Anda di halaman 1dari 22

PERSEDIAAN FIZIKAL

Oleh :
Jasni Ladin
4 PERSEDIAAN UTAMA
DALAM SUKAN
 PERSEDIAAN FIZIKAL
 PERSEDIAAN TEKNIKAL
 PERSEDIAAN TAKTIKAL
 PERSEDIAAN MENTAL/PSIKOLOGI
PERSEDIAAN FIZIKAL
 Aspek terpenting dalam persediaan sukan bagi
mencapai prestasi tertinggi dalam pertandingan.
 Objektif utama ialah bagi meningkatkan potensi
fisiologi atlit dan keupayaan biomotor ke satu tahap
yang tinggi.
 Secara umum dibahagikan kepada tiga peringkat
persediaan iaitu latihan fizikal umum, latihan
fizikal spesifik dan latihan peningkatan
keupayaan biomotor tertinggi.
 Lebih panjang jangka masa dalam persediaan fizikal
umum, akan bertambah baik prestasi fizikal dalam
fasa-fasa berikutnya.
KONSEP LATIHAN
.

Latihan fizikal adalah diasaskan kepada


prinsip yang dikenali sebagai S.A.I.D.
ringkasan daripada SPECIFIC
ADJUSTMENT to an IMPOSED DEMAND
atau PERSEDIAAN KHUSUS KEPADA
KEHENDAK YANG DIKENAKAN .
FASA-FASA LATIHAN
Fasa
 latihan Fasa Persediaan Pertandingan

Fasa
Perkembangan
1 2 3
Objektif Latihan Latihan Latihan
Fizikal Fizikal penyempurnaan
Umum Khusus keupayaan
motor spesifik
LATIHAN FIZIKAL UMUM
 Bagi semua jenis sukan, latihan dalam
fasa ini adalah untuk meningkatkan
kemampuan untuk bekerja. Lebih tinggi
kemampuan bekerja, lebih mudah
badan mengadaptasi kepada kehendak
fizikal dan psikologi sesuatu latihan.
Isipadu latihan adalah tinggi sementara
intensiti latihan adalah rendah.
LATIHAN FIZIKAL SPESIFIK
 Objektif utama adalah untuk meningkatkan
perkembangan dan kemampuan fizikal atlit
bersesuaian dengan ciri-ciri fisiologi sesuatu
jenis sukan. Latihan fizikal perlu disesuaikan
dengan kehendak fizikal dan fisiologi sukan
tersebut. Keperluan ini berbeza antara sukan.
Latihan dengan kaedah yang lebih spesifik
diperlukan. Intensiti latihan masih rendah
berbanding isipadu latihan yang tinggi.
PENYEMPURNAAN
KEUPAYAAN MOTOR SPESIFIK
 Seperti namanya, objektif utama adalah
untuk menyempurnakan potensi
maksimum keupayaan motor atlit sesuai
dengan kehendak fizikal dan fisiologi
sesuatu jenis sukan. Intensiti latihan
memainkan peranan penting. Intensiti
latihan adalah tinggi atau rendah sedikit
daripada keperluan sebenar sesuatu
sukan.
KOMPONEN KECERGASAN
FIZIKAL
 Berasaskan kesihatan
 Berasaskan kemahiran motor
KOMPONEN KECERGASAN
BERASASKAN KESIHATAN
 Daya tahan kardiovaskular
 Daya tahan otot
 Kekuatan otot
 Fleksibiliti
 Komposisi tubuh
KOMPONEN KECERGASAN
BERASASKAN KEMAHIRAN MOTOR
 Kepantasan/kelajuan
 Kuasa
 Ketangkasan
 Koordinasi
 Imbangan
 Masa reaksi/masa tindak balas
PRINSIP-PRINSIP LATIHAN
FIZIKAL ASAS
 Prinsip lebihan beban
 Prinsip kekhususan
 Prinsip keindividualan
 Prinsip kebolehbalikan
 Prinsip kepelbagaian
PRINSIP LEBIHAN BEBAN
 Prestasi fizikal meningkat bila berlaku
penambahan beban kerja
 Penambahan dilakukan secara progresif
 Penambahan dilakukan dengan
memanipulasi pembolehubah-
pembolehubah berikut – INTENSITI,
FREKUENSI, JANGKAMASA & MOD
LATIHAN
PRINSIP KEKHUSUSAN
 Komponen fizikal dan sistem tenaga adalah
berbeza antara satu sukan dengan yang lain
 Latihan perlu khusus kepada kehendak
individu dan kehendak sesuatu sukan
 Latihan aerobik memberi kesan kepada
adaptasi sistem kardiovaskular
 Latihan kekuatan memberi kesan kepada
adaptasi otot-otot rangka
PRINSIP KEINDIVIDUALAN
 Kadar peningkatan prestasi adalah
berbeza antara individu
 Program latihan perlu dirancang
mengikut kkehendak atau keperluan
individu
PRINSIP KEBOLEHBALIKAN
 Merujuk kepada kembali ke tahap asal
 Kesan latihan tidak kekal
 Penurunan prestasi berlaku jika latihan
tidak dilakukan berterusan
 Prestasi fizikal menurun dengan ketara
jika latihan dihentikan melebihi 72 jam
PRINSIP KEPELBAGAIAN
 Latihan perlu dipelbagaikan untuk
mengekalkan minat dan mengelakkan
kebosanan
 Kepelbagaian latihan boleh dilakukan
dengan memberikan latihan berbeza,
mengubah tempat latihan dan
mengadakan latihan komplementari
SESI LATIHAN
 PENGENALAN – 5 minit
 PERSEDIAAN – 30 minit
 PENGAJARAN UTAMA – 75 minit
 PENUTUP – 10 minit
PENGENALAN
 Kumpul atlit, ambil kedatangan
 Jelaskan objektif latihan
 Tingkatkan motivasi
 Bahagikan kepada kumpulan kecil jika
perlu
PERSEDIAAN
 Memanaskan badan (warm-up)
 Memanaskan badan secara umum –
tingkatkan kapasiti kerja secara
progresif dengan meningkatkan
pengaliran darah dan suhu badan
 Pemanasan badan khusus – meraptai
atlit kepada kerja sebenar yang akan
dilakukan dalam pengajaran utama
PENGAJARAN UTAMA
 Bergantung kepada banyak faktor –
tahap latihan, jenis sukan, jantina,
umur dan fasa latihan
 Latih dan tingkatkan kemahiran teknik
dan taktik
 Bina kepantasan atau kordinasi
 bina kekuatan
 bina daya tahan
PENUTUP
 Melakukan penyejukan badan secara
progresif (cooling down)
 jog perlahan atau kendalikan satu permainan
kecil yang menyeronokkan dan berintensiti
rendah
 Regangan (stretching) hanya perlu jika atlit
melakukan latihan kekuatan
 Jelaskan samada objektif tercapai atau tidak

Anda mungkin juga menyukai