Anda di halaman 1dari 2

RAKET

Boleh sebarang saiz, bentuk atau berat.


Raket mesti dilapik getah pada permukaan yang digunakan untuk
memukul bola.
Permukaan raket yang tidak dilapik getah tidak boleh digunakan untuk
memukul bola.
Permukaan raket yang tidak digunakan mestilah berwarna hitam atau
merah, bergantung kepada warna getah di permukaan sebelahnya.
Kedua-dua permukaan raket mestilah berlainan warna, merah pada satu
permukaan dan hitam pada permukaan keduanya.


GETAH
Pemukaan getah hendaklah rata dan tidak boleh berlubang ataupun
kembung.
Getah yang digunakan mesti mempunyai logo ITTF (Persekutuan Ping
Pong Antarabangsa).




CARA-CARA MEMEGANG RAKET PING PONG
Cara memegang bet akan menentukan cara pukulan bola dan cara pukulan bola pula akan
menentukan cara kita memegang bet. Dengan itu adalah sangat penting untuk memegang
bet mengikut cara pukulan yang diingini. Cara memegang bet boleh dibahagikan kepada
2 iaitu cara pegangan pen dan cara pegangan shake hand.
i. Cara pegangan pen (Penhold Grip)
Jari telunjuk dan ibu jari menggenggam pemegang seperti memegang pen.
Jari-jari lain dibengkokkan di bahagian belakang bet.
Pegang bet dalam keadaan selesa.

ii. Cara pegangan shake hand
Kelima-lima jari menggenggam pemegang seperti berjabat tangan.
Ibu jari dan telunjuk berada di bahagian permukaan bet yang berlainan.
Jari tengah, jari manis dan jari kelengkeng menggenggam sepenuhnya pemegang bet.
Jari telunjuk lurus dan ibu jari dibengkokkan sedikit.
Pegang bet dalam keadaan yang selesa.

Anda mungkin juga menyukai