Anda di halaman 1dari 12

ARAHAN : PILIH JAWAPAN YANG PALING TEPAT

1. Seseorang individu itu dikatakan mempunyai kecergasan yang baik sekiranya.

A. dapat melakukan aktiviti harian tanpa sebarang kecederaan


B. menggunakan tenaga yang maksimum ketika melakukan larian 1500 meter
C. tidak mengalami sebarang penyakit kronik seperti penyakit jantung
D. mampu melakukan aktiviti fizikal dengan menggunakan tenaga yang minimum tanpa
berasa letih dan lesu

2. Berikut adalah aktiviti yang berbentuk aerobik KECUALI ..

A. Latihan memanah
B. Latihan fartlek
C. Latihan parcourse
D. Latihan jeda

3. Apakah yang dimaksudkan dengan kuasa ..

A. keupayaan individu melakukan pergerakan yang pantas dengan daya yang


maksimum
B. keupayaan individu melakukan pergerakan yang pantas dengan daya yang minimum
C. keupayaan individu melakukan pergerakan yang berterusan dengan daya yang
maksimum.
D. keupayaan individu melakukan pergerakan yang berterusan dengan daya yang
minimum.

4. Bilangan pemain yang perlu ada dalam gelanggang bagi satu pasukan bola tampar
ialah ..

A. 6 orang
B. 8 orang
C. 11 orang
D. 12 orang

5. Teknik yang betul untuk mendarat ketika melakukan aktiviti Lompat Dakap ialah.....

A. menggunakan hujung kaki ketika mendarat


B. tangan memaut kedua-dua lutut semasa mendarat
C. mendarat dengan menggunakan tumit kaki
D. mendarat di atas bebola kaki sambil merendahkan badan

1
6. Penggunaan blok permulaan (starting block) adalah diwajibkan dalam acara-acara
berikut KECUALI

A. 100M
B. 200M
C. 400M
D. 800M

7. Semasa melakukan latihan Isokinetik, daya maksimum akan dihasilkan oleh otot .......

A. deltoid dan trisep


B. bisep dan trisep
C. trapezius dan pektoralis major
D. bisep dan trapezius.

8. Berdasarkan gambar di atas berapakah panjang kepala raket badminton?

A. 20.3 cm
B. 23.4 cm
C. 25.4 cm
D. 26.3 cm

9. Dalam sesebuah keluarga bahagia, perkara yang paling penting ialah

A. saiz rumah
B. bilangan ahli keluarga
C. kasih sayang
D. hiasan rumah

10. Makanan diperlukan untuk perkara-perkara berikut, KECUALI.

A. menghasilkan tenaga
B. membaiki tisu yang rosak
C. memberikan haba
D. menambah pendapatan

2
11. Seseorang yang merokok akan menghadapi risiko penyakit .

A. darah tinggi
B. jantung
C. kencing manis
D. batu karang

12. Jika seseorang menghadapi kecederaan patah tulang, apakah langkah yang perlu
diambil?

A. Gerakkan pesakit itu dengan pantas


B. Berikan pesakit sedikit makanan
C. Jangan gerakkan pesakit itu
D. Jangan berikan minuman

13. Pukulan lob dalam permainan badminton digunakan untuk ........

A. mematikan permainan pihak lawan


B. meletihkan pihak lawan
C. menyerang serta menyukarkan pihak lawan
D. bertahan serta menyukarkan pihak lawan.

14. Semasa bersenam lebih banyak darah dihantar ke bahagian

A. tulang
B. otot
C. kulit
D. kaki

15. Tujuan utama memanaskan badan sebelum melakukan melakukan aktiviti kecergasan
ialah

A. menaikkan semangat
B. merancang strategi
C. mengelak kecederaan
D. meningkatkan prestasi

3
16. Kebaikan senaman ialah

A. menambahkan berat badan


B. menambah keyakinan diri
C. menurunkan selera makan
D. tingkatkan kecergasan

17. Dalam ujian daya tenaga asas (UDTA) aktiviti lari 1500M ialah menguji

A. kuasa
B. kekuatan
C. daya tahan otot
D. daya tahan kardiovaskular

18. Aktiviti tekan tubi pula bertujuan menguji

A. kuasa
B. kekuatan
C. daya tahan otot
D. daya tahan kardiovaskular

19. Latihan ini mengandungi beberapa aktiviti yang berbeza di setiap stesen.Masa untuk
melakukan senaman di setiap stesen ditetepkan . Latihan ini ialah latihan..
A. Jeda
B. Litar
C. Bebanan
D. Fartlek

20. Semasa aktiviti mengira nadi dilakukan, jari yang mesti digunakan ialah...

A. jari telunjuk dan hantu


B. Ibu jari dan jari telunjuk
C. jari hantu dan manis
D. Jari telunjuk dan jari hantu

21. Berapakah jumlah pengadil yang mengadili permainan bola baling?

A. Seorang
B. 2 orang
C. 3 orang
D. 4 orang

4
22 .Berapakah masa maksima untuk seseorang pemain memegang bola sebelum
membuat hantaran/balingan dalam permainan bola baling?

A. 2 saat B. 3 saat
C. 4 saat D. 5 saat

23. Dalam permainan badminton ____________________ adalah pukulan tinggi


shuttle yang masuk ke gelanggang lawan.

A. servis B. smash
C. lob D. drop shot

24. Berikut adalah nilai-nilai murni yang boleh dicapai dalam pengajaran pendidikan
jasmani KECUALI

A. kerjasama B. kepimpinan
C. tanggungjawab D. pentingkan diri

25. Berapakah jarak zon pertukaran baton dalam acara lari berganti-ganti?

A. 10M B. 20M
C. 30M D. 40M

26. Selepas melakukan aktiviti sukan dan permainan, atlit perlu

A. membuat regangan B. menyejukkan badan


C. memanaskan badan D. melarikan diri

27. Sikap manakah tidak seharusnya ada pada seseorang atlit?

A. Berdedikasi B. Semangat juang yang tinggi


C. Berdisiplin D. Mementingkan ganjaran

28. Akta perlindungan Kanak-kanak 2001 diwujudkan untuk melindungi keselamatan


dan kebajikan kanak-kanak . Kanak-kanak yang dimaksudkan dalam akta ini ialah
individu yang berumur...

A. kurang daripada 12 tahun


B. kurang daripada 15 tahun
C. kurang daripada 18 tahun
D. kurang daripada 20 tahun

5
29. Sakit kepala berkala yang menyerang pada waktu tertentu dan kerap berlaku pada
wanita berbanding lelaki dikenali sebagai

A. migrasi B. migrain
C. anemia D. fobia

30. Pertumbuhan perkembangan remaja dipengaruhi oleh

A. baka B. alam sekitar


C. baka dan alam sekitar D. baka dan rakan sebaya

31. Pertolongan cemas ialah rawatan untuk .

A. pemulihan
B. percubaan
C. menjauhi penyakit berjangkit
D. sementara sebelum dibawa ke hospital

32. Diet diperlukan supaya .

A. dapat mengawal makanan terhadap tubuh badan


B. badan dapat membentuk tisu-tisu tubuh
C. untuk menguruskan badan
D. dapat makanan berkhasiat

33. Pelawas adalah penting bagi sistem

A. pernafasan B. pencernaan
C. pembiakan D. pengaliran darah

34. Makanan seimbang ialah

A. makanan mengandungi semua nutrien dalam kadar yang betul


B. makanan yang diperlukan oleh kanak-kanak sahaja
C. makanan sama beratnya ketika basah dan kering
D. makanan yang dihidangkan oleh restoran besar

35. Tujuan doktor mengira denyutan nadi di pergelangan tangan ialah untuk

A. mengira denyutan jantung


B. mengetahui kadar pernafasan
C. mengetahui jenis penyakit berjangkit
D. mengetahui sama ada saraf berfungsi

6
36. Chong Tan Fook terkenal dalam sukan ..

A. skuasy
B. tenis
C. badminton
D. ping pong

37. Cara lembing dipegang di antara jari telunjuk dan jari tengah

A. Gaya Amerika
B. Gaya finnish
C. Gaya pegangan U
D. Gaya bebas

38. Pukulan ini digunakan untuk menyerang pihak lawan

A. Pukulan kilas
B. Pukulan hadapan
C. Pukulan lob
D. Pukulan smish

39. Aktiviti yang menekankan aspek kesedaran tubuh badan, masa, beban, ruang dan
kesedaran berkumpulan adalah ...........................

A. Pergerakan kreatif
B. Pergerakan pendidikan
C. Gimnastik irama
D. Gimnastik artistik.

40. Agensi yang mengendalikan kes penganiayaan kanak-kanak ialah..................

A. Kementerian pendidikan B. Kaunselor sekolah


C. Jabatan kebajikan masyarakat D. Anggota rela

41. Berikut adalah kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh atlit dalam acara lari pecut

i. berlepas selepas tembakan/wisel


ii. menghalang peserta lain
iii. memasuki lorong peserta lain
iv. berlepas sebelum tembakan/wisel

A. i, ii dan iii B. i, ii dan iv


C. ii, iii dan iv D. semua di atas

7
42. Berikut adalah aktiviti kekuatan otot iaitu

i. tekan tubi ii. bangkit tubi


iii. mendagu iv. jangkauan melunjur

A. i dan ii B. ii dan iii


C. i, ii dan iii D. ii, iii dan iv

43. Berikut merupakan aktiviti kepantasan KECUALI

i. lari 100M ii. lompat tinggi


iii. melontar peluru iv. lari 400M

A. i dan ii B. ii dan iii


C. iii dan iv D. i dan iv

44. Berikut adalah faedah aktiviti orienteering.

i. mengenali alam sekitar terutamanya flora dan fauna.


ii. meningkatkan daya tahan mental dan kosentrasi.
iii. membina keyakinan diri
iv. memupuk nilai kesabaran, ketabahan dan tidak mudah berputus asa

A. i dan ii B. i, ii dan iii


C. ii, iii dan iv C. Semua di atas

45. Berikut adalah langkah-langkah penyemakan stok sukan

i. catatkan jumlah bagi setiap peralatan


ii. merekodkan nama peminjam
iii. tulis nombor inventori peralatan yang rosak
iv. kira jumlah peralatan dalam stor mengikut jenis dan saiz yang sama

A. i, ii dan iii B. ii, iii dan iv


C. i, iii dan iv D. Semua di atas

8
46. Alat yang digunakan sewaktu orienteering ialah.....

i. kompas
ii. wisel
iii. protaktur
iv. parang

A. i, ii dan iii B. ii, iii dan iv


C. i, iii dan iv D. Semua di atas

47. Berikut adalah perhargaan yang berbentuk ekstrinsik

i. pingat
ii. trofi
iii. semangat patriotisme
iv. biasiswa pelajaran

A. i,ii dan iii B. ii, iii dan iv


C. i, iii dan iv D. i, ii dan iv

48. Kesan idola ke atas masyarakat.

i. meniru cara berpakaian


ii. peningkatan minat terhadap sesuatu aktiviti sukan
iii. peningkatan sokongan ke atas sesuatu pasukan
iv. data tarik dalam mempromosikan dan pengiklanan barangan

A. i, ii dan iii B. ii, iii dan iv


C. i,ii dan iv D. semua di atas

49. Berikut ciri-ciri mereka yang mengalami bulimia nervosa kecuali

i. benci pada makanan


ii. kerap mengalami sakit tekak
iii. gangguan kitaran haid
iv. keinginan berat yang unggul.

A. i B. i dan iii
C. ii dan iii D. i, ii dan iii

9
50. Kesan stress ke atas individu ialah........................

i. sakit kepala dan sukar tidur


ii. hilang selera makan
iii. perasaan gembira, tenang dan mesra
iv. berasa loya dan muntah

A. i, ii dan iii B. ii, iii dan iv


C. i, iii dan iv D. i,ii dan iv

-KERTAS SOALAN TAMAT-

10
SKEMA JAWAPAN PJK TINGKATAN 2
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2005.

1. D 21. B 41. C
2. A 22. B 42. B
3. A 23. A 43. B
4. A 24. D 44. C
5. D 25. B 45. C
6. D 26. B 46. A
7. B 27. D 47. D
8. C 28. C 48. D
9. C 29. B 49. A
10. D 30. C 50. D
11. B 31. D
12. C 32. A
13. D 33. B
14. B 34. A
15. C 35. A
16. D 36. C
17. D 37. C
18. C 38. D
19. B 39. A
20. D 40. C

11
SULIT
PJK

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TOK SERA,


25050, KUANTAN
PAHANG.

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN


2005

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

TINGKATAN DUA

Satu jam lima belas minit ( 1 jam 15 minit )

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 50 soalan objektif.


2. Jawab semua soalan di dalam kertas jawapan OMR.

Nama pelajar : AZNI BIN ADNAN

Kelas : 2 GIGIH

12

Anda mungkin juga menyukai