Anda di halaman 1dari 42

1.

DASAR 1 MURID 1 SUKAN

1.1

Pengenalan

Dasar 1 Murid 1 Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti
sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti
sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk
membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat
sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan untuk Semua dan Sukan untuk Kecemerlangan.
Aktiviti sukan di bawah Sukan untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan,
sahsiah dan kesejahteraan semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid
yang

berbakat

dan

berpotensi

hendaklah

terus

dibangunkan

di

bawah

Program

Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu
ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh hal yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan
adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat,
cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia. Terdapat pelbagai kebaikan Dasar
1 Murid 1 Sukan. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1Murid
1Sukan agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk
generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.

1.2
Dasar

Rasional
1

Murid

Sukan

mendokong

Dasar

Sukan

Untuk

Semua

dan

Sukan

Untuk Kecemerlangan. Dasar ini menitikberatkan penglibatan semua murid dalam pelbagai
aktiviti sukan. Dasar ini dibentuk atas rasional kegiatan sukan adalah sebahagian daripada
transformasi pendidikan yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sukan
seharusnya mendapat pengiktirafan, sokongan dan galakan yang sama sebagaimana juga
yang diberikan kepada keperluan asas yang lain seperti akademik dan kegiatan kokurikulum

supaya dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi kesejahteraan minda dan
jasmani. Dasar ini juga menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat, semangat
muhibah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberikan
satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu
bangsa yang bersatu padu serta memupuk semangat cinta akan negara. Dasar 1Murid
1Sukan dapat memberikan peluang secara menyeluruh kepada semua murid melibatkan diri
dalam sukan secara lebih terurus dan terancang serta mengimbangkan fokus atau penekanan
dalam melahirkan insan secara holistik.

1.3

Matlamat

Dalam jangka masa yang panjang, dasar ini berhasrat untuk melahirkan modal insan yang
sihat dan cergas melalui penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan murid melalui kegiatan
sukan sepanjang tahun. Pelaksanaan dasar ini akan membantu bagi mengatasi masalah
disiplin dan mengurangkan masalah obesiti dalam kalangan murid. Membangunkan modal
insan melalui penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan murid melalui kegiatan sukan
sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid sekolah agar
menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.

1.4

Konsep

Dasar 1 Murid 1 Sukan ialah program pembangunan sukan di sekolah yang mewajibkan setiap
murid dari Tahap 2 di sekolah rendah hingga ke Tingkatan 6 di sekolah menengah mengikuti
sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan yang dikendalikan secara terancang dan sistematik.
Dasar 1 Murid 1 Sukan berteraskan prinsip-prinsip asas perkembangan fizikal Murid. Justeru,
Dasar 1 Murid 1 Sukan diwujudkan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
agar;
i.

memberikan akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah daripada


penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang aktif atau

tidak aktif;

ii.

membangunkan program sukan sekolah ke arah meningkatkan penyertaan murid


sekurang-kurangnya dalam satu jenis sukan di sekolah;

iii.

memberikan peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi dalam sukan
untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi;

Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa Dasar 1 Murid 1 Sukan banyak
membawa kemaslahatan kepada murid-murid di negara kita. Oleh itu, semua pihak harus
memberikan galakan kepada murid-murid sekolah untuk menyertai semua aktiviti sukan yang
dikelolakan oleh pihak sekolah berkaitan dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Dalam pada itu,
pihak sekolah pula haruslah melaksanakan Dasar 1 Murid 1 Sukan dengan sempurna agar
segala matlamat dan objektif yang ditetapkan akan tercapai. Pihak sekolah tidak harus
bersikap sambalewa atau sekadar melepaskan batuk di tangga. Namun begitu, sokongan
daripada ibu bapa juga penting untuk menjayakan dasar ini kerana bertepuk sebelah tangan
takkan berbunyi. Mudah-mudahan, hasrat kita untuk melahirkan modal insan yang cemerlang,
gemilang, dan terbilang dalam sukan akan menjadi realiti dan bukannya angan-angan Mat
Jenin. Biarlah matahari terus bersinar, biarlah pepohon terus menghijau dan biarlah sukan di
Malaysia terus maju untuk bersaing di peringkat global agar Malaysia dapat duduk sama
rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di persada antarabangsa.

2.0

LATAR BELAKANG SUKAN PING PONG

Permainan ping pong atau lebih dikenali sebagai table tennis adalah satu sukan yang
dimainkan oleh dua atau empat orang pemain, dan menggunakan raket (juga dikenali sebagai
bats atau paddles) untuk memukul bola (bola pingpong) ke kawasan lawan. Biasanya,
permainan Ping Pong dimainkan secara Single dan double sahaja. Gambar rajah di bawah
menunjukkan perlawanan Ping pong secara single dan secara double yang tengah
berlangsung:

Perlawanan secara Single

Perlawanan secara double

Walau bagaimanapun, Permainan ini memerlukan meja khas untuk ping pong dan di
tengah-tengah meja perlu diletakkan jaring (net) setinggi lebih kurang 15 cm. Semasa
permainan berlangsung, pemain perlu membenarkan bola melantun hanya sekali sahaja
dalam kawasan sendiri sebelum dapat memukul bola tersebut ke kawasan pihak lawan. Mata
pula akan dikira bila pemain gagal mengembalikan bola mengikut peraturan yang telah
ditetapkan.

2.1

Sejarah dan Perkembangan

Pada mulanya, permainan ping pong merupakan kegiatan masa lapang yang disukai oleh
penuntut-penuntut university di Britain. Pada tahun 1891, Charles Barter dari Gloucestershire
telah mendaftarkan corak dan bentuk permainan ping pong. Pada masa yang sama, seorang
pelopor Persatuan Olahraga Amatur Britain yang bernama James Gibb telah membawa balik
bola mainan seluloid dari Amerika. Kemudian diperkenal sebagai alternative kepada bola
getah ataupun getas yang digunakan pada masa itu. Tindakan ini membawa kejayaan sertamerta dan beberapa pengilang mual memasarkan satu rangkaian nama-nama seperti
Gossima,Whiff Waff,Flim Flam dan Table Tennis.
Apabila raket yang kosong disaluti velum dipernalkan, istilah ping pong telah
dicipta.Nama ping pong diambil daripada bunyi ping apabila bet bertembung dengan dengan
bola.Bunyi pong terhasil akibat daripada bunyi bola melantun di meja permainan. James
Gibb mencadangkan keoada pengilang John Jaque Ltd bahawa nama ini sesuai untuk bet,
bola dan jaring keluaran .
Pada tahun 1902, seorang professor pelawat Jepun telah membawa balik permainan ini
ke Jepun dan memperkenalkannya kepada pelajar-pelajar universiti di sana. Tidak lama
kemudian seorang penjual berbangsa British, iaitu Edwards Shires telah memperkenalkan
permainan ini kepada orang-orang Vienna dan Budapest. Dengan ini benih untuk
perkembangan sukan ini telah tersemai dan ia kini telah mendatangkan sambutan hampir di
semua tempat di dunia. Persatuan Pingpong (The Pingpong Association) telah dibuka.

Kejohanan Sedunia yang pertama telah diadakan di London pada tahun 1927.
Pemenangnya ialah seorang yang berbangsa Hungary, iaitu Dr. Jacobi. Selain daripada Fred
Perry dari England, yang memenangi pada tahun 1929, pemain-pemain Hungary boleh
dikatakan menguasai permainan ini sepanjang tempoh tahun 1930-an. Pasukan mereka
diketuai oleh pemain terkenal, Victor Barna, yang mana kemahiran dan inspirasi beliau telah
banyak membantu membawa sukan ini ke tahap semakin mendapat perhatian serius
masyarakat dunia. Pemain-pemain Eropah boleh dikatakan telah menguasai dunia pingpong
sehingga akhir tahun 1940-an menggunakan cara berjabat tangan untuk mementingkan corak
pertahanan lebih dari corak menyerang. Permainan ini telah mengalami corak perubahan yang
besar pada tahun 1950-an dengan kemunculan sandwich atau span terbalik iaitu satu bahan
baru untuk membuat muka pukulan bet. Sebelum ini muka pukulan yang diperbuat daripada
getah berbintik nipis telah banyak digunakan. Sehingga masa itu putaran hanya memainkan
peranan kecil dalam permainan yang dikuasai oleh corak pertahanan. Tetapi senjata-senjata
baru ini yang diperkenalkan oleh orang-orang Jepun amat menakjubkan. ITTF sebagai badan
pengawal dengan cepat mengadakan peraturan untuk mengawal perkembangan baru ini
kerana pada pandangan sesetengah pihak ia membekalkan kelebihan yang tidak adil kepada
sesetengah pemain. Ketebalan span dan getah sandwich adalah dalam kawalan dan ia kekal
sedemikian hingga kini. Tetapi sifat permainan ini telah pun berubah. Para juara kini telah
mengukuhkan gaya kepantasan dan putaran serangan laju.
Pada tahun 1950-an, pemain Jepun telah menguasai dunia pingpong dengan corak
permainan dan cara cekak yang mementingkan corakmenyerang dan gerak kaki yang pantas.
Pasukan lelaki Jepun telah menjadi johan dunia pada tahun 1954 hingga 1959. Dalam tahun
1960-an negara China muncul sebagai sebuah negara kuasa pingpong yang handal. Mereka
menguasai dunia pingpong melalui penggunaan corak laju dan dekat dengan meja. Dalam
tahun 1970-an, pemain-pemain Eropah menunjukkan kebolehan dan keyakinan mereka sekali
lagi dan bertanding hebat dengan pemain-pemain Asia dalam beberapa pertandingan penting
dunia. Dalam tahun 1980-an, pemain-pemain Eropah dianggap lebih handal daripada pemainpemain Asia, terutamanya pemain-pemain Sweden yang telah menewaskan pasukan China
dalam perlawanan antara pasukan lelaki walaupun China masih menguasai negara-negara
lain dalam bahagian wanita. Pemain-pemain perseorangan Eropah seperti Grubba, Waldner,
Applegren, Persson, dan Lindh, manakala Guo Yuehua, Jiang Jialiang, Chen Longcan, Chen

Xinhua dan Yoo Nam Kyu dari asia adalah pemain lelaki yang menguasai dunia pingpong.
Dalam bahagian wanita pula,pemain-pemain dari China, Korea Utara, Korea Selatan, Kepun,
Hong Kong dan sebagainya masih mendahului pemain-pemain dari Sweden, Hungary dan
Rusia.
Kini baik di Malaysia ataupun di peringkat dunia kedudukan sukan ini semakin kukuh
dan ia terus berkembang dari setahun ke setahun. Kemuncak daripada perkembangan ini
ialah pengiktirafan yang diberikan kepada permainan ini sebagai salah satu acara olimpik dan
ia mula diperkenalkan di Sukan Olimpik di Seoul pada tahun 1988. Menurut laporan, liputan
televisyen ke atas pertandingan akhirperseorangan lelaki telah menarik seramai 2 bilion
penonton di seluruh dunia. Pada 1927, Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF) yang
ditubuhkan pada tahun itu hanya mempunyai 9 ahli sahaja. Tetapi pada tahun 1990, ITTF
mempunyai 145 persatuan di bawahnya. Di samping itu ada pula empat persekutuan
peringkatbenua, iaitu Recognised Continental
Persekutuan tersebut terdiri

Federation

di

bawah

naungan ITTF,

African Table Tennis Federation, Asian Table Tennis

Union,Europian Table Tennis Union dan South American Table Tennis Confederation.
Pada tahun 1952, sebuah persatuan ping pong ditubuhkan.Persatuan ping pong
dirasmikan pada tahun 1958 dan dikenali sebagai Persatuan Ping Pong Malaya.Pada tahun
1964, Persatuan Ping Pong Malaya(TTAM) ditubuhkan dan selepas itu perkembangan
pingpong di Negara ini dipesatkan.Hal ini membuktikan aktiviti-aktiviti persatuan tersebut.
Persatuan ini telah melaksanakan banyak kegiatan dalam negeri mahupun luar negara. Pada
masa sekarang, semua kaum telah mengenali tentang permainan ping pong dan ramai
penduduk menjadikannya sebagai rekreasi ringan.
Pada tahun 1974, boleh dikatakan semua yang terlibat dalam pertanding anantara
negeri-negeri Malaysia adalah dari keturunan cina. Pada tahun 1974 sehingga 1982,
pertandingan untuk kaum lain yang bukan kaum cina telah dimulakan. Ini adalah satu langkah
yang baik dan diharapkan kelama-lamaan, tidak akan wujud perasaan perkauman dalam
permainan ini. Pada tahun 1982, pertandingan bukan cina ditukar menjadi pertandingan
perpaduan di mana pemain-pemain cina yang belum pernah mewakili dibenarkan bertanding.

Selain itu,diharap juga dengan lebih ramai pemain bukan cina bermain ping pong, pemilihan
pemain untuk pasukan negara kita akan diperluaskan dan bakat-bakat baru dapat dicungkil.
Pada tahun 1972, satu pasukan yang terdiri daripada tiga orang pemain lelaki telah
pertama kali dapat menyertai Kejohanan Pingpong Dunia di Nagoya, Jepun dan kita telah
mencapai tempat ke-25 daripada 39 pasukan yang mengambil bahagian. pada tahun 1973,
Malaysia telah mencapai tempat ke-18 daripada 52 buah negara dalam bahagian lelaki
manakala bagi wanita ialah ke-19 daripada 40 buah Negara dalam Kejohanan Ping pong
Dunia ke-32 di Yugoslavia. Seterusnya pada tahun 1972, Persatuan Ping pong Malaysia
menjadi pengasas Asian Table Tennis Union.Sejak masa itu, Malaysia telah memainkan
peranan penting dalam perkembangan ping pong di Asia negara. Dalam kalangan Negara
Asean , Malaysia pernah menjadi pengerusi dan jawatankuasa teknik untuk mengelola
Kejohanan Pingpong Belia Asean.
Pada tahun 1979, Dato Michael Chen talah dilantik menjadi ahli ITTF. Ini adalah kali
pertama seorang wakil dari Malaysia dalam sebuah badan sukan pingpong tertinggi dunia.
Pada tahun 1983 pula, seorang lagi rakyat Malaysia iaitu Encik Yap Yong Yih telah dilantik
menjadi ahli ITTF. Oleh yang demikian, Persatuan Pingpong Malaysia berjaya memainkan
peranan aktif dalam sukan pingpong dunia. Kepercayaan yang diberikan ITTF kepada
Malaysia untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia ke-2 (1981), ke-5 (1984) dan ke-12 (1991)
dengan jelasnya membuktikan Malaysia mempunyai kebolehan teknikal yang tinggi. Sejak
tahun 1990, Malaya telah menghantar beberapa pemain muda ke luar negeri seperti ke Jepun
dan Korea Selatan untuk mendapat latihan intensif yang lengkap. TTAM juga berhasrat untuk
mencari bakat baru yang terdiri dari pelbagai latar belakang kaum untuk menganggotai
persatuan ini. Kini TTAM mempunyai 15 ahli gabungan termasuklah 14 negeri dan Majlis
Sukan Angkatan Tentera. Keahliannya adalah seramai 20 000 orang. Selain itu, TTAM telah
menghasilkan 35 orang pengadil bertaraf antarabangsa dan 400 pengadilkebangsaan yang
menjalankan tugas mereka di persatuan masing-masing dan juga pertandingan kebangsaan.

Logo Persatuan Ping Pong Malaysia

2.2

Peraturan dan Undang-undang Permainan

2.2.1 Satu Permainan (A Game)

Satu permainan ping pong dipertandingkan dengan menggunakan sistem 11 mata.

Setelah 2 mata, pemain atau pasangan pemain yang menerima servis akan bertukar
menjadi pemain atau pasangan pemain yang melakukan servis dan seterusnya sehingga
tamat permainan.

Setiap permainan akan dimenangi oleh pemain atau pasangan pemain yang mula-mula
mendapat 11 mata; atau

Jika kedua-dua pemain atau pasangan pemain mendapat 10 mata (disebut deuce) di
mana permainan akan dimenangi oleh pemenang yang mula-mula mendapat 2 mata yang
mendahului pihak lawannya, contoh: 12-10, 15-13, 20-18. (di mana susunan melakukan
servis dan menerima servis hendaklah sama tetapi setiap pemain hendaklah melakukan
servis untuk 1 mata bergilir-gilir).

Pertukaran tempat dilakukan selepas tamat satu permainan. Pemain yang mula menerima
servis dalam permainan pertama akan memulakan servis dalam permainan kedua.

2.2.2 Satu Perlawanan (A Match)

Sesuatu perlawanan hendaklah ditentukan dengan kemenangan daripada sebarang


nombor ganjil permainan yang biasanya 3, 5 atau 7 permainan.

Dalam pertandingan yang terakhir, apabila sampai pada mata yang ke 5, pemain perlu
bertukar tempat.

2.2.3 Permulaan Satu Permainan (Start A Game)

Sebelum mula bertanding dalam sesuatu permainan, pengadil dikehendaki melakukan


undian (toss coin) untuk menentukan pemain yang mana satu akan memulakan servis.

Terdapat tiga pilihan bagi pemenang undian:


a) hak memilih untuk memulakan servis; atau
b) membenarkan pihak lawannya memulakankan servis; atau
c) melakukan pemilihan tempat.

Jika pemenang undian melakukan pemilihan tempat, pihak lawannya ada pilihan sama ada
hendak memulakan servis atau memilih pihak lawannya memulakan servis dahulu.

Jika pemenang undian memilih untuk memulakan servis, pihak lawannya hanya boleh
melakukan pemilihan tempat untuk memulakan permainan.

2.2.4 Servis Asas Sukan Ping Pong

Pemain yang melakukan servis wajib berdiri di belakang hujung meja ping pong.

Bola diletakkan di atas tapak tangan yang terbuka di atas permukaan permainan meja dan
melambungkan bola itu menegak ke atas dan pastikan lambungan itu adalah di atas
permukaan meja dan di belakang hujung meja.

Semasa bola itu menurun, pemain perlu memukul bola itu dengan raket dan pastikan bola
melantun di atas bahagian meja sendiri sebelum melepasi ke bahagian atas meja lawan.

Jika bola servis itu menyentuh jaring dan masih dilantun di atas meja lawan, let akan
dipanggil dan servis perlu diulangkan semula.

Jika bola servis itu menyentuh jaring dan bola itu tidak dilantun di atas meja lawan, maka
pemain yang melakukan servis akan hilang satu mata.

2.2.5 Satu Mata

Seseorang pemain akan kehilangan satu mata kecuali apabila rally itu adalah satu

Jika gagal melakukan servis yang baik.

Jika gagal melakukan hantaran balik yang baik.

Jika memukul bola itu dua kali berturut-turut.

Jika pemain atau apa-apa yang dipakai atau dibawanya tersentuh bola.

Jika menggerakkan permukaan meja semasa bola itu dalam permainan.

Jika tangan bebasnya menyentuh permukaan permainan semasa bola itu dalam
permainan.

Jika berkelakuan buruk walaupun selepas diberi amaran oleh pengadil.

2.2.6 Let

Rally itu dikatakan Let jika:

Apabila bola servis menyentuh jaring semasa melepasinya.

Apabila pemain yang menerima servis belum bersedia ataupun pasangannya dalam acara
bergu.

2.2.7 Waktu Rehat

Waktu rehat di antara setiap game adalah 1 minit.

Semasa berehat, pemain perlu meletakkan raket di atas meja pertandingan, kecuali
dibenarkan oleh pengadil.

2.2.8 Time Out

Setiap pemain atau pasangan boleh meminta SATU kali time out yang diperuntukan 1 minit
semasa permainan dijalankan.

Pemain yang ingin meminta time out cuma menunjukkan satu tanda T dengan tangannya.

Permainan akan disambung semula apabila pemain yang meminta time out sudah
bersedia atau pun masa 1 minit sudah tamat.

2.2.9 Penggunaan Tuala

Pemain hanya dibenarkan menggunakan tuala mengelap peluh setelah 6 mata dalam
sesuatu permainan.

Pemain juga dibenarkan menggunakan tuala semasa pertukaran tempat.

2.2.10 Waktu Memanaskan Badan

Pemain dibenarkan melakukan latihan di atas meja pertandingan sebelum pertandingan


dimulakan. Waktu memanaskan badan cuma DUA minit.

2.3

Ukuran

Sebelum memulakan permainan ping pong, setiap peralatan haruslah disediakan dengan teliti
dan teratur. Ping pong dapat dimainkan sama ada di dalam ataupun di luar dewan kerana ia
hanya memerlukan sedikit ruang sahaja dan tidak memerlukan penyelenggaraan yang tinggi.
Permainan ping pong memerlukan sebuah meja, sebiji bola ping pong, dua buah bet ( bagi
permainan secara individu).

2.3.1 Meja
Meja ping pong mestilah berbentuk segiempat tepat, berukuran 2.74 m panjang dan
1.56 m lebar dan tingginya dari lantai ialah 76 cm. Permukaan meja boleh diperbuat dari
pelbagai bahan tetapi mestilah member lantunan ( bounce ) bole lebih kurang 23 cm tinggi
apabila bola dijatuhkan dari ketinggian 30 cm. Permukaan meja mestilah berwarna gelap dan
pudar keseluruhannya dengan satu garisan putih yang tebalnya 2cm di setiap empat sisi meja
itu.
Permukaan meja dibahagi kepada dua bahagian yang sama oleh satu jarring yang
selari dengan kedua-dua garisan permukaan meja. Untuk permainan beregu, kedua-dua
permukaan meja itu dibahagi kepada dua bahagian yang sama oleh garisan tengah yang
tebalnya 3 mm selari dengan garisan tepi meja.

Contoh Meja Ping Pong

2.3.2 Jaring
Jaring untuk permainan ping pong terdiri dari jarring dan peralatan untuk memasangnya
ke meja ping pong, dan sering disebut gabungan jarring ( net assembly ). Panjang jaring ialah
1.83 m dengan 1.525 di atas meja dan 15.25 panjang di luar setiap garisan tepi. Tinggi jarring
adalah 15.25 cm di atas permukaan.

Contoh Jaring ping pong

2.3.3 Kawasan (Arena) Permainan


Permainan ping pong boleh dijalankan di mana-mana tempat yang berdafter, seperti di
kaki lima, tepi jalan, di dalam bilik, di dewan dan sebagainya. Arena permainan ping pong
berubah-ubah bergantung kepada keadaan pertandingan atau perlawanan dan pihak
penganjur. Tetapi dalam pertandingan antarabangsa, arena ini tidak boleh kurang dari 14
meter panjang, 7 meter lebar, dan 4 meter tinggi untuk satu-satu gelanggang. Begitu juga,
kawasan tempat yang digunakan untuk perlawanan Ping Pong adalah merupakan dewan yang
tertutup. Hal ini demikian bagi mengelakkan perlawanan terganggu daripada tiupan angin.

Dewan tertutup untuk meletakkan meja Ping Pong

Contoh Kawasan Permainan Ping Pong

2.4

Peralatan dan Pakaian

2.4.1 Bola Ping Pong


Bola ping pong mestilah berdiameter 38 mm dan berat 2.5 gram. Bola ping pong boleh
diperbuat daripada seluloid atau bahan plastic yang sama dan berwarna putih atau kuning
yang pudar. Bola ping pong digred kepada satu bintang sehingga tiga bintang, masing-masing
untuk latihan dan pertandingan. Bola ping pong mudah diperolehi dan harganya tidaklah
mahal.

Contoh bola ping pong

2.4.2 Raket/ Bet


Untuk pertandingan, semua getah yang digunakan mestilah mempunyai logo ITTF.
Getah yang digemari ramai ialah getah terbalik ( reverse ) yang boleh mengubah sifat-sifat
kelajuan dan putaran bola secara meluas. Secara am, semakin tebal dank eras lapisan span,
semakin cepat bola memantul ( rebound ) daripada bet. Di bawah undang-undang ping pong,
tebal keseluruhan getah span tidak boleh melebihi 4 mm. Walau bagaimanapun, warna getah
bet ping pong juga telah ditetapkan melalui peraturan Ping Pong apabila perlawanan
berlangsung. Antara warna getah yang diiktirafkan untuk pertandingan Ping Pong adalah
warna Merah dan Hitam sahaja. Jenis-jenis Bet Ping Pong adalah seperti yang ditunjukkan di
bawah:

Contoh raket / bet ping pong

2.4.3 Getah

Pemukaan

getah

hendaklah

rata

dan

tidak

boleh

berlubang

ataupun

kembung.

Getah

yang

digunakan

Pong Antarabangsa).

mesti

mempunyai

logo

ITTF

(Persekutuan

Ping

2.4.4 Pakaian

Semua pemain mestilah berpakaian sukan yang sesuai, kemas dan sopan.

Semua pemain ditegah memakai pakaian berwarna oren( sama dengan warna bola)

Bagi acara beregu, kedua-dua pemain hendaklah memakai baju yang seragam.

Ciri-ciri pakaian untuk lelaki:

Baju pendek

Seluar pendek

Stoking dan kasut

Ciri-ciri pakaian untuk lelaki:

Baju lengan panjang/ pendek

Seluar sukan panjang/ pendek

Stoking dan kasut

Contoh pakaian permainan ping pong

2.4.5 Alat Ukuran Jaring

Alat ukuran jaring ini digunakan untuk mengukur ketinggian jaring mengikut peraturan !TTF
iaitu 15.25 cm.

Contoh alat ukuran jaring

2.5

Pengelolaan Kejohanan/ Sistem Pertandingan

Pertandingan ini dijalankan secara kalah mati.

Keutamaan pemain (Seeding) hendaklah diadakan.

Dalam pertandingan perseorangan bagi peserta umur 18 tahun dan ke bawah, tiap-tiap
perlawanan akan diputuskan dengan tiga kemenangan daripada lima permainan sehingga
Peringkat Suku Akhir. Perlawanan dalam peringkat Separuh Akhir dan Akhir akan
diputuskan dengan empat kemenangan daripada tujuh perlawanan.

Dalam pertandingan perseorangan bagi peserta umur 12 tahun dan ke bawah, tiap-tiap
perlawanan akan diputuskan dengan tiga kemenangan daripada lima permainan.

Bagi acara BERGU, tiap-tiap perlawanan akan diputuskan dengan tiga kemenangan
daripada lima permainan untuk semua peringkat umur.

Satu minit rehat akan dibenarkan di antara 2 permainan.

Seseorang permain/regu dibenarkan mengambil satu kali time out selama 1 minit dalam
satu perlawanan.

2.5.1 Pertandingan Kalah Mati


Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas dikelolakan. Pemenang akan terus bertanding
manakala yang kalah akan tersingkir. Sistem ini sangat sesuai dalam mengelolakan
pertandingan yang terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangan masa, sumber kewangan,
tempat, kemudahan, peralatan dan sumber manusia. Sistem ini bukan cara yang terbaik untuk
mengukur keupayaan sesuatu pasukan atau peserta.
a. Kelebihan

Boleh dijalankan dalam masa yang singkat;

Cepat memilih pemenang;

Boleh dijalankan dengan peralatan yang terhad;

Seronok untuk ditonton; dan

Penyertaan ramai.

b. Kelemahan

Pasukan yang menjadi johan, boleh jadi bukan yang benar-benar terbaik;

Separuh daripada pasukan akan terkeluar selepas pusingan pertama; dan

Kemungkinan ada di antara pemain dari pasukan yang kalah langsung

tiada peluang bermain.

Cara mengira bilangan pasukan atau peserta menunggu (bye). Bilangan menunggu (bye)
dalam sistem pertandingan ini boleh dikira dengan menggunakan angka ganda dua iaitu
angka 2, 4, 8, 16, 32 dan seterusnya.
Contoh 7 pasukan yang bertanding. Angka yang lebih dari 7 ialah 8. Maka 8 tolak 7 ialah 1.
Keadaan ini bermakna ada 1 pasukan menunggu (bye). Carta untuk sistem kalah mati ialah
seperti berikut:

Contoh Jadual Pertandingan Kalah Mati

2.5.2 Pertandingan Liga


Merupakan satu-satunya pertandingan yang sesuai dijalankan sekiranya pertandingan itu
bertujuan memilih pasukan yang terbaik. Perkara-pekara yang perlu diambil perhatian:

Masa yang mencukupi;

Kewangan yang ada;

Bilangan pengadil; dan

Kemudahan dan peralatan yang ada.

Pertandingan boleh dijalankan dalam

Liga satu pusingan; dan

Liga berkumpulan;

3.0

PERSEDIAAN DAN PERANCANGAN

3.1

Pertimbangan Untuk Latihan

3.1.1 Tahap murid :


Aktiviti sukan yang dijalankan perlu bersesuaian dengan tahap umur dan keupayaan murid.

3.1.2 Bilangan murid :


Guru harus mengetahui bilangan murid yang akan menyertai aktiviti ini supaya dapat
menyediakan peralatan yang mencukupi dan ruang latihan yang bersesuaian.

3.1.3 Langkah-Langkah Keselamatan :


Antara langkah keselamatan yang perlu diambil perhatian oleh guru ialah:

Tahap kesihatan murid;

Memanaskan badan sebelum aktiviti dan gerak kendur dilakukan selepas aktiviti;

Pakaian dan kasut yang sesuai dengan aktiviti; dan

Peralatan dan kemudahan yang digunakan dalam keadaan baik dan selamat.

3.1.4 Tempat Latihan:


Ruang latihan yang sesuai dan selamat.

3.1.5 Kemudahan peralatan:


Merancang jumlah dan jenis-jenis peralatan yang perlu digunakan semasa aktiviti;
contoh : kon, bola segar dan tali.

3.1.6 Masa latihan:


Masa yang diperuntukkan untuk aktiviti sukan adalah seperti berikut:

Sekolah Rendah

60 minit/minggu

Sekolah Menengah

90 minit/minggu

3.2

Pertimbangan Khusus untuk Persediaan Sukan Ping Pong


AKTIVITI

3.2.1

Pemain dan Kumpulan

Guru membahagikan murid mengikut


kumpulan berdasarkan tahap penguasaan
kemahiran sukan ping pong masingmasing.

Bilangan dalam setiap kumpulan tidak


melebihi 30 orang.

3.2.2

Tempat latihan

Tempat latihan seharusnya indoor. Ruang


yang boleh digunakan termasuklah dewan
sekolah, bilik darjah yang kosong, pusat
aktiviti sekolah dan lain-lain tempat yang
mempunyai ruang yang cukup untuk
meletakkan sekurang-kurangnya sebuah
meja.

3.2.3

Keselamatan

Memilih lantai kawasan permainan yang


rata, tidak kasar dan selamat.

Pastikan semua peralatan adalah dalam


keadaan baik dan selamat diguna pakai.

3.2.4

Organisasi Kumpulan

Pastikan guru dapat melihat semua murid.

Pastikan semua murid mendengar arahan.

Pastikan perhatian murid tidak diganggu


oleh perkara lain ketika arahan diberikan.

Guru bercakap, murid mendengar

GAMBAR RAJAH

3.3

Aktiviti Memanaskan Badan


AKTIVITI

3.3.1

Regangan Leher :

berdiri tegak dan jatuhkan dagu perlahanlahan ke arah dada.

3.3.2

Regangan Bahu :

Pusingan lengan, daripada kedudukan berdiri,


pusingkan kedua-dua lengan perlahan-lahan
ke depan untuk melakukan satu bulatan.
Selepas melakukan 10 gerakan tukarkan arah
dan pusingkan lengan perlahan-lahan ke
belakang sebanyak 10 kali.
3.3.3

Regangan Pergelangan Tangan:

Ramas sebiji bola getah atau bola tenis


perlahan lahan dan regangkan jari-jari antara
10 hingga 20 kali.

GAMBAR RAJAH

4.0

Perkembangan Kemahiran

4.1

Pengenalan

Dalam sukan ping pong, penguasaan kemahiran asas adalah penting. Kemahiran asas dalam
sukan ping pong terbahagi kepada yang berikut:
Kawalan raket dan penyesuaian lantunan bola
Kedudukan bersedia (cara berdiri)
Servis asas topspin & backspin
Pukulan forehand drive/block/push
Pukulan backhand drive/block/push
Smash
4.2

Aktiviti Pengukuhan

Untuk menggalakkan Murid kita mengemari bermain sukan ping pong, pelbagai permainan
kecil diperkenalkan berdasarkan kemahiran asas.
4.2.1

Kemahiran asas kawalan raket

4.2.1.1 Pegangan jabat tangan (shakehand grip)

Pegang raket dengan tangan, pastikan pemegang digenggam dalam tapak tangan.

Genggam raket seolah-olah anda sedang berjabat tangan.

Unjurkan ibu jari dan jari telunjuk selari dengan hujung getah pada raket.

Tiga jari yang lain akan pegang pemegang raket dengan longgar supaya dapat
mengekalkan kestabilan raket.

4.2.1.2 Pegangan pen (penhold grip)

Ibu jari dan jari telunjuk menyangkutkan penghujung pemegang raket.

Tiga jari yang lain menyokong kestabilan raket pada bahagian belakang mengikut
keselesaan para pemain.

Kaedah pegangan ini seperti cara memegang pen. Oleh itu, cara ini juga digelarkan
sebagai pegangan pen.

4.3

Aktiviti Kemahiran
AKTIVITI

Permainan : 01
Nama

: Grip

Kemahiran : Pegangan jabat tangan hand


shake grip dan cara pegangan pen
Langkah-langkah:
a. Murid melakukan bulatan.
b. Guru menunjukkan cara grip (rujuk rajah).
c. Murid berpasangan.
d. Guru menyebutkan cara grip, Murid menunjukkan
cara grip, rakan mereka akan memeriksanya.
e. Murid menghayun raket ke hadapan dan belakang
mengikut keselesaan masing-masing. Ulangi lakuan
dengan pegangan lain.
Permainan : 02
Nama

: Menimbang Bola

Kemahiran : Kawalan bola dengan teknik raket


yang betul
Langkah-langkah:
a. Bahagikan murid kepada kumpulan.
b. Setiap kumpulan 10 orang.
c. Murid memegang raket dan bola dan memukul bola
menghala ke atas.
d. Secara berganti-ganti, murid memukul ke atas
sambil menghantarkan bola kepada rakannya.
Variasi
Letakkan dua skitel, murid diarahkan
mengelilingi skitel sebelum bola diberi kepada
rakannya.

GAMBAR RAJAH

(sambungan daripada aktiviti permainan 02)

Permainan : 03
Nama

: Melantun Bola

Kemahiran : Kawalan bola dengan teknik pegangan


raket yang betul
Langkah-langkah:
a. Bahagikan murid kepada kumpulan.
b. Setiap kumpulan 10 orang.
c. Murid memegang raket dan bola dan memukul bola
menghala ke lantai.
d. Secara berganti-ganti, murid memukul ke lantai dan
menghantar bola kepada rakannya.
Variasi
Letakkan 3 skitel, murid diarahkan
mengelilingi skitel sebelum bola diberi kepada
rakannya.

Permainan : 04
Nama

: Ping Pong Bangku

Kemahiran : Kawalan bola dengan teknik pegangan


raket yang betul
Langkah-langkah:
a. Murid berpasangan.
b. Letak bangku di atas lantai.
c. Bangku berfungsi sebagai jaring.
d. Murid cuba memukul bola melepasi bangku dan
rakannya cuba memukul balik bola tersebut selepas
bola itu melantun.
e. Murid boleh berlatih kemahiran ini berulang kali.
Permainan : 05
Nama

: Pukulan ke Dinding

Kemahiran : Kawalan bola dengan teknik


pegangan raket yang betul
Langkah-langkah:
a. Murid berpasangan.
b. Guru mendekatkan meja ke dinding.
c. Murid perlu memukulkan bola ke arah dinding dan
memukul semula bola selepas ia melantun dari
permukaan meja.
d. Seorang murid memukul bola, manakala rakannya
mengira berapa pukulan yang dibuat.
e. Selepas 3 kali pukulan, murid bertukar giliran.

Permainan : 06
Nama

: Cermin Kepada Rakan (Statik)

Kemahiran : Cara berdiri yang betul


Langkah-langkah:
a. Guru tunjukkan cara berdiri (kedudukan bersedia)
dan semua murid berdiri mengikut arahan; jarakkan
kedua-dua kaki mengikut lebar bahu, bengkokkan
sedikit lutut dan badan condong sedikit ke hadapan.
b. Murid berpasangan. Mereka berdiri menghadap
sesama sendiri. Murid memerhatikan cara rakan
mereka berdiri.
Permainan : 07
Nama

: Cermin Kepada Rakan (Dinamik)

Kemahiran : Cara berdiri dengan pergerakan


kaki satu langkah depan dan ke
sisi
Langkah-langkah:
a. Murid berpasangan.
b. Demonstrasi - Guru berdiri statik (kedudukan sedia)
berhadapan dengan murid, yang menjadi cermin
kepadanya.
c. Murid mengulangi lakuan tersebut.
d. Demonstrasi - Guru berdiri (kedudukan sedia)
berhadapan dengan murid, yang menjadi cermin
kepadanya. Kemudian bergerak melangkah ke sisi
kanan atau kiri, dan pergerakan kaki satu langkah
ke depan atau belakang. Murid yang menjadi
cermin akan mengikut gerak langkahnya.
e. Murid mengulangi lakuan tersebut.

Permainan : 08
Nama

: Lambung dan Sambut

Kemahiran : Melambung bola


Langkah-langkah:
a. Murid berpasangan.
b. Sebiji bola setiap pasangan.
c. Letakkan bola di atas tapak tangan.
d. Lambungkan bola itu setinggi yang boleh ke arah
pasangannya.
e. Rakan pasangan akan menyambut bola dengan
tangannya.
f. Selepas itu, ulangi perbuatan lambung dan sambut
antara rakan.
Permainan : 09
Nama

: Lambung dan Pukul

Kemahiran : Kombinasi lambung dan pukul


Langkah-langkah:
a. Murid berpasangan.
b. Murid melambung bola menegak.
c. Bola dipukul ketika ia menurun ke arah dinding.
d. Setiap murid diberi masa 2 minit untuk mencuba
secara bergilir-gilir.

Permainan : 10
Nama

: Lambung, Pukul ke Bakul

Kemahiran : Kombinasi lambung dan pukul


Langkah-langkah:
a. Bahagikan murid kepada kumpulan.
b. Letakkan sebuah bakul sejauh 2 meter dari
kedudukan murid yang memukul bola.
c. Murid perlu melambung bola menegak ke atas dan
memukul bola semasa ia menurun ke dalam bakul.
d. Setiap pemain boleh melakukan 5 kali percubaan
lalu bertukar giliran
Permainan : 11
Nama

: Menimbang Bola

Kemahiran : Forehand & Backhand


Langkah-langkah:
a. Individu - Seorang sebiji bola ping pong.
b. Murid menimbang bola dengan cara forehand dan
backhand berselang seli tanpa menjatuhkan bola
dan mengira Jumlah timbangan.
c. Jumlah timbangan paling banyak akan menang.
Permainan : 12
Nama

: Pukulan ke Bakul/ Kotak

Kemahiran : Pukulan Forehand


Langkah-langkah:
a. Bahagikan murid kepada 8-12 orang dalam satu
kumpulan.
b. Letakkan sebuah bakul/ kotak kecil 2 meter dari
tempat permulaan.
c. Murid melantunkan bola di lantai dan memukul bola
ketika ia manaik dengan cara forehead ke dalam
bakul/ kotak.
d. Setiap murid memukul bola bergilir-gilir.

e. Peruntukan

masa

minit.

Ulangi

beberapa

pusingan.
f. Kemenangan ditentukan berdasarkan jumlah bola
yang dapat dimasukkan ke dalam bakul/ kotak.

BIBLIOGRAFI
Gordon Steggall, 1988, Table Tennis : The Skill of The Game, Marlborough, The Crowood
Press.
Lee Chin Choy, 1994, Pingpong, Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Sidang Pengarang Penerbitan Fargoes, 1984, Siri Sukan : Ping Pong, Kuala Lumpur,
Penerbitan Fargoes Sdb. Bhd
Tiada Nama Pengarang, Sejarah Ping Pong, Diperoleh pada 15 September 2014,
daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Ping_pong
Tiada Nama Pengarang, Sejarah dan Perkembangan Pingpong, Diperoleh pada 22
September 2014, daripada http%3A%2F%2Finsani.tripod.com%2Ftabtennis.html
&ei=TlvHStbWDIBkQW7yok5&rct=j&q=sejarah+ping+pong&usg=AFQjCNFG6Kj
UhElxEM1t5ul-LET4oCf5gg
Tiada Nama Pengarang, Sejarah Ping Pong, Diperoleh pada 25 September 2014,
daripada http://suterawave.com/sports/?p=27
Tiada Nama Pengarang, Peraturan-peraturan Permainan Pingpong, Diperoleh pada 27
September 2014, daripada http%3A%2F%2Fsrisbn.edu.my%2FYTP%2Fteknik%
2Fping%2520pong.doc&ei=xnfHSv3BEdWTkAWTrO3bBQ&rct=j&q=teknik+perm
ainan+ping+pong&usg=AFQjCNFLln3tuvWKlp8kncS4og3qxmqP7A
Tiada Nama Pengarang, Table Tennis, Diperoleh pada 27 Oktober 2014, daripada
http://en.wikipedia.org/wiki/Table_tennis

Anda mungkin juga menyukai