Anda di halaman 1dari 80

Bahaya Kesihatan

Penipuan terhadap
penyediaan
Penjualan
Penggunaan makanan
dan Perkara-perkara
sampingan/yang
berkaitan dengannya

Keperluan Penggunaan Akta

Kualiti Makanan
Keselamatan Makanan
Kebersihan Makanan
Pemprosesan
Penyediaan
Pengendalian
Penguatkuasaan

Peranan PPKP
Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan

Selain itu,
Peranan PPKP juga adalah sebagai ?
Pegawai Pendakwa - PO
Pegawai Penyiasat - IO
Pegawai Serbuan RO
(Raiding Officer)
Saksi pendakwa

Pemeriksaan premis makanan


Persampelan makanan
Penutupan premis makanan
tidak suci
Pemeriksaan keselamatan
makanan perlabelan
Melak dan menyita makanan
Perlupusan makanan
Penguatkuasan PKHT

AKTA MAKANAN 1983


Selepas menamatkan kuliah ini, pelajar sepatutnya berupaya
1. Menerangkan tujuan Akta diadakan.
2. Menerangkan perkaitan akta dengan perundangan kesihatan yang lain
3. Menerangkan tafsiran yang terdapat di dalam akta
4. Menerangkan perlantikan Pegawai Berkuasa
5. Menerangkan kuasa-kuasa Pegawai Berkuasa
6. Menerangkan kesalahan-kesalahan yang melanggari akta
7. Menerangkan penalti yang dikenakan ke atas pesalah
8. Menerangkan kaedah pengimportan, waranti dan pelabelan menurut akta
9. Menerangkan kaedah mengkompaun kesalahan yang dikenakan ke atas
pesalah
10. Menerangkan kuasa membuat peraturan oleh menteri.

Pengenalan
Undang-undang dan garis panduan yang mengawal keselamatan makanan dari segi
kualiti dan juga kebersihan makanan.
Dari segi kualiti, makanan dikawal oleh Akta Makanan 1983 dan PeraturanPeraturan Makanan 1985.
Untuk mengawal keselamatan makanan dari segi kebersihan, Peraturanperaturan Kebersihan Makanan 2009 telah diguna pakai.
Peraturan ini diwujudkan bagi mengawal kualiti makanan dan juga kebersihan
makanan.
Terdapat juga beberapa garis panduan tentang pemprosesan makanan
tertentu yang digunakan untuk memastikan makanan yang diproses mematuhi
piawai tertentu.
Untuk kuasa tempatan, terdapat undang-undang kecil yang mengawal keselamatan
makanan yang digunakan khas untuk kuasa tempat masing-masing bersama Akta
Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Pada masa kini semua pindaan Akta dan Peraturan Makanan hingga Ogos 2013.

Penguatkuasaan Akta Makanan 1983 pada mulanya cuma


menumpu kepada makanan sahaja.

Tetapi

menteri TELAH diberi kuasa untuk membuat PeraturanPeraturan lain jika perlu. Oleh itu Akta Makanan 1983 (Akta 281)
merangkumi:
Akta Makanan 1983
Peraturan-Peraturan Makanan 1985
Peraturan-Peraturan (Perluasan Pemakaian Akta Makanan 1983 bagi
Tembakau dan lain-lain) Makanan 1993 dan

Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004


Peraturan Kebersihan Makanan 2009

ISU MAKANAN

Penggunaan asid benzoik dan sorbik bagi mengawet makanan


Penggunaan folmadehid bagi mengawet ikan
Penggunaan asid borik dalam mee
Penggunaan antibiotik dalam haiwan ternakan
Penggunaan pesticide (residu racun perosak)
Pencemaran logam berat dalam makanan
Pencemaran mikotoksin yang membawa kesan buruk pada manusia
Penggunaan pewarna yang tidak dibenarkan
Penggunaan bahan pemanis tanpa zat
Kandungan kafein yang berlebihan
Pencemaran Acrylamide pada makanan bergoreng
Penggunaan Malachite Green dalam makanan bertin elak fungi
Lactose Intolerance (gula dalam susu) tidak boleh dihadamkan kerana enzim lactase tidak dapat dihasilkan.
Penipuan pada label

Kandungan
Akta Makanan 1983 mengandungi bahagian-bahagian seperti berikut;
BAHAGIAN 1

BAHAGIAN
BAHAGIAN
BAHAGIAN
BAHAGIAN

2
3
4
5

Permulaan yang mengandungi tajuk


ringkas, pemakaian dan mula
berkuatkuasa dan Tafsiran
- Pentadbiran dan Penguatkuasaan
- Kesalahan dan Keterangan
- Pengimpotan, Waranti dan Pembelaan
- Peruntukan Pelbagai

Bahagian 1 - PERMULAAN
1. TAJUK RINGKAS, PEMAKAIAN DAN MULA BERKUATKUASA.
(1) Akta ini dinamakan sebagai Akta Makanan 1983 dan terpakai di
seluruh Malaysia.
(2) Akta mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri melalui pemberitahu dan Warta. Menteri boleh
menetapkan tarikh berlainan mula berkuatkuasa untuk negeri berlainan
dan peraturan-peraturan berlainan.

Bahagian 1 - PERMULAAN
2. TAFSIRAN.
(1) KETUA PENGARAH
Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan.
(2) PENGARAH [Pind. Akta A1117/2001]
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Kementerian
Kesihatan.

(3)

PEGAWAI DIBERI KUASA

[Pind. Akta A1266/2006]


Mana-mana pegawai kesihatan perubatan atau mana-mana penolong
pegawai kesihatan persekitaran dari Kementerian Kesihatan atau dari
mana-mana pihak berkuasa tempatan, atau mana-mana orang
berkelayakan yang sesuai, yang dilantik oleh Menteri menjadi seorang
pegawai diberi kuasa di bawah seksyen 3.

Menteri Kesihatan
YB Datuk Seri Dr. S.Subramaniam
Timbalan Menteri Kesihatan
YB Dato' Seri Dr. Hilmi Bin Haji
Yahaya

Ketua Pengarah Kesihatan


Y.Bhg. Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam)
Y.Bhg. Datuk Dr. Lokman Hakim Bin Sulaiman

2. TAFSIRAN.
(4) JURUANALISIS
Seseorang juruanalisis yang dilantik di bawah seksyen 3.

(5) PENYEDIAAN [Pin. Akta A1117/2001]


Meliputi pengilangan, pembungkusan, pemprosesan dan apa jua bentuk
pengawetan.

(6) PERKAKAS [Pin. Akta A1117/2001]


Meliputi kesemua atau mana-mana bahagian apa-apa alat
perkakas, jentera, instrumen, radas atau barang yang
digunakan bagi atau berkaitan dengan penyediaan,
pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, pengiriman,
pengedaran atau penjualan makanan.

2. TAFSIRAN.

(7) MAKANAN
Meliputi setiap barang yang dikilang, dijual atau diberi
gambaran untuk digunakan sebagai makanan atau
minuman untuk kegunaan manusia atau yang masuk
pada atau digunakan dalam campuran, penyediaan,
pengawetan apa-apa makanan atau minuman dan
meliputi gula-gula, benda-benda kunyahan dan apa-apa
ramuan bagi makanan, minuman, gula-gula atau bendabenda kunyahan itu.

2. TAFSIRAN.
(8) MENJUAL atau PENJUALAN

Penjualan untuk dimakan atau digunakan oleh manusia


Tukar barang dan tukar ganti,
Menawarkan atau cuba untuk menjual,
Menyebabkan atau membenarkan untuk dijual,
Mendedahkan bagi penjualan,
Menerima, menghantar, mengirim atau menghantar serah bagi penjualan
atau tukar ganti atau menurut penjualan atau tukar ganti itu,
Membekalkan apa-apa makanan apabila balasan akan diterima oleh
pembekal bagi pembekalan itu sama ada secara khusus atau sebagai
sebahagian daripada perkhidmatan yang dikontrakkan bagi penjualan, atau
Memiliki apa-apa makanan bagi penjualan atau tukar ganti, atau
Memiliki apa-apa makanan atau perkakas dengan mengetahui bahawa
makanan atau perkakas itu mungkin akan dijual atau ditawarkan atau
dipamerkan atau didedahkan bagi penjualan atau dilupuskan bagi apa-apa
balasan, dan
Termasuklah penjualan secara elektronik.

2. TAFSIRAN.
(9) PREMIS
a. apa-apa bangunan atau khemah atau
struktur lain, kekal atau sebaliknya
berserta dengan tanah di mana
terletaknya bangunan, khemah atau
struktur dan tanah bersempadanan yang
digunakan berkaitan dan kenderaan,
pengangkutan, vesel atau pesawat udara
dan,
b. bagi maksud seksyen 4, sesuatu lebuh,
tanah lapang atau tempat peranginan
awam atau basikal atau apa-apa
kenderaan yang diguna untuk atau
berkaitan dengan penyediaan, pengawetan,
pembungkusan, penyimpanan, pengiriman,
pengedaran atau penjualan apa-apa
makanan.

2. TAFSIRAN.
(10) PREMIS MAKANAN
digunakan atau berkaitan dengan penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan,
pengiriman, pengedaran atau penjualan apa-apa makanan, atau pelabelan semula,
pemprosesan semula atau pembaikan semula apa-apa makanan.

(11) LABEL
tek, janama, tanda, benda bergambar atau lain-lain perkara perihalan, yang bertulis,
bercetak, berstensil, bertanda, bercat, bercetak timbul atau dicap pada apa-apa makanan
atau diletakkan pada makanan atau dimasukkan ke dalam makanan menjadi sebahagian
daripada makanan atau disertakan dengan apa-apa makanan.

2. TAFSIRAN.
(12) LAK
Meliputi penahanan secara pukal apa-apa makanan yang
sampelnya telah diambil untuk analisis, sementara menanti
keputusan analisis itu.
(13) BINATANG
Meliputi apa-apa jua binatang berkaki empat atau burung sama
ada peliharaan atau sebaliknya, ikan, haiwan reptilia atau
serangga, kesemua atau sebahagiannya diguna untuk makanan
manusia.

2. TAFSIRAN.
(14) BUNGKUSAN
Meliputi apa-apa benda atau apa-apa cara yang makanan dikotak, ditutup,
dimasukkan, diisi, diletakkan atau selainnya dipekkan dengan apa jua cara
seluruhnya atau sebahagiannya dan meliputi apa-apa jua jenis bakul, baldi,
dulang atau bekas sama ada terbuka atau tertutup.

(15) MAKMAL DILULUSKAN


Sesuatu makmal yang diluluskan oleh Menteri di bawah seksyen 3A.

2. TAFSIRAN.
(16) IKLAN
Meliputi apa-apa gambaran dengan apa jua cara bagi maksud memajukan
secara langsung atau secara tak langsung penjualan atau lain-lain pelupusan
akan apa jua makanan.

(17) KESALAHAN BOLEH DIKOMPAUN


Kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di
bawah Akta ini dan yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang
dibuat di bawah Akta ini sebagai kesalahan boleh dikompaun.

BAHAGIAN 2 - PENTADBIRAN DAN


PENGUATKUASAAN
1. PERLANTIKAN JURUANALISIS DAN PEGAWAI
BERKUASA [SEKSYEN 3]
(1) Menteri boleh melantik seberapa ramai
juruanalisis yang diperlukan dan boleh membuat peraturan
mengenai kelayakan, kelakuan dan tugas mereka. Satu senarai
juruanalisis perlu disediakan dan disemak semula mengikut
keadaan. [SEKSYEN 3(1)]
(2) Menteri boleh melantik seberapa ramai pegawai
berkuasa yang diperlukan dan setiap pegawai berkuasa
perlu diberi Perakuan Kuasa dan perakuan boleh diterima
sebagai keterangan dan hendak menjadi keterangan prima
facie mengenai fakta-fakta yang diperakui itu. [SEKSYEN 3
(2)]
(3) Menteri boleh beri kuasa kepada mana-mana
pegawai awam untuk mendapatkan sampel makanan bagi
maksud analisis. Pegawai tersebut hendak mempunyai segala
kuasa yang dipunyai oleh pegawai berkuasa. [SEKSYEN 3 (3)]

BAHAGIAN 2 - PENTADBIRAN DAN


PENGUATKUASAAN
2.

MAKMAL YANG DILULUSKAN (SEKSYEN 3A)

(1) Menteri boleh luluskan seberapa banyak makmal yang difikirkan perlu.
[Seksyen 3A(1)]

(2) Makmal yang dilulus perlu diberi Perakuan Kelulusan dan

perakuan ini hendaklah diterima sebagai keterangan dan hendaklah


menjadi keterangan prima facie mengenai fakta yang diperakui itu.
[Seksyen 3A (2)]

(3) Menteri hendaklah menyediakan atau menyebabkan supaya disediakan


senarai makmal diluluskan dan menyemaknya mengikut kehendak hal
keadaan. [Seksyen 3A(3)]

Penyebab Menjalankan Tugas?

BAHAGIAN 2 - PENTADBIRAN DAN


PENGUATKUASAAN
3. PERUNTUKAN KUASA-KUASA
(1) Kuasa Pegawai berkuasa
SEKSYEN 4 (1) Seseorang pegawai berkuasa boleh pada bila-bila masa bagi
melaksanakan dengan patut dan lebih baik kewajipannya.
(a) memasukki mana-mana premis dan memeriksa makanan dan mengambil
makanan, [Seksyen 4(1)(a)]
(b) minta berhenti, menggeledah atau menahan mana-mana pesawat udara,
kapal atau kenderaan untuk memeriksa makanan dan mengambil sampel
makanan kecuali pesawat udara, kapal atau kenderaan yang membuat
pelayaran antarabangsa, [Seksyen 4(1)(b)]

(c) Membuka dan memeriksa bungkusan mempercayai mengandungi makanan,


[Seksyen 4 (1) (c)]
(d) Memeriksa buku, dokumen atau rekod berkenaan makanan dan membuat
salinan atau mengambil cabutan daripadanya dalam mana-mana premis
makanan, [Seksyen 4 (1) (d)]
(e) Minta kad pengenalan, sijil pendaftaran perniagaan atau dokumen relevan,
[Seksyen 4 (1) (e)]
(f) Menyita dan menahan makanan atau perkakas yang dipercayai melanggar
Akta, [Seksyen 4 (1) (f)] atau
(g) Menanda, melak, mendapatkan, menimbang, mengira atau menyukat makanan
atau perkakas yang berlawanan atau nampak berlawanan dengn Akta.
[Seksyen 4 (1) (g)]

SEKSYEN 4 (1A) [Mas. Akta A1117/2001]


Memeriksa secara lisan [Seksyen 4 (1A)]
SEKSYEN 4 (5)
Menangkap tanpa waran orang-orang yang dipercayai:
tidak memberi maklumat tentang nama dan alamat atau
dipercayai memberi nama dan alamat palsu atau
mungkin akan melarikan diri.

SEKSYEN 4 (8)
Mengarahkan pemusnahan atau pelupusan makanan atau apa-apa perkakas yang
disita
selepas mendapat persetujuan secara bertulis pemunya atau orang yang
memiliki makanan dan
jika tidak bersetuju boleh memohon kepada mahkamah
SEKSYEN 4 (11)
Memusnahkan makanan yang;
busuk, berbau atau membahayakan kesihatan atau
pengimpotannya dilarang atau
diserahkan oleh pemunya apabila bayaran berpatutan dibayar

SEKSYEN 4 (13)

Makanan disita boleh disimpan atau distor dalam


premis di mana makanan disita atau dialihkan ke manamana tempat lain yang patut.
SEKSYEN 4 (14)
Boleh menghantar makanan disita atau apa-apa sampel
darinya atau apa-apa sampel lain yang diambil ke manamana makmal yang diluluskan untuk analisis.

SEKSYEN 5
a) Meminta, memilih dan mengambil sampel untuk analisis

Penjual makanan, ejen atau pengkhidmat dengan bayaran


nilai pasaran [subseksyen (1)] atau

Pengilang, pengimport, ejen atau penghidmat tanpa bayaran


[subseksyen (2)]

b) Menghendaki menunjukkan dan membenarkan


pemeriksaan bungkusan di mana makanan disimpan dan
ambil sampel [Subseksyen (3)]
Penjual makanan, ejen atau pengkhidmat

Persampelan Kimia Beta Agonist

SEKSYEN 8
Meminta maklumat secara;
Memeriksa buku, dokumen, rekod atau maklumat lain tentang
pengimportan, penyediaan, penerimaan, pemilikan, pembelian,
penjualan atau penyerahan makanan atau lain bahan atau apa
jua perkakas [Subseksyen (1)]

Membuat atau disebabkan membuat salinan, cabutan daripada


buku, dokumen atau rekod atau apa-apa maklumat lain dan
diperakui oleh pegawai berkuasa. Maklumat yang diperakui
hendaklah disifatkan sebagai benar dan betul. [Subseksyen (2)]

SEKSYEN 19
a) Menjalankan pendakwaan apabila perakuan juruanalisis
menunjukkan makanan yang dianalisis melanggar Akta, tertakluk
kepada Seksyen 377 Kanun Tatacara Jenayah dan Seksyen 32A.
[Subseksyen 1]
b) Perakuan juruanalisis perlu dihantar ke Pengarah atau pegawai
berkuasa dalam tempoh 90 hari dari tarikh makanan itu
dihantar untuk analisis. [Subseksyen 1A]
c) Tiada prosiding berkenaan dengan penjualan makanan untuk
analisis atau pemeriksaan selepas tamat tempoh 150 hari
dari masa makanan dibeli atau didapati. [Subseksyen 2]

(2) KUASA KETUA PENGARAH


SEKSYEN 9
Setelah mendapat kelulusan
secara bertulis daripada
Menteri, mendapatkan butirbutir mengenai komposisi dan
penggunaan bahan dalam
makanan tertentu.

Ketua Pengarah Kesihatan,


Datuk Dr Noor Hisham
Abdullah

(3) KUASA PENGARAH


SEKSYEN 10
Pengarah boleh memerintahkan supaya premis makanan atau
perkakas berada dalam keadaan bersih dan suci.
SEKSYEN 10 (1)
Memerintah melalui surat secara bertulis supaya premis atau perkakas
dibersihkan/disucikan
SEKSYEN 10 (2)
Melalui suratcara secara bertulis mengarahkan bahawa:
(a) premis makanan tidak boleh disenggarakan dan
(b) perkakas tidak boleh digunakan sehingga diberi perakuan secara bertulis menyatakan
semuanya telah dibersihkan atau disucikan

SEKSYEN 11
Perintah secara bertulis penutupan serta merta tidak lebih
dari 14 hari mana-mana premis tidak dibersihkan dan disucikan.
SEKSYEN 13C
Melalui notis secara menulis memerintahkan supaya memanggil
balik, memindahkan atau menarik balik daripada penjualan
makanan yang didapati melanggar atau disyaki melanggar Akta.
[Subseksyen 1]

SEKSYEN 29 (5) - Pengimportan


Menghendaki pengimport supaya melabelkan semula atau
memproses semula atau memperbaiki mutu makanan supaya
mematuhi peruntukan Akta

SEKSYEN 32B
Menyampaikan kepada orang yang dipercayai telah melakukan
satu kesalahan satu notis yang memerintahkan orang itu supaya
hadir di Mahkamah Majisteret paling hampir pada masa dan
tarikh yang dinyatakan dalam notis.

SEKSYEN 33 Kuasa untuk mengkompaun


a) Dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun
kesalahan boleh kompaun yang dilakukan oleh orang dengan
membuat tawaran bertulis kepada orang itu dengan mengutip
daripada orang itu amaun yang tidak melebihi 50% amaun
maksimum denda kesalahan itu. [Subseksyen (1)]

4) KUASA
MENTERI
Dr . S. Subramaniam

SEKSYEN 3 (1)

Melantik juruanalisis dan membuat peraturan-peraturan mengenai


kelayakan, kelakuan dan tugas mereka
SEKSYEN 3 (2)
Melantik pegawai berkuasa
SEKSYEN 3 (3)
Memberi kuasa mana-mana pegawai awam untuk mendapatkan sampel bagi
maksud analisis

SEKSYEN 3A
a) Menteri boleh meluluskan apa-apa bilangan makmal
yang perlu [Subseksyen 1]
b) Menteri menyediakan senarai makmal diluluskan
dan menyemaknya mengikut kehendak hal keadaan.
[Subseksyen 3]

SEKSYEN 29 (6)
Mengecualikan mana-mana makanan atau kelas makanan
daripada peruntukan-peruntukan Seksyen 29
SEKSYEN 34
Membuat peraturan-peraturan [merujuk subseksyen (1) (a
x)] [subseksyen (1) (h), (I), (r), dan (w)

(5) KUASA MAHKAMAH


SEKSYEN 4 (8)
Membuat perintah memusnahkan makanan yang disita atau apa-apa
perkakas apabila dimohon oleh pegawai berkuasa
SEKSYEN 4 (10)
Mengarahkan pemusnahan atau pelupusan makanan atau perkakas yang
disita selepas pemunya disabitkan kesalahan
SEKSYEN 12
Mahkamah boleh memerintah penyiaran maklumat orang yang disabitkan
kesalahan diakhbar di Malaysia dan yang disabit kesalahan akan diarahkan
untuk membayar kos penyiaran.

SEKSYEN 18 (1)
Perintah pembatalan apa-apa lesen apabila seseorang
telah disabitkan atas sesuatu kesalahan

SEKSYEN 18 (2)
Apabila seseorang telah disabitkan atas sesuatu
kesalahan, mahkamah boleh memerintah supaya makanan
dari jenis yang serupa yang dipunyai atau dimiliki
dilucuthak dan makanan tersebut dilupuskan

SEKSYEN 21
a) Memerintahkan juruanalisis bebas membuat analisis [subseksyen
(1)] dan
b) Memerintah pihak membuat permintaan analisis membayar kos
bagi analisis makanan. [subseksyen (2)]
SEKSYEN 32B
Mengeluarkan waran tangkap untuk seseorang yang enggan hadir
mahkamah Majisteret seperti diarahkan oleh Pengarah atau manamana pegawai berkuasa diberi kuasa atas kesalahan yang
dilakukan melainkan orang itu telah dibenarkan mengkompaunkan
kesalahan itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu.
[subseksyen (2)]

Cadbury Confectionery Malaysia Mengambil


Tindakan Untuk Menarik Semula Dua Produk
Tersebut Dari Pasaran Dengan Segera

Kesalahan

Penipuan Nama Sebenar


Perlabelan Makanan
Senarai Kandungan
Penandaan Tarikh
Aditif Makanan
Negara Asal Makanan
Maklumat Pengeluar Makanan
Penyataan Kuantiti Makanan
Syarat Penyimpanan Makanan

BAHAGIAN 3 - KETERANGAN DAN


KESALAHAN
1) KETERANGAN

SEKSYEN 19 PENDAKWAAN
a) Perakuan juruanalisis yang menyatakan sesuatu
kesalahan telah berlaku di bawah Akta ini maka pegawai
berkuasa boleh menjalankan prosiding di bawah Akta ini
berdasarkan seksyen 377 Kanun Tatacara Jenayah dan
seksyen 32A (Subseksyen 1)

b) Perakuan juruanalisis hendaklah diberikan kepada


Pengarah atau pegawai berkuasa dalam tempoh 90 hari
dari tarikh makanan itu dihantar untuk analisis.
(Subskesyen 1A)
c) Pendakwaan cuma boleh dijalankan dalam tempoh
150 hari dari masa makanan dibeli atau didapati
(Subseksyen 2)

SEKSYEN 20 - PERAKUAN JURUANALISIS


Perakuan juruanalisis hendaklah menjadi keterangan PRIMA
FACIE dengan syarat:
a) pihak dituduh ingin kehadiran juruanalisis untuk
pemeriksaan balas telah menghantar notis yang menghendaki
kehadiran juruanalisis telah dihantar ke pihak pendakwa 3 hari
sebelum perbicaraan dan
b) pihak pendakwa perlu memberitahu orang yang dituduh bahawa
beliau ingin menggunakan perakuan juruanalisis sebagai
keterangan di mahkamah secara bertulis bersama dengan
perakuan juruanalisis 10 hari sebelum perbicaraan.

SEKSYEN 6 PROSEDUR MENGAMBIL SAMPEL


a) Pegawai Berkuasa memberitahu penjual atau agen atau
pengkhidmatnya yang menjual makanan tujuan pembelian
atau mendapatkan sampel adalah untuk tujuan analisis
[Seksyen 6 (1)]
b) Prosedur pengambilan dan pengurusan sampel hendaklah
seperti yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan
[Seksyen 6 (2)]

2) KESALAHAN DAN PENALTI

2) KESALAHAN DAN PENALTI

BAHAGIAN 4 - PENGIMPORTAN,
WARANTI DAN PEMBELAAN.
SEKSYEN 29 (Pengimportan)
i) Pengimpotan makanan yang tidak mematuhi peruntukan Akta dan peraturan
dilarang (Subseksyen 1)
ii) Perlabelan semula makanan diproses dalam bentuk sempurna. (Subseksyen 2)
iii) Pemprosesan semula atau memperbaiki mutu makanan mentah atau separa
proses untuk mematuhi standard. (Subseksyen 3)
iv) Tempoh pelabelan semula, pemprosesan semula atau perbaikan mutu ialah 3
bulan. (Subseksyen 4)
v) Melabel semula, memproses semula atau memperbaiki mutu makanan
dilakukan di bawah penyeliaan pegawai berkuasa. (Subseksyen 5)

SEKSYEN 30 SEKSYEN 32
1) SEKSYEN 30 -

(Waranti)

i) Pengesahan waranti samada secara bertulis atau lain-lain pernyataan


bertulis bahawa makanan mematuhi undang-undang tentang
makanan yang ditetapkan oleh Menteri. (Subseksyen 1)
ii) Sesiapa yang melanggar peruntukan-peruntukan Subseksyen 1 boleh
dipenjarakan selama tidak lebih dari 3 tahun, denda atau keduaduanya. (Subseksyen 2)

2) SEKSYEN 31 - (Waranti bertulis menjadi pembelaan yang


memadai)
i) Waranti menjadi pembelaan atas syarat-syarat defendan buktikan:
berdasarkan waranti bertulis atau pernyataan bertulis dan ditadatangani
pembekal [Subseksyen 1(a)]
tiada sebab mempercayai makanan tidak menepati waranti atau pernyataan
[Subseksyen 1(b)]
makanan sebenarnya menepati waranti atau pernyataan [Subseksyen 1(c)]

ii) Waranti bertulis atau pernyataan bertulis diberi atau dibuat oleh orang
bermastautin di luar Malaysia tidak boleh menjadi pembelaan.
(Subseksyen 2)

iii) Waranti boleh menjadi pembelaan


defendan :

melainkan

dalam tempoh 14 hari selepas penerimaan waranti atau


pernyataan memberi satu salinan kepada Pengarah atau
pegawai diberi kuasa [Subseksyen 3(a)]
dalam tempoh 7 hari selepas penyampaian saman
menyerah kepada pendakwa satu salinan waranti atau
pernyataan dengan notis bertulis menyatakan ingin
bergantung kepadanya dan sebutkan nama dan alamat
pembekal dan hantar satu notis serupa kepada pembekal
tersebut melalui pos berdaftar. [Subseksyen 3(b)]

3) SEKSYEN 32 - (Penalti kerana waranti palsu)


i) Waranti palsu secara bertulis melanggar seksyen ini. Defendan boleh
dipenjarakan tidak lebih dari 2 tahun atau denda atau kedua-duanya.
(Subseksyen 1)
ii) Tempoh 150 hari tidak terpakai berhubung dengan waranti
palsu. (Subseksyen 2)

BAHAGIAN 5 PERUNTUKKAN PELBAGAI


SEKSYEN 32A Pendakwaan
Pendakwaan kesalahan perlu dapat keizinan Pendakwa Raya.
SEKSYEN 32B Kuasa untuk memerintahkan kehadiran di mahkamah
(1) Orang yang dipercayai telah melakukan satu kesalahan boleh diberi
satu notis yang memerintahkan orang itu supaya hadir di Mahkamah
Majisteret paling hampir pada masa dan tarikh yang dinyatakan dalam
notis. [Seksyen 32B(1)]
(2) Sekiranya orang yang telah diberi notis ini tidak menghadiri mahkamah
pada tarikh dan masa yang ditetapkan maka waran tangkap boleh
dikeluarkan oleh Mahkamah kecuali tidak semudahsabah bagi orang itu
untuk menghadiri mahkamah atau bagi kesalahan yang boleh dikompaun
di mana orang itu telah dibenarkan dikompaun. [Seksyen 32B (2)]

SEKSYEN 33 Kuasa untuk mengkompaun


a) Dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun kesalahan

boleh kompaun yang dilakukan oleh orang dengan membuat


tawaran bertulis kepada orang itu dengan mengutip daripada orang
itu amaun yang tidak melebihi 50% amaun maksimum denda
kesalahan itu.
b) Kompaun perlu dijelaskan oleh orang yang kena dikompaun dalam
tempoh yang ditetapkan dalam notis termasuk tempoh perlanjutan.
(Subseksyen 2)
c) Apabila kesalahan dikompaunkan di bawah subseksyen (1),
a. tiada pendakwaan boleh dibuat dalam tempoh kompaun

[subseksyen 3 (a)]
b. perkakas atau makanan yang disita dilucuthakkan, dimusnahkan atau
dipulangkan kepada orang itu mengikut Pengarah atau pegawai berkuasa
selepas pertimbangan. Tiada prosiding selanjutnya boleh diambil berkenaan
makanan itu. [subseksyen 3 (b)]

SEKSYEN 34 Kuasa membuat PeraturanPeraturan


i) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi manamana perkara berikut. (Subseksyen 1)
a) Menetapkan standard, komposisi, kekuatan, potensi, ketulenan, kualiti,
berat, kuantiti, tempoh penggunaan atau lain-lain sifat makanan atau
apa-apa ramuan atau komponennya. [Subseksyen 1(a)]

b) Melarang penambahan apa-apa bahan tertentu. [Subseksyen 1(b)]


c) Melarang penambahan bahan tertentu lebih daripada kuantiti
tertentu yang dibanarkan. [Subseksyen 1(c)]

d) Mengisytiharkan apa-apa makanan yang teraduk samada yang


sediada, ditambah atau dikeluarkan atau ditinggalkan. [Subseksyen 1(d)]

e)

Melarang apa-apa cara penyediaan atau pengawetan

makanan. [Subseksyen 1(e)]


f) Berkenaan penggunaan apa-apa bahan sebagai ramuan
makanan yang dapat menahan pengguna atau pembeli
dari terpedaya atau terkeliru tentang kualiti, kuantiti,
sifat, nilai, komposisi, efek, merit atau keselamatannya atau
untuk mengelakkan kemudaratan kepada kesihatan pengguna
atau pembeli. [Subseksyen 1(f)]
g) Menjamin kebersihan dan bebas dari pencemaran atau
pengadukan makanan semasa menyediakan, mengawet,
membungkus, menyimpan, mengangkut, mengedar, atau
menjual dan kebersihan tempat, bekas, perkakas dan
kenderaan. [Subseksyen 1(g)]

h) Mengawal selia premis makanan dan orang yang bekerja


atau memberikan perhatian dalam aktiviti berhubung
dengan premis makanan atau yang ambil kerja di premis
itu. [Subseksyen 1(h)]
j) Berkenaan pengangkutan termasuk pelesenan kenderaan
untuk mengangkut makanan. [Subseksyen 1(j)]
k) Menetapkan cara melabelkan makanan. [Subseksyen 1(k)]
l) Menetapkan saiz, dimensi dan lain-lain spesifikasi
bungkusan makanan. [Subseksyen 1(l)]
m) Menetapkan kaedah menganalisis makanan dan bentuk
perakuan analisis. [Subseksyen 1(m)]

n) Menetapkan standard-standard dan syarat-syarat yang


hendak dipatuhi oleh makmal berkenaan dengan analisis
makanan. [Subseksyen 1(n)]
o) Mengadakan peruntukan mengenai pendaftaran dan
pelesenan makmal dan juruanalisis dan menetapkan fee.
[Subseksyen 1(o)]
p) Menetapkan fee yang kena dibayar bagi menganalisis
makanan oleh juruanalisis dan salinan keputusan analisis dan
lesen yang dikeluarkan atau pendaftaran yang dilakukan
termasuk lesen atau pendaftaran berhubung dengan
pengimportan dan pengeksportan makanan. [Subseksyen 1(p)]

SEKSYEN 34 Kuasa membuat Peraturan-Peraturan

(Kuasa Menteri)
q) Menetapkan fee yang kena dibayar bagi sesuatu lesen atau
perakuan yang dikeluarkan atau pendaftaran yang dilakukan berhubung
dengan pengimpotan, pengeksportan, penyediaan, pengawetan,
pembungkusan, penyimpanan, pengangkutan, pengedaran atau penjualan
makanan. [Subseksyen 1(q)]
r) Melarang atau mengawalselia penjualan, pengiklanan, pengimpotan
atau pengeksportan makanan. [Subseksyen 1(r)]
ra) Mengadakan peruntukan tentang perkara yang berhubung dengan pemanggilan
balik, pemindahan atau menarik balik daripada penjualan makanan dari premis
makanan [Subseksyen 1 (ra)]

s) Menetapkan makanan yang perlu diberi waranti dan bentuk waranti.


[Subseksyen 1(s)]

SEKSYEN 34 Kuasa membuat Peraturan-Peraturan

(Kuasa Menteri)
t) Melarang penjualan makanan tertentu dengan apa jua cara lain
daripada mengikut berat. [Subseksyen 1(t)]
u) Menghendaki orang-orang yang menjual makanan supaya menyenggara
buku dan rekod. [Subseksyen 1(u)]
v) Menetapkan kehendak-kehendak mengenai pembungkusan makanan
dan untuk melarang meletakkan apa-apa patung, duit atau lain-lain
benda dalam makanan untuk dijual atau dalam bungkusan-bungkusan
makanan. [Subseksyen 1(v)]
w) Menetapkan penalti denda tidak melebihi RM 10,000 atau penjara
tidak lebih daripada 2 tahun kerana melanggar mana-mana peraturan.
[Subseksyen 1(w)]
x) Menetapkan apa-apa jua yang hendak ditetapkan atau boleh
ditetapkan melalui peraturan. [Subseksyen 1(x)]

SEKSYEN 34 Kuasa membuat Peraturan-Peraturan

(Kuasa Menteri)
SEKSYEN 35 (1) Pemansuhan dan kecualian
Ordinan-ordinan berikut adalah dimansuhkan setakat yang berkaitan dengan
makanan:
(a) Ordinan Jualan Makanan dan Dadah 1952 (No.28 tahun 1952)
(b) Ordinan Kesihatan Awam (Sabah No. 7 tahun 1960) dan
(c) Ordinan Kesihatan Awam (Sarawak No. 24 tahun 1962)

SEKSYEN 36 Pemakaian bagi tembakau dsb.


1) Peruntukan-peruntukan Akta ini boleh diperluaskan melalui peraturanperaturan yang dibuat di bawahnya untuk meliputi tembakau, cerut, rokok,
tembakau sedut dan bahanbahan lain.

2) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang


mengadakan peruntukan bagi semua atau mana-mana berikut:
a) pengawalselia atau larangan terhadap pengiklanan atau penajaan hasil
tembakau
b) cara pelabelan bekas rokok
c) tatacara pengambilan sampel hasil tembakau untuk analisis
d) larangan terhadap merokok hasil tembakau dalam bangunan tertentu dan
perisytiharan tempat sebagai tempat larangan merokok
e) larangan terhadap penjualan hasil tembakau kepada orang di bawah
umur 18 tahun dan
f) perkara yang difikirkan suaimanfaat atau perlu oleh menteri

Sekian, TQ

Anda mungkin juga menyukai