Anda di halaman 1dari 11

MALAYSIA

Sejarah hoki Malaysia hampir sama dengan India. Permainan ini dibawa ke negara
tersebut oleh askar dan kakitangan British pada 1892. Namun pada ketika itu, hoki masih
belum lagi terkenal di kalangan rakyat tempatan. Selepas lebih dua dekad, penduduk
tempatan mula berjinak-jinak dan meminati permainan ini.
Pada 1923, Malaya berjaya menubuhkan sebuah pasukan hoki dan telah
mengadakan perlawanan persahabatan dengan India yang baru sahaja memenangi pingat
emas dalam Sukan Olimpik. Selepas itu, pasukan hoki negara telah menjelajah ke beberapa
negara di Macau dan Hong Kong dan mengadakan permainan persahabatan di sana.

KAWASAN PERMAINAN
1.Padang
Padang hoki berbentuk rata dan saiznya memainkan peranan utama dalam permainan ini.
Jika ianya terlalu sempit, pemain-pemain akan penuh sesak dan kemungkinan mereka tidak
dapat melakukan pergerakan yang diperlukan seperti melakukan hantaran bola serta
memukul bola kedalam gol. Sehubungan dengan itu pemain agak sukar untuk melakukan
kemahiran-kemahiran lain seperti menggelecek dan mencedok bola. Sebaliknya jika
kawasan padang permainan terlalu luas, keselesaan bermain dalam satu kelompok akan
terbantut. Ini mungkin disebabkan oleh kesukaran menghantar bola kepada rakan
sepasukan kerana kedudukan mereka diantara satu sama lain agak jauh.
Mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan permainan hoki antarabangsa, padang
hoki hendaklah berbentuk segiempat tepat yang berukuran 91.4 meter panjang dan
lebarnya 55.0 meter. Permukaannya hendaklah berbentuk rata dan mempunyai tanda-tanda
seperti yang diperlukan untuk permainan ini. Permukaan padang jenis rumput atau lain-lain
bahan yang tidak membahayakan boleh digunakan untuk pertandingan. Permainan hoki
yang dijalankan di atas padang jenis berumput tiruan atau astroturf adalah lebih baik dari
padang berumput biasa. Ini kerana diatas padang jenis tiruan bola boleh bergerak dengan
lebih lancar tanpa gangguan.

2.Bulatan Jaringan (Striking circle)


Ciri-ciri bulatan jaringan ialah:
Satu garisan dengan panjang 4 ela meter selari dengan garisan gol di tengah garisan. Dua
suku bulatan dengan radius 16 ela dilukis bermula dari garisan 34 ela ke garisan belakang.
Dikenali sebagai kawasan D.Strok penalti berada 7 ela di hadapan gol, manakala garisan
bagi sudut penalti yang lain berada 5 ela dan 10 ela dari tiang gol kiri atau kanan.

3. Pintu gol
Setiap permainan mempunyai gol. Begitu juga hoki, tanpa gol, sesuatu permainan itu tidak
mempunyai matlamat untuk dicapai. Bagi permainan hoki, setiap pasukan mempunyai pintu

gol masing-masing. ciri-ciri bagi pintu gol hoki adalah seperti berikut:
Terletak di tengah-tengah garisan belakang. Diperbuat daripada dua tiang yang
disambungkan dengan sebuah palang mendatar (crossbar) dan jarak antara dua tiang
tersebut ialah 4 ela dan disambung dengan sebatang tiang mendatar yang mempunyai
ketinggian 7 kaki daripada tanah. Semua ukuran diambil daripada dalam. Tapak depan tiang
gol akan menyentuh tepi luar garisan belakang.

Tiang-tiang tegak dan mendatar (crossbar) yang membentuk sebuah pintu gol mesti
mempunyai ketebalan tidak lebih daripada 3 inci dan tidak kurang daripada 2 inci. Pintu gol
mesti dicat warna putih.Jaring-jaring diikat kukuh kepada tiang-tiang tegak dan tiang
mendatar, dengan jarak dekat (tidak melebihi 6 inci) dan dipasangkan dengan kuat ke tanah
di belakang gol. Jaring daripada "mesh' 1 inci - 1.5 inci dicadangkan.
Papan tepi dan papan belakang diletakkan di keliling kaki jaring gol dan berukuran setinggi
45 cm dan dicat dengan warna gelap. Papan-papan belakang, berjarak 4 kaki daripada gol
dan 4 ela panjangnya.

4.Tiang-tiang bendera
Di setiap empat penjuru padang terdapat empat tiang bendera yang dinamakan bendera
sudut.Bendera-bendera ini dipacakkan dengan ketinggian 1.20 meter hingga 1.50
meter. Bendera-bendera ini diletakkan di luar sudut dan ia diperbuat daripada bahan lembut
untuk menjamin keselamatan pemain.

BILANGAN PEMAIN DAN CARA BERMAIN


Seperti permainan-permainan padang yang lain, umpamanya bola sepak dan ragbi, hoki
juga dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain setiap pasukan.
Tujuan utama permainan permainan ini ialah memasukkan bola ke dalam gol lawan. Bola
hendaklah dipukul dengan kayu yang dibentuk khas untuk permainan ini. Pemain tidak
dibenarkan menyepak, melontar atau mengenakan bola kepada mana-mana bahagian
badannya kecuali penjaga gol dengan mematuhi undang-undang tertentu.
Jangka Masa Permainan
Jangka masa permainan sesebuah perlawanan hoki adalah 70 minit, dengan setiap separuh
masa mengambil masa sebanyak 35 minit. Perlawanan akan ditamatkan tepat 70 minit dan
tiada masa kecederaan diberikan, berikutan masa dihentikan setiap kali bola keluar atau
pemain mengalami kecederaan.

PERALATAN UNTUK PERMAINAN HOKI


1.Kayu hoki
Kayu hoki, pada kebiasaannya diperbuat daripada ash atau mulberry. Undang-undang hoki
telah menyatakan bahawa setiap pemain hendaklah menggunakan kayu yang mempunyai
permukaan rata dibahagian kiri. Oleh itu kayu hoki mengiri, untuk pemain kidal tidak wujud
dalam permainan hoki. Permukaan kayu hoki serta bentuknya digambarkan seperti berikut: Panjang kayu hoki adalah bergantung kepada bentuk badan dan juga kedudukan pemain
dalam permainan.
Sehubungan dengan itu, panjang kayu hoki adalah tidak selaras dengan ketinggian
seseorang pemain dalam permainan.
Pada kebiasaannya panjang kayu hoki adalah antara 0.89 meter hingga 0.94 meter dan
beratnya ialah antara 510g hingga 624g untuk wanita dan antara 510g hingga 794g untuk
lelaki.

Bagaimanapun biasanya kayu yang beratnya 510g- 624g sering digunakan.


Kayu hoki hendaklah disimpan di tempat yang berhawa sederhana serta kurang lembap.
Semasa menyimpan, kayu hoki perlu digosok dengan minyak untuk menjauhkan daripada
pecah. Kayu hoki yang pecah pada mana-mana bahagian tidak digalakkan
menggunakannya, kerana boleh mendatangkan bahaya.

2.Bola
Ciri-ciri bola adalah seperti berikut:
Bola hoki adalah berbentuk sfera dan keras, pejal atau kosong. Permukaannya licin tetapi
pelipat(seam) atau lekuk-lekuk kecl (indentations) adalah dibenarkan. Kebanyakannya
adalah berwarna putih tetapi jika mahu menggunakan warna lain perlulah dengan
persetujuan kedua-dua belah pihak.Berat bola adalah antara 156 g (minimum) 163 g
(maksimum). Ukur lilit pula adalah antara 224 mm (minimum) 235 mm (maksimum).

PAKAIAN PEMAIN HOKI


1.Pakaian
Semua pemain diwajib memakai shinguard sepanjang perlawanan. Semua pemain
diwajibkan memasukkan jersi ke dalam skirt (wanita) / seluar (lelaki) sepanjang perlawanan.
Jika pemain memakai tambahan ia hendaklah dari warna yang sama. Setiap pasukan
dikehendaki membawa dua set jersi yang berlainan warna dan setiap jersi hendaklah
bernombor dari nombor 1 hingga 16. Jersi Penjaga Gol hendaklah bernombor di belakang
dan di hadapan. Sekiranya terdapat kedua-dua pasukan memakai jersi yang sama, maka
satu daripada pasukan hendaklah menukar jersinya dengan cara pengundian. Penguruspengurus pasukan diminta menentukan jersi lawannya terlebih awal bagi mengelakkan jersi
yang sama warna.

2. Alatan penjaga gol


Penjaga gol mesti dilindungi dengan baik dan mesti memakai perlindungan badan yang
sesuai. Penjaga perlu memakai ped di kaki dari pergelangan kaki sehingga paras lutut. Ped
mestilah ringan untuk membantu pergerakan penjaga gol. Sarung tangan penjaga gol
diperbuat daripada kulit dan plastik. Ia berfungsi untuk melindungi tangan dan memberi
keyakinan kepada penjaga gol untuk menahan bola. Selain itu, alatan lain yang perlu adalah
pelindung dada, pelindung bahu, penutup muka, pelindung mulut, seluar berpad, pelindung
mulut dan kemola untuk penjaga gol lelaki. Pelindung badan dan bahu untuk melindungi
tubuh badan dan dipakai di bawah jersi penjaga gol. Pelindung mulut pula bertujuan untuk
melindungi mulut dan gusi daripada cedera.
Pelindung muka adalah wajib bagi penjaga gol kecuali semasa penalti dan ia bertujuan
melindungi muka, kepala dan kerongkong. Bagi memudahkan penjaga gol melungsur di
atas permukaan gelanggang sintetik ia perlu memakai seluar yang mempunyai ped.

3. Kasut
Sukan hoki membenarkan pemainnya memakai apapun jenis kasut yang sesuai. Namun,
kasut-kasut yang membahayakan pemain lain seperti kasut yang mempunyai pancang
(spikes) tetungku atau paku-paku tidak dibenarkan sama sekali. Kasut yang mempunyai
tetungku getah amatlah digalakkan. Kasut khas turut digunakan ketika pemain bermain di
atas permukaan sintetik bagi memudahkan pergerakan pemain.

KAWASAN BERMAIN
Kawasan permainan atau latihan seperti padang dan gelanggang haruslah mempunyai ciriciri keselamatan yang baik dan tidak membahayakan penggunanya.
i. Permainan hoki mestilah dijalankan di atas gelanggang hoki yang telah disediakan.
ii. Pastikan tiada sebarang batu-batu kecil atau lubang pada permukaan gelanggang untuk
mengelakkan pemain terseliuh atau tersadung.
iii. Gelanggang hoki hendaklah rata supaya bola hoki dapat bergolek dengan baik.
PERALATAN DAN PEMAKAIAN
Pakaian hendaklah sesuai dengan aktiviti dan kasut sukan mestilah dipakai untuk
mengelakkan kecederaan pada kaki. Sebagai langkah keselamatan, pemain hendaklah
menepati garis pandu pemakaian dalam permainan hoki seperti:
Untuk pemain biasa:
i. Kayu hoki yang memenuhi syarat
ii. Shin guard menutup buku lali sehingga ke paras lutut
iii. Kasut hoki yang bersesuaian dan mengikut saiz kaki pemain
iv.Stokin sukan panjang
v.Jersi
vii. Seluarpendek/ skirt/ track

Untuk penjaga gol:


v
v
v
v
v
v
v
v
v

Helmet
Chect pad (pelapik/ penahan dada)
Hand protecter
Kickers dan Leg guards
Groin protecter (untuk lelaki)
Pelvis protecter (untuk wanita)
Seluar penjaga gol
Throat guard
Kayu penjaga gol

Sebelum memulakan permainan, beberapa aspek tentang peralatan permainan perlu


diambil kira bagi memastikan keselamatan pemain terjaga. Contohnya alatan itu mestilah:
v Berada dalam keadaan yang baik dan tidak rosak supaya alat tersebut dapat berfungsi
dengan baik. v Bersesuaian dengan umur, ketinggian dan keupayaan pemain.
Teknik-teknik bermain hoki
Terdapat beberapa kemahiran dalam asas dalam permainan hoki. Antaranya ialah:a) Memukul bola
b) Mengelecek bola
c) Menguis bola
d) Merebut bola
Kemahiran yang dipilih;
Memukul bola
Kemahiran ini bertujuan untuk menghantar bola kepada rakannya pada jarak yang agak
jauh atau membuat pukulan ke arah gol. Bagi tujuan pukulan, perkara yang perlu
dititikberatkan adalah ketepatan arah dan kederasan bola. Ketepatan arah bola ditentukan
dengan kedudukan bahu dan kaki sementera kederasan bola ditentukan dengan daya
pukulan daripada kedua-dua belah tangan dan pemindahan berat badan.
(i) Pegang kayu dengan kuat. Tangan kiri diatas tangan kanan.Bahu kiri menghadap
sasaran. Bola berada selari dengan kaki kiri.Mulakan aksi dengan hayunan ke belakang

(ii) Hayun kayu ke arah bola dan pindahkan berat badan ke kaki depan. Bengkokkan lutut
semasa melakukannya. Mata memandang bola. Kontak bahagian belakang bola.

(iii) Ikut lajak, kayu dituju sehala dengan sasaran. Berat badan dipindahkan ke hadapan.

5.3 Kesalahan yang kerap dilakukan;


Terdapat pelbagai kesalahan yang sering dilakukan oleh pemain semasa menggunakan
kemahiran memukul . Apabila kesalahan dilakukan semasa kemahiran memukul digunakan,
situasi ini boleh menyebabkan kesan yang negatif dan tidak diingini. Contohnya bola tidak
sampai ke penerima, arah bola berlainan, dan bola boleh keluar dari kawasan permainan
atau jatuh ke pihak lawan. Antara kesalahan yang sering dilakukan ialah;
.
i. Pegangan pada pemegang kayu hoki tidak kuat. Pegangan yang longgar menyebabkan
kontek bola dengan kayu hoki tidak kuat dan bola tidak bergerak jauh.
ii.Pegangan tangan yang terlalu dekat dengan hujung kayu hoki. Pegangan yang terlalu
dekat menyebabkan ayunan kayu hoki tidak terlalu kuat.
iii.Lajaran diberhentikan semasa memukul bola. Ini menyebabkan kuasa ayunan tersebut
sedikit berkurangan.
iv.Bukaan kaki yang tidak sesuai menyebabkan kehilangan keseimbangan ketika hendak
memukul bola.
v.Bahu tidak menunjukan ke arah sasaran bola yang hendak dipukul.

5.4 Cadangan Latihan Ansur Maju Untuk Mengatasi Kesalahan


Latihan ansur maju dilakukan untuk memberikan tunjuk cara yang tepat berdasarkan terasa
kepada prinsip mekanik secara berterusan. Dengan latihan ini juga dapat membantu pemain
menguasai teknik pukulan dengan betul seterusnya melahirkan pemain yang berkemahiran
tinggi.
Untuk kesalahan pegangan kayu hoki yang terlalu dekat dengan hujung kayu dan tidak
digenggam dengan kuat, terdapat beberapa latihan yang boleh dijalankan. Pertama
sekali,pemain hendaklah didedahkan kepada kemahiran yang hendak diajar berdasarkan
objektif latihan. Pemain hendaklah diberi peluang untuk melihat dan diberi tunjuk ajar
dengan jelas dan tepat.
Untuk memastikan pegangan pada kayu hoki kuat, pemain boleh menggunakan buluh atau
kayu penyapu untuk belajar pegangan. Dengan menggunakan buluh atau kayu
tersebut,pemain boleh menghayunkan-hayunkannya dibawah tahap sebenar dan dapat
melakukan latihan dengan lebih kerap.

RUJUKAN;
Akhi Muhammad Aiyas (2011, October 13). Kerja Kursus GERKO : Permainan Hoki.
Retrieved from http://www.scribd.com/doc/68590309/Kerja-Kursus-GERKO-Permainan-Hoki
Malaysian Hockey Confederation (2013, April 5). International Events. Retrieved from
http://www.malaysiahockey.com.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=53&Itemid=55
Mat King (2012, October). PERALATAN SUKAN HOKI ~ nota pelajar PISMP. Retrieved from
http://notakuliahpismp.blogspot.com/2012/10/peralatan-sukan-hoki.html

Perbadanan Stadium Nasional (2013, April 4). LAMAN WEB RASMI PERBADANAN
STADIUM MALAYSIA. Retrieved from http://www.stadium.gov.my/site?PageSelId=100

Anda mungkin juga menyukai