Anda di halaman 1dari 12

AMALAN PENGURUSAN LADANG AYAM TELUR YANG BAIK

KANDUNGAN

1. PENGENALAN

2. OBJEKTIF

3. GARISPANDUAN AMALAN PENGURUSAN LADANG

Amalan 1 : Kesedaran dan Tanggungjawab Penternak


Amalan 2 : Memilih Lokasi Ladang
Amalan 3 : Membina Reban
Amalan 4 : Perolihan Anak Ayam
Amalan 5 : Pengurusan Ayam
Amalan 6 : Pengurusan Makanan dan Minuman
Amalan 7 : Pengurusan Peralatan dan Kelengkapan
Amalan 8 : Pengendalian Telur
Amalan 9 : Pengurusan Kebersihan Ladang dan Pencemaran
Amalan 10 : Pengurusan Kesihaan Ternakan
Amalan 11 : Mengendali dan Mengguna Ubat
Amalan 12 : Mengendali dan Mengguna Vaksin
Amalan 13 : Kebajikan Ternakan
Amalan 14 : Mengurus Kakitangan
Amalan 15 : Menyimpan Rekod Ladang
Amalan 16 : Menyedia Parameter Produktiviti
Amalan 17 : Menilai Pencapaian Prestasi

4. PENUTUP
AMALAN PENGURUSAN LADANG AYAM TELUR YANG BAIK

1. Pengenalan

Kenaikan kos input-input pengeluaran , persaingan pasaran dan persaingan kawasan


terus memberi cabaran kepada pengeluar ayam daging. Untuk pengeluaran berterusan
kecekapan pengeluaran perlu ditingkatkan dimana pengeluaran dimaksimumkan , kos
diminimumkan dan ayam yang bermutu dihasilkan supaya pulangan yang baik
dicapai. Ditambah pula dengan meningkatnya kesedaran pengguna terhadap
keselamatan makanan, kesejahteraan alam dan kebajikan haiwan adalah perlu kaedah
perladangan disesuaikan supaya memenuhi harapan kedua pihak penternak dan
pengguna. Perladangan yang mengikut garispanduan tertentu yang menggalakkan
peningkatan kecekapan ladang , penghasilan produk berkualiti, bersih dan selamat
serta menjaga kualiti alam perlu diamalkan.

2. Objektif

2.1. Meningkatkan produktiviti ladang

2.2. Mengeluarkan daging ayam yang bermutu , bersih dan tidak memudaratkan
kesihatan pengguna

2.3. Aktiviti pengeluaran telur ayam menjamin kesejahteran alam persekitaran dan
kehidupan manusia

2.4. Meningkat dayasaing dalam pasaran

3. Garispanduan Amalan Pengurusan Ladang Yang Baik

Garispanduan perladangan disediakan untuk diikuti olih penternak. Amalan


perladangan yang mengikut garispanduan memudahkan penternak mengenalpasti
kelemahan.

Amalan 1 : Kesedaran dan Tanggungjawab Penternak

1.1. Menekankan kepada pengurusan ladang yang bermutu tinggi.

1.2. Menunjukan tanggungjawab mengeluarkan telur ayam yang


bermutu , bersih dan selamat dimakan. Disepanjang tempoh
pemeliharaan dan pengendalian ayam dan telur hendaklah
bebas dari sebarang bentuk pencemaran ( kuman , ubat , bahan
kimia , logam dan sebagainya ) yang bolih menjejaskan
keselamatan dan kesihatan pengguna

1.3. Mengeluarkan telur ayam pada harga yang berpatutan kepada


semua lapisan pengguna
1.4. Menyediakan persekitaran , kemudahan pemeliharaan
( perumahan , persekitaran , pemakanan , peralatan ) dan
seterusnya memelihara dan mengendali ayam yang memenuhi
keperluan asas ( pelakuan , kesihatan dan kebajikan ) serta
memberi keselesaan kepada kehidupannya dan keselesaan
kepada pekerja

1.5. Sedar bahawa mutu telur ayam diperingkat ladang


menentukan mutunya diperingkat pemprosesan.

1.6. Sedar bahawa wujud peraturan berkaitan pengeluaran telur


ayam , memahami tujuan dan mematuhinya

Amalan 2: Memilih Lokasi Ladang

2.1. Lokasi yang sesuai adalah penting kerana implikasinya kepada


kecekapan pengurusan , produktiviti ladang, pengurusan
penyakit serta jaminan pengeluaran yang berterusan.

2.2. Kawasan yang dipilih seeloknya ;

2.2.1. Mempunyai ventilasi dan sistem saliran yang sempurna

2.2.2. Mempunyai kemudahan dan prasarana yang baik


untuk perhubungan , pengangkutan hasilan dan bekalan

2.2.3. Jauh dari ladang - ladang ayam yang lain supaya risiko
perebakan penyakit dapat dikurangkan. Seeloknya jarak
kawasan dipilih sekurang-kurangnya 1.5 kilometer dari
ladang unggas yang terhampir
2.2.4. Jauh dari kawasan
pembangunan seperti kawasan perbandaran ,
perindustrian dan penempatan awam , sekurang-
kurangnya pada jarak 500 meter

2.3. Menyediakan pelan lakar ladang menunjukan lokasi semua


reban , premis dan infrastruktur ladang

Amalan 3: Membina Reban

3.1. Ayam memerlukan persekitaran yang selesa bagi


membolehkannya membesar dengan baik. Persekitaran yang
kurang selesa mendedahkan ayam kepada tekanan ,
menjejaskan produktiviti , tahap immun serta ketahanan kepada
serangan penyakit. Ventilasi diseluruh bahagain dalam reban
yang sekata adalah juga syarat untuk prestasi ayam baik

3.2. Membina reban jauh dari jalan raya atau jalan yang digunakan
oleh orang ramai membantu mengurangkan risiko perebakan
penyakit. Jarak antara reban tidak kurang dari 9 meter
digalakkan. Sebaiknya tidak ada bangunan atau pokok-pokok
besar disekitar reban yang bolih menghalang peredaran
sempurna udara bersih.

3.3. Rekabentuk , bahan yang diguna dan kedudukan reban


membolihkan peredaran udara bersih yang sempurna didalam
reban , mengurangkan tekanan bahang haba , memberi
keselesaan kepada ayam , tidak menjejaskan prestasi , kesihatan
dan kualiti , mudah kerja pencucian yang sempurna dijalankan
serta tidak menjejaskan kecekapan bekerja kakitangan ladang.
Bagi reban terbuka lebar seeloknya tidak melebihi 11 meter
dan tinggi sekurangnya 3 meter. Bagi reban terbuka dan
berlantai ketinggian lantai dari tanah sekurangnya 1.2 meter
adalah baik kerana keselesaan membuang tinja dibawahnya dan
mengurangkan kesan gas dari najis. Dikawasan terbuka
pembinaan reban dengan paksi panjang mengarah timur-barat
akan mengurangkan kesan langsung pancaran cahaya matahari
keatas ayam didalam reban.

3.4. Reban hendaklah mempunyai sistem


yang bolih mengurangkan risiko penyakit bawaan olih haiwan
liar saperti tikus dan burung liar

3.5. Jika ayam dipelihara didalam sangkar , saiz dan reka-bentuk


hendaklah yang tidak mendedahkan kepada kecederaan dan
ketidakselesaan. Bahan dan rekabentuknya juga tidak
memudahkan telur dihasilkan rosak

3.6. Reban sebaiknya dilengkapi dengan sistem yang dapat


membantu meningkatkan ventilasi ketika cuaca buruk seperti
terlalu panas , kering , sejuk atau lembap

3.7. Menggunakan bahan saraf yang bersih , tiada pencemaran


kuman dan kulat dan menyerap lembapan yang baik

Amalan 4: Perolihan Anak Ayam

4.1. Anak ayam bolih menjadi punca kemasukan penyakit kedalam


ladang. Bekalan anak ayam hendaklah dari ladang / penetasan
yang diketahui mutu pengurusan dan status penyakitnya.
Seeloknya dari ladang / penetasan yang diakreditasi oleh
Jabatan Perkhidmatan Haiwan

4.2. Menggunakan ayam dari baka yang terbukti keupayaan


pertumbuhan dan menepati keperluan pasaran

4.3. Mutu anak ayam menentukan produktivitinya serta kecekapan


kos pengeluaran. Adalah penting mempastikan anak ayam yang
diterima bermutu. Penekanan kepada mutu adalah lebih baik
daripada harganya

4.4. Anak ayam diperolehi dari flok induk yang sama supaya akan
mempunyai status maternal antibodi yang sekata. Ini akan
memudahkan perancangan dan perlaksanaan program pelalian

Amalan 5: Pengurusan Ternakan

5.1. Menyediakan persekitaran perindukan yang selesa. Pengurusan


perindukan yang baik dengan persekitaran yang selesa
menggalakan anak-anak ayam bermula membesar dengan
baik.

5.2. Mengelakkan ayam daripada mengalami tekanan bermula sejak


ketibaan diladang pada hari pertama sehingga penghujung
tempoh pemeliharaannya

5.3. Menyediakan keperluan persekitaran dan ruang pemeliharaan


yang selesa selaras dengan pembesaran ayam mengurangkan
perkara-perkara yang menyebabkan tekanan kepada ayam dan
kejatuhan kualiti telur.

5.4. Mutu telur ayam diperingkat ladang menentukan mutunya


diperingkat pemprosesan. Pengurusan harus mempastikan
bahawa aktiviti disetiap peringkat pengeluaran dan pasaran
menjaminkan mutu diperingkat pemprosesan.

5.5. Mewujudkan garispanduan pengurusan ladang , pengurusan


peralatan dan sistem pengendalian mekanisasi ladang akan
membantu tugas harian dan kecekapan kakitangan ladang.

Amalan 6 : Pengurusan Makanan dan Minuman

6.1. Perolehi bekalan makanan dari kilang makanan yang


mengutamakan kualiti. Seeloknya dari syarikat yang
melaksanakan amalan pembuatan yang baik dan diakreditasi
oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan

6.2. Makanan disimpan baik dikemudahan yang mempunyai


ventilasi dan persekitaran yang baik yang tidak menjejaskan
kualiti dan tiada pencemaran. Ventilasi setor makanan yang
baik supaya makanan yang disimpan tidak mudah rosak seperti
mengalami “rancid “ dan berkulat. Menyimpan makanan tidak
terlalu lama untuk mengekalkan kesegarannya. Seeloknya
menyimpan makanan tidak melebihi 4 minggu.

6.3. Membuat analisa kualiti makanan yang diterima secara berkala


untuk mempastikan spesifikasi dipenuhi
6.4. Haiwan liar seperti tikus dan burung-burung liar bolih
mendatangkan kerugian kepada ladang kerana merebakan
penyakit dan merosakan makanan. Haiwan-haiwan liar
hendaklah dielakan dari memasuki setor makanan dan bekas air
untuk keperluan ayam seperti menyediakan setor yang kebal
atau melaksanakan sistem yang dapat mengawalnya

6.5. Menggunakan makanan yang tidak dicampur dengan “feed


additives “ yang tidak diluluskan olih kerajaan.

6.6. Ayam diberi makanan yang mencukupi , bermutu dengan zat


pemakanan yang seimbang , bersih tiada pencemaran. Jenis
makanan yang diberi menepati keperluan peringkat
umur/pertumbuhan atau pengeluaran.

6.7. Mengawal pemberian makanan diperingkat dara dan bertelur


untuk mengelakan berlebihan berat badan yang menjejaskan
pengeluaran telur

6.8. Ayam memerlukan air minuman yang bermutu , bersih , tidak


dicemari dan mencukupi untuk pembesaran yang baik .
Seeloknya menggunakan air minuman yang telah dirawat.

6.9. Menyelenggara bekas makanan dan minuman ( ruang dan


ketinggian ) dengan baik selaras dengan peringkat pembesaran
supaya semua ayam dapat makan/minum dengan baik tanpa
kesukaran. Dengan itu ayam dapat membesar dengan sekata
sesuai dengan umur. Bekas makanan dan minuman yang tidak
berfungsi sempurna menyebabkan tiada bekalan makanan atau
air atau menyebabkan tumpah. Makanan yang tumpah
menyebabkan kerugian dan menarik haiwan liar datang
memakannya. Air yang tumpah membasahkan lantai dan
tinja , bolih menggalakan penyakit , pembiakan lalat dan bau
busuk.

Amalan 7 : Pengurusan Peralatan dan Kelengkapan

7.1. Semua peralatan , mesin dan kelengkapan ladang seperti


peralatan minuman , peralatan makanan , perindukan ,
peralatan memungut dan menggred telur diperiksa setiap hari
dan kerap untuk mempastikan berfungsi baik

Amalan 8 : Pengendalian Telur

8.1. Memungut telur sekerap yang bolih , sekurangnya 3 kali sehari


dan menyimpan ditempat yang bersuhu rendah dengan
ventilasi yang baik kerana telur yang terdedah kepada cuaca
panas akan cepat mengalami kehilangan mutu.

8.2. Suhu setor menyimpan telur sebaiknya


18 - 22 C dengan kelembapan 75 - 80%.
Setor bebas dari sebarang bau yang tidak
bolih diterima , kebal kepada tikus ,
burung liar dan serangga. Tidak ada
bahan kimia dan ubatan bolih disimpan
disetor menyimpan telur.

8.3. Kedudukan telur semasa disimpan dengan bahagian tirus telur


menghadap kebawah mengurangkan kehilangan kualiti

8.4. Memungut telur yang bersih dahulu. Telur yang kotor dan
pecah dipungut kemudian dan disimpan berasingan.

8.5. Segala peralatan dan kelengkapan yang berkaitan dengan


pengendalian telur seperti dulang telur hendaklah bersih.
Perlatan dan kelengkapan dicuci sempurna setiap hari selepas
digunakan dan disimpan ditempat yang bersih

8.6. Pengendalian telur perlu dilakukan dengan cermat. Telur retak /


pecah mendedahkannya kepada pencemaran.

8.7. Peralatan seperti mesin menggred , sistem “conveyor , mesin


mengesan bilangan telur diperiksa setiap hari sebelum kerja
bermula mempastikan berfungsi baik. Mesin yang tidak
befungsi baik menyebabkan kerugian akibat kesilapan
menentukan gred dan telur pecah
.
Amalan 9: Pengurusan Kebersihan Ladang

9.1. Persekitaran ladang yang tidak bersih memudahkan berlakunya


penyakit , menyebabkan kehidupan ayam kurang selesa bolih
menjejaskan pembesaran dan pengeluaran.

9.2. Sisa ladang seperti sampah dan ayam mati dilupus segera
dengan sistematik. Ayam yang mati seeloknya dilupus secara
dibakar. Tempat pembuangan sampah yang sempurna
disediakan. Sampah yang tidak dibuang sempurna bolih
menjadi tempat tingggal tikus. Tinja dan sarap diurus dengan
sistematik untuk mengelakan menjadi tempat pembiakan lalat
dan menyebabkan bau busuk yang bolih mejejaskan
kesejahteraan orang ramai.

9.3. Tumbuhan dan rumput dalam kawasan ladang yang


diselenggara baik dapat mengelakan menjadi tempat pembiakan
tikus dan burung liar serta mencacatkan keindahan ladang.

9.4. Setor dan kelengkapan pemeliharaan seperti bekas makanan ,


bekas minuman sentiasa diselenggara dan dijaga
kebersihannya dengan baik sepanjang masa. Peralatan-
peralatan ladang disimpan dengan teratur.
Amalan 10 : Pengurusan Kesihatan Ternakan

10.1. Penyakit bolih menjejaskan produktiviti ladang dan


keuntungan. Ayam yang tidak sihat tidak dapat menggunakan
makanan dengan cekap , mempunyai ketahanan melawan
penyakit yang rendah , tidak dapat membesar dengan baik dan
kemungkinan menyebabkan kerugian atau mengurangkan julat
keuntungan. Penyakit menyebabkan kerugian kerana
kematian , produktiviti rendah , meningkatkan kos rawatan dan
kawalan penyakit dan kemungkinan kehilangan pasaran.

10.2. Mewujudkan secara bertulis protokol kawalan dan pencegahan


penyakit. Ini termasuklah prosedur biosekuriti , pelalian ,
rawatan dan cucihama. Status penyakit diladang dimantau
secara berjadual dan rekod yang lengkap disimpan. Tindakan
kawalan segera dapat mengurangkan kerugian dan perebakan
penyakit kepada reban atau ladang lain. Penyakit-penyakit
yang menjejaskan ekonomi seperti Newcastle dan yang
mempunyai kepentingan kepada kesihatan awam seperti Highly
Pathogenic Avian Influenza , Salmonellosis , Campylobacter
harus diberi tumpuan. Penyakit yang menyebabkan berak cair
dikawal kerana bolih menjadi punca najis lembap dan busuk
sesuai untuk pembiakan lalat. Nasihat dari pengamal veterinar
yang diiktiraf harus diperolehi untuk mempastikan program
kawalan penyakit diwujudkan bersesuaian dengan pengurusan
ladang. Keberkesanan program diuji , dinilai dan dikemaskini
dari masa kesemasa apabila perlu.

10.3. Melaksanakan prosedur biosekuriti yang ketat dapat


mengurangkan kemungkinan kemasukan penyakit kedalam
ladang. Semakan keatas prosedur biosekuriti dan kemudahan
disediakan dibuat secara berkala untuk menentukan
keberkesanannya. Prosedur biosekuriti perlu diperjelas ,
difahamai dan dipatuhi olih semua gulungan kakitangan ladang

10.4. Membersih reban dan peralatan menggunakan ubat cucihama


dengan sempurna selepas setiap pusingan pengeluaran ,
membiarkannya kering dan kosong sekurangnya dua minggu
sebelum kumpulan ayam baru dibawa masuk adalah penting
untuk kawalan penyakit yang berkesan. Mencuci reban dan
peralatan menggunakan bahan kimia yang baik dengan kaedah
yang betul membantu mengurangkan bilangan patogen pada
paras yang tidak membolihkan jangkitan berlaku. Menukar
penggunaan sesuatau jenis bahan kimia cucihama selepas
tempoh tertentu bolih mengelakan pembentukan kekebalan.
Amalan 11 : Mengendali dan Mengguna Ubatan

11.1. Penggunaan ubat yang tidak mematuhi peraturan adalah antara


punca menyebabkan berlakunya pembentukan kekebalan olih
kuman dan residu dalam daging ayam. Residu ubat didalam
daging ayam mempunyai implikasi kepada kesihatan
pengguna seperti menyebabkan tindakbalas hipersensitiviti dan
beberapa lagi. Penggunaan ubat didalam pengeluaran ayam
daging bukanlah jalan penyelesaian mengawal penyakit
sebaliknya meningkatkan kos pengeluaran. Sebaiknya
penggunaan ubatan hendaklah diminimumkan.

11.2. Menyimpan dan mengendali sesuatu jenis ubat mengikut


persekitaran dan kaedah sebagaimana diarah olih pengeluarnya
untuk hasil yang berkesan. Seeloknya menyimpan ubat yang
mencukupi untuk kegunaan sesuatu tempoh masa sebelum
tarikh lupusnya.

11.3. Menggunakan ubat mematuhi peraturan pengunaan yang


ditetapkan olih pengeluar. Perhatian diberi kepada dos , tempoh
penggunaan , tempoh penarikan dan tempoh luput .
Penggunaan ubat yang telah melebihi tempoh lupus tidak
digalakan. Tiada ubat digunakan kepada ayam semasa tempoh
pengeluaran.Telur yang dihasilkan olih ayam yang menerima
rawatan dan belum cukup tempoh penarikan tidak bolih dijual
atau dimakan

11.4. Mengguna hanya ubat , bahan kimia , racun dan hormon dari
jenis yang diluluskan olih kerajaan sahaja. Ubat dan bahan
kimia yang bolih mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan
manusia sebaiknya juga dielakan dari menggunakannya

Amalan 12 : Mengguna dan Mengendali Vaksin

12.1. Pemberian vaksin adalah langkah pencegahan penyakit yang


baik. Program pelalian disesuaikan dengan corak pengurusan
ladang

12.2. Menyimpan dan mengendali sesuatu jenis vaksin mengikut


persekitaran dan kaedah sebagaimana diarah olih pengeluarnya
untuk hasil yang berkesan. Seeloknya menyimpan vaksin yang
mencukupi untuk kegunaan sesuatu tempoh masa sebelum
tarikh lupusnya. Tidak menggunakan baki vaksin yang telah
diguna kerana kemungkinan mutunya telah menurun dan tidak
memberi perlindungan yang baik kepada ayam jika diguna
12.3. Mengguna hanya vaksin dari jenis yang
diluluskan olih kerajaan sahaja.

Amalan 13 : Kebajikan Ternakan

13.1. Pengurusan , kelengkapan dan kemudahan pemeliharaan


memenuhi keperluan asas ayam. Ayam seharusnya bebas dari
ketidakselesaan , kekurangan makanan /air , zat , kecederaan ,
penyakit dan mempunyai perlindungan

13.2. Menyediakan persekitaran pemeliharaan ( suhu , kelembapan ,


ruang lantai , ruang makanan dan minuman , hubungan antara
ayam ) yang sesuai dan mencukupi untuk ayam membolihkan
potensi genetik sebenar baka ayam tersebut dapat dihasilkan.

13.3. Kecederaan dan tekanan bolih berlaku semasa ayam


dipelihara , ditangkap dan diangkut . Kecederaan dan tekanan
menjejaskan prestasi pertumbuhan , mendedahkan kepada
jangkitan penyakit, kehilangan kualiti dan nilai telur ayam.

13.4. Menangkap dan mengangkut ayam serta telur dengan cermat


menggunakan kaedah yang betul akan mengelakan ayam
mengalami kecederaan dan kerosakan telur

Amalan 14 : Mengurus Kakitangan

14.1. Pengurusan ternakan olih kakitangan yang tidak mahir dan


tidak bertanggungjawab menyebabkan pengeluaran yang tidak
cekap seperti pembaziran dan pengeluaran dibawah paras
optimum. Ini menyebabkan kerugian kepada ladang. Tugas dan
tanggungjawab difahami dengan jelas olih setiap kakitangan.
Menyelia tugas kakitangan akan membantu mengenalpasti
kelemahan dan mengambil tindakan pembaikan sewajarnya.
Kakitangan diberi bimbingan dan tunjukajar yang betul dalam
menguruskan ternakan

Amalan 15 : Menyimpan Rekod Ladang


15.1. Menyimpan rekod ladang yang lengkap dan kemaskini
membantu memudahkan pengesanan tahap kecekapan
pengurusan ladang dan mengenalpasti kelemahan yang wujud.
Rekod perlu diwujudkan untuk setiap flok ayam yang
dipelihara.

Amalan 16 : Menyediakan Parameter Produktiviti

16.1. Norma-norma petunjuk produktiviti ladang disediakan


sebagai
panduan arah matlamat yang harus dicapai olih ladang.

Amalan 17 : Menilai Pencapaian Prestasi

17.1. Sentiasa menilai tahap kecekapan pengurusan ladang


berasaskan kecapaian norma produktiviti yang disediakan.
Penilaian yang berterusan membolihkan langkah membaik
segera dapat diambil dan mengelakan kerugian yang lebih
besar.

4. Penutup

Mengamalkan perladangan ayam telur yang baik akan meningkatkan keyakinan


pengguna , membantu mempastikan operasi pengeluaran yang berterusan dan
meningkatkan dayasaing dipasaran

Anda mungkin juga menyukai