Anda di halaman 1dari 5

Bioteknologi bukanlah suatu perkara yang asing pada masa kini.

Ianya telah
berkembang pesat dan mampu memberikan pulangan yang lumayan kepada ekonomi
sesebuah negara. Teknologi baru ini memberikan faedah yang cukup besar terutama
dalam bidang pemakanan, pertanian, perubatan, kesihatan, dan kesejahteraan dalam
memenuhi keperluan dan kehendak manusia. Bioteknologi boleh didefinisikan sebagai
penggunaan organisma hidup dalam penghasilan mahupun pengubahsuaian sesuatu
produk1.
GMO adalah singkatan daripada genetically modified organisms yang
bermaksud pengubahsuaian organisma secara genetic. Ia merupakan salah satu dari
cabang bioteknologi moden di bawah kejuruteraan genetik. Di dalam Akta Makanan
1983, Peraturan-peraturan Makanan (Pindaan 2010), pindaan peraturan 2 tafsiran, ada
dinyatakan bahawa organisma diubah suai secara genetik ertinya organisma yang
bahan genetiknya telah diubah melalui bioteknologi moden dengan cara yang tidak
berlaku secara semula jadi melalui pembiakan atau rekombinasi semula jadi atau
kedua-duanya2.
Fungsi kejuruteraan genetik ini adalah untuk memanipulasi genetik sesuatu
organisma secara terus. Ianya melibatkan proses seperti memasukkan, pembuangan
dan pengubahsuaian cebisan segmen DNA yang mengandungi satu atau lebih gen
yang dikehendaki ke dalam DNA organisma lain seperti bakteria, virus, binatang atau
tumbuhan3. Maka, tumbuhan tadi akan menunjukkan ciri-ciri fenotipik yang dikehendaki
seperti peningkatan kadar pengeluaran hasil tanaman, mengelakkan penyakit kritikal
tanaman, penghasilan makanan tinggi nutrien dan banyak lagi 4.
Jika kita lihat, penghasilan satu sampel baru melalui kaedah kacukan dan
pembiakkan secara konvensional, mempunyai banyak batasan. Contohnya, jika ingin
mendapatkan satu sampel kacukan yang baru, ianya terbatas kepada tumbuhan sejenis
sahaja, dan memerlukan penggunaan jumlah sampel kacukan yang banyak. Oleh itu, ia
melibatkan kos operasi yang tinggi
dan masa saringan yang panjang.
1

Dengan adanya teknologi kejuruteraan genetik ini, gen asing yang dimasukkan
ke dalam genom tumbuhan, sama ada daripada spesis tanaman yang sama atau
berlainan, kulat, bakteria, dan virus yang diingini dapat digunakan dan menghasilkan
satu sampel kacukan yang baru5 dan pelbagai.
Antara contoh tanaman yang dihasilkan melalui kaedah pengubahsuain genetik
ini adalah kacang soya, jagung manis, alfalfa, canola, kapas, tomato, squash, kentang,
pokok padi, terung dan sebagainya. Sebagai contoh, kajian yang dibuat oleh ahli Sains
dari Mosanto, mereka memindahkan gen bakteria yang dikenali sebagai Bacillus
Thuringiensis atau singkatannya Bt ke dalam DNA jagung yang ingin diubahsuai,
maka, terbentuklah satu sampel gen jagung yang kuat dan tahan kepada serangan
penyakit. Apabila sampel jagung ini ditanam di ladang, gen Bt tadi akan bertindak
membunuh serangga yang memakan jagung itu dengan cara, membebaskan racun
kimia sendiri pada dirinya6.
Bukan setakat tanaman sahaja, malahan, haiwan juga ada ada yang melalui
kaedah pengubahsuaian genetik ini seperti ikan salmon, ayam, lembu dan banyak lagi,
supaya proses tumbesaran haiwan ini lebih cepat, penghasilan hasil tenusu yang lebih
banyak, dan menjadikannya lebih gemuk.
Produk makanan pengubahsuaian genetik atau GMO ini adalah makanan yang
dihasilkan daripada produk yang telah diubahsuai genetiknya daripada gen tumbuhan
atau haiwan bagi tujuan tertentu. Di dalam pemakanan seharian kita, kita terdedah
dengan pengambilan makanan yang mempunyai GMO ini. Seperti mana jagung yang
disuntik ke dalamnya bakteria Bt itu, gen insulin manusia dimasukkan ke dalam
sesetengah ternakan agar dapat menghasilkan insulin tiruan dan diekstrak untuk
kegunaan manusia. Manakala, gen ikan pula dimasukkan ke dalam tomato supaya ia
dapat hidup dan bertahan walaupun dalam musim sejuk.

Kebanyakan jenis makanan yang mengandungi GMO ini tidak dapat dipastikan
sama ada selamat ataupun tidak sekiranya diambil oleh manusia mahupun haiwan.
Selagi mana tiada kajian yang menyatakan bahawa produk GMO ini selamat untuk
digunakan dan tiada kesan sampingannya bagi masa panjang, adalah lebih baik
sekiranya kita menghindari produk makanan ini.
Kebanyakan produk GMO ini tidak dilabel dan diuju secara jangka panjang bagi
melihat keberkesanannya dan kesannya terhadap kesihatan. Sepatutnya, syarikat
pengeluar makanan disyaratkan untuk melabelkan produk mereka sama ada
mengandungi GMO atau tidak. Ini dapat memudahkan pengguna memilih makanan
yang asli dan organik atau makanan yang mengandungi GMO.
Jika kita lihat, antara kebaikkan produk GMO adalah, ianya dapat mengatasi
masalah yang dihadapi oleh petani, dimana masalah serangga perosak ini dapat diatasi
tanpa perlu mengeluarkan belanja untuk menyembur racun perosak di ladang mereka.
Masalah kekurangan makanan yang dihadapi oleh sesetengan negara miskin di dunia
juga dapat diatasi. Para petani juga dapat meningkatkan hasil pendapatan mereka ke
tahap maksimum dengan meningkatnya pengeluaran hasil pertanian dan ternakan
mereka.
Selain dari kebaikkan yang dinyatakan tadi, produk makanan berasaskan GMO
juga mengandungi kesan sampingan. Pertama, sekiranya suatu protein yang telah
rosak memasuki tubuh badan manusia, ia boleh memberi kesan kepada sistem
imunisasi dalam tubuh dan mengakibatkan alahan.
Kedua, kebanyakan makanan yang kita makan mempunyai toksik dalam tahap
yang rendah dan tidak mengganggu kesihatan. Dikhuatiri, sekiranya pengambilan
produk makanan berasaskan GMO ini, bakal menyebabkan kadar toksik yang lebih
tinggi dalam tubuh badan. Selain itu, risiko unuk menghadapi penyakit kanser
meningkat. Terdapat produk tenusu yang dihasilkan daripada lembu yang telah disuntik
3
dengan growth hormone supaya
lebih banyak susu dapat dihasilkan.

Ketiga, hasil kajian yang dibuat oleh sekumpulan penyelidik dari Iowa State
University mendapati bahawa kematian kebanyakan jenis rama-rama pemakan
milkweed jagung yang dikenali sebagai Monarch Butterfly disebabkan oleh jagung
GMO. Bukan setakat rama-rama ini sahaja, malah apa-apa pendebunga atau serangga
yang mendekati pokok ini akan mati dan ini, memberi kesan buruk kepada
keseimbangan alam sekitar7.
Keempat, kesan daripada pengubahsuaian genetik terhadap tumbuhan seperti
kacang soya, mengakibatkan pengurangan kadar nutrisi. Kacang soya yang dihasilkan
melalui kaedah ini mengakibatkan kadar phytoestrogen yang lebih rendah yang boleh
membawa kepada serangan penyakit hati dan kanser.
Rumusannya, Islam menitikberatkan prinsip Maqasid Al Syariah, dimana, kita
perlulah memelihara agama, nyawa, akal, nasab keturunan dan juga harta. Sekiranya
produk makanan yang berasaskan GMO ini mengandungi lebih banyak keburukkan dari
kebaikkan, maka kita perlulah menghindarinya. Ini dinyatakan di dalam salah satu
kaedah fiqh iaitu, menolak kerosakan itu lebih utama daripada membawa
kemaslahatan. Islam juga menyuruh supaya umatnya memilih makanan yang baik,
iaitu halal lagi suci dan tidak memudaratkan kepada manusia dan alam sekitar.
Produk makanan GMO ini membawa lebih banyak keburukkan berbanding
kebaikkan. Selagi mana tiada kajian secara terperinci dijalankan, maka kita perlulah
menghindari mengambil produk makanan tersebut. Adalah lebih baik, menggunakan
produk makanan yang dihasilkan secara tradisional.

http://ebuletin.mardi.gov.my/buletin/07/Kejuruteraan%20genetik.pdf

http://fsq.moh.gov.my/v5/images/filepicker_users/5ec35272cb-

78/Perundangan/Pindaan/Peraturan-Peraturan_%20Makanan_%20(Pindaan)_2010.pdf

http://www.nongmoproject.org/learn-more/what-is-gmo/

http://ebuletin.mardi.gov.my/buletin/07/Kejuruteraan%20genetik.pdf

http://www.docfoc.com/kejuruteraan-genetikpdf

http://tanomkinotuan.blogspot.my/2015/04/apakah-itu-gmos-kesan-kepada-manusia.html

http://tanomkinotuan.blogspot.my/2015/04/apakah-itu-gmos-kesan-kepada-manusia.html

Anda mungkin juga menyukai