Anda di halaman 1dari 10

KECERGASAN

1. Sistem kardiovaskular terdiri daripada …


A jantung dan salur darah
B jantung dan bekalan oksigen
C pengaliran darah dalam badan
D keupayaan jantung mengepam oksigen

2. Berikut adalah jenis latihan untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular


kecuali
A LSD
B Fartlek
C Half Squat
D Senamrobik

3. Keupayaan otot melakukan kerja secara berterusan dalam jangka masa yang
panjang dikenali sebagai …
A kekuatan
B koordinasi
C daya tahan otot
D daya tahan kardiovaskular

4. Latihan yang boleh meningkatkan daya tahan otot ialah …


A tekan tubi
B senamrobik
C duduk jangkau
D berjalan pantas 2 km hingga 3 km

5. Isometrik didefinisikan sebagai …


A regangan otot semasa menaikkan beban
B regangan otot semasa menurunkan beban
C bergerak dan mengatasi sesuatu rintangan
D kedudukan otot tidak berubah atau sama panjang
6. ________ ialah kemampuan otot untuk menghasilkan daya bagi mengatasi
rintangan atau mengangkat beban pada suatu masa tertentu.
A Kuasa
B Kelenturan
C Kekuatan otot
D Daya tahan otot

7. Latihan yang manakah paling sesuai untuk membentuk kekuatan otot


bahagian bawah badan?
A Half Squat
B Bench Press
C Overhead Press
D Lateral Pull Down

8. Aktiviti bench press dan bicep curl adalah untuk membina …


A kelenturan
B kekuatan otot
C masa tindak balas
D daya tahan kardiovaskular

Soalan 9 hingga 11
Pilih jawapan yang tepat.

A Latihan isotonik
B Latihan isokinetik
C Latihan isometrik
D Latihan kekuatan otot

9. Latihan yang melibatkan kontraksi fiber otot memendek dengan ketegangan


berbeza.
10. Latihan yang melibatkan kontraksi statik dengan fiber otot tidak memendek
atau memanjang.
11. Latihan yang menggunakan 3 hingga 5 repetisi, 1 hingga 3 set dan intensiti
kerja 80 hingga 90% daripada 1 Repetisi Maksimum (RM).

KEMAHIRAN

Hoki

Hitamkan (A) bagi pernyataan yang benar dan (B) bagi pernyataan yang salah.

12. Pasukan Asia pertama yang menyertai Persekutuan Hoki


Antarabangsa (FIH) ialah pasukan India. A/B

13. Berat bola hoki yang biasa digunakan untuk tujuan pertandingan
adalah antara 166 gram hingga 173 gram. A/B

14. Setiap pasukan menurunkan 11 orang pemain dalam sesuatu


perlawanan. A/B

15. Dalam permainan hoki, pemain dibenarkan membuat pukulan


dengan menggunakan bahagian hadapan dan belakang kayu hoki. A / B

16. Penjaga gol dibenarkan menendang bola di mana-mana kawasan


permainan. A/B

17. Latihan menggelecek bola hoki adalah untuk melatih koordinasi


mata-tangan dan kemahiran memegang kayu hoki. A/B

18. Mengikut undang-undang hoki FIH 2006, pertandingan hoki


peringkat antarabangsa dimulakan dengan bully off. A/B
19. Dalam permainan hoki, sistem bentuk piramid terdiri daripada
5 pemain forward, 3 pemain hafbek, 2 pemain bek dan
seorang penjaga gol. A/B

20. Sekiranya faul dilakukan oleh pasukan pertahanan dalam kawasan


D, pasukan penyerang akan mendapat pukulan sudut penalti. A/B

21. Memainkan bola melebihi paras bahu merupakan satu faul dalam
permainan hoki. A/B

Olahraga

22. Fasa pertama dalam acara lompat jauh ialah fasa …


A lonjakan
B layangan
C lari landas
D pendaratan

23. Dalam acara lompat jauh, lompatan seseorang atlet itu batal jika …
A atlet melonjak sebelum papan lonjak
B atlet terduduk di atas pasir dalam kawasan pendaratan
C semasa mendarat tangannya tersentuh pasir dalam kawasan
pendaratan
D tapak kakinya terlajak ke depan dari papan lonjakan semasa membuat
lonjakan

24. Berikut adalah acara-acara padang dalam olahraga kecuali


A lontar peluru
B lari berpagar
C lompat kijang
D merejam lembing
25. Fasa ketiga dalam acara lompat jauh dan lompat kijang ialah …
A fasa lonjakan
B fasa layangan
C fasa lari landas
D fasa pendaratan

26. Berapakah bilangan pagar untuk acara lari berpagar 110 meter bagi lelaki
bawah umur 15 tahun ?
A 8
B 9
C 10
D 11

27. Fasa kedua acara lari berpagar ialah …


A fasa layangan
B fasa lonjakan
C fasa mendarat
D fasa penamat

28. Terdapat ________ fasa dalam acara lari berpagar.


A 3
B 4
C 5
D 6

29. ________ amat sesuai untuk meningkatkan kuasa eksplosif dalam acara
lompat kijang.
A Latihan jeda
B Latihan Fartlek
C Latihan rintangan
D Latihan plyometric
30. Sekuen lakuan lompat kijang yang sah mengikut peraturan ialah …
A kaki kanan - kaki kiri (hop), kaki kiri (step), mendarat
B kaki kanan - kaki kanan (hop), kaki kiri (step), mendarat
C kaki kiri - kaki kanan (hop), kaki kanan (step), mendarat
D kaki kanan - kaki kiri (hop), kaki kanan (step), mendarat

Perkhemahan

31. Apakah tujuan menaburkan belerang di sekeliling khemah semasa


perkhemahan?
A Menghalau nyamuk daripada menghampiri khemah tersebut.
B Menghalang makhluk-makhluk halus daripada mengganggu.
C Menghalang ular dan binatang berbisa menghampiri khemah.
D Memberi haba yang diperlukan kepada penghuni khemah tersebut.

32. Perkhemahan adalah salah satu aktiviti bagi memenuhi masa lapang dan
merehatkan fikiran. Susun lima peringkat persediaan mengikut urutan yang
betul.
I Belanjawan
II Surat kebenaran
III Kenal pasti kawasan
IV Alatan perkhemahan
V Pembentukan jawatankuasa

A I, II, III, IV, V


B III, IV, II, V, I
C V, IV. III, II, I
D V, III, II, I , IV
33. Ciri-ciri khemah adalah seperti berikut kecuali
A murah
B ringan
C mudah disimpan
D mudah dipasang

34. Antara perkara-perkara yang perlu diambil kira dalam menentukan tempat
perkhemahan ialah …
I kemudahan asas
II kesesuaian tempat
III mempunyai ciri-ciri keselamatan
IV mudah berhubung dengan pihak polis dan hospital

A I, II dan III
B I, II dan IV
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV

35. Perkara-perkara yang perlu diambil perhatian semasa perkhemahan ialah …


I kedudukan khemah
II alatan perkhemahan
III peraturan keselamatan
IV pembentukan jawatankuasa

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV

36. Belanjawan perkhemahan hendaklah termasuk kos …


I insurans
II makanan
III perubatan
IV pengangkutan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV

KESUKANAN

37. Dasar Sukan Negara diwujudkan untuk membudayakan sukan dan


membangunkan sukan di kalangan rakyat Malaysia. Dasar ini
menggariskan tiga konsep berikut kecuali
A Sukan Massa
B Sukan untuk Semua
C Sukan untuk Kesihatan
D Sukan untuk Kecemerlangan

38. Malaysia Cergas merupakan salah satu program dalam Dasar Sukan Negara.
Berikut adalah konsep Malaysia Cergas kecuali
A satu proses pendidikan seumur hidup
B satu alternatif penyelesaian masalah sosial
C satu pendekatan melahirkan atlet taraf dunia
D satu seruan ke arah hidup yang lebih tinggi mutunya

39. Sukan SEAP ditukar kepada Sukan SEA setelah penyertaan negara Filipina
dan …
A Indonesia
B Malaysia
C Singapura
D Thailand
40. Berikut adalah contoh kerjaya dalam sukan kecuali
A pemain amatur
B pemain profesional
C eksekutif kelab golf
D jurulatih kecergasan
PENILAIAN PERTENGAHAN TAHUN

TINGKATAN 5

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 Soalan

2. Jawab semua soalan didalam borang OMR yang disediakan

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan pilih
satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang
disediakan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

Hendry Thomas Pn. Masniah binti Asir

Kp. Pjpk SmkTs Kb. Kemanusiaan SmkTs

Anda mungkin juga menyukai