Anda di halaman 1dari 13

Tajuk : SOALAN PJPK TINGKATAN 5

Tunjang : KECERGASAN

1. Manakah antara berikut bukan komponen kecergasan berasaskan kesihatan


A Kelenturan
B Kekuatan otot
C Daya tahan otot
D Daya tahan kardiovaskular

2 Organ-organ yang terlibat dalam sistem kardiovaskular ialah


A hati dan hempedu
B salur darah dan jantung
C paru-paru dan salur nadi
D salur darah dan salur nadi

3 Kesihatan meliputi semua aspek berikut


I sosial
II rohani
III fizikal
IV kekuatan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

4 Apakah kesan senaman terhadap tubuh badan ?


A Menjadi mengantuk
B Menjadi letih dan lesu
C Menjadi cergas dan sihat
D Meningkatkan selera makan
5 Aktiviti jangkauan melunjur dilakukan bagi mengukur
A Kelenturan
B Kekuatan otot
C Daya tahan otot
D Daya tahan kardiovaskular

6 Fleksibiliti ditakrifkan sebagai


A otot dan sendi gerak untuk bekerja
B sekumpulan otot bekerja tanpa kelesuan
C jantung membekalkan oksigen kepada sel-sel otot
D sendi badan dapat digerakkan sejauh yang mungkin

7 Aktiviti regangan bertujuan untuk


A meningkat suhu badan
B mencegah kecederaan otot dan tisu
C meningkatkan tenaga dan kekuatan
D menyesuaikan dengan keadaan persekitaran latihan

8 Kekuatan otot bermaksud


A kemampuan otot mengembang
B kemampuan otot mengatasi rintangan
C kemampuan otot dalam masa yang lama
D kemampuan otot mengembang dan menguncup

9 Daya tahan otot bermaksud


A kemampuan otot mengembang
B kemampuan otot mengatasi rintangan
C kemampuan otot mengembang dan menguncup
D kemampuan otot bekerja dalam jangka masa yang lama
10 Proses dehidrasi dan infeksi badan mengganggu proses fisiologi badan, antara yang
berikut, manakah penyesuaian yang dilakukan oleh badan kita ?

A Proses perpeluhan
B Penyerapan air daripada paru-paru
C Penyerapan air daripada plasma darah
D Degupan jantung yang makin kencang

Tunjang : PERMAINAN – BOLA KERANJANG

11 Ukuran gelanggang bola keranjang, peralatan dan saiz bola yang digunakan adalah
mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh
A FIFA
B FIBA
C MABA
D MAVA

12 Bagi gelanggang bola keranjang yang berada di dalam dewan tinggi di antara lantai
dan syiling atau sebarang halangan perlu melebihi
A 8 meter
B 5 meter
C 6 meter
D 7 meter

13 Bulatan tengah gelanggang bola keranjang mestilah berjejari


A 3.6 meter
B 3.5 meter
C 6.3 meter
D 5.3 meter

14 Dalam permainan bola keranjang, pada permukaan hadapan papan jaring mestilah dilukis
satu
A bulatan
B segi tiga
C heksagon
D segi empat tepat

15 Berapakah ukur lilit bola keranjang yang biasa digunakan


A 70-75 cm
B 75-78 cm
C 75-77 cm
D 75-80 cm

16 Terdapat tiga posisi utama dalam permainan bola keranjang


I pengawal
II pemain tengah
III pemain hadapan
IV pemain pertahanan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II,III dan IV

17 Antara faktor yang perlu diambil perhatian ketika melakukan hantaran ialah
I Kelajuan
II Ketepatan
III Kelembutan
IV Ketangkasan

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
18 Menghadang ialah satu daripada kemahiran untuk menyukarkan pemain lawan
daripada
I mengelecek bola
II melakukan jaringan
III melakukan hantaran
IV melakukan lontaran percuma

A I, II dan III
B II dan IV
C I, III dan IV
D II,III dan IV

19 Antara berikut yang manakah, kesilapan yang sering dilakukan semasa mengelecek
bola keranjang
A melantun bola dekat dengan badan
B mengelecek tanpa melihat arah bola
C menggunakan hanya sebelah tangan yang lebih dominan
D menampan bola pada paras dada dan tunggu bola melantun

20 Dalam permainan bola keranjang terdapat tiga jenis kaedah menjaring iaitu
I “set shot”
II “jump shot”
III “long shot”
IV “lay-up shot”

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II,III dan IV

Tunjang : PERMAINAN – KRIKET


21 Pada tahun berapakah Persatuan Kriket Tanah Melayu ditubuhkan
A April 1947
B Ogos 1947
C Ogos 1949
D Disember 1949

22 Struktur bahagian dalam bola kriket diperbuat daripada


A Span
B Getah
C Kulit
D Gabus

23 Dalam permaian kriket, terdapat dua set wiket yang mengandungi ……. batang kayu
A 2
B 3
C 4
D 6

24 Jarak antara dua set wiket yang berada bertentangan antara satu sama lain adalah
A. 20.12 meter
B 20.14 meter
C 20.16 meter
D 20.20 meter

25 Semasa permainan kriket, pemain yang harus memakai pad kaki ialah
A bowler dan pemukul
B pemukul dan pengadil
C penjaga wiket dan pengadil
D pemukul dan penjaga wiket

Tunjang : PERMAINAN - RAGBI


26 Bilakah permainan ragbi di perkenalkan di Malaysia dan dimanakah ia diperkenalkan
A 1952, Negeri Johor.
B 1920, Negeri Selangor
C 1925, Negeri Sembilan
D 1927, Negeri Kelantan

27 Baju dan seluar pemain ragbi diperbuat dari kain yang tahan lasak dan
A tidak tahan lasak
B tidak mudah rosak
C tidak mudah luntur
D tidak mudah koyak

28 Dalam permainan ragbi pemain dibenarkan memakai alat keselamatan


I Padding
II Shin guard
III Shoulder guard
IV Alat pelindung gigi

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II,III dan IV

29 Bola ragbi yang digunakan dalam permainan biasanya berbentuk


A Spera
B Bulat
C Lonjong
D Semi Bulat
Cara mendapatkan mata dalamragbi Mata
Try X
Conversion 2
Touch Down 7
Penalty Goal Y
Drop Goal 3

30 Berapakah mata bagi X dan Y


A 3 dan 5
B 5 dan 3
C 3 dan 3
D 5 dan 5

Tunjang : OLAHRAGA – LARI BERHALANGAN

31 Apakah nama lain yang berikan bagi acara lari berhalangan ?


A Steeplechain
B Steeplechase
C Steeplechang
D Steeplechoose

32 Lari berhalangan adalah gabungan daripada beberapa acara olahraga. Apakah


acara-acara tersebut ?
I Lompatan air
II... Lari berpagar
III Lari jarak jauh
IV Lompatan udara

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

33 Siapakah atlet antarabangsa yang memegang rekod dunia dalam acara lari berhalangan yang
dipertandingkan di Brussels, Belgium dalam tahun 2001?
A Brahim Bruss
B Brahim Kiptanui
C Brahim Boulami
D Brahim Kipketer

34 Dalam acara 3000 meter lari berhalangan, seseorang atlet mesti berlari sebanyak tujuh
setengah pusingan dan melepasi sejumlah halangan berpagar dan tujuh halangan lompatan air.
Berapakah jumlah halangan tersebut?
A 15 halangan
B 18 halangan
C 25 halangan
D 28 halangan

35 Terdapat dua kaedah yang digunakan untuk melepasi halangan berpagar. Apakah kaedah-
kaedah tersebut?
I Kaedah lari pecut
II Kaedah lari berpagar
III Kaedah lompat pagar
IV Kaedah lompat kijang

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Tunjang : OLAHRAGA – LOMPAT TINGGI

36 Lompat tinggi merupakan salah satu acara


A trek
B padang
C balapan
D larian

37 Faktor utama untuk menghasilkan lompatan yang baik dalam acara lompat tinggi ialah
I umur
II ketinggian atlet
III penguasaan teknik yang baik
IV penggunaan alat- alat lompatan yang mahal
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

38 Gaya lompatan untuk lompat tinggi yang menjadi pilihan atlet ialah
A gaya pelana dan gaya flip
B gaya flip dan gaya gunting
C gaya pelana dan gaya fosbury flop
D gaya fosbury flop dan gaya gunting

39 Empat fasa lompat tinggi gaya pelana mengikut turutan yang betul ialah
A fasa layangan, fasa pendaratan, fasa lonjakan dan fasa larian
B fasa pendaratan, fasa lonjakan, fasa larian dan fasa layangan
C fasa lonjakan, fasa larian, fasa layangan dan fasa pendaratan
D fasa larian, fasa lonjakan, fasa layangan dan fasa pendaratan

40 Gaya lompatan fosbury flop dalam acara lompat tinggi juga di kenali sebagai
A gaya lentang
B gaya belakang
C gaya mengiring
D gaya menjunam

Tunjang : KESUKANAN - KESELAMATAN


41 Kemalangan sering berlaku disebabkan oleh
A kecuaian
B kegagalan
C keagresifan
D keseronokan

42 Matlamat setiap sekolah adalah mewujudkan


A guru yang terlatih
B peralatan yang baik
C persekitaran yang selamat
D murid yang berkebolehan

43 Liabiliti merupakan konsep di mana


A Murid mesti tidak cuai
B Kecederaan berlaku bila cuai
C Alatan mesti selamat digunakan
D Kecuaian yang berlaku adalah tanggungjawab guru dan sekolah

44 Tidak mengawal disiplin murid merupakan liabiliti


A Guru
B Masyarakat umum
C Pengurusan sekolah
D Persatuan Ibu bapa dan Guru

45 Gangguan seksual boleh didefinisikan sebagai


A Perkataan lucah
B Keinginan seksual
C Perbuatan melampau
D Gangguan berunsur lucah ang mengganggu hak peribadi individu lain

Tunjang : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA – KESIHATAN DIRI


46 Namakan ujian-ujian yang dijalankan dalam saringan kesihatan?
I Ujian air kencing
II Ujian tekanan darah
III Pemeriksaan secara teratur
IV Pemeriksaan sendiri payudara dan testis

A I , II dan III
B I , II dan IV
C I , III dan IV
D II , III dan IV

47 Laporan penyelidikan WHO telah menunjukkan peningkatan penyakit kronik, apakah punca-
punca berlaku peningkatan jumlah pesakit kronik?
I Mengamalkan gaya hidup sihat
II Mengamalkan makanan segera
III Mengambil diet yang tidak seimbang
IV Mengambil makanan yang mempunyai kandungan karbohidrat

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

48. Apakah alat yang digunakan untuk mengesan penyakit hipertensi?


A Teleskop
B Termometer
C Sfigmomanometer
D Elektrokardiogram

49 Apakah penyebab utama penyakit diabetes?


A Mengambil pil pelangsing
B Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
C Kegagalan organ pankreas berfungsi dengan baik
D Mengambil makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi

50 Apakah fungsi alat ECG?


A Mengesan penyakit asma
B Mengesan penyakit jantung
C Mengesan penyakit diabetes
D Mengesan penyakit buah pinggang

-SOALAN TAMAT-

Anda mungkin juga menyukai