Anda di halaman 1dari 5

Peralatan Permainan Hoki

1. Pintu Gol

Gol diletakkan di tengah garisan belakang. Ia dibuat dengan dua tiang gol tengah yang
disambung dengan satu tiang mendatar (crossbar). Jarak di antara dua tiang tengah
adalah 3.66 meter manakala ketinggiannya adalah 2.14 meter. Semua tiang di cat
dengan warna putih.

2. Jaring

Jaring diikat kukuh pada tiang tengah dan tiang mendatar. Ia mempunyai “mesh”
berukuran 45mm dan berbentuk empat segi.
3. Tiang bendera

Empat tiang bendera diletakkan di setiap luar sudut padang permainan dan dikenali
sebagai bendera sudut. Ketinggian tiang ini di antara 1.20meter hingga 1.50 meter. Tiang
ini diperbuat daripada bahan lembut untuk menjamin keselamatan pemain.

4. Bola

Bola berbentuk bulat, keras, pejal atau kosong digunakan. Biasanya permukaan bola
adalah licin dan berwarna putih. Berat bola adalah diantara 156 g – 163 g dan lilitan bola
adalah di antara 224 g – 235 g.
5. Kayu hoki

Kayu hoki yang rata di sebelah kiri dan berbentuk bulat di sebelah kanan. Bahagian rata
di sebelah kiri kayu dipanggil muka kayu (face of the stick) dan hanya boleh digunakan
dalam permainan. Bahagian bulat kayu dipanggil belakang kayu (back stick) dan bahagian
ini tidak boleh digunakan semasa bermain. Bahagian lengkuk kayu di panggil kepala kayu
yang berbentuk “J” atau “U”. Kayu hoki hendaklah licin dan tidak tajam di bahagian tepi.
Tebal kayu dihadkan dan hanya boleh melalui satu gelung yang berdiameter 51 mm. Kayu
hoki diperbuat daripada kayu dan berat tidak melebihi 737 g.

6. Kasut

Pemain digalakkan memakai kasut yang sesuai terutama yang mempunyai tetungku
getah. Kasut khas digunakan untuk bermain diatas permukaan sintetik di mana
membenarkan pemain mempunyai tempat berpijak yang baik.
7. Pakaian Asas Pemain

Semua pemain diwajib memakai ‘shin guard’ sepanjang perlawanan. Semua pemain
diwajibkan memasukkan jersi ke dalam skirt (wanita) / seluar pendek (lelaki) sepanjang
perlawanan. Jika pemain memakai tambahan ia hendaklah dari warna yang sama. Setiap
pasukan dikehendaki membawa dua set jersi yang berlainan warna dan setiap jersi
hendaklah bernombor dari nombor 1 hingga 16. Sekiranya terdapat kedua-dua pasukan
memakai jersi yang sama, maka satu daripada pasukan hendaklah menukar jersinya
dengan cara pengundian. Stokin mesti dipakai oleh pemain bagi memastikan shin guard
tidak lari dari posisinya.

8. Alatan Penjaga Gol


Penjaga gol mesti dilindungi dengan baik dan mesti memakai perlindungan badan yang
sesuai. Penjaga perlu memakai pad di kaki dari pergelangan kaki sehingga paras lutut.
Pad mestilah ringan untuk membantu pergerakan penjaga gol. Sarung tangan penjaga
gol diperbuat daripada kulit dan plastik. Ia berfungsi untuk melindungi tangan dan
memberi keyakinan kepada penjaga gol untuk menahan bola. Selain itu, alatan lain yang
perlu adalah pelindung dada, pelindung bahu, penutup muka, pelindung mulut, seluar
berpad, pelindung mulut dan kemola untuk penjaga gol lelaki. Pelindung badan dan bahu
untuk melindungi tubuh badan dan dipakai di bawah jersi penjaga gol. Pelindung mulut
pula bertujuan untuk melindungi mulut dan gusi daripada cedera. Pelindung muka adalah
wajib bagi penjaga gol kecuali semasa penalti dan ia bertujuan melindungi muka, kepala
dan kerongkong. Bagi memudahkan melungsur di atas permukaan gelanggang sintetik,
penjaga gol perlu memakai seluar yang mempunyai pad.

Anda mungkin juga menyukai