Anda di halaman 1dari 11

LAPORAN 1 BERGAMBAR

Sesi : I 2021/2022
Program: Sijil Operasi Perhotelan

SOP 10123
HOTEL RECREATION

TOPIK 1.0
KOMPONEN ASAS DALAM JABATAN REKREASI

Disediakan oleh:
NUR HASYA HAININA BINTI MAT FAUZI

Disemak oleh:
TN. MUHAMMAD MAHYUDDIN BIN MAZLAN
ISI KANDUNGAN

Isi kandungan..........................................................................1

Skop tugas & etika pemakaian.............................................2

Rekreasi indoor & outdoor…...…………………………............6

Etika pemakaian.....................................................................7

Kemudahan spa......................................................................8

Pakej-pakej di spa…………………………………………….....9

Masalah yang timbul……………………………………………10

Cadangan penambahbaikan………………………………..10

1
SKOP TUGAS & ETIKA PEMAKAIAN

1) PERSONAL TRAINER

i) Skop tugas & tanggungjawab


a) Tugas
1. Mereka bentuk program kecergasan yang membantu memenuhi matlamat
kesihatan dan kecergasan seorang klien.

b) Tanggungjawab
1. Mengumpul maklumat klien seperti umur, jantina, ketinggian & berat badan
serta kebiasaan tidur dan gaya pemakanan klien.
2. Melakukan penilaian kecergasan seorang klien untuk menyusun rejimen
latihan.
3. Bertanggungjawab untuk menyediakan nasihat diet umum kepada klien

ii) Etika pemakaian


1. Memakai pakaian sukan yang memudahkan pergerakan dan menyerap peluh
dengan baik

RAJAH 1 : Personal trainer sedang membantu rejimen latihan klien

2
2) GYM INSTRUCTOR

i) Skop tugas & tanggungjawab


a) Tugas
1. Menyediakan persekitaran dan alatan gym yang selamat.
2. Memastikan semua pengguna berlatih secara aman dan selesa.

b) Tanggungjawab
1. Memberi layanan baik ke atas setiap pengguna gym.
2. Memastikan setiap pengguna bersenam dengan teknik yang betul dan
selamat.

ii) Etika pemakaian


1. Berpakaian sukan yang tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar

RAJAH 2: Gym instructor membantu pengguna alatan gym bersenam dengan betul

3
3) RECREATION ATTENDANT

i) Skop tugas & tanggungjawab


a) Tugas
1. Bertanggungjawab untuk mengendalikan dan memantau aktiviti rekreasi di
sesebuah hotel atau resort.

b) Tanggungjawab
1. Memastikan kawasan dan peralatan aktiviti rekreasi berada dalam
keadaan baik dan selamat digunakan.
2. Mengendalikan aktiviti rekreasi bermula daripada proses pendaftaran
sehinggalah membantu memberi penerangan keselamatan serta cara
aktiviti dilaksanakan kepada tetamu.

ii) Etika pemakaian

1. Berpakaian sukan atau kasual yang tidak terlalu ketat dan tidak terlalu
longgar.

RAJAH 3: Recreation attendant memberi penerangan keselamatan


sebelum bermula aktiviti

4
4) POOL ATTENDANT

i) Skop tugas & tanggungjawab

a) Tugas

1) Memastikan pengguna kolam mengikut peraturan penggunaan


kolam air dan memantau keselamatan mereka.

b) Tanggungjawab
1. Bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan kolam dan
memastikan cecair kimia yang digunakan untuk pembersihan kolam
dalam kuantiti yang sepatutnya.
2. Mengawal dan memantau penggunaan aktiviti kolam oleh tetamu.

ii) Etika pemakaian

1. Berpakaian sukan atau kasual yang sesuai dengan aktiviti air.

RAJAH 4: Pool attendant sedang memeriksa keadaan kolam

5
REKREASI INDOOR & OUTDOOR

1) Rekreasi indoor (senaman/yoga)

RAJAH 5: Gym instructor sedang mengetuai kelas senaman/yoga

RAJAH 6 : Contoh gaya yoga yang dipraktikkan

6
2) Rekreasi outdoor (jungle trekking)

RAJAH 7: Tetamu hotel sedang ber jungle trekking

ETIKA PEMAKAIAN

Semasa melakukan aktiviti rekreasi, tetamu serta instructor perlulah memakai pakaian
yang bersesuaian dengan aktiviti yang dilakukan :

1. Selesa
2. Menyerap peluh dengan baik
3. Berseluar panjang, berstokin dan berkasut sukan bagi aktiviti melibatkan hutan.
4. Sentiasa berkasut.

7
KEMUDAHAN SPA

i) RECEPTION

RAJAH 8 : Ruang pendaftaran spa


Fungsi :
1) Ruang legar untuk menerima tetamu.
2) Tetamu mendaftar masuk dan memilih pakej spa yang disediakan.

ii) CHANGING AREA

RAJAH 9 : Ruang ganti


Fungsi :
1) Ruang ganti yang disediakan oleh pihak spa bagi keselesaan tetamu.
2) Mempunyai locker persendirian bagi menyimpan barang peribadi.dan
bilik air.

8
iii) TREATMENT AREA

RAJAH 10 : Ruang rawatan spa


Fungsi :
1) Ruangan selesa yang disediakan bersesuaian dengan mood
rawatan spa.
2) Tempat rawatan spa yang dapat menghilangkan lesu badan dan
meredakan stress.

PAKEJ-PAKEJ DI SPA

RAJAH 11: Contoh pakej rawatan spa yang ditawarkan untuk tetamu

9
MASALAH YANG TIMBUL

a) AKTIVITI

1) Indoor
i) Peralatan kebanyakkannya rosak dan tidak diselenggara.
ii) Kurang aktiviti yang dapat dilakukan bersama keluarga.
2) Outdoor
i) Ancaman binatang buas ketika beraktiviti.
ii) Tetamu tidak menjaga kebersihan persekitaran.

b) STAF
1) Staf tidak terlatih dan tidak mesra pelanggan.
2) Staf tidak menampakkan kelibat mereka di kawasan kolam/aktiviti maka
susah untuk tetamu meminta bantuan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1) Pihak pengurusan hotel perlu menyediakan peruntukan yang secukupnya dan


menyelengara peralatan aktiviti secara berkala.
2) Petugas bahagian rekreasi perlu menambahkan lagi aktiviti yang bersesuaian
dengan tetamu hotel yang datang bersama keluarga.
3) Pihak hotel perlu melatih pekerja mereka yang berurusan dengan pelanggan
supaya lebih mesra pelanggan dan menambahkan skill komunikasi.
4) Staf perlulah mempunyai rasa bertanggungjawab terhadap tugas mereka ini
bagi mengelakkan mereka culas ketika melakukan tugas.

10

Anda mungkin juga menyukai