Anda di halaman 1dari 2

Adakah aditif makanan memberi kebaikan kepada manusia?

Bahan kimia yang ditambah atau aditif makanan perlu dinilai mengikut kebaikan dan
keburukan secara lebih rasional dan dilihat dari perspektif yang lebih luas kepada manusia
sejagat. Antara kebaikan aditif makanan kepada manusia ialah :
a) Menjadikan bahan makanan lebih tahan lama
Sama ada disedari atau tidak, banyak bahan kimia atau aditif makanan seperti garam, telah
digunakan oleh nenek moyang kita sejak berabad lamanya. Aditif makanan mula digunakan
secara meluas pada awal abad kesembilan belas. Ini berpunca daripada revolusi perindustrian
yang mencetuskan penghijrahan pesat penduduk ke bandar.

Pada peringkat awal ini,

makanan yang dihantar ke bandar berkeadaan sangat buruk, tidak selamat dan banyak yang
rosak. Untuk memastikan bekalan makanan adalah cukup, berkualiti dan selamat, masyarakat
moden dengan bantuan sains dan teknologi telah menemui aditif makanan untuk mengatasi
masalah ini.
b) Mengawal harga makanan di pasaran
Jika kita pergi ke kedai runcit atau pasar raya, kita akan mendapati pelbagai jenis makanan
dengan kuantiti yang banyak dari seluruh pelosok dunia dengan harga yang berpatutan dan
selamat untuk dimakan. Kepelbagaian jenis makanan dari seluruh pelosok dunia hanya dapat
dilakukan dengan adanya aditif makanan.

Tanpa aditif makanan, harga makanan akan

menjadi terlalu mahal dan bekalannya sedikit kerana banyak makanan mudah rosak atau
terbuang semasa pemprosesan.
c) Menambah cita rasa makanan
Pada zaman yang serba canggih ini manusia memerlukan makanan yang mudah disediakan
dan mempunyai beraneka cita rasa. Aditif makanan membuka ruang ahli teknologi makanan
mencipta berbagai-bagai jenis makanan baru dan mudah disediakan bagi melayan cita rasa
pengguna.
d) Memastikan bahan makanan mencukupi
Aditif makanan amat diperlukan dalam sistem makanan dunia. Tanpa aditif makanan yang
ada pada masa kini sudah tentu dunia akan mengalami krisis makanan yang teruk kerana
makanan akan mudah rosak dan berlaku pembaziran.

Aditif makanan membantu

perkembangan tamadun manusia dalam memastikan bekalan bahan makanan mencukupi,


selamat dan berkhasiat.

Berbagai-bagai jenis makanan termasuk makanan yang baru

diperkenalkan dari semua tempat dapat dinikmati kerana pengeluarannya secara besar-besaran
menjamin kosnya yang murah.

Jamal Khair Hashim, Noraini Dato Mohd Othman (1997). Bahan Kimia Dalam Makanan Kita. Kuala
Lumpur : Dewan Bhasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai