Anda di halaman 1dari 6

PERALATAN SUKAN:

Padang hoki berbentuk segi empat bujur dengan ukuran 91.40 meter panjang dan 55 meter lebar.
Garisan panjang dikenali garisan tepi dan garisan lebar dikenali sebagai garisan belakang. Pintu gol Gol
diletakkan di tengah garisan belakang. Ia dibuat dengan dua tiang gol tengah yang disambung dengan
satu tiang mendatar(crossbar). Jarak di antara dua tiang tengah adalah 3.66 meter manakala
ketinggiannya adalah 2.14 meter. Semua tiang di cat dengan warna putih.
v. Bola

Bola berbentuk bulat, keras, pejal atau kosong digunakan. Biasanya

permukaan bola adalah licin dan berwarna putih. Berat bola adalah di

antara 156 g – 163 g dan lilitan bola adalah di antara 224 g – 235 g

KAYU HOKI:
Kayu hoki yang rata di sebelah kiri dan berbentuk bulat di sebelah

kanan. Bahagian rata di sebelah kiri kayu dipanggil muka kayu (face of

the stick) dan hanya boleh digunakan dalam permainan. Bahagian

bulat kayu di panggil belakang kayu (back stick) dan bahagian ini tidak boleh digunakan semasa bermain.
Bahagian lengkuk kayu di panggil kepala kayu yang berbentuk “J” atau “U”. Kayu hoki hendaklah licin
dan tidak tajam di bahagian tepi. Tebal kayu dihadkan dan hanya boleh melalui satu gelung yang
berdiameter 51 mm. Kayu hoki diperbuat daripada kayu dan berat tidak melebihi 737 g.
PERALATAN PENJAGA GOL:
Penjaga gol mesti dilindungi dengan baik dan mesti memakai perlindungan badan yang sesuai. Penjaga
perlu memakai ped di kaki dari pergelangan kaki sehingga paras lutut. Ped mestilah ringan untuk
membantu pergerakan penjaga gol. Sarung tangan penjaga gol diperbuat daripada kulit dan plastik. Ia
berfungsi untuk melindungi tangan dan memberi keyakinan kepada penjaga gol untuk menahan bola.

Selain itu, alatan lain yang perlu adalah pelindung dada, pelindung bahu, penutup muka, pelindung
mulut, seluar berped, pelindung mulut dan kemola untuk penjaga gol lelaki. Pelindung badan dan bahu
untuk melindungi tubuh badan dan dipakai di bawah jersi penjaga gol. Pelindung mulut pula bertujuan
untuk melindungi mulut dan gusi daripada cedera. Pelindung muka adalah wajib bagi penjaga gol
kecuali semasa penalti dan ia bertujuan melindungi muka, kepala ,dan kerongkong. Bagi memudahkan
penjaga gol melungsur di atas permukaan gelanggang sintetik ia perlu memakai seluar yang mempunyai
ped.

CARA BERMAIN:

Pengetahuan tentang cara bermain dan peraturan asas hoki adalah penting bukan sahaja kepada
pengadil tetapi juga pemain, jurulatih dan guru supaya mendapat kepuasan dan keseronokan dalam
permainan. Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain termasuk
seorang penjaga gol. Setiap pasukan akan cuba menjaringkan gol dengan menggunakan kayu hoki untuk
mengarahkan sebiji bola ke dalam gol lawan.

Satu perlawanan rasmi dimainkan dalam dua separuh masa iaitu 35 minit untuk setiap separuh masa
dan masa rehat tidak melebihi lima minit. Permainan dimulakan dengan satu tolakan tengah dan selepas
setiap gol yang dijaringkan. Perlawanan hoki dikawal oleh dua orang pengadil dan semua undang-
undang dan peraturan permainan di bawah kuasa Lembaga Peraturan Hoki (HRB).
Kemahiran asas:
Hoki merupakan permainan fizikal yang mempunyai unsur-unsur kepantasan, kekuatan, daya tahan,
unsur-unsut taktikal dan kemahiran-kemahiran asas. Kemahiran dalam hoki memberi peluang kepada
pemain untuk mempamerkan kreativiti dan gaya individu. Terdapat beberapa kemahiran asas dalam
permainan hoki, iaitu:

1)MENGELECEK:

Cara mengawal bola bergerak. Ia digunakan untuk melepaskan diri dengan bola apabila di kawal oleh
pihak lawan. Terdapat tiga cara menggelecek, ia

KELECEK LONGGAR:

Kemahiran ini digunakan apabila pemain hendak menggerakkan bola mengge cepat bagi tujuan untuk
melepaskan diri dari pihak lawan dan memiliki bola sambil bergerak

KELECEK RAPAT:

Bertujuan untuk mengawal bola dengan rapi.Teknik ini digunakan apabila situasi tidak selamat
untuk menghantar bola.

KELECEK INDIA:

Kelecek ini adalah asas kepada semua gerakan bola.Dilaksanakan di hadapan badan dengan

Menggerakkannya kekiri dan kanan silih berganti menggunakan muka kayu dan kilas kayu

2)KEMAHIRAN MENOLAK:

Kemahiran ini berguna untuk membuat hantaran .clearance,atau menjaringkan gol.

3)KEMAHIRAN MENAHAN ATAU MENYERKAP BOLA:

Mengawal dengan memberhentikan bola sama ada dari hantaran lawan ataupun menghalang
hantaran lawan.Terdapat tiga teknik,menahan bola dari hadapan,sebelah kanan dan kilas kayu
KEMAHIRAN MENGUIS:

Membolehkan bola dihantar melalui udara dan ia juga digunakan ketika melakukan strok
penalti dan menjaringkan gol.

Anda mungkin juga menyukai