Anda di halaman 1dari 19

GERKO 2010

1.0 PENGENALAN

Permainan ini dahulunya dikenali sebagai sepak raga dan mula dikenali semasa sejarah Kesultanan Melayu Melaka.Tidak diketahui bilakah permainan ini diperkenalkan tetapi ia dianggap sebagai permainan tradisional atau permainan rakyat bangsa Melayu.

Pada mulanya ia dimainkan di kawasan lapang di istana oleh anak-anak pembesar istana.Sepak raga kemudiannya berkembang dan dimainkan oleh semua peringkat masyarakat Melayu.Permainan ini dimainkan secara berkumpulan dalam bentuk bulatan dan memerlukan kemahiran mengawal dan menimang bola.

Pada peringkat awal permainan ini, bola sepak raga dibuat daripada rotan yang mudah diperoleh daripada kawasan hutan di negara kita. Walau bagaimanapun, setelah melalui proses perkembangan teknologi, kini sudah ada bola sepak raga yang diperbuat daripada plastik.Menjelang tahun 1962, sepak raga mula dimainkan di dalam gelanggang dengan menggunakan jaring. Bilangan pemain bagi setiap pasukan pula dihadkan kepada tiga orang, iaitu bagi setiap regu.

Kini permainan sepak takraw dimainkan di seluruh pelosok negara di Asia Tenggara dan telah dipersetujui dipertandingkan di peringkat Sukan SEA pada tahun 1965. Nama permainan sepak raga pula telah ditukar dan digantikan dengan nama sepak takraw supaya lebih diterima di peringkat antarabangsa.

GERKO 2010
2.0 Gelanggang Sepak Takraw Dan Peralatan

2.1. GELANGGANG

2.1.1 Ukuran gelanggangBerukuran 13.4 x 6.1m dan bebas dari sebarang halangan setinggi 8m dari permukaan lantai ( gelanggang pasir dan rumput tidak digalakan).

2.1.2. Garisan GelanggangLebar semua garisan gelanggang tidak boleh melebihi 0.04m dan dilukis hala-dalam dari penjuru ukuran gelanggang. Semua garisan hendaklah dilukis sekurang-kurangnya 3.0m dari sebarang halangan.

2.1.3. Garisan TerasGarisan selebar 0.02m yang membahagaikan gelanggang kepada 2 bahagian yang sama besar.

2.1.4. Garisan Suku BulatanPada pertemuan-silang antara garisan tengah dengan setiap garisan tepi, garisan suku bulatan hendaklah dilukis dari garisan tepi ke ke garisan tengah berjejari 0.9m diukur dan dilukis hala-keluar dari jejari 0.9m.

2.1.5. Bulatan Sepak MulaBulatan sepakmula berjejari 0.3m hendaklah dilukis pada petak kiri dan kanan gelanggang, yang man pusatnya adalah 2.45m dari garisan belakang gelanggang, 4.25m dari garisan tengah gelanggang dan 3.05m dari garisan tepi. Garisan 0.04m ini hendaklah diukur dan dilukis hala keluar dari jejari 0.3m.

GERKO 2010

2.2. TIANG

2.2.1 Ukuran tiangTiang mestilah menpunyai ketinggi 1.55m (1.45m untuk Wanita) dari permukaan gelanggang dan hendaklah cucup teguh untuk mengekalkan ketegangan jaring. Ianya hendaklah diperbuat dari bahan yang teguh dan jejarinya tidak boleh melebihi 0.04m.

2.2.2 Kedudukan TiangTiang hendaklah didirikan atau ditempatkan 0.3m dari garisan tepi dan sebaris dengan garisan teras.

2.3. JARING

2.3.1 Jaring hendaklah diperbuat dari tali biasa atau nylon yang halus dengan siratan berukuran diantara 0.06m hingga 0.08m. Jaring hendaklah 0.7m lebar dan tidak melebihi 6.10m panjang dan pada kedua-dua hujungnya diletatkan pita 0.05m dari bahagian atas hingga kebawah dan hendaklah dalam kedudukan sebaris dan menegak dengan garisan tepi.Pita inidinamakan pita sempadan.

GERKO 2010
2.3.2. Dibahagian atas dan bawah jaring hendaklah dilapik dengan pita 0.05m yang diperkuat dengan benang atau nylon. Pita ini berfungsi sebagai pengampu tali regangan. Setelah diregang, bahagian atas jaring hendaklah 1.52m (1.42m untuk wanita) tinggi dibahagaian tengah gelanggang dan 1.55m (1.45m untuk wanita) ditiang. a. 1.55m (1.42 untuk wanita) - ukuran ditepi tiang b. 1.52m (1.45 untuk wanita) - ukuran dibahagian tengah jaring.

2.4. BOLA SEPAK TAKRAW

Berbentuk bulat dan mempunyai 12 lubang dengan 20 pertemuan silang. Ianya diperbuat dari satu lapis rotan atau fiber sintetik. Jika ianya perbuat dari rotan, lapisan tersebut mestilah mengandungi diantara 9 hingga 11 urat. Ukuran galis lilitnya mestilah diantara 0.42m hingga 0.44m (0.43m hingga hingga 0.45m untuk Wanita).

Berat bola sebelum dimainkan hendaklah diantara 170gm hingga 180gm (150gm

GERKO 2010
hingga 160gm untuk Wanita).

2.5. PERALATAN / PAKAIAN PEMAIN 2.5.1. Pemain pemain hendaklah memakai Jersey/T-shirt dan berseluar pendek (T-shirt berkolar bulat dengan seluar sehingga paras lutut untuk wanita) dan berkasut sukan dengan tapak getah. Adalah dilarang pemain memakai seberang benda/pakaian yang boleh membahayakan Pasukan Lawan semasa pertandingan.Dalam keadaan cuaca sejuk, pemain-pemain dibenarkan memakai track suits. 2.5.2. Sebarang benda yang dipakai oleh Pemain dianggap sebahagian dari anggotanya. Jersey/T-Shirt mestilah dimasukan kedalam (seluar) 2.5.3. Sebarang alatan/benda yang boleh melajukan bola takraw atau membantu mempercepatkan pergerakan pemain tidak dibenarkan.6.4. Ketua Regu hendaklah memakai 'Arm Band' dilengan kirinya. 2.5.5. Semua Jersey/T-Shirt hendaklah bernombor antara 1 hingga 15 dibahagian belakang.Setiap pemain mestilah diberi satu nombor tetap sepanjang kejohanan. Hanya nombor 1 hingga 15 dibenarkan untuk digunakan oelh setiap pasukan yang bertanding. Nombor ini hendaklah berukuran tidak kurang dari 19cm tinggi.

Gambar Etika Pakaian Pemain


5

GERKO 2010
3.0 PEMAIN-PEMAIN

3.1. Sukan ini dimainkan oleh 2 Regu yang mana setiap Regu mengandungi 3 orang Pemain.

3.2. Salah seorang dari Pemain ini hendaklah berada dibelakang dan dinamakan Tekong. 3.3. Dua orang lagi Pemain hendaklah berada di hadapan, seorang disebelah kiri dan seorang lagi disebelah kanan. Pemain disebelah kiri dinamakan Apit Kiri manakala yang berada disebelah kanan dinamakan Apit Kanan.

4.0 GANTIAN PEMAIN

4.1. Gantian Pemain dibenarkan pada sebarang masa asalkan ianya diminta oleh Pengurus Pasukan atau Jurulatih Rasmi kepada Pengadil Rasmi dan semasa bola tidak didalam permainan. 4.2. Setiap Regu dibenarkan membuat satu gantian sahaja. 4.3. Pemain yang diperintah keluar gelanggang oleh Pengadil semasa permainan, boleh digantikan asalkan gantian belum dilakuan. 4.4. Mana-mana pemain yang telah bermain atau diletakkan sebagai Pemain Simpanan dalam mana-mana Regu tidak dibenarkan bermain didalam Regu lain didalam pertandingan yang sama. 4.5. Mana-mana Regu yang mengandungi kurang dari 3 Pemain, tidak dibenarkan meneruskan permainan dan akan dianggap Kalah.

GERKO 2010
5.0 PEGAWAI-PEGAWAI

Permain diuruskan oleh Pegawai-Pegawai berikut:

i) I Pengadil Rasmi ii) 2 Pengadil iii) 6 Pengadil Garisan (4 digarisan tepi dan 2 digarisan belakang)Nota: Kedudukan 2 orang Pengadil Garisan untuk Gariasan Belakang hendaklah bersetentang dengan Pengadil.

6.0 UNDIAN DAN 'WARM UP'

Sebelum permainan dimulakan, Pengadil akan membuat undian. Regu yang memengangi undian boleh memilih untuk Sepak mula atau Petak Gelanggang. Regu yang Sepak Mula hendaklah memulakan 'Warm Up' selama 2 minit dan di ikuti oleh Regu yang satu lagi. Hanya 5 orang sahaja dibenarkan bergerak bebas didalam gelanggang dengan mengunakan Bola Rasmi.10.

7.0 KEDUDUKAN PEMAIN-PEMAIN SEMASA SEPAK MULA

7.1. Semasa permain bermula, semua Pemain mesti berada didalam Petak masing masing dalam keadaan bersedia.

7.2. Tekong yang membuat Sepak Mula hendaklah sebelah kakinya berada didalam Bulatan Sepak Mula dan sebelah lagi kakinya hendaklah berada diluar Bulatan Sepak Mula untuk menyepak bola.

GERKO 2010
7.3. Kedua-dua apit Regu yang membuat Sepak Mula mestilah berada didalam Suku Bulatan masing-masing. 7.4. Pemain Regu Lawan bebas berada dimana-mana kawasan didalam Petak Gelanggangnya.

8.0 PERMULAAN PERMAINAN DAN SEPAK MULA

8.1. Regu yang memilih untuk memulakan permainan hendaklah memulakan permainan set pertama. Selepas tamat set pertama, kedua-dua Regu hendaklah menukar petak dan permenang memulakan set kedua.

8.2. Campakan hendaklah dibuat setelah Pengadil selesai mengumumkan Mata Pertandingan. Jika mana-mana pemain apit melontar bola sebelum pengadil mengumumkan mata pertandingan,campakan semula hendaklah dilakukan dan amaran diberikan kepada pelontar bola. Semasa melakukan sepak mula, sebaik sahaja bola disepak oleh penyepak mula, semua pemain bebas bergerak didalam petak gelanggang masing-masing.

8.3. Sepakan Mula cuma sah jika ianya melepasi jaring samada ia menyentuh jaring atau tidak melalui diantara dua Pita Sempadan jatuh didalam Petak Gelanggang Pasukan Lawan.

8.4. Sepakan Mula boleh dilakuan oleh Tekong dengan apa cara sekalipun asalkan salah satu dari kakinya sentiasa menyetuh gelanggang didalam Bulatan Sepak Mula.

GERKO 2010

9.0 PERKARA PERKARA BATAL

9.1. Pihak Sepak Mula

9.1.1. Apit yang melontar bola, memain-mainkan bola (melambung, menghempas,memberi kepada apit lain dan lain-lain) selepas pengadil selesai mengumumkan mata pertandingan. 9.1.2. Mana-mana apit mengangkat kaki, memijak Garisan atau melepasi jaring atau menyentuh jaring semasa campakan bola dibuat. 9.1.3. Tekong semasa melakuan sepak mula, sebelah kakinya tidak menyentuh gelanggang atau memijak garisan bulatan sepak mula. 9.1.4. Tekong tidak menyepak bola yang dilontar. 9.1.5. Bola menyetuh Pemain Regunya sebelum melintasi ke petak gelanggang lawan. 9.1.6. Bola melintasi jaring tetapi jatuh diluar gelanggan. 9.1.7. Bola tidak melintasi ke Petak Gelanggang Lawan.

9.2. Peneriama Sepak Mula

9.2.1Melakuan tingkah-laku yang boleh mengganggu atau membuat bising atau ,menengking terhadap pihak lawan.

9.3. Kedua-dua Pihak semasa Permainan.

9.3.1. Memijak Garisan Tengah. 9.3.2. Mana-mana pemain yang menyentuh bola dikawasan lawan. 9.3.3. Mana-mana bahagian anggota Pemain memasuki kawasan lawan samada diatas
9

GERKO 2010
atau dibawah jaring kecuali semasa 'follow-through' 9.3.4. Memainkan bola lebih dari 3 kali berturutan. 9.3.5. Bola menyentuh tangan. 9.3.6. Bola melurut dianggota badan. 9.3.7. Memberhenti atau mengepit bola dibawah tangan/lengan, antara kedua-dua paha/kaki atau badan. 9.3.8. Sebarang anggota atau peralatan Pemain seperti kasut, pelilit kepala dan lain lain menyentuh jaring, tiang, kerusi Pengadil atau jatuh kekawasan lawan. 9.3.9. Bola terkena siling, bumbung, dinding atau lain lain benda. 9.3.10. Mana mana Pemain yang sengaja melambat-lambatkan permainan.

10.0 SISTEM KIRAAN MATA

10.1 Bila perkara batal dilakukan oleh semada bahagaian sepak mula atau menerima sepak mula, satu mata akan diberi kepada pihak lawan termasuk melakukan sepak mula seterusnya. 10.2 Mata kemenangan maksima untuk setiap set ialah 21 mata. 10.3 Permainan dijalankan didalam 2 set dengan 2 minit rihat diantaranya. 10.4 Jika masing-masing Regu memengangi 1 set, permainan akan ditentukan didalam set ketiga yang dinamakan 'Tie Break' deangan 15 mata. 10.5 Sebelum Pusingan 'tie Break' bermula, pengadil akan membuat undian dan bahagian yang memenangi undian akan membuat sepak mula. tukar petak akan berlaku bila satu Regu mencapai 8 mata.

11.0 MASA REHAT Setiap Regu boleh meminta sekali 'time out' selama 1 minit oleh Pengurus Pasukan atau Jurulatih Rasmi bagi setiap set bila bola tidak didalam permainan. Hanya 5 orang sahaja yang dibenarkan berada di garisan belakang.

10

GERKO 2010

12.0 PERMAINAN TERGENDALA SEBENTAR

12.1. Pengadil boleh memberhentiakan permainan jika belaku halangan, gangguan atau pemain tercedera dan memerlukan rawatan segera, tidak lebih dari 5 minit.

12.2 Pemain yang tercedera dibenarkan time-out cedera sehingga 5 minit. Jika selepas 5 minit, pemain tersebut tidak berupaya meneruskan permainan, gantikan mestilah dibuat. Jika pasukan pemain yang tercedera telah membuat gantian, pasukan lawan akan dikira sebagai permenang.

12.3 Semasa tempoh pemberhentian permainan ini, semua pemain tidak dibenar meninggalkan gelanggang untuk minum atau mendapatkan tunjuk ajar.

13.0 TATATERTIB

13.1. Setiap pemain mesti mematuhi undang-undang permainan. 13.2. Hanya Ketua Regu dibenarkan menghampiri Pengadil sepanjang permianan.

14.0 HUKUMAN

Perkara-perkara berikut perlu dihukum: 14.1. Menunjukkan bantahan dengan tutur kata atau kelakuan terhadap mana-mana Pegawai, mengenai sebarang keputusan dan kepada lain-lain Pemain atau penonton. 14.2. Memaki atau menuturkan kata-kata kesat kepada Pegawai, Pemain atau Penonton.
11

GERKO 2010
14.3. Melakuan perbuatan atau tindakan yang tidak sopan dengan maksud mempengaruhi sesuatu yang dinuat oleh pegawai. 14.4. Meningalkan Gelanggang tanpa kebenaran Pengadil. 14.5. Memberi bola kepada Pasukan Lawan dengan kaki. 14.6. Melakuan tingkah laku tidak sopan. 14.7. Melanggar Perintah dan Undang-undang permainan.Pemain yang melanggar undang-undang (17) akan dihukum oleh pengadil. Pengadil boleh menggunakan kadkad berikut: a. Kad Kuning - Amaranb. Kad Merah - Perintah Keluar Gelanggang.Kad Merah boleh dikeluarkan kerana kesalahan-kesalahan yang DISENGAJAKAN seperti: i) Masih bergedil dan berkelakuan buruk selepas diberi Amaran. ii) Berkelakuan ganas (seperti menyerang, menendang, meludah dan sebagainya) iii) Mamaki, mencarut atau mengeluarkan kata-kata kesat.Nota: Mana-mana Pemain yang diberi kad Merah hendaklah diarah Keluar Gelanggang dan tindakan tatatertib perlu diambil terhadapnya. Pemain berkaitan tidak boleh dibenarkan bermain dalam sebarang permainan sehingga dibenarkan oleh Lembaga tatatertib.

BAHAGIAN KE DUA : Rancangan latihan kemahiran asas Kemahiran asas menanduk

12

GERKO 2010

Masa 8.00pagi8.10pagi

Aktiviti Sesi memanaskan badan

Pengelolaan En Hasbi mengetuai pemain-pemain worm -up

Catatan Melakukan aktiviti regangan otot

8.10am8.25am

Sesi latihan menanduk (heading) Menanduk (heading) adalah memainkan bola menggunakan kepala. Digunakan untuk menerima bola pertama dari pihak lawan, meyelamatkan bola dari serangan lawan Bola ditanduk pada bahagian kepala misalnya dengan dahi,samping kiri kepala, samping kanan kepala, dan samping belakang kepala. Menanduk menggunakan bagian dahi untuk mengumpan pada teman, matikan bola dan untuk menyerang. samping kanan dan samping kiri kepala boleh digunakan untuk matikan bola ke pihak lawan. Manakala samping belakang kepala digunakan untuk menyerang pihak lawan dengan tipuan

En low

13

GERKO 2010

Latihan Heading dengan Dahi secara individu

Latihan Heading Samping kanan kepala secara individu

Latihan Heading samping kiri kepala secara individu

14

GERKO 2010

Latihan Heading Bagian Belakang kepala secara individu

8.25pagi8.30pagi

Menyejukkan badan (Cooling down)

En Hasbi

Melakukan aktiviti regangan yang ringan.

15

GERKO 2010
16.0 REFLEKSI 16.0.1 LEE MING CHUNG PPISMP PEN. PEMULIHAN Pada 27-07 2010 kita dapat kerja kursus daripada Tuan Haji Mohamad Zil pensyarah sepak takraw. Dan kerja kursus ini perlu hantar pada 26 Ogos 2010, dan di wajibkan kita melakukan kerja kursus ini secara berkumpulan. Tetapi saya menghadapi pelbagai masalah semasa melakukan kerja kursus ini. Yang utama sekali ialah saya adalah guru pelatih baru di IPG Kampus kota Bharu, maka saya tidak memahami sistem-sistem perpustakaan di sini. Lalu saya rasa sukar untuk mencari sumber-sumber dari perpustakaan. Tetapi telah mendapat pertolongan dari staf di perpustakaan. Selain itu, saya beruntung kerana sebelum saya mendaftar di IPGM Kota Bharu saya telah membeli sebuah komputer riba untuk tujuan membuat projek-projek dalam sekolah. Ini juga adalah satu halangan kepada saya, kerana menaip semula kerja kursus kedalam komputer adalah sangat memakan masa yang panjang. Oleh itu ,saya telah menulis semua bahan-bahan yang penting pada kertas dahulu. Selepas itu, saya menaip semula bahan-bahan tersebut kedalam komputer. Disini saya dapat mempelajari bahawa menjadi seorang guru adalah sangat sukar. Masa untuk saya menyiapkan kerja kursus ini juga agar suntuk , dan saya juga telah membuat satu jadual waktu untuk menjalankan bukan saja kerja kursus kemahiran belajar malah semua subjek yang kita terlibat dalam. Ini membolehkan saya membahagi masa dengan lebih berfaedah dan berguna. Akhir kata , saya berharap kita semua dapat menyiapkan tugasan ini dengan baik ,cemelang,dan gemilang.

16

GERKO 2010
16.0.2 MOHD AKMAL BIN MOHD DIN PPISMP PSV Gerak Kokurikulum (GERKO) merupakan salah satu mata pelajaran yang saya pelajari untuk semesta satu. Subjek mata pelajaran ini telah memberi saya pelbagai pengetahuan dan pengalaman khususnya dalam sukan permainan sepak takraw yang telah ditetapkan. Berdasarkan dari apa yang telah saya pelajari semasa proses menyiapkan kerja kursus GERKO ini saya telah memperoleh pengetahuan tentang sejarah bermulanya permainan sepak takraw. Sebelum ini saya tidak begitu mengetahui berkaitan dengan sepak takraw tetapi melalui kerja kursus ini saya memperlajari cara untuk bermain yang betul, etika-etika dalam permainan, peraturan-peraturan dalam permainan ini dan sebagainya. Tambahan lagi kerja kursus ini dilaksanakan secara berkumpulan secara tidak langsung mendidik kami bekerja dalam kumpulan dan melatih kami membuat perancangan secara berkumpulan. Sedikit sebanyak terdapat juga kesulitan dalam menyiapkan tugasan ini kerana tiada perancangan kumpulan pada awalnya. Akan tetapi masalah ini dapat diatasi dengan membahagikan kerja kepada setiap ahli kumpulan. Selain itu, saya turut memperlajari teknik-teknik untuk bermain sepak takraw dengan cara yang betul seperti cara untuk menimang bola takraw dan khususnya dalam bahagian kemahiran menanduk seperti yang telah ditetapkan. Berdasarkan kerja kursus ini saya mempelajari cara untuk melancarkan progaram sesi latihan seperti dari apa yang diminta mengikut kerja kursus ini iaitu sesi latihan menanduk. Gerak Kokurikulum juga telah mengajar saya untuk menjadi bakal seorang guru yang serba boleh sama ada dalam bidang akademik mahupun dalam bidang sukan. Akhir sekali saya berharap supaya mata pelajar seperti ini wajar untuk diteruskan pada masa hadapan.

17

GERKO 2010
16.03 MUHAMMAD FIRDAUS BIN ISMAIL PPISMP PSV

Pada 28 Julai yang lalu saya dan raka-rakan telah menerima suatu tugasan kerja kursus berkaitan dengan sepak takraw. Dalam proses menyiapkan kerja kursus ini, saya berasa sangat gembira kerana dapat mendalami tentang salah satu permainan tradisional masyarakat Melayu. Secara tidak langsung saya dapat menambah pengetahuan saya terhadap permainan sepak takraw ini. Sebelum ini saya tidak pernah melakukan tugasan mengenai permainan ini. Hal ini menyebabkan saya kurang pengetahuan tentang permainan sepak takraw ini tetapi selepas menyelesaikan tugasan ini, pengetahuan saya tentang permainan ini semakin bertambah. Saya tidak menyangka yang mana permainan sepak takraw ini mempunyai sejarah dan perkembangannya tersendiri .seterusnya semasa saya menyiapkann tugasan ini pelbagai penglaman yang bermanfaat telah saya perolehi. Antara manafaat yang saya perolehi semasa menyiapkan tugasan ini ialah saya mendapat berbagai-bagai ilmu yang saya percaya tiada diajar didalam mana-mana sukatan atau pun diajar dalam bilik kuliah seperti kaedah mencari maklumat dalam perpustakaan, portal-portal yang membincangkantentang tajuk ini dalam jaringan internet dan sebagainya. Ini membuatkan saya lebih berdaya maju dan proaktif dalam menyiapkan sesuatu tugas yang telah berikan. Namun sudah menjadi asam garam kehidupan yang mana dalam sesuatu perkara yang dilakukan pasti ada pengalaman manis dan pahitnya. Pengalaman manis yang saya perolehi samasa menjalankan tugasan ini ialah saya dapat menimba pengalaman baru dalam hidup saya. Contohnya saya dapat berinteraksi dan berkenalan dengan beberapa orang pensyarah di Unit Kokurikulum semasa menjalankan sesi kolaborasi. Segala permasalahan mengenai tugasan ini dapat diselesaikan dengan bimbingan dan tunjuk ajar dari mereka. Selain itu,saya juga dapat mengeratkan sillaturahim dengan guru-guru pelatif senior semasa menjalankan tugasan ini. Mereka juga banyak memberi tunjuk ajar kepada saya walaupun pengalaman yang dimiliki oleh meraka tidak seberapa. Namun, itu sudah cukup bagi memastikan hasil kerja yang dihasilkan menjadi yang terbaik atas usaha saya dan bantuan pihak luar.

18

GERKO 2010
Seterusnya , pengalaman pahit yang terpaksa saya tempuhi semasa menjalankan tugasan ini ialah saya terpaksa menghadapi beberapa kesulitan semasa proses menyiapkan tugasan ini. Contohnya ,jaringan internet sering menghadapi masalah, dan hal ini menyebabkan kami terpaksa menunda pencarian maklumat menggunakan internet sehingga jaringan internet tersebut menjadi seperti sedia kala. Seterusnya ,semasa menyiapkan tugasan ini, saya sering tertekan dan tidak dapat memberikan tumpuan kepada kerja saya sepenuhnya kerana suasana di asrama kediaman terlalu bising walaupun telah menjangkau lewat malam. Namun saya tetap sabar dan tenang mengharungi kesulitan ini.

Akhir kalam dari saya,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada sesiapa yang terlibat membantu dalam proses menyiapkan tugasan ini sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Sekian .

19

Anda mungkin juga menyukai