Anda di halaman 1dari 19

Topik X Permainan

Bola Tampar

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti sejarah, perkembangan sukan bola tampar di Malaysia; 2. Menerangkan visi, misi dan objektif Persatuan Bola Tampar Malaysia; 3. Membezakan antara undang-undang dan peraturan permainan bola tampar; dan 4. Mempraktikkan pengetahuan pengurusan, pengendalian pengelolaan dalam sesuatu kejohanan dan pertandingan. dan

X PENGENALAN
Tahukah anda terdapat beberapa versi tentang asal usul permainan bola tampar? Ia dikatakan berasal dari Itali pada Zaman Pertengahan tetapi telah diadaptasikan oleh orang Amerika lalu berkembang menjadi satu permainan popular di Amerika Syarikat. Manakala di Malaysia, bola tampar diperkenalkan pada abad ke-20 menerusi seorang Inggeris yang bertugas di negara ini. Justeru, melalui topik ini, anda akan lebih mendalami dan memahami tentang undangundang dan peraturan serta kemahiran asas permainan bola tampar. Strategi permainan adalah aspek penting yang perlu ditekankan di mana ia dapat membantu anda mengetahui dan seterusnya mendalami sukan bola tampar.

7.1

SEJARAH PERMAINAN

Jika bola sepak berasal dari negara China, tahukah anda bola tampar berasal dari negara mana? Permainan ini mula diperkenalkan pada tahun 1893 di negara Jerman dan digelar sebagai Faust Ball. Pada tahun 1895 pula, William G. Morgan telah mengubah permainan ini lalu mencipta permainan bola tampar.

TOPIK 7

PERMAINAN BOLA TAMPAR

W 141

Perubahan telah berlaku dengan suatu permainan yang bernama Minton. Ia di bawa ke negara Amerika Syarikat pada tahun 1895 oleh David McConnaughly Jr. Permainan Minton adalah serupa dengan permainan Morgan yang dipanggil Mintonette, kecuali ia menggunakan satu kayu pemukul atau bat untuk menghantar bola melintasi jaring. Versi sejarah yang paling popular pula mengatakan bahawa permainan bola tampar dicipta oleh William G. Morgan, seorang pengarah jasmani YMCA di Holyoke, Massachusetts pada tahun 1895 (Rajah 7.1). Pada masa itu, jenis permainan rekreasi yang sesuai untuk lelaki berusia adalah terlalu sedikit, berat (strenuous), atau memerlukan terlalu banyak alatan dan ruang. Contohnya, permainan berpasukan seperti bola keranjang atau bola sepak adalah terlalu berat untuk golongan ini. Mereka memerlukan satu permainan yang tidak begitu kasar dan tidak menggunakan terlalu banyak tenaga untuk menyegarkan badan dan fikiran mereka. Sehubungan itu, Morgan cuba mengembangkan satu permainan rekreasi yang sesuai untuk warga yang berusia. Beliau menggunakan permainan tenis sebagai dasar untuk permainan baru ini. Ketinggian jaring dinaikkan ke 2 meter (6 kaki 6 inci) dari lantai, bola yang telah dipam digunakan untuk menggantikan bola tenis kecil dan tangan digunakan untuk memukul bola menggantikan raket. Pada mulanya, tiub bola keranjang (bladder) digunakan sebagai bola tetapi ia terlalu ringan dan perlahan. Kemudian, ia digantikan dengan menggunakan bola keranjang, namun bola tersebut pula terlalu besar dan berat. Akhirnya A.G. Spalding, sebuah syarikat pengeluar barangan sukan diminta membuat sebiji bola yang sesuai untuk permainan ini yang dinamakan Mintonettee sebelum namanya ditukarkan kepada nama sekarang iaitu bola tampar.

Rajah 7.1: Permainan sukan bola tampar awal 1918 di YMCA

142 X

TOPIK 7 PERMAINAN BOLA TAMPAR

Permainan Mintonettee telah didemonstrasikan di gimnasium Maktab Springfield (School of Christian Workers) pada Julai 1896. Morgan membawa dua pasukan yang mengandungi lima pemain untuk setiap pasukan dan . Pada masa menunjukkan cara-cara untuk memainkan permainan Mintonettee. permainan dimainkan, Alfred T. Halstead, seorang ahli fakulti maktab tersebut memberi komen bahawa pemain-pemain tersebut kelihatan seperti sedang menampar bola berulang-alik melintasi jaring dan memberi cadangan agar permainan itu dipanggil bola tampar. Cadangan Halstead akhirnya diterima dan nama Mintonettee ditukar kepada bola tampar.

7.1.1

Perkembangan di Malaysia

Bagaimana pula asal usul permainan ini di Malaysia? Sukan ini sememangnya digemari oleh ramai golongan masyarakat. Bola tampar mula diperkenalkan di Malaysia pada awal abad ke-20 menerusi seorang berbangsa Inggeris yang bertugas di negara ini. Pada awalnya, ia agak sukar untuk menarik minat dan penglibatan rakyat tempatan untuk bermain bola tampar. Perkembangan sebenar sukan ini hanya berlaku selepas Perang Dunia Kedua, apabila penduduk tempatan sudah mula menunjukkan minat walaupun kebanyakan daripadanya adalah berbangsa Cina. Bola tampar dimainkan di pelbagai peringkat umur. Biasanya murid-murid mula didedahkan kepada permainan ini di peringkat sekolah menengah lagi. Dengan meningkatnya penglibatan murid-murid sekolah dalam permainan ini, MSSM telah mengadakan pertandingan antara sekolah dan negeri. Selain itu, terdapat juga pertandingan antara kelab, jabatan kerajaan dan jabatan bukan kerajaan yang dianjurkan untuk sukan bola tampar ini.

SEMAK KENDIRI 7.1


1. Ceritakan secara ringkas sejarah awal permainan bola tampar. 2. Jelaskan bagaimana permainan ini diperkenalkan di Malaysia.

TOPIK 7

PERMAINAN BOLA TAMPAR

W 143

7.1.2

Persatuan Bola Tampar Malaysia

Berikut merupakan visi dan misi Persatuan Bola Tampar Malaysia.

Rajah 7.2: Logo Persatuan Bola Tampar Malaysia

Visi (a) (b) Untuk menjadi lebih proaktif dalam penganjuran dan pengurusan dalam pertandingan bola tampar kebangsaan dan antarabangsa. Untuk menjadi sukan pertama yang wajib dalam pertandingan di peringkat negeri.

Misi Untuk menjadikan permainan bola tampar sebagai sukan yang digemari di seluruh Malaysia. Objektif (a) (b) (c) Memperbaiki dan meningkatkan pengurusan MAVA secara profesional. Memperkuat dan meningkatkan kerjasama serta hubungan antara semua persatuan-persatuan gabungan MAVA dan sekutunya. Meningkatkan kerjasama dengan Majlis Sukan Negara, Majlis Olimpik Malaysia, Majlis Sukan-Sukan Sekolah, Kementerian Belia dan Sukan serta pihak penganjur dan media. Mempromosikan lebih banyak aktiviti bola tampar dari peringkat asas dengan harapan dapat melahirkan lebih ramai generasi baru dalam sukan ini. Meningkatkan mutu kerja dan tanggungjawab semua kakitangan agar lebih aktif dan profesional.

(d)

(e)

144 X

TOPIK 7 PERMAINAN BOLA TAMPAR

7.2

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

Pengetahuan dan kefahaman anda mengenai peraturan-peraturan asas bola tampar adalah penting untuk memenuhi kepuasan dan keseronokan pemain. Pengetahuan ini juga adalah amat penting untuk guru dan jurulatih permainan bola tampar.

7.2.1

Susunan Giliran (Rotation Order)

Susunan giliran untuk setiap pasukan yang ditetapkan pada permulaan permainan haruslah kekal di sepanjang set permainan. Enam pemain setiap pasukan mesti berada di dalam gelanggang seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.3. Dari jumlah ini, tiga pemain berada di sepanjang jaring yang dikenali sebagai pemain hadapan. Mereka terdiri daripada pemain kiri yang menduduki posisi 4, pemain tengah di posisi 3, dan pemain kanan di posisi 2. Tiga pemain belakang pula terdiri daripada pemain kiri yang menduduki posisi 5, pemain tengah pada posisi 6, manakala pemain kanan di posisi 1 seperti Rajah 7.3 berikut.

Rajah 7.3: Susunan giliran pemain

Selepas servis dilakukan, pemain-pemain dibenarkan bergerak bebas di dalam gelanggang sendiri dan di zon bebas. Apabila pasukan yang menerima servis telah membuat servis, pemain-pemainnya haruslah berputar mengikut arah jam ke posisi seterusnya, iaitu pemain di posisi 2 akan bergerak ke posisi 1 untuk menjadi pemain yang akan membuat servis selepas itu dan pemain di posisi 1 akan bergerak ke posisi 6 sehinggalah seterusnya semua pemain bertukar posisi. Sekiranya berlaku sesuatu kesalahan posisi atau kesalahan giliran, kesalahan itu akan didenda dengan kekalahan rali dan seterusnya kesalahan mestilah diperbetulkan dengan segera.

TOPIK 7

PERMAINAN BOLA TAMPAR

W 145

7.2.2

Bola Dalam

Istilah bola dalam digunakan apabila bola menyentuh lantai gelanggang permainan, termasuk garisan sempadannya.

7.2.3
(a) (b) (c) (d)

Bola Keluar

Istilah bola keluar dikira apabila: Bola yang menyentuh lantai gelanggang berada di luar garisan sempadan gelanggang. Bola menyentuh sesuatu benda di luar gelanggang seperti siling atau orang yang berada di luar gelanggang permainan. Bola menyentuh antena, tali, tiang atau bahagian jaring yang berada di luar antena penjalur tepi. Bola berjaya melintasi satah tegak jaring dengan keseluruhan atau sebahagian bola berada di luar ruang lintasan.

Rajah 7.4: Posisi bersedia untuk menerima hantaran bola daripada pihak lawan

146 X

TOPIK 7 PERMAINAN BOLA TAMPAR

Rajah 7.5: Cara-cara menghalang bola yang direjam

7.2.4

Sentuhan Serentak

Dua atau tiga pemain boleh menyentuh bola pada masa yang sama. Apabila dua ahli daripada pasukan yang sama menyentuh bola secara serentak, ia akan diambil kira sebagai dua pukulan kecuali semasa menghadang. Seandainya tiga pemain daripada pasukan yang sama menyentuh bola dengan serentak, ia juga akan diambil kira sebagai tiga pukulan. Namun demikian, jika dua atau tiga pemain daripada pasukan yang sama menghulurkan tangan untuk memukul bola tetapi hanya seorang sahaja yang menyentuhnya, maka ia hanya dikira sebagai satu pukulan. Untuk sentuhan serentak oleh kedua-dua pihak lawan di atas jaring dan bola masih kekal di dalam gelanggang, pasukan yang menerima bola masih berhak membuat tiga pukulan lagi. Jika sentuhan serentak oleh kedua-dua pihak lawan mengakibatkan bola pegang (held ball), maka ia dikenali sebagai kesalahan serentak dan permainan akan dimainkan semula.

TOPIK 7

PERMAINAN BOLA TAMPAR

W 147

Rajah 7.6: Dua orang pemain membuat percubaan untuk menyambut bola

7.2.5
(a)

Kesalahan Semasa Bermain Bola

Anda tidak dibenarkan melakukan perkara-perkara berikut: Pasukan yang menerima servis tidak boleh melakukan lebih daripada tiga sentuhan. Contohnya, pasukan tersebut memukul bola sebanyak empat kali sebelum bola dikembalikan kepada pihak lawan. Pukulan yang dilarang (irregular hit) ialah apabila bola menyentuh bahagian bawah lutut seorang pemain. Pukulan yang dibantu (assisted hit) iaitu pemain yang menerima bantuan daripada rakannya atau sebarang objek supaya dapat mencapai bola dalam kawasan gelanggang. Bola pegang (held ball) iaitu apabila pemain tidak memukul bola dengan betul. Contohnya, bola dipegang, diangkat, ditolak, dibawa atau dilontar. Dua sentuhan (double contact) iaitu pemain memukul bola dua kali berturut-turut atau bola menyentuh beberapa bahagian badannya secara berturutan.

(b) (c)

(d) (e)

7.2.6
(a)

Kesalahan Pemain di Jaring

Anda tidak dibenarkan melakukan perkara-perkara berikut: Menyentuh bola atau pihak lawannya di dalam kawasan lawan sebelum atau semasa pukulan dilakukan oleh pihak lawannya.

148 X

TOPIK 7 PERMAINAN BOLA TAMPAR

(b) (c) (d)

Masuk ke dalam kawasan pihak lawan di bawah jaring dan mengganggu pihak lawan bermain. Masuk gelanggang lawan, sama ada secara sengaja ataupun tidak. Menyentuh jaring.

7.2.7

Servis Pertama bagi Sesuatu Set

Pasukan yang akan memulakan servis akan ditentukan oleh lambungan duit syiling. Set-set lain pula akan dimulakan dengan servis oleh pasukan yang tidak melakukan servis dalam set yang sebelumnya. (a) Melakukan Servis Apabila anda hendak melakukan servis, anda mesti memukul bola dalam masa 5 saat selepas pengadil meniupkan wisel. Servis yang dilakukan sebelum tiupan wisel pengadil akan dibatalkan dan akan diulangi semula. Bola dipukul dengan menggunakan sebelah tangan atau sebarang bahagian pada lengan selepas bola dilambungkan dan sebelum bola itu menyentuh permukaan bermain. Seandainya bola yang telah dilambungkan oleh pemain yang membuat servis mendarat tanpa disentuh, ia dianggap sebagai satu percubaan servis. Selepas sesuatu percubaan servis, pengadil harus membenarkan servis diulangi semula dan pemain yang membuat servis mesti melakukannya dalam masa 3 saat. Hanya satu percubaan servis sahaja dibenarkan bagi setiap servis. Semasa anda melakukan pukulan servis atau melonjak bagi servis lompat, anda tidak boleh menyentuh gelanggang, termasuk garisan belakang atau lantai di luar zon servis. Selepas pukulannya berjaya dilakukan, barulah anda boleh memijak atau mendarat di luar zon servis atau di dalam gelanggang. (b) Kesalahan Servis Kesalahan-kesalahan berikut akan mengakibatkan berlakunya pertukaran servis kepada pihak lawan, sekiranya pemain yang membuat servis: (i) (ii) Melanggar susunan atau aturan servis; Tidak melakukan servis dengan betul; dan

(iii) Melanggar peraturan percubaan servis.

TOPIK 7

PERMAINAN BOLA TAMPAR

W 149

Selepas servis dilakukan, adalah satu kesalahan (kecuali jika terdapat pemain berada dalam posisi salah) sekiranya bola: (a) (b) (c) Menyentuh pemain daripada pasukan yang membuat servis atau gagal melintasi satah tegak jaring (vertical plane of the net); Keluar; dan Melalui di atas satu pertahanan individu atau berkumpulan (an individual or collective screen).

7.2.8

Kesalahan Pukulan Serangan

Beberapa contoh kesalahan pukulan serangan (attach hit faults) yang sering dilakukan oleh pemain ialah: (a) (b) (c) Pemain memukul bola daripada pihak lawan (the playing space of the opposing team); Pemain memukul bola keluar; Pemain barisan belakang melengkapkan pukulan serangan dari zon depan dan keseluruhan bola itu berada di atas paras atas jaring semasa pukulan dibuat; dan Pemain melengkapkan sesuatu pukulan serangan ke atas servis lawan apabila keseluruhan bola itu berada di zon depan dan di atas paras atas jaring (above the top of the net).

(d)

7.2.9
(a) (b) (c) (d) (e) (f)

Kesalahan Menghadang (Blocking Faults)

Antara kesalahan menghadang adalah seperti berikut: Penghadang menyentuh bola dalam kawasan lawan sama ada sebelum atau serentak dengan pukulan serangan lawan. Bola menyentuh penghadang pada sebarang bahagian bawah lututnya. Sebagai pemain barisan belakang, dia melengkapkan satu hadangan atau menyertai sesuatu hadangan yang lengkap. Pemain menghadang bola di dalam kawasan lawan dari luar antena. Pemain menghadang bola servis pihak lawan. Bola dihantar keluar melalui hadangan.

150 X

TOPIK 7 PERMAINAN BOLA TAMPAR

7.2.10 Gangguan Biasa dalam Permainan


Gangguan atau pemberhentian sementara yang biasa berlaku dalam permainan bola tampar merujuk kepada masa berhenti (time-out) dan penggantian pemain (player substitution). Tempoh masa bagi sesuatu masa berhenti ialah 30 saat. Setiap pasukan berhak meminta untuk berhenti tidak lebih daripada dua kali untuk setiap set. Pada masa waktu berhenti, pemain-pemain yang sedang bermain mestilah pergi ke zon bebas yang berhampiran dengan bangku pasukan mereka. Setiap pasukan berhak menggantikan enam pemain untuk setiap set. Pada ketika permintaan dibuat, pemain-pemain mesti bersedia untuk masuk atau berdiri berhampiran dengan jurulatih. Jika tidak, penggantian itu tidak akan dibenarkan dan pasukan tersebut akan dikenakan denda kerana lewat membuat penggantian. Selain itu, penggantian mesti dilakukan dalam zon penggantian.

7.2.11 Jarak Waktu (Intervals)


Semua jarak waktu antara set termasuk antara set keempat dengan set kelima adalah selama 3 minit. Dalam tempoh masa itu, pertukaran gelanggang dan pendaftaran pasukan-pasukan pada borang skor boleh dilakukan.

SEMAK KENDIRI 7.2


1. Terangkan secara ringkas peraturan-peraturan permainan bola tampar. 2. Jelaskan apa yang dimaksudkan sebagai gangguan biasa dalam permainan.

7.3

UNDANG-UNDANG AM

Perlawanan atau permainan rasmi bola tampar dimainkan oleh dua pasukan dan memerlukan sebiji bola serta sebuah gelanggang yang dibahagikan kepada dua bahagian oleh jaring. Setiap pasukan terdiri daripada enam orang pemain yang mempunyai kemahiran asas untuk menampar bola melepasi jaring supaya pasukan lawan tidak dapat menyambut pukulan bola tersebut. Setiap pasukan dibenarkan menampar bola sebanyak tiga kali sebelum dihantar ke pasukan lawan. Namun begitu, bola juga boleh ditampar sekali atau dua kali sahaja untuk melepasi jaring.

TOPIK 7

PERMAINAN BOLA TAMPAR

W 151

7.3.1

Kedudukan Pemain

Pemain-pemain hendaklah berada pada kedudukan iaitu tiga orang di barisan hadapan dan tiga orang di barisan belakang (rujuk Rajah 7.7). Pemain di barisan hadapan tidak dibenarkan menyambut atau merejam bola di hadapan jaring untuk tujuan pertahanan. Walau bagaimanapun, pemain barisan belakang boleh membuat rejaman pada jarak sejauh 3.05 m dari jaring di garisan serangan.

Rajah 7.7: Kedudukan pemain-pemain di dalam gelanggang

7.3.2

Putaran atau Edaran

Setiap pemain boleh membuat servis beberapa kali berturut-turut sehingga pasukannya melakukan kesalahan atau permainan tamat. Apabila pasukan yang membuat servis telah melakukan kesalahan, bola akan diberikan kepada pasukan lawan. Pasukan lawan hendaklah beralih ke kedudukan seterusnya mengikut putaran arah jam sebelum membuat servis. Pemain yang bergerak dari kedudukan hadapan kanan ke kedudukan belakang kanan akan membuat servis.

152 X

TOPIK 7 PERMAINAN BOLA TAMPAR

7.3.3

Bermain di Jaring

Apabila anda bermain di jaring, anda boleh melompat setinggi yang boleh tetapi tidak boleh menyentuh bola yang masih berada di kawasan lawan iaitu semasa lawan sedang membuat serangan. Anda hanya boleh mengangkat tangan sehingga ke sebelah jaring pasukan lawan untuk cuba memintas bola selepas pemain daripada pasukan lawan telah membuat serangan lengkap. Anda boleh menyentuh garisan tengah tetapi tidak boleh menyentuh lantai di sebelah garisan tengah yang lain iaitu kawasan pasukan lawan semasa permainan sedang dijalankan. Selain itu, anda juga boleh berada di bawah jaring untuk menyambut bola.

7.3.4

Pemain Gantian

Seorang pemain simpanan boleh menggantikan setiap pemain dalam pasukannya tetapi dia mesti mengambil kedudukan pemain yang digantinya. Jika pemain pengganti itu masuk ke gelanggang sekali lagi, dia mesti menggantikan pemain yang digantikannya tadi. Pemain-pemain yang memasuki gelanggang pada permulaan permainan dikirakan sebagai telah memasuki gelanggang sekali. Anda tidak dibenarkan memasuki gelanggang untuk mengambil bahagian dalam satu permainan lebih daripada tiga kali. Satu pasukan tidak boleh mengadakan lebih daripada dua penggantian dalam setiap set permainan.

7.3.5
(a)

Peralatan

Gelanggang Bola tampar dimainkan di atas satu gelanggang yang berukuran 18.29 x 9.14m termasuk garisan tepi selebar 5sm. Satu lagi garisan lebar 5sm, dipanggil garisan tengah membahagikan gelanggang kepada dua bahagian yang sama besar. Setiap kawasan ini mengandungi satu garisan 5sm lebar yang selari dan sejauh 3.05m dari garisan tengah. Garisan ini dipanggil garisan merejam di belakang gelanggang (lihat Rajah 7.8). Gelanggang mestilah bebas daripada sebarang halangan dan seharusnya terdapat kawasan lapang sekurang-kurangnya 18.3m dari garisan tepi ke suatu dinding atau halangan. Kawasan servis untuk kedua-dua belah gelanggang ialah garisan di bahagian belakang gelanggang dan dalam lingkungan 3.05m dari garisan tepi.

TOPIK 7

PERMAINAN BOLA TAMPAR

W 153

Jaring selebar 0.91 dan 9.75m panjang biasanya digunakan dalam permainan bola tampar. Untuk pemain pasukan lelaki, jaring akan dipasang setinggi 2.44m dari bahagian atas jaring ke lantai. Bagi pasukan perempuan pula, jaring dipasang setinggi 2.24m.

Rajah 7.8: Saiz dan ukuran sebuah gelanggang bola tampar

(b)

Bola Bola yang digunakan haruslah berwarna cerah yang seragam. Biasanya, bola yang digunakan mempunyai ukur lilit sepanjang 64-66sm dan berat antara 255-284g. Bola ini terdiri daripada 12 keping kulit yang tidak terlalu lembut tetapi bola yang diperbuat daripada getah adalah lebih praktikal untuk dimainkan di atas lantai yang kasar (lihat Rajah 7.9).

Rajah 7.9: Bola tampar

154 X

TOPIK 7 PERMAINAN BOLA TAMPAR

(c)

Jaring Lebar jaring yang digunakan selalunya berukuran 1m lebar dan panjang sekurang-kurangnya 9.5m. Jaringan selebar 10sm dan tebal berganda sebanyak 5m yang menggunakan bahan kanvas atau linen yang lebar direntasi di bahagian atas jaring. Satu kabel yang boleh diregangkan diletakkan di bahagian atas jaring dan dimasukkan ke dalam kanvas. Tinggi jaring di bahagian tengah hendaklah 2.43m untuk lelaki dan 2.24m bagi wanita. Tinggi jaring untuk perlawanan murid sekolah menengah, rendah dan kanak-kanak adalah terpulang kepada budi bicara persatuan bola tampar setempat.

7.3.6

Libero

Setiap pasukan boleh mendaftarkan satu atau dua orang pemain libero dalam pasukan yang memakai jersi yang berlainan warna daripada jersi pasukan. Pemain libero boleh menggantikan mana-mana pemain barisan belakang dan digantikan dengan pemain asal apabila bergerak ke kedudukan hadapan. Pemain libero ini tidak boleh membuat servis, menghadang dan menyerang dengan bola di atas paras jaring atau mengumpan atas kepala semasa berada di zon depan untuk serangan (lihat contoh di Rajah 7.10).

Rajah 7.10: Contoh permain libero sedang beraksi

7.3.7

Pelanggaran Undang-undang dan Penalti

Pelanggaran undang-undang tertentu boleh didenda dengan memberi satu mata kepada pasukan lawan. Antara pelanggaran undang-undang adalah seperti berikut: (a) Melanggar peraturan melakukan servis.

TOPIK 7

PERMAINAN BOLA TAMPAR

W 155

(b) (c) (d) (e) (f) (g)

Anda tidak berada pada tertib putaran ketika bola itu disentuh. Pemain-pemain daripada pasukan membuat servis cuba menghalang pandangan pasukan penerima semasa servis. Anda membuat servis bukan pada giliran anda. Pemain baris belakang cuba membuat halangan pada jaring. Pemain di bahagian belakang gelanggang memasuki kawasan merejam gelanggang hadapan untuk membuat rejaman (spike). Pemain gantian memasuki semula gelanggang untuk meneruskan perlawanan tetapi pada tempat selain daripada tempat pemain yang digantikan olehnya sebelumnya.

Melibatkan penggantian dan masa berhenti: (a) (b) (c) Pemain gantian tidak melaporkan diri kepada pencatat masa. Pemain memasuki gelanggang perlawanan lebih daripada tiga kali. Pasukan mengambil lebih daripada dua masa berhenti yang dibenarkan.

Melibatkan kelakuan: (a) (b) (c) (d) Cuba mengalihkan atau mengganggu perhatian pihak lawan dengan menjerit atau menghentakkan kaki. Pemain, pemain gantian, jurulatih atau pengurus mengeluarkan kata-kata kesat, menghina dan kurang sopan terhadap pasukan lawan. Pemain gantian, jurulatih atau wakil pasukan memasuki gelanggang ketika perlawanan sedang berlangsung. Pemain, pemain gantian, jurulatih atau pengurus cuba menangguhkan perlawanan.

Situasi yang menyebabkan perlawanan dimulakan semula: (a) (b) (c) Apabila pengawai tersilap membunyikan wisel dan menghentikan perlawanan. Apabila objek asing termasuk ke dalam gelanggang semasa bermain. Apabila kemalangan berlaku semasa perlawanan dan pegawai merasakan adalah lebih baik menghentikan permainan atas sebab-sebab keselamatan. serentak.

(d) Apabila pemain daripada kedua-dua pasukan melakukan kesalahan

156 X

TOPIK 7 PERMAINAN BOLA TAMPAR

7.4

PENGURUSAN PERTANDINGAN

Sistem pertandingan merupakan perkara wajib yang perlu anda fikirkan sebagai pengelola pertandingan sebelum menganjurkan pertandingan. Terdapat pelbagai faktor yang perlu difikirkan sebelum memilih sistem pertandingan. Antaranya ialah objektif pertandingan, masa yang diperuntukkan untuk menghabiskan kejohanan dan jumlah peserta yang mengambil bahagian.

7.4.1

Tujuan Pertandingan

Pertandingan merupakan satu pelan permainan yang dirancang bertujuan untuk memilih pemenang yang merupakan pasukan terbaik dalam permainan. Di samping itu, pertandingan juga membolehkan individu atau pasukan membina semangat kesukanan. Terdapat pelbagai cara untuk melaksanakan pertandingan iaitu: (a) (b) Melawan pencapaian individu atau pasukan dari segi skor atau skor purata contohnya olahraga, menembak, terjun renang dan lain-lain. Melawan individu atau pasukan secara terus contohnya badminton, bola sepak, bola tampar, tenis dan lain-lain.

Setiap kejohanan atau pertandingan tidak semestinya dikelolakan dengan cara yang sama. Terdapat pelbagai sistem yang boleh digunakan dalam mengelolakan kejohanan atau pertandingan. Selain itu, terdapat beberapa faktor yang perlu diberi perhatian sebelum sesuatu kejohanan atau pertandingan dianjurkan. Antaranya ialah: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) Jenis pertandingan; Masa yang diperlukan; Peralatan, gelanggang dan kemudahan yang ada; Agihan perlawanan yang adil; Jumlah pegawai dan petugas-petugas yang mencukupi; Sumber kewangan; Bilangan penyertaan, undang-undang dan peraturan pertandingan; dan Penentuan pemenang dan pemain yang sah.

TOPIK 7

PERMAINAN BOLA TAMPAR

W 157

7.4.2

Sistem Pertandingan

Terdapat beberapa sistem yang digunakan pada masa kini. Antaranya dibincangkan seterusnya: (a) Sistem Liga Pertandingan liga memberi peluang kepada penyertaan yang maksimum untuk setiap pasukan yang bertanding. Semua pasukan akan bertanding dengan setiap ahli dalam kumpulan pertandingan. Sistem liga ini dianggap lebih adil kepada pasukan yang bertanding dan dapat menghasilkan pasukan yang benar-benar baik. Sistem liga sesuai untuk pertandingan yang mempunyai bilangan peserta atau pasukan yang tidak begitu banyak kerana ia memerlukan tempoh kejohanan yang panjang. Pertandingan Kalah Mati Sistem pertandingan ini menyingkirkan peserta atau pasukan yang kalah. Proses pertandingan kalah mati akan berterusan sehingga hanya terdapat seorang atau satu peserta atau satu pasukan yang tinggal. Peserta atau pasukan yang tinggal diisytihar sebagai pemenang. Terdapat dua variasi pertandingan kalah mati iaitu kalah mati sekali dan kalah mati dua kali. Sistem ini biasa digunakan dalam keadaan: (i) (ii) Masa yang diperuntukan untuk pertandingan adalah singkat Peruntukan kewangan yang disediakan untuk pertandingan adalah terhad

(b)

(iii) Penyertaan adalah besar dan memakan masa untuk mengelolakannya (iv) Bilangan kemudahan yang digunakan adalah terhad (c) Bai Bilangan peserta yang mendapat bai boleh dikira dengan formula gandaan kuasa bagi angka 2. Bilangan penyertaan ialah 14 angka ganda dua yang terdekat iaitu 2(4) = 16. Jadi bilangan bai = = 16 - 14 2

Dua peserta yang mendapat bai akan diagihkan kepada dua kumpulan atas dan kumpulan bawah. Sekiranya dua bai yang diperuntukan, bai akan diberi kepada peserta pilihan pertama dan kedua.

158 X

TOPIK 7 PERMAINAN BOLA TAMPAR

x x

Pengetahuan berkenaan sistem, taktik dan strategi boleh didapati melalui pengalaman, pembacaan dan perbincangan. Pengetahuan dan kefahaman mengenai peraturan-peraturan asas bola tampar bukan sahaja penting untuk memenuhi kepuasan dan keseronokan pemain, malah penting untuk guru dan jurulatih permainan bola tampar.

Teng, B. T. (2001). Panduan pengajian kemahiran asas permainan. Kuala Lumpur: Longman. USA Volleyball (2009). Volleyball systems & strategies. Champaign, IL: Human Kinetics. Wee, E. H. (1995). Pengajaran jasmani dan kesihatan (Ed. ke-2). Shah Alam: Fajar Bakti

Anda mungkin juga menyukai