Anda di halaman 1dari 16

Memulakan Permainan

Ia dimulakan oleh pasukan yang memilih untuk memulakan permainan


setelah menang dalam mementing syiling oleh pengadil. Kedua-dua pasukan
mestilah berada di dalam kawasan sendiri. Pasukan lawan harus berada pada
jarak 3 meter dari pemain yang memegang bola dan pemain ini mestilah
memijak garisan tengah. Permainan bermula dengan tiupan wisel pengadil
gelanggang.
Balingan ke Dalam
Balingan ini diberikan apabila bola terkeluar dari garisan tepi samada di tanah
atau di udara yang disentuh oleh pihak lawan. Pemain yang mengambil
balingan ini mestilah diambil dari tempat di mana bola itu keluar dengan
sekurang-kurangnya sebelah kaki memijak garisan tepi. Pemain lawan
mestilah berada pada jarak 3 meter dari pembaling.
Balingan ke dalam di sudut
Balingan ini diberikan apabila bola disentuh oleh pemain pertahanan dan
keluar melintasi garisan gol. Pemain yang mengambil balingan ini mestilah
berada di sudut garisan gol dan garisan tepi dengan sekurang-kurangnya
sebelah kaki memijak garisan tepi. Pemain lawan mestilah berada pada jarak 3
meter dari pembaling.
14. Balingan Pengadil
Ia diberikan apabila :

14.1. Kesalahan berlaku serentak oleh kedua-dua pasukan.


14.2. Bola direbut oleh kedua-dua pemain.

15. 15. Balingan Percuma


Balingan ini diberikan bagi sebarang kesalahan yang ringan. Balingan diambil
dari tempat di mana kawasan itu berlaku kecuali

15.1. Bila kesalahan berlaku di dalam kawasan 9 meter balingan dibuat di luar
garisan 9 meter. Semua pemain penyerang berada di luar garisan 9 meter
sebelum bola dimainkan.
15.2. Bila berlaku kesalahan penggantian Balingan dilakukan di kawasan
penggantian atau di tempat bola dimatikan oleh pengadil semasa menyerang.
(mana-mana yang memberi kelebihan kepada pihak lawan).
15.3. Kesalahan yang dilakukan di dalam kawasan gol - balingan dibuat di luar
garisan 9 meter.
15.4. Pemain pertahanan menghantar bola kepada penjaga gol sendiri dan bola
tersebut mati di dalam kawasan gol tanpa disentuh oleh penjaga gol.
Balingan ini diambil dengan sekurang-kurangnya sebelah kaki memijak tanah
atau gelanggang semasa membuat balingan. Pemain lawan berada pada jarak
3 meter sebelum balingan dilakukan.

16. 16. Balingan 7 meter (penalti)


Balingan ini diberikan apabila

16.1. Peluang keemasan menjaring gol dimusnahkan oleh pemain pertahanan.


16.2. Penjaga gol membawa masuk bola ke dalam kawasan 6 meter.
16.3. Pemain pertahanan menghantar bola kepada penjaga gol sendiri dan bola
tersebut disentuh oleh penjaga gol.

Semua pemain mesti berada di luar garisan 9 meter. Pemain yang mengambil
balingan 7 meter ini tidak dibenarkan memijak garisan balingan semasa
balingan dilakukan. Penjaga gol boleh bergerak keluar hingga 4 meter dari
garisan golnya.
17. Balingan Gol
Balingan ini diberikan apabila

17.1. bola disentuh oleh penjaga gol dan keluar melintasi garisan gol.
17.2. bola diballing keluar melalui garisan gol oleh pemain penyerang.

18. 18. Hukuman Susulan


Hukuman bagi kesalahan yang lebih serius selain daripada memberikan
balingan percuma kepada pihak lawan boleh disusuli dengan hukuiman yang
lebih berat. Antara hukuman yang boleh diberikan :

18.1. Amaran (Kad Kuning)


18.2. 2 minit penggantungan
18.3. Penyingkiran
18.4. Pembatalan
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
5.2.1 Peraturan

Gelanggang Permainan

Sebelum kita meneroka dengan lebih lanjut lagi marilah kita kenal pasti saiz
gelanggang permainan bola baling ini. Gelanggang permainan berukuran 40m
panjang dan 20m panjang lebar termasuk dua kawasan gol (rujuk Rajah 5.6).
Garisan sempadan yang panjang dipanggil garisan tepi dan garisan yang lebih
pendek dipanggil garisan gol (antara tiang gol). Di sekeliling gelanggang juga
terdapat zon keselamatan dengan ukuran lm di sepanjang garisan tepi dan 2m
di belakang garisan gol. Tiang gol (rujuk Rajah 5.7) diletakkan di tengah-
tengah antara garisan gol. Ukuran untuk tiang gol adalah 2m panjang dan 3m
lebar. Tiang gol juga mesti dilengkapi dengan jaring kerana sekiranya bola
yang dilontar mencecah jaring, bola itu dianggap telah dijaringkan dan mata
akan diperolehi. Di hadapan setiap tiang gol terdapat kawasan gol. Kawasan
gol berukuran 6m dari kawasan garisan gol. Garisan balingan percuma
(garisan 9 meter) ialah garisan putus-putus yang berada 3m di luar kawasan
garisan gol. Garisan 7 meter ialah garisan di luar kawasan garisan gol dan
dibuat sepanjang 1m. Ia terletak di hadapan tiang gol dan juga dikenali
sebagai garisan penalti. Garisan penggantian pemain (Rajah 5.6) untuk setiap
pasukan terletak di antara garisan tengah dengan ukuran jarak sepanjang
4.5m dari kawasan garisan tepi.

Rajah 5.6: Ukuran Gelanggang Permainan


Rajah 5.7: Ukuran Tiang Gol

Masa Permainan, Isyarat Akhir dan Masa Rehat

(a) Masa Permainan

Masa permainan yang biasa untuk semua pasukan bagi pemain berumur 16
tahun ke atas ialah 30 minit untuk setiap separuh masa. Masa rehat pula ialah
selama 10 minit. Masa permainan bagi peringkat remaja bagi umur 12 hingga
16 tahun ialah 25 minit pada setiap separuh masa manakala bagi peringkat
umur 8 hingga 12 tahun ialah 20 minit untuk setiap separuh masa. Masa rehat
untuk kedua-dua kategori ini juga adalah selama 10 minit. Jikalau sesuatu
perlawanan berakhir dengan seri, perlawanan masa tambahan akan diadakan
selepas rehat selama 5 minit. Perlawanan masa tambahan adalah terdiri
daripada dua separuh masa dalam tempoh 5 minit untuk setiap separuh masa
tanpa masa rehat di antaranya berserta dengan pertukaran tempat gol.
Peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh jawatankuasa pengelola akan
dipatuhi sekiranya berlaku keadaan seri sekali lagi. Sekiranya berlaku seperti
kes di atas, kebiasaannya balingan 7 meter atau balingan penalti sebanyak 5
kali untuk setiap pasukan akan dilakukan untuk menentukan pemenang.
(b)

Isyarat Akhir
Masa perlawanan dimulakan dengan tiupan wisel untuk balingan permulaan.
Masa perlawanan tamat juga ditentukan dengan isyarat automatik melalui
jam awam atau melalui isyarat penjaga masa. Penjaga masa boleh
menggunakan jam meja atau jam randik. Jika terdapat jam awam, maka ia
harus disetkan terlebih dahulu supaya bermula dari 0-30 minit. Jika tiada
isyarat melalui jam awam atau melalui penjaga masa, pengadil sendiri akan
memberhentikan perlawanan melalui tiupan wisel. Pengadil yang akan
menentukan masa perlawanan akan dihentikan buat sementara, contohnya
apabila salah satu pasukan memintatime-outdan bilakah masanya permainan
dimulakan semula, berserta isyarat yang ditunjukkan kepada penjaga masa.
Jika tiupan wisel tamat dibunyikan pada waktu balingan biasa atau balingan 7
meter dilakukan dan bola yang dibalingkan masih di udara, maka balingan
semula perlu dilakukan. Pemain yang membuat kesalahan peraturan pada
waktu balingan percuma atau balingan 7 meter sedang berlangsung juga akan
didenda. Jika pengadil mendapati bahawa penjaga masa telah memberi
isyarat tamat terlalu awal, maka beliau akan meneruskan perlawanan tersebut
berdasarkan baki jangka masa yang tertinggal dengan masa mula semasa
wisel ditiupkan. Jika perlawanan separuh masa pertama terlalu lama, maka
perlawanan separuh masa kedua akan disingkatkan mengikut perbezaan masa
yang wujud.
(c) memberhentikan perlawanan(time-out)
Pemberhentian masa sementara (time-out) adalah dibenarkan sekiranya
berlaku situasi seperti:
-seorang pemain yang dikenakan penalti 2 minit keluar padang
-diminta oleh pasukan yang bermain
-melalui isyarat wisel dari penjaga masa atau teknikal pertandingan
Kesalahan melanggar peraturan yang berlaku ketika masa diberhentikan
sementara (time-out) adalah sama seperti ketika perlawanan berlangsung dan
pengadil akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Secara amnya, pengadil
akan memutuskan bila tiba masanya akan dihentikan dan dimulakan semula
berhubung dengantime-out. Pengadil juga akan memberikan isyarat kepada
penjaga masa diikuti dengan tiga kali tiupan wisel dan isyarat T. Setiap
pasukan dibenarkan menerima atau membuat satu panggilantime-out selama
satu minit untuk setiap separuh masa, tetapi ini tidak dibenarkan ketika masa
tambahan.
Rajah 5.8: Isyarat daripada pengadil
Rajah 5.9: Isyarattime-out kepada penjaga masa

BOLA PERLAWANAN
Bola yang digunakan diperbuat daripada kulit atau bahan sintetik dan
mestilah berbentuk bulat. Permukaan bola juga tidak boleh diperbuat
daripada bahan yang boleh memberi kesan silau atau berpermukaan licin.
Bagi perlawanan pemain lelaki ukuran lilit bola yang digunakan mestilah
58sm-60sm dan berat di antara 425g-475g (IHF berukuran 3), manakala bagi
pemain wanita pula, ukur lilit bola ialah 54sm-56sm dan beratnya di antara
325g-400g. Bola mini hanya digunakan untuk perlawanan bola baling di
peringkat sekolah rendah dan bola yang sama saiznya digunakan untuk
pemain lelaki dan perempuan. Pada setiap perlawanan, diwajibkan terdapat
dua biji bola yang mempunyai spesifikasi yang ditetapkan dalam peraturan.
Bola simpanan juga mesti diletakkan berdekatan dengan meja penjaga masa
semasa perlawanan. Pengadil akan memutuskan bila bola simpanan boleh
digunakan. Apabila bermulanya sesuatu perlawanan, bola yang digunakan
tidak boleh ditukar dengan bola yang baru kecuali perlu.

Rajah 5.10: Bola perlawanan untuk perlawanan bola baling

Pasukan, Pertukaran Pemain dan Peralatan


(a) Pasukan
setiap pasukan terdiri daripada 14 pemain di mana 7 daripadanya adalah
pemain utama dan selebihnya adalah pemain simpanan. Setiap pasukan
seharusnya mempunyai seorang penjaga gol pada setiap masa. Setiap pasukan
perlu mempunyai 5 pemain di dalam gelanggang untuk memulakan sesuatu
perlawanan dan sesuatu perlawanan yang sedang berlangsung boleh
diteruskan sekiranya hanya tinggal lima orang pemain sahaja. Hanya 4
pegawai sahaja dibenarkan bagi setiap pasukan semasa perlawanan
berlangsung dan pegawai pasukan ini tidak boleh ditukar semasa perlawanan
sedang berlangsung. Hanya salah seorang daripadanya sahaja yang akan
diberi tanggungjawab terhadap pasukan dan beliau seorang sahaja yang boleh
berurusan dengan penjaga masa atau penjaga skor dan juga pengadil. Pegawai
pasukan juga tidak dibenarkan memasuki gelanggang semasa perlawanan
berlangsung dan sekiranya perkara iniberlaku, pengadil akan terus memberi
balingan percuma kepada pihak lawan. Hanya pemain berdaftar sahaja
dibenarkan bermain. Jika terdapat pegawai dan pemain sesuatu pasukan tiba
lewat di gelanggang, maka mereka harus mendapat kebenaran daripada
penjaga masa atau penjaga skor untuk bermain.
(b) Pertukaran Pemain
Pertukaran pemain boleh dilakukan pada bila-bila masa dan seberapa kerap
yang boleh tanpa perlu memberitahu penjaga skor atau penjaga masa tetapi
salah seorang daripada pemain pasukannya mestilah telah keluar dari garisan
pertukaran terlebih dahulu. Peraturan ini juga digunakan untuk pertukaran
penjaga gol. Pertukaran juga dilakukan ketika masa dihentikan sementara
(time-out). Penggantian secara tidak formal akan didenda dan pemain yang
bersalah akan digantung daripada permainan selama dua minit dan salah
seorang pemain pasukannya akan dikeluarkan. Satu balingan percuma kepada
pihak lawan juga akan diberikan sekiranya berlaku kesalahan tersebut.
Sekiranya pemain yang dikenakan penggantungan selama dua minit ini
memasuki gelanggang sebelum waktunya, dia akan diberikan tambahan dua
minit penggantungan sebagai denda.
Rajah 5.11: Cara pertukaran pemain
(c) Peralatan
etiap pemain dalam sesuatu pasukan diwajibkan untuk memakai jersi pasukan
masing-masing. Rekaan dan warna jersi mestilah jelas dan berbeza di antara
setiap pasukan. Setiap penjaga gol setiap pasukan harus memakai warna jersi
yang sama dengan pasukannya dan berbeza dengan warna jersi penjaga gol
lawan. Pemain mesti memakai nombor jersi yang berukuran 20sm tinggi di
belakang baju dan 10sm tinggi di bahagian hadapan baju. Nombor yang
dipakai mestilah di antara 1 hingga 20 dan warnanya pula mestilah
berlawanan dengan warna jersi supaya ia dapat dilihat dengan lebih jelas.
Setiap pemain mestilah memakai kasut sukan. Pemain juga tidak dibenarkan
memakai atau membawa objek atau barang-barang yang merbahaya kerana ia
boleh membahayakan pihak lawan. Antara barang yang tidak dibenarkan di
dalam permainan ialah pelindung kepala, topeng muka, jam, cincin, rantai,
gelang, subang, cermin mata dan sebagainya. Pemain yang tercedera atau
berdarah di anggota badannya atau pakaiannya mesti meninggalkan
gelanggang dengan serta-merta. Pemain tersebut tidak akan dibenarkan
kembali ke gelanggang untuk meneruskan pemainan selagi darah belum
berhenti dan pakaian yang berdarah belum dicuci.

Rajah 5.12: Contoh jersi dan kasut sukan yang sesuai untuk permainan bola
baling
PENJAGA GOL
Seorang penjaga gol dibenarkan:
(a) menyentuh bola dengan mana-mana anggota badan semasa menjaga gol di
dalam kawasan gol.
(b) bergerak bersama bola di dalam kawasan gol, dan sekiranya dia bermain di
luar kawasan gol, maka dia haruslah mematuhi peraturan permainan sebagai
seorang pemain.
Penjaga gol tidak dibenarkan:
(a) melakukan kekasaran kepada pihak lawan semasa bertahan.
(b) menyentuh bola di luar kawasan gol selepas dia membuat balingan kecuali
bola balingan tersebut telah menyentuh seorang pemain.
(c) menyentuh bola yang berada di dalam keadaan pegun atau yang bergolek
di luar kawasan gol.
(d) mengambil bola ke kawasan gol apabila bola itu berada di dalam keadaan
pegun atau yang bergolek di atas gelanggang di luar kawasan gol.
(e) menyentuh bola dengan kaki apabila bola sedang bergerak keluar dari
kawasan gol.

Rajah 5.13: Pergerakan penjaga gol yang dibenarkan


KAWASAN GOL
Hanya penjaga gol sahaja yang dibenarkan memasuki kawasan gol. Kawasan
gol termasuk garisan kawasan gol dan sekiranya pemain menyentuhnya atau
memasukinya, denda akan dikenakan terhadap pemain tersebut. Balingan
percuma akan diberikan kepada pihak lawan sekiranya seorang pemain dalam
gelanggang memasuki kawasan gol.
Contoh situasi yang sering berlaku ialah:
(a) pemain tersebut memasuki kawasan tersebut bersama bola
(b) pemain tersebut memasuki kawasan gol tanpa bola di bawah keadaan yang
memanfaatkan pemain tersebut.
Satu balingan 7 meter atau penalti akan diberikan apabila pemain hadangan
(defence) yang memasuki kawasan gol untuk bermain semasa jaringan gol
hendak dilakukan oleh pihak lawan.
Rajah 5.14: Kawasan Gol

Rajah 5.15: Pemain pasukan penghadang tidak dibenarkan berada di dalam


kawasan gol

Rajah 5.16: Pemain tidak dibenarkan menghantar balik bola kepada penjaga
gol pasukannya dan hukuman penalti akan diberikan sekiranya kesalahan ini
berlaku

Rajah 5.17: Menjejakkan kaki ke dalam kawasan gol lawan selepas lajak
balingan dibenarkan
SYARAT-SYARAT PERMAINAN
Pemain dibenarkan:
(a) membaling, menangkap, menolak, memberhentikan atau memukul bola
dengan menggunakan seluruh tangan, menggunakan kepala, lengan dan juga
paha
(b) memegang bola tidak melebihi tiga saat
(c) membawa bola dan berjalan tidak lebih daripada tiga langkah
(d) apabila berdiri atau berlari:
-melantun bola sekali dan menangkapnya dengan satu atau dua tangan
-melantun bola berulang kali dengan satu tangan (menggelecek) dan
-kemudian menangkap kembali dengan satu atau dua tangan
-menggolek bola di atas lantai dengan menggunakan satu tangan dan
-kemudian menangkap kembali dengan satu atau dua tangan

(e) menggerakkan bola dari satu tangan ke tangan yang lain


(f) bermain bola semasa duduk atau meniarap di atas lantai, contohnya ketika
hendak melakukan hantaran
Pemain tidak dibenarkan:
(a) menyentuh bola dengan menggunakan bahagian bawah kaki
(b) menjunam bagi mendapatkan bola yang sedang bergolek atau pegun di
atas lantai
(c) meneruskan permainan sekiranya bola terkena pengadil ketika di dalam
gelanggang
Rajah 5.18: Bermain bola baling dengan menggunakan sebahagian besar
daripada anggota badan yang dibenarkan
Rajah 5.19: Memegang bola tidak melebihi tiga saat atau berjalan sambil
memegang bola tidak melebihi tiga langkah juga dibenarkan
Rajah 5.20: Dibenarkan menerima bola sambil berjalan tiga langkah atau
memegang bola tidak melebihi tiga saat

Rajah 5.21: Tidak menjadi kesalahan untuk menggelecek bola dengan


menggunakan satu tangan tertentu sahaja
Rajah 5.22: Tidak dibenarkan menendang bola dengan kaki

Rajah 5.23: Tidak dibenarkan untuk menjunam bagi mendapatkan bola yang
sedang bergerak atau berada dalam keadaan pegun
KESALAHAN PERMAINAN
Perhatikan pula kesalahan-kesalahan yang sering berlaku.
Pemain dibenarkan:
(a) menggunakan lengan atau tangan untuk menahan bola dan mendapat
penguasaan bola itu
(b) menggunakan tangan yang terbuka untuk menampar atau menepis bola
menjauhi pihak lawan.
(c) menggunakan badan untuk menghalang lawan walaupun ketika itu pihak
lawan tidak menguasai bola.
Pemain tidak dibenarkan:
(a) menarik atau menumbuk bola keluar daripada tangan pihak lawan
(b) menghalang secara kasar menggunakan lengan, tangan dan kaki
(c) menarik baju atau menolak lawan secara kasar
(d) membaling bola ke arah pihak lawan dengan tujuan mencederakannya
Semua kesalahan di atas akan dikenakan hukuman oleh pengadil mengikut
situasi yang berlaku.

Rajah 5. 24: Ia menjadi satu kesalahan untuk membaling bola ke arah pihak
lawan dengan tujuan untuk mencederakan

Rajah 5.25: Berlari merempuh pihak lawan juga tidak dibenarkan

Rajah 5.26: Menghadang pihak lawan dengan badan adalah tidak menjadi
kesalahan

JARINGAN GOL
Bagaimana pula jaringan gol dikira? Apabila bola memasuki garisan gol secara
lengkap dan penjaringnya tidak melakukan sebarang kesalahan semasa
melakukan balingan tersebut, maka ia dikira sebagai jaringan yang sah.
Jikalau benteng pertahanan melakukan kesalahan semasa penjaring
menjaringkan gol, jaringan itu turut dikira sebagai jaringan yang sah. Namun,
jaringan akan dikira sebagai tidak sah sekiranya penjaga masa membunyikan
isyarat sebelum bola itu memasuki garisan gol dan jaringan dikira sah
sekiranya pemain lawan secara tidak sengaja terjaring ke dalam gol sendiri.
Suatu jaringan yang telah diberikan atau diputuskan oleh pengadil adalah
muktamad. Pengisytiharan pemenang bergantung kepada jumlah gol yang
berjaya dilakukan.

Rajah 5.27: Kedudukan bola semasa memasuki gol


BALINGAN MULA (THROW-OFF)
Pasukan yang menang undian akan memulakan balingan mula sekiranya dia
memilih untuk memulakan permainan. Jika pasukan yang menang undian
ingin memilih kawasan gol permainan, maka pihak lawannya akan
memulakan permainan tersebut. Untuk permulaan separuh masa kedua,
balingan mula akan dilakukan oleh pasukan yang berlawanan tadi. Contohnya
jikalau pasukan A telah melakukan baling mula pada separuh masa pertama
maka separuh masa kedua, balingan mula akan dilakukan oleh pasukan B
pula. Setiap balingan mula selepas gol dijaringkan akan diadakan di tengah
gelanggang sebelum habis masa tiga saat daripada bermulanya tiupan wisel
pengadil. Sebelum sesuatu balingan mula dimulakan, semua pemain mesti
berada di dalam kawasan permainan sebelum sesuatu balingan mula dan
pihak lawan harus berada sekurang- kurangnya tiga meter dari pembaling
untuk memulakan permainan.
BALINGAN MASUK (THROW-IN)
Apabila bola secara keseluruhannya melepasi garisan tepi maka ia akan dikira
sebagai bola keluar. Apabila bola keluar dari kawasan permainan, pemain
boleh mengambil suatu balingan masuk tanpa menunggu tiupan wisel
pengadil. Apabila bola menyentuh bumbung gelanggang, balingan masuk juga
akan diberikan. Suatu balingan masuk mesti diadakan di tempat di mana bola
itu keluar, tetapi jika bola keluar di belakang garisan gol, balingan masuk akan
dilakukan di titik persilangan garisan belakang gol dengan garisan sisi tepi
gelanggang permainan. Untuk membuat balingan masuk pembaling haruslah
berdiri dengan kaki menyentuh garisan tepi dan semasa balingan masuk
dibuat, pihak lawan mesti berada 3 meter jauh dari pembaling itu.
Rajah 5.28: Balingan ke dalam dilakukan dengan sebelah kaki mesti memijak
garisan tepi
BALINGAN PENJAGA GOL
Penjaga gol akan diberikan kebebasan membuat balingan apabila:
(a) kawasan gol dimasuki pemain lawan
(b) bola yang dibaling pihak lawan berjaya dikawal atau bola tersebut bergolek
masuk ke kawasan gol.
(c) pemain daripada pasukan lawan menyentuh bola yang bergolek di atas
lantai dan bola itu berada di dalam kawasan gol
Ini bermaksud bahawa permainan ini tidak boleh diteruskan sehingga penjaga
gol melakukan balingan gol. Penjaga gol juga tidak boleh menyentuh semula
bola yang telah dibaling kecuali bola itu telah menyentuh pemain lain.
BALINGAN PERCUMA
Penyerang mestilah berada sejauh 9 meter dari tiang gol semasa balingan
percuma diberikan. Pasukan lawan pula mestilah berada sejauh 3 meter dari
penyerang. Secara amnya, pengadil akan memberhentikan permainan dan
memberikan pihak lawan satu balingan percuma sekiranya pasukan tersebut
melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Balingan percuma akan diambil
di tempat di mana kesalahan atau kekasaran itu terjadi. Apabila balingan
percuma diberikan kepada pihak lawan, pasukan yang sedang memegang bola
mesti meletakkan bola tersebut di atas lantai, di tempat di mana kesalahan itu
berlaku. Balingan percuma juga biasanya diambil tanpa mendapat isyarat
wisel daripada pengadil dan balingan yang dibuat adalah sah.

Rajah 5.29: Semua pemain penyerang mesti berada di luar garisan 9 meter
dan pengadang mesti berada sejauh 3 meter dari pembaling
BALINGAN TUJUH METER
Balingan 7 meter diberi apabila:
(a) sesuatu situasi yang jelas di mana percubaan untuk menjaringkan gol
dihalang dengan kasar oleh pihak lawan untuk mendapatkan bola.
(b) seseorang pemain itu melakukan kekasaran yang tidak dibenarkan di
kawasan gol.
Pihak pengadil akan memberikantime-out sekiranya penjaga gol mahu
melakukan balingan 7 meter kerana ianya dikira melewatkan permainan.
Selepas sahaja wisel dibunyikan oleh pengadil, balingan 7 meter hendaklah
dibuat ke arah gol dalam masa 3 saat. Pemain yang hendak membuat balingan
7 meter hendaklah berdiri di belakang garisan 7 meter. Pemain tidak
dibenarkan menyentuh ataupun melepasi garisan 7 meter apabila isyarat wisel
dibunyikan oleh pengadil sehinggalah bola itu dilepaskan. Pemain pihak
lawan juga mestilah berada 3 meter jauh dari pembaling sehinggalah bola itu
dibaling. Balingan semula akan dilakukan sekiranya pihak lawan melakukan
kesalahan semasa balingan tersebut dilakukan.
Rajah 5. 30: Balingan 7 meter juga dikenali sebagai balingan
penalti(sumber??)
BALINGAN PENGADIL
Pengadil akan melakukan balingan semula sebelum memulakan perlawanan
jika:
(a) kedua-dua pasukan yang bertanding melakukan kesalahan serentak
(b) apabila bola meyentuh siling atau balingan terkena bumbung gelanggang
perlawanan
(c) tiada permain yang memegang bola atau tiada sebarang kesalahan yang
dilakukan
Balingan pengadil biasanya dibuat di tengah-tengah gelanggang selepas wisel
dibunyikan. Seorang pemain daripada setiap satu pasukan yang berlawan
dibenarkan mengambil bahagian, manakala pemain-pemain lain mesti berada
sejauh 3 meter dari balingan tersebut. Bola hanya boleh dicapai atau
dimainkan setelah mencapai puncak ketinggian balingan.

Rajah 5.31: Contoh balingan pengadil untuk memulakan permainan


DENDA / HUKUMAN PERMAINAN
(a) Amaran / Kad Kuning
-kerap melakukan kesalahan atau melanggar peraturan permainan
-perlakuan yang dilakukan tanpa semangat kesukanan
(b) Hukuman / Gantung Dua Minit
-tidak meletakkan bola ke lantai selepas sesuatu kesalahan
-penggantian pemain yang tidak sah
-perlanggaran peraturan permainan
-kurang sopan dan tidak mempunyai semangat kesukanan
(c) Pembatalan / Pemberhentian Pemain
-melakukan kesalahan secara sengaja terhadap pihak lawan
-telah melakukan kesalahan pergantungan dua minit untuk kali ketiga
-tingkah laku dan tindakan yang keterlaluan dan merbahaya
-mengugut pemain di luar gelanggang pemain
-kekasaran hingga mencederakan pihak lawan
-kesalahan yang dilakukan oleh pegawai pasukan dan pasukan itu boleh
-dibatalkan penyertaan
Rajah 5.32: Pemain dikenakan pergantungan dua minit oleh pengadil
Rajah 5.33: Pemain dilayangkan kad amaran oleh pengadil

Rajah 5.34: Penyingkiran daripada perlawanan (dalam kes keganasan)


ISYARAT TANGAN PENGADIL

Rajah 5.35: Menyentuh atau memasuki kawasan gol dan salah tangkap, salah
lantun atau salah kawal bola

Rajah 5.36: Berjalan lebih 3 langkah atau memegang bol dan membuang masa
lebih tiga saat

Rajah 5. 38: Memukul pemain dan menangkap pemain

Rajah 5.39: Salah laku penyerang menolak dan jaringan gol


merempuh ke arah lawan
.3.1 Penjaga Gol dibenarkan
menyentuh bola dengan mana-mana anggota badan / tubuh bagi menghalang
atau mengawal golnya.
boleh bergerak ke mana-mana sahaja dengan bola dalam kawasan gol tanpa
mengira langkah dan had masa kecuali melengah-lengah permaian.
keluar dari kawasan gol tanpa bola dan melibatkan diri dalam permainan
gelanggang (semasa penjaga gol menjadi pemain gelanggang dan tertakluk kepada
peraturan dan undang-undang permainan sebagai pemain gelanggang). Penjaga gol
dianggap keluar dari kawasan gol jika mana-mana anggota tubuhnya menyentuh
gelanggang permainan yang terletak diluar garisan 6 meter.
boleh keluar kawasan dengan bola dan memainkannya semula di gelanggang
permainan, jika dia belum dapat mengawal bola.
4.3.2. Penjaga Gol Tidak dibenarkan:
membahayakan pihak lawan semasa melakukan aksi menahan bola.
dengan sengaja membawa keluar bola dari kawasan golnya.
menyentuh semula bola yang dibalingnya sebelum disentuh oleh pemain
luar / gelanggang.
menyentuh atau membawa masuk bola yang terhenti atau yang sedang
bergolek di luar kawasan gol semasa penjaga gol berada di dalam kawasan gol
(tidak menjadi kesalah jika penjaga gol menyentuh atau mengambil bola yang
bergolek tadi jika dia berada di luar atau keluar dari kawasan gol)
memasuki kawasan gol dengan bola.
melintasi garisan 4 meter. sebelum bola diolepaskan dari tangan pembaling
semasa balingan 7 meter (penalti) diambil.
4.4. KAWASAN GOL
4.4.1 Hanya penjaga gol sahaja dibenarkan masuk / berada dalam kawasan gol.
Kawasan gol termasuk Garisan Gol. Pemain gelanggang tidak dibenarkan
menyentuh kawasan gol dan juga Garisan Gol (Garisan 6 meter) dengan sebarang
bahagian badan.
4.4.2 Pemain gelanggang memasuki kawasan gol, hukuman adalah seperti berikut:


Balingan Percuma - apabila pemain masuk dengan membawa bola.
Balingan Percuma - pemain gelanggang masuk tanpa bola tetapi memberikan
keuntungan kepada pasukannya.
Balingan 7 meter - pemain gelanggang (pasukan bertahan) memasuki
kawasan gol dengan tujuan memusnahkan peluang lawan menjaringkan gol.
4.4.3 Pemain gelanggang masuk kawasan gol tidak dihukum jika:
masuk selepas memainkan bola dan tidak menimbulkan kerugian kepada
pihak lawan.
masuk kawasan gol tetapi tidak memberikan keuntungan kepada
pasukannya.
masuk kawasan gol kerana cuba bertahan dan tidak memeberikan kerugian
kepada pasukan lawan.
4.4.4 Bola dalam kawasan gol adalah hak penjaga gol. Pemain gelanggang tidak
dibenarkan menyentuh bola dalam keadaan:
bola berhenti di kawasan gol.
bola bergolek di kawasan gol.
sedang dipegang oleh penjaga gol.
dibenarkan menyentuh / memainkan jika bola di udara kecuali balingan gol
sedang dilakukan.
4.4.5 Pengjaga gol boleh memainkan bola apabila bola masuk kawasan setelah
balingan gol.

4.4.6 Permainan diteruskan jika keadaan mempertahankan bola, bola terkena


pemain pertahanan dan masuk ke kawasan golnya sendiri.
4.4.7 Jika pemain sengaja memainkan bola masuk ke dalam kawasan gol sendiri,
hukumnya:

Gol - jika bola masuk ke dalam gol.


Balingan Percuma - jika bola berhenti dalam kawasan gol atau disentuh
Penjaga Gol dan tidak masuk kedalam gol.
Balingan ke dalam - jika bola keluar melepasi garisan gol (Peraturan 11.1)
Permainan diteruskan - jika bola itu melepasi kawasan gol tetapi masih
berada dalam kawasan gelanggang permainan tanpa disentuh Penjaga Gol.
4.4.8 Bola yang keluar dari kawasan gol ke kawasan gelanggang permainan boleh
diteruskan.
Nota:
Jika mana-mana pegawai dari pasukan diberikan KAD MERAH, seorang pemain
gelanggang perlu dikeluarkan dan berada di bangku simpanan selama 2 minit
(pegawai berkenaan tidak dibenarkan berada di gelanggang permainan)

4.5. MEMAINKAN BOLA


4.5.1 Seseorang pemain dibenarkan:
membaling, menangkap, menahan, menolak, memukul bola dengan
menggunakan tangan (tangan terbuka / gemgam), lengan, kepala, badan. peha dan
lutut.
4.5.2 Memegang bola pada jangkamasa 3 saat.

4.5.3 Mengambil 3 langkah bersama bola. Langkah pertama dikira:


Pemain berdiri 2 kaki di atas lantai dan kemuudian mengangkat sebelah kaki
dan meletakkannya kembali atau mengubah sebelah kaki ke tempat lain.

Pemain berdiri sebelah kaki untuk menangkap bola kemudian menjatuhkan


sebelah kaki lagi ke lantai.
melompat dengan 1 kaki dan kemudian mendarat lalu melompat dengan kaki
yang sama atau dengan kaki yang berlainan.
Mendarat dengan 2 kaki kemudian mengangkat kaki dan meletakkannya
semula atau menggerakkan sebelah kaki ke tempat lain.

4.5.4 Semasa berdiri atau berlari:


melantun bola dan menangkap semula dengan satu atau dua tangan.
melantun bola beruilang-ulang dengan sebelah tangan (dribble) atau
menggolek bola secara berulang dengan sebelah tangan kemudian menangkapnya
atau mengambil semula dengan sebelah atau kedua-dua belah tangan.
apabila bola telah dipegang dengan sebelah atau kedua-dua belah tangan ia
mesti dimainkan dalam masa 3 saat atau tidak lebih dari 3 langkah (13.1a)
melantun atau menggelecek bola dikira apabila pemain menyentuh dengan
mana-mana bahagian badan dan menyentuh lantai.
selepas bola terkena pemain lain atau tiang gol, pemain dibenarkan
menampan atan melantun dan menangkap kembali.
4.5.5 Menghantar bola dari tangan ke tangan tanpa menghilangkan perhubungan
pada masa itu.

4.5.6 Dibenarkan menghantar bola dengan keadaan berlutut, duduk atau baring di
tanah.
Pemain Tidak Dibenarkan:

4.7.7 menyentuh bola lebih dari sekali kecuali terkenan tanah (lantun), pemain
lain atau tiang gol.

"Fumbling the ball is not penalized" tiada hukuman.


Kegagalan pemain mengawal bola semasa cuba menangkap atau menahan
bola tidak akan dihukum.
Sekiranya bola telah atau dalam kawalan, pemain tidak boleh menyentuh
bola.
4.7.8 Menyentuh bola di bahagian kaki di bawah lutut atau kaki atau dibaling
dengan sengaja oleh pihak lawan.

4.7.9 Permainan diteruskan sekiranya bola terkena referi di dalam gelanggang.

Anda mungkin juga menyukai