Anda di halaman 1dari 14

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

ROSLI DHOBY, SIBU, SARAWAK.

LAPORAN PENGANJURAN
AMALI 2

KESENGGANGAN DAN REKREASI

PERKHEMAHAN

No. Kad
Bil Nama Pengenalan No. Angka Giliran
1 Plycia Exshonna Anak Mat 960529-13-5836 SS3113 / 1090 (15P1)

2 Cynthia Ervina Anak Enggan 960322-13-5652 SS3113 / 1068 (15P1)

3 Gregory Jason Anak Edward 960315-13-5945 SS3113 / 10 (15P1)

4 Natalia Anak Kasin 960107-13-5684 SS3113 / 10 (15P1)

5 Claudya Luncha Anak Julin 960504-14-5944 SS3113 / 1067 (15P1)


ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA
1. RINGKASAN BUTIRAN PERKHEMAHAN

2. PROGRAM
i. PERANCANGAN PENGANJURAN
ii. PERLAKSANAAN PENGANJURAN
iii. PENYEDIAAN LAPORAN

3. KELEBIHAN/KEKUATAN

4. KELEMAHAN/KEKURANGAN

5. PENAMBAHBAIKAN

6. PENUTUP

7. LAMPIRAN
LAPORAN PENGANJURAN AMALI 2
KESENGGANGAN DAN REKREASI PERKHEMAHAN

(a) Ringkasan butiran perkhemahan

Nama Program : Kesenggangan dan rekreasi perkhemahan

Tarikh dan Masa : 14-15 Mac 2015

Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Rosli Dhoby, Sibu.

i. Latar Belakang Program

Penganjuran perkhemahan ini merupakan syarat wajib dalam latihan amali 2


Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) STPM bagi subjek Sains Sukan. Perancangan
dan penganjuran adalah dilakukan oleh pelajar-pelajar tingkatan 6A3 di bawah seliaan
guru subjek Sains Sukan iaitu Cikgu Leonardo Edmund Akau. Pengetahuan dan nilai
yang diterap dalam perkhemahan merupakan manfaat untuk para pelajar. Dalam
perkhemahan ini pelbagai aspek dinilai dalam diri pelajar samada dari segi
sikap,kerjasam dan kemahiran yang lain.

ii. Tema

“Journey To The Center Of The Earth”.

iii. Objektif/Matlamat

iv. Melatih pelajar untuk berdikari dan ikhtiar hidup. Dalam perkhemahan yang
dijalankan dapat melatih pelajar supaya berdikari dan bersedia dalam
menghadapi keadaan serba kekurangan kerana semasa berkhemah pelajar
tidak berada di rumah dan melakukan semua pekara bergantung kepada diri
sendiri sahaja.
v. Memupuk nilai kerjasama dan hormat-menghormati. Pelajar dapat
bekerjasama sesama sendiri dalam melakukan pelbagai pekara. Sikap hormat-
menghormati dapat dipupuk melalui pergaulan yang sihat sesama rakan di
samping bertolak ansur dan memahami satu sama lain
vi. Memberi keyakinan pelajar terhadap diri sendiri. Perkhemahan dapat memberi
peluang kepada pelajar untuk mempraktikkan segala kemahiran yang ada pada
mereka dan kecekapan yang ada pada mereka semasa dalam aktiviti
perkhemahan.
vii. Menghargai ciptaan Tuhan. Pendedahan pelajar kepada alam sekitar
membolehkan pelajar untuk mengenali dan menyayangi alam sekitar.

viii. Penyertaan

Perkhemahan ini disertai oleh semua pelajar Tingkatan 6 Atas 3 bersama


dengan guru subjek Sains Sukan iaitu Cikgu Leonardo Edmund Akau.

ix. Struktur Organisasi

1. Jawatankuasa

a).Jawatankuasa Induk

Bil Jawatankuasa Nama

1 Penaung Encik Tan Tie Muan

2 Penasihat Encik Leonardo Edmund Akau

3 Pengerusi Mohd Hafiz Bin Nasir

4 Naib Pengerusi Raymond Anak Mikai

5 Setiausaha Claudya Luncha Anak Julin

6 Naib Setiausaha Nur Farin Wahida Binti Bahrin

7 Bendahari Plycia Exshonna Anak Mat

8 Naib Bendahari Natalia Anak Kasin


b).Jawatankuasa Kecil Pelaksana

Bil Jawatankuasa Nama


- Elavis Anak Maramat
1 Makanan - Siti Nur Fatini Binti Mohd Aluwi
- Plycia Exshonna Anak Mat
- Cynthia Ervina Anak Enggan

- Mohd Hafiz Bin Nasir


2 Keselamatan dan Kecemasan - Gregory Jason Anak Edward
- Claudya Luncha Anak Julin
- Roviana Anak Jugi
- Jacques Gibson Luta Anak Sigie
- Fazira Avui Kebing

- Jacques Gibson Luta Anak Sigie


3 Sukan dan Rekreasi - Nur Farin Wahida Binti Bahrin
- Rexy Fernanzelle Anak Peter
Minda
- Natalia Anak Kasin

- Raymond Anak Mikai


4 Kebersihan - Mohammad Fuad Bin Roslan
- Eileanor Sarah Anak Chili

- Henrickson Jeremy Anak Ali


5 Peralatan - Rexy Fernanzelle Anak Peter
Minda
- Dila Anak Beginda
x. Tentatif program

Tarikh & Hari Masa (hrs) Aktiviti Tindakan


14 Mac 2015 0700 – 0715 Pendaftaran Peserta Setiausaha
(Sabtu) 0715 – 0730 Taklimat Perkhemahan Cikgu Leonardo
0730 – 0800 Pemasangan khemah -
0800 - 0900 “Team Building” AJK Induk
0900 – 1100 Aktiviti Kumpulan -
1100 – 1200 Masakan Rimba AJK Masakan
1200 – 1315 “Lunch and Rest” -
1315 – 1400 Aktiviti Penilaian Cikgu Leonardo
1400 – 1630 Aktiviti Kumpulan dan Sukan AJK Sukan dan
Rekreasi
1630 – 1700 Minum Petang dan Kuiz -
1700 – 1900 Persediaan Memasak dan Kendiri AJK Makanan
1900 – 2100 Barbeque, Dinner and Malam -
Kebudayaan
2100 - 0000 Campfire Session ( Truth or Dare ) -
15 Mac 2015 0000 – 0200 Movie Night -
(Ahad) 0200 – 0530 Sleep Tight and Sweet Dream AJK Keselamatan
dan Kecemasan
0530 – 0700 Persiapan Kendiri -
0700 – 0745 Sarapan AJK Makanan
0745 – 0830 Perlawanan Futsal ( Boys vs Girls ) AJK Sukan dan
Rekreasi
0830 – 1000 Dismantle Khemah dan Gotong- -
royong
1000 Sesi Bergambar dan Bersurai -
xi. Perbelanjaan

Bil. Perkara Harga Seunit Kuantiti Harga


1. Ayam RM25.00/sekilo 2kg RM50.00
2. Sayap Ayam RM10.00/sekilo 10kg RM104.00
3. Sosej RM2.60/sbks 4bks RM10.40
4. Barang Masakan ( bawang, garam, etc. ) - - RM50.00
5. Kain RM 2.40/m 4m RM9.60
6. Marker - - RM16.00
7. Air Mineral RM8.00/kotak 1kotak RM8.00
8. Sayur - - RM13.00
9. Buluh - - RM10.00
10. Kordial - - RM18.40
11. Sabun Pencuci Pinggan - - RM3.20
12. Bun - - RM19.00
13. Kiub Ais - - RM10.00
14. Gula Apung - - RM5.00
15. Plastik Sampah - - RM9.00
16. Tisu - - RM6.00
17. Telur - - RM10.50
18. Minyak Kereta Fuad - - RM20.00
19. Mee Segera - - RM13.00
20. Keropok - - RM10.00
21. sponge - - RM4.90
Jumlah RM400.00
xii. Sumber Pendapatan

Bil. Sumber Kewangan Jumlah (RM)


1. Yuran Perkhemahan : RM10 x 18 peserta RM180
2. Sumbangan Guru RM200
3. Sumbangan Pelajar RM20
Jumlah RM400

(b) Program

(i) Perancangan
Perkhemahan sains sukan ini telah dirancang pada hujung tahun 2014.
Namun begitu di atas sebab kekurangan masa untuk menjalankan
perkhemahan tersebut maka tarikh perkhemahan ditukar kepada awal tahun
2015 iaitu pada 14-15 Mac 2015.
Perbincangan telah dilakukan untuk membincangkan Ahli
Jawatankuasa Induk dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana pada hujung tahun
2014. Ahli Jawatankuasa tersebut dikekalkan semasa berbincang untuk
perkhemahan pada awal tahun 2015. Perbincangan diadakan di kelas 6A3
untuk mendapatkan pendapat setiap orang pelajar mengenai perancangan
semasa perkhemahan.
Semasa merancang perkhemahan pelbagai pekara telah dicadangkan.
Antaranya seperti mengenai makanan,aktiviti kumpulan dan aktiviti yang
dijalankan semasa pagi,petang dan malam. Perbincangan yang dilakukan di
bawah pemantauan guru subjek sains sukan. Terdapat beberapa aktiviti dan
menu yang tidak dipersetujui atas sebab kewangan dan masa.
Guru subjek juga turut memberi penambahan cadangan mengikut
kesesuain masa yang ditetapkan. Pada hari terakhir untuk perbincangan
tentatif program telah disusun. Yuran bayaran untuk setiap pelajar juga
ditetapkan iaitu sebanyak RM5 seorang. Guru subjek juga ada menyumbang
wang untuk membeli barang keperluan perkhemahan dan wang tersebut
diserahkan kepada bendahari perkhemahan.
2 hari sebelum perkhemahan,barang-barang untuk perkhemahan telah
dibeli. Bahan makanan pula dibeli sehari sebelum perkhemahan. Namun
begitu,melalui perbincangan yang telah dilakukan beberapa pelajar telah
menawarkan diri untuk meminjamkan beberapa peralatan untuk memasak.
(ii) Pelaksanaan
Pada hari pertama perkhemahan,pendaftaran telah dijalankan. Selepas
itu, pelajar diarahkan untuk mengambil khemah di makmal sains sukan.
Sebelum aktiviti bermula satu taklimat ringkas dibuat oleh guru subjek sains
sukan iaitu cikgu Leonardo Edmund Akau. Taklimat tersebut bertujuan untuk
menerangkan mengenai peraturan perkhemahan semasa perkhemahan
dijalankan. Telefon bimbit dan alat elektronik yang lain kecuali kamera
dikumpulkan dan disimpan oleh guru subjek.
Khemah dibina untuk setiap kumpulan khemah yang telah ditetapkan
oleh guru subjek. Terdapat 3 khemah untuk pelajar lelaki dan 4 khemah untuk
pelajar perempuan. Pada pagi itu juga aktiviti kumpulan dijalankan mengikut
kumpulan yang telah ditetapkan.
Selepas aktiviti kumpulan selesai persiapan untuk memasak
dilakukan. Untuk makan tengahari setiap kumpulan memasak pansuh untuk
kumpulan masing-masing. Selesai makan tengahari penilaian untuk amali
dilakukan di dalam dewan mengikut kumpulan masing-masing.
Petang tersebut aktiviti diteruskan dengan aktiviti kumpulan yang
seterusnya diikuti dengan aktiviti oleh Ahli Jawatankuasa Sukan dan Rekreasi.
Persiapan untuk barbeku dilakukan oleh Ahli Jawatankuasa Makanan.
Sesetengah pelajar diarahkan untuk mandi terlebih dahulu sebelum barbeku.
Pada waktu malam pula diadakan permainan truth and dale yang
melibatkan semua peserta perkhemahan. Pada mulanya aktiviti tersebut
diadakan di gelanggang. Namun begitu, aktiviti tersebut diadakan di dewan
selepas hujan turun renyai0renyai pada malam tersebut. Aktiviti nyanyian
turut diadakan.
Movie night yang sepatutnya ditayangkan tidak mendapat sambutan
kerana ramai peserta perkhemahan yang mengantuk akibat keletihan. Oleh itu,
tayangan tersebut tidak diteruskan dan semua peserta diarahkan untuk tidur di
khemah masing-masing.
Pada hari kedua iaitu hari terakhir untuk perkhemahan, sarapan
disiapkan oleh Ahli Jawatankuasa Makanan. Oleh kerana masa masih lagi
mencukupi sebelum masa balik, pertandingan futsal antara lelaki dan
perempuan telah diadakan. Selepas itu khemah diatur untuk disimpan kembali
ke dalam bekasnya. Selesai menyusun khemah,pelajar atau peserta diarahkan
untuk mengemas barang masing-masing. Peserta boleh balik selepas semua
barang perkhemahan disusun dan selepas kerja pembersihan dilakukan.
(iii) Penyediaan Laporan

Untuk aktiviti penyediaan laporan dan “post-mortem”, semua peserta


telah mengadakan satu lagi menyuarat bagi membincangkan perjalanan
program, kelebihan, kelemahan dan penambahbaikan yang boleh dilakukan
pada masa hadapan. Banyak kelebihan dan kelemahan yang dapat kami
kenalpasti semasa sesi perbincangan kami dan setiap ahli berupaya untuk
mengenalpasti perkara-perkara tersebut terutamanya dari segi kelemahan
kumpulan kami. Namun begitu, kami berjaya mencari usaha penambahbaikan
untuk mengatasi kelemahan kumpulan kami. Mesyuarat penyediaan laporan
hanya diadakan sekali sahaja kerana setiap ahli berupaya untuk memberikan
“feedback” terhadap penganjuran tersebut.
(c) Kelebihan/Kekuatan

Kelebihan yang pertama dapat dikenalpasti dalam perancangan dan


pelaksanaan amali bagi perkhemahan ini ialag dari segi pengurusannya tidak
kira dari segi aspek pengurusan masa dan aktiviti. Pengurusan masa dapat
diatur dengan sebaiknya walaupun masa untuk aktiviti adalah singkat. Namun
begitu,aktiviti masih dapat dijakankan dengan sempurna walaupun terdapat
sesetengah aktiviti yang terpaksa disegerakan.
Pengurusan dari segi pelaksanaan aktiviti dilakukan sengan sempurna
dari semasa hari pertama perkhemahan sehingga ke hari yang kedua iaitu hari
terakhir. Semua perancangan yang dicadangkan mampu dilaksanakan dengan
sistematik.
Seterusnya ialah dari segi kerjasama dalam pasukan. Dalam
perkhemahan yang dijalankan semua peserta memberikan kerjasama antara
satu sama lain dalam melakukan aktiviti. Contohnya seperti kerjasama dalam
menyediakan makanan dan dalam melakukan aktiviti berkumpulan yang lain.
Semua peserta didapati turut serta dalam aktiviti secara langsung mahupun
tidak langsung.Dalam penyediaan makanan semua peserta turut bantu-
membantu tidak mengira peserta tersebut Ahli Jawatankuasa Makanan
ataupun bukan.
Dalam aspek kewangan pula,semua peserta memberikan kerjasama.
Tiada bantahan apabila melibatkan wang. Pembelian barangan juga tiada
sebarang masalah kerana semua peserta setuju dengan mana-mana barangan
yang dibeli.
Dari segi penyelesaian masalah juga merupakan satu kelebihan.
Pelaksanaan aktiviti yang terdapat kekangan mampu diatasi dengan
melakukan perbincangan yang singkat, contohnya dengan keadaan cuaca yang
tidak mengizinkan aktiviti truth and dale masih lagi dapat dilaksanakan.
(d) kurangan/Kelemahan

Terdapat beberapa kekurangan yang telah dikenalpasti sebelum dan semasa


penganjuran perkhemahan. Kekurangan atau kelemahan yang paling ketara adalah
dari segi persediaan dan persiapan sebelum penganjuran pertandingan tersebut.

Antaranya ialah penyediaan senarai semak oleh setiap ahli terhadap tugas
masing-masing. Ketiadaan senarai semak ini berkemungkinan mampu untuk
menggangu perjalanan perkhemahan kerana akan menjurus kepada kekurangan
dalam aspek penganjuran seperti penyediaan peralatan.

Peralatan yang disediakan untuk memasak juga mempunyai kekurangan.


Sesetengah peralatan tidak disediakan mencukupi dengan aktiviti yang ada.
Contohnya.pisau terpaksa dikongsikan semasa aktiviti memasak pansuh. Pekara ini
menyebabkan pembaziran masa.

Kelemahan seterusnya ialah kami mempunyai sedikit masalah dan perselisihan


faham semasa aktiviti kumpulan dilakukan. Oleh kerana keadaan yang terlalu
letih,beberapa peserta tidak setuju untuk melakukan aktiviti yang banyak. Selain
itu,aktiviti yang dijalankan sangat padat tanpa mempunyai masa untuk peserta rehat.

Kami juga menghadapi masalah dengan keadaan cuaca. Semasa mengadakan


aktiviti pada waktu malam hujab renyai-renyai turun dan menghalang kami untuk
meneruskan aktiviti tersebut di tempat yang telah ditetapkan.
(e) Penambahbaikan

Antara penambahbaikan yang harus kami lakukan sekiranya diarahkan untuk


menguruskan perkhemahan yang seterusnya ialah menyediakan senarai semak bagi setiap
ahli kumpulan. Senarai semak ini akan membantu kami untuk melaksanakan tugas masing-
masing dengan lebih teratur dan tanggungjawab yang belum dilaksanakan akan lebih mudah
untuk dikenalpasti.

Di samping itu, kami juga harus mengenalpasti peralatan yang diperlukan agar
persediaan peralatan mencukupi. Kami harus bertanya dari semasa ke semasa mengenai
perlatan yang telah disediakan sebelum hari perkhemahan.

Perbincangan mengenai aktiviti yang diadakan juga harus dnegan serius dan teliti
supaya semua peseeta berpuas hati dnegan aktiviti yang akan dijalankan. Malah kumpulan
yang menguruskan sesebuah aktiviti seharusnya bertanya terlebih dahulu persetujuan untuk
melakukan sesebuah aktiviti. Pengurusan aktiviti seharusnya memandang kepada beberapa
aspek sebelum dilaksanakan.

Sebelum penyediaan barangan sepatutnya peserta yang menyediakan barangan


tersebut bertanya terlebih dahulu kepada Ahli Jawatankuasa yang berkenaan untuk
mengelakkan penyediaan peralatan yang tidak mencukupi. Peserta yang lain juga boleh
tolong mengingatkan peralatan yang diperlukan semasa perkhemahan.

Bagi penyelesaian masalah untuk keadaan cuaca, pelan B seharusnya dibuat untuk
persediaan sebarang masalah yang timbul. Pekara ini harus diambil berat kerana cuaca
sememangnya tidak mampu dikawal tapi alternatif untuk mengatasi masalah tersebut harus
dibuat/
PENUTUP

Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada :

 En. Tan Tie Muan, pengetua SMK Rosli Dhoby, Sibu kerana telah memberi
kebenaran kepada kami untuk menggunakan kawasan dan peralatan-peralatan sekolah.
Tanpa bantuan daripada cikgu, sudah pasti kami akan menghadapi kesukaran dalam
mencari kawasan penganjuran dan peralatan bagi perkhemahan tersebut.

 En. Puten Anak Gaong, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Rosli Dhoby, Sibu
kerana telah membantu dalam perancangan persediaan kawasan padang dan aspek
keselamatan terutamanya iaitu penyediaan borang deklarasi.

 En. Leonardo Edmund Akau, guru matapelajaran Sains Sukan SMK Rosli Dhoby,
Sibu kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada kami sepanjang perancangan,
perlaksanaan dan perlaporan bagi penganjuran perkhemahan ini. Tanpa tunjuk ajar
daripada cikgu, sudah pasti kami tidak mampu untuk menganjurkan perkhemahan
tersebut dengan jayanya.

 Pelajar-pelajar Tingkatan 6A3 yang telah bekerjasama semasa perancangan dan


pelaksanaan perkhemahan tersebut. Sesungguhnya tanpa dari kerjasama kita semua,
perkhemahan tersebut tidak akan dapat berjalan dnegan lancar.

 Semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Anda mungkin juga menyukai