Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah ping pong saya iaitu

Encik Ng. Kheng Loon atas bimbingan kepada kelas kami setiap masa tanpa ada rasa jemu. Dalam memenuhi subjek atau kursus yang telah ditetapkan dalam program ijazah persediaan sarjana muda ini,kami dikehendaki membuat satu folio yang berkaitan dengan permainan pingpong. Bagi semester tiga ini , kami para pelatih daripada kelas F3A-KG telah ditetapkan untuk menjalani gerko pingpong yang dijalankan di gelanggang pingpong institut. Bermula daripada awal semester, kami diperuntukkan selama dua jam seminggu untuk aktiviti gerko. Dalam aktiviti gerko pada semester ini, kami telah mempelajari ilmu-ilmu asas mengenai permainan pingpong sehinggalah kami berjaya mengenal pasti teknik-teknik bermain dengan baik. Kami telah belajar tentang sejarah permainan ini dimana permainan ini dipercayai bermula di England. Seterusnya diminati dan diperkenalkan ke Jepun,Korea, india dan afrika Selatan. Permainan pingpong jika dimainkan tidak memerlukan seseorang untuk melakukan terlalu banyak pergerakan. Permainan ini lebih menekankan kemahiran, teknik serta konsentrasi mata yang tinggi untuk berjaya dalam permainan ini. Melalui permainan ini, kami telah memupuk sifat sabar, peningkatan dalam memberi tumpuan, serta berhati-hati dalam membuat pukulan bagi pihak melawan. Permainan pingpong menggunakan bola bersaiz kecil seperti telur penyu yang diperbuat daripada plastic dan bet@raket yang berbentuk bulat ,dilapik dengan getah malah memiliki dua warna yang berlainan iaitu merah dan hitam. Dalam menjalani aktiviti gerko, kami telah mempelajari teknik-teknik asas dalam permainan pingpong. Antaranya ialah cara memegang bet@raket,cara mengimbang bola,teknik pukulan smash dan banyak lagi. Sepanjang memberi bimbingan serta latihan, En Ng.Kheng Loon juga telah banyak meluangkan masa berkongsi pengalaman sepanjang beliau bergelar pendidik serta cerita-cerita menarik untuk dijadikan teladan oleh kami di masa hadapan selaku bakal pendidik. Banyak ilmu serta pengetahuan berguna yang kami perolehi sepanjang berguru dengan beliau. Melalui pengalaman beliau juga, setiap pendidik dilihat harus melalui pelbagai dugaan serta cabaran dalam meneruskan liku-liku kehidupan. Terpulanglah kepada individu tersebut bagaimana cara menghadapinya. Setelah mempelajari kesemua kemahiran dalam permainan ini, satu ujian penilaian telah dijalankan bagi mengukur tahap penguasaan terhadap

permainan yang dipelajari. Pensyarah pembimbing telah bertindak sebagai penilai. Beliau juga telah berpuas hati dengan prestasi yang telah ditunjukkan. Permainan pingpong ini sesungguhnya amat menyeronokkan bagi saya walaupun

ramai rakan-rakan saya menyatakan permainan ini kurang menarik. Mungkin kebanyakan mereka belum didedahkan mengenai permainan ini. Diharapkan permainan ini akan terus berkembang serta diteruskan sebagai kursus wajib dalam gerko untuk para pelatih di institut ini.

Anda mungkin juga menyukai