Mana-mana pemain yang menyentuh bola dikawasan lawan. 7.3.3. Mana-mana bahagian anggota Pemain memasuki kawasan lawan samada diatas atau dibawah jaring kecuali semasa 'followthrough' 7.3.4. Memainkan bola lebih dari 3 kali berturutan. 7.3.5. Bola menyentuh tangan.

7.3.6. Bola melurut dianggota badan. 7.3.7. Memberhenti atau mengepit bola dibawah tangan/lengan, antara kedua-dua paha/kaki atau badan. 7.3.8. Sebarang anggota atau peralatan Pemain seperti kasut, pelilit kepala dan lain lain menyentuh jaring, tiang, kerusi Pengadil atau jatuh kekawasan lawan. 7.3.9. Bola terkena siling, bumbung, dinding atau lain lain benda. 7.3.10. Mana mana Pemain yang sengaja melambat-lambatkan permainan.

8. SISTEM KIRAAN MATA


8.1 Bila perkara batal dilakukan oleh semada bahagaian sepak mula atau menerima sepak mula, satu mata akan diberi kepada pihak lawan termasuk melakukan sepak mula seterusnya. 8.2 Mata kemenangan maksima untuk setiap set ialah 21 mata. 8.3 Permainan dijalankan didalam 2 set dengan 2 minit rihat diantaranya.

8.4 Jika masing-masing Regu memengangi 1 set, permainan akan ditentukan didalam set ketiga yang dinamakan 'Tie Break' deangan 15 mata. 8.5 Sebelum Pusingan 'tie Break' bermula, pengadil akan membuat undian dan bahagian yang memenangi undian akan membuat sepak mula. tukar petak akan berlaku bila satu Regu mencapai 8 mata.

Senaman Regangan

Perkembangan Kemahiran
Kemahiran asas

Sepak Sila

Sepak Kuda

Menanduk

Permainan dan pertandingan

Anda mungkin juga menyukai