Anda di halaman 1dari 10

Tajuk : SOALAN PJPK TINGKATAN 3

Tunjang : KECERGASAN

1 Apakah fungsi jantung ?

A Mengepam darah melalui sistem otot badan


B Membekalkan oksigen kepada sistem kardiovaskular
C Membekalkan glukosa kepada sistem perkumuhan badan.
D Mengepam darah melalui sistem peredaran pulmonari dan sistemik

2 Daya tahan kardiovaskular ialah keupayaan sistem kardiovaskular mengedar darah


beroksigen ke otot-otot dan membawa keluar bahan kumuh dari otot.
Sistem kardiovaskular terdiri daripada

A ginjal, perut dan jantung.


B limfa, pankreas dan jantung
C rangkaian arteri dan vena, usus dan perut
D jantung, paru-paru dan rangkaian arteri dan vena

3 Aktiviti aerobik berupaya meningkatkan daya tahan kardiovaskular, contohnya ……...

A larian pecut
B bangkit tubi
C kilas pinggang
D lompat tali untuk jantung

4 Apakah yang dimaksudkan dengan kuasa ?

A Keupayaan individu melakukan pergerakan yang pantas dengan daya yang


maksimun
B Keupayaan individu melakukan pergerakan yang pantas dengan daya yang
minimum
C Keupayaan individu melakukan pergerakan yang berterusan dengan daya yang
maksimun
D Keupayaan individu melakukan pergerakan yang berterusan dengan daya yang
minimum

5 Apakah komponen kecergasan yang diperkembangkan oleh latihan lari jarak jauh?

A Kepantasan
B Kelenturan
C Kekuatan otot
D Kepantasan Daya tahan kardiovaskular
6 Aktiviti tekan tubi bertujuan menguji

A kelenturan
B imbangan
C daya tahan otot
D daya tahan kardiovaskular

Tunjang : PERMAINAN - BOLA TAMPAR

7. Susun atur pemain bola tampar adalah mengikut strategi pasukan yang berputar untuk
melakukan servis mengikut

A. arah jam
B. lawan jam
C. sesuka hati
D. arahan jurulatih

8. Siapakah pemain “libero” ?

I Boleh melakukan servis


I. Boleh melakukan halangan
II. Bertindak dibarisan belakang
III. Bertindak sebagai pertahanan

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

9. Menyangga amat penting dalam bola tampar untuk

A. mengawal bola
B. mematikan bola
C. melakukan rejaman
D. menghantar bola kepada lawan

10. Semasa perlawanan berjalan untuk satu set, ‘time out’ boleh diambil sebanyak __
kali bagi setiap satu pasukan.

A. 1
B. 2
C. 3
D. 4
Tunjang : PERMAINAN - SOFBOL

Soalan 1 dan 2 adalah berdasarkan kenyataan dibawah

● home plate
● pitcher plate

11. Dua alat di atas adalah antara peralatan penting dalam permainan sofbol. Apakah
kegunaan “pitcher plate”

A. Tempat melakukan pukulan


B. Tempat melakukan lemparan
C. Tempat melakukan lontaran
D. Tempat melakukan tampanan

12. Apakah fungsi “home plate” dalam permainan sofbol

A. Tapak memulakan “run”


B. Tapak mendapat “strike”
C. Tapak melakukan “pitching”
D. Tapak memperolehi “run”

13. Siapakah yang wajib memakai topi keselamatan dalam permainan sotbol

A. Pemukul
B. Pemukul dan pemukul “on deck”
C. Pemukul,pemukul “on deck”, “base runner”
D. Pemukul,pemukul “on deck”, “base runner”dan “catcher”

14. Glove catcher juga dikenali sebagai

A. Glove Kitt
B. Glove Litt
C. Glove Mitt
D. Glove Nitt

Soalan 15 berdasarkan penyataan dibawah

Posis Fungsi/Peranan
i
P ● Melempar bola kepada pemukul
● memandang bola yang ditampan
Q  Memadang bola yang dipukul ke sebelah kanan “diamond”
 Mematikan pemain yang yang berlari ke base pertama
 Mengawal bola yang ditampan
R  Membantu pemain base kedua dan ketiga
 Memadang bola yang dipukul ke sebelah kiri diamond
S  Membantu pemain base kedua dan base ketiga
 Menangkap bola di bahagian kiri kawasan

15. Merujuk kepada penyataan di atas, pemain di posisi manakah yang digolongkan dalam
kumpulan pemadang luar

A. P
B. Q
C. R
D. S

16. Jumlah pemain bagi permainan sofbol adalah

A. 6 orang
B. 7 orang
C. 8 orang
D. 9 orang

17. Apakah dua kemahiran asas semasa memadang dalam permainan sofbol.

A. Memukul dan menampan


B. Menyambut dan membaling
C. Melempar dan membaling
D. Memukuldan larian base

18
■ Windmill
■ sling shot X

Rajah di atas merujuk kepada kemahiran X dalam pemainan softball iaitu ;

A. Kemahiran memukul
B. Kemahiran menampan
C. Kemahiran melempar
D. Kemahiran membaling

19 Dalam permainan sofbol giliran pasukan memukul dan memadang akan bertukar
setelah tiga orang pemain pasukan pemukul dimatikan. Kenyataan itu merujuk
kepada

A Run
B Tag
C Strike
D Inning
20 Pemukul akan terkeluar atau dikira “mati” jika

A Mendapat tiga larian bes


B Mendapat tiga strike
C Mendapat empat ball
D Mencecah base sebelum di tag

Tunjang : OLAHRAGA - LUMBA JALAN KAKI

21 Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah kedua-dua kaki tidak menyentuh bumi
dalam acara lumba jalan kaki ?
A Pastikan lutut kaki hadapan diluruskan
B Bergerak atau melangkah di atas satu garisan lurus
C Tegangkan otot belakang badan dan otot abdominal
D Pastikan bahu dan tangan tidak diangkat atau diayun terlalu tinggi.

22 Yang manakah simbol yang digunakan bagi atlet jalankaki yang melakukan kesalahan
lutut bengkok?

B
>
C
V
D
~
S
23 Jurulatih lumba jalan kaki menghadapi masalah atlet berjalan terlampau condong ke
belakang. Bagaimanakah tindakan jurulatih untuk mengatasinya ?
A Pastikan lutut kaki hadapan diluruskan
B Pastikan atlet tersebut bergerak di atas satu garisan lurus
C Pastikan otot belakang badan dan otot abdominal ditegangkan.
D Pastikan bahu dan tangan tidak diangkat atau diayun terlalu tinggi

24 Dalam pertandingan lumba jalan kaki, berapakah jumlah amaran akan diberi sebelum
penyertaan dibatalkan ?
A Satu kali
B Dua kali
C Tiga kali
D Empat Kali

25 Apakah tujuan berjalan di atas garisan lurus dalam latihan ansur maju lumba
jalan kaki ?
A Membentuk putaran pinggul yang betul
B Membentuk dan meningkatkan kekuatan daya tolakan kaki belakang
C Membentuk dan meningkatkan fleksibiliti bahagian bahu dan pinggul
D Mengadaptasikan teknik yang dipelajari dengan pelbagai tahap kelajuan

Tunjang : OLAHRAGA - LEMPAR CAKERA

26 Fasa manakah keadaan badan berada dalam posisi kuasa (power position) dalam acara
lempar cakera ?
A. Fasa putaran
B. Fasa ikut lajak
C. Fasa lemparan
D. Fasa persediaan

27 Jari yang terakhir menyentuh cakera selepas fasa lemparan ialah


A jari hantu
B jari manis
C jari telunjuk
D jari kelingking

28 Antara berikut, yang manakah pergerakan cakera yang betul ?


A Kaku
B Statik
C Melawan arah jam
D Mengikut arah jam.

29 Apakah faktor-faktor yang menentukan jarak lemparan cakera ?


I Kelajuan
II Ketinggian atlet
III Sudut pelepasan
IV Teknik pegangan cakera
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV.

30 Berapakah masa yang diperuntukkan untuk melakukan lemparan cakera selepas sahaja
masuk ke dalam bulatan melempar ?
A 30 saat
B 60 saat
C 90 saat
D 120 saat

Tunjang : REKREASI & KESENGGANGAN - MENJEJAK

31. Apakah yang dimaksudkan dengan aktiviti menjejak?

A. Mengenalpasti persekitaran yang dilalui


B. Melatih dan menginterpertasi isyarat dan pandu arah
C. Pergerakan secara kumpulan merentasi kawasan hutan, bukit dan sungai
D. Merentas sesuatu kawasan dari titik permulaan hingga ke destinasi dituju
32. Faedah yang diperolehi daripada aktiviti menjejak adalah seperti

I berkerjasama dalam kumpulan


II meningkatkan kemahiran sosial
III meningkatkan pencemaran alam sekitar
IV menikmati dan menghargai keindahan alam

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

33. Apakah kepentingan isyarat dan pandu arah dalam aktiviti menjejak ?

A. Untuk keselamatan
B Untuk memudahkan dan mempercepatkan perjalanan
C. Untuk menentukan destinasi yang dituju dengan tepat
D. Untuk memberitahu penjejak lain laluan yang dilalui dan menentukan arah perjalanan.

34. Arah mata angin utama Timur, Barat, Utara dan Selatan boleh ditentukan berpandukan unsur
semula jadi seperti

I bulan
II matahari
III bayang-bayang
IV pasang surut air

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

35. Peralatan seperti kompas, ponco, tali (10 meter) dan bekalan air adalah sesuai untuk aktiviti

A. berkayak
B. abseiling
C. menjejak
D. perkhemahan

36. Pilih padanan yang betul berdasarkan jawatan serta tugas dan tanggungjawab ahli kumpulan
dalam aktiviti menjejak.

A. Kecemasan-memberi amaran dan peralatan kepada ahli


B. Ketua kumpulan-mengendalikan keseluruhan pergerakan
C. Perintis jalan-menyediakan arah perjalanan seperti yang dirancang
D. Jurupandu arah-membuka dan memastikan laluan yang sesuai dan selamat

37. Formasi pergerakan yang biasa digunakan dalam aktiviti menjejak adalah
I sebaris
II segi tiga
III dua baris
IV berselerak

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

38. Apakah tujuan isyarat kecemasan dalam aktiviti menjejak?

A. Menyelamatkan nyawa
B. Menentukan arah perjalanan
C. Menjaga keselamatan persekitaran
D. Menarik perhatian pihak tertentu dengan isyarat kecemasan

39. Bentuk pendidikan yang terdapat dalam aktiviti menjejak ialah

A. Pendidikan luar
B. Pendidikan Konservasi
C. Pendidikan kreatif
D. Pendidikan pergerakan

Tunjang : KESUKANAN

40. Penubuhan sesebuah persatuan sukan di peringkat sekolah mesti mendapat kebenaran dan
berdaftar dengan
A pengetua
B guru penasihat
C Jabatan Pendidikan Daerah
D Jabatan Pendidikan Negeri

• Merancang dan melaksanakan aktiviti secara berkumpulan


• Mewujudkan peluang mengembangkan bakat dan potensi
• Menetapkan matlamat yang dipersetujui bersama
41. Penyataan di atas
merujuk kepada
A perlembagaan persatuan
B tujuan penubuhan persatuan sukan
C langkah-langkah penubuhan persatuan sukan
D peranan dan tanggungjawab jawatankuasa
42. Kertas cadangan penubuhan persatuan sukan mengandungi

I nama persatuan
II tujuan penubuhan
III senarai belanjawan tahunan
IV senarai jawatankuasa

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

43. Apakah agenda mesyuarat agung penubuhan persatuan sukan?

I Memilih ahli jawatankuasa


II Mengesahkan dokumen persatuan
III Merancang aktiviti tahunan persatuan
IV Menetapkan tarikh mesyuarat agung tahun berikutnya

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

44. Antara yang berikut yang manakah peranan setiausaha persatuan?

A Mempengerusikan mesyuarat
B Memungut yuran persatuan
C Merancang jadual pertandingan
D Menguruskan semua hal surat-menyurat

• Mengurus hal-hal teknik sukan


• Merancang dan mengelola pertandingan
45. • Merancang jadual pertandingan Tanggungjawab
jawatankuasa kecil di atas
merujuk kepada

A kebajikan dan sosial


B kemudahan dan peralatan
C teknik dan pertandingan
D pengadilan dan kepegawaian
46. Pertandingan bola tampar akan diadakan secara liga. Berapakah bilangan perlawanan yang
akan dijalankan sekiranya terdapat 5 pasukan yang bertanding.

A 5
B 8
C 9
D 10

47. Kerjaya ialah bidang pekerjaan yang menyumbang kepada

A pendapatan tetap
B pendapatan sampingan
C pendapatan masa lapang
D pendapatan tidak langsung

48. Antara yang berikut yang manakah dikategorikan sebagai kerjaya dalam sukan?

I Guru pendidikan jasmani


II Atlet profesional
III Jurulatih kecergasan
IV Pengetua sekolah

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

49. Pengulas sukan merupakan contoh kerjaya sukan secara

A langsung
B tidak langsung
C sambilan
D sementara

50. Universiti awam manakah yang menawarkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang
sukan?

I Universiti Malaya
II Universiti Utara Malaysia
III Universiti Putera Malaysia
IV Universiti Pendidikan Sultan Ismail

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

-SOALAN TAMAT-

Anda mungkin juga menyukai