Anda di halaman 1dari 6

FEM3202-2: PEMAKANAN, KESIHATAN

DAN PERSEKITARAN (NUTRITION,


HEALTH AND ENVIRONMENT)

KUMPULAN 2
TUGASAN - GENETICALLY MODIFIED ORGANISM

NAMA PENSYARAH: DR ASMIDAWATI ASHARI

Name of group members:


NAMA NO. MATRIK
AINA NADHIRAH BINTI A ROZEY 197043

1
ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT


1.0 DEFINISI GENETIC MODIFIED ORGANISM (GMO) 3
2.0 TUJUAN GENETIC MODIFIED ORGANISM (GMO) 3-4
3.0 CONTOH GENETIC MODIFIED ORGANISM (GMO) 4-5
4.0 KESAN GENETIC MODIFIED ORGANISM (GMO) KEPADA 5-6
ALAM SEKITAR DAN MANUSIA
5.0 RUJUKAN 6

1.0 DEFINISI GENETIC MODIFIED ORGANISM (GMO)

2
Definisi Genetic modified organism (GMO) ialah organisma di mana bahan genetik
(DNA) telah diubah dengan cara yang tidak berlaku secara semula jadi. Contohnya dengan
kawin atau pengumpulan semula jadi. Proses Kejuruteraan Genetik kebiasaannya berdasarkan
pengetahuan yang berasal dari penyelidik mikrobiologi atau genetik dan untuk membenarkan
intervensi yang spesifik ke dalam genotip manusia, organisma hidup dan genom virus.

GMO ini terbahagi kepada 4 kategori iaitu "Green Genetic Engineering", "Red/Yellow
Genetic Engineering", "Grey/White Genetic Engineering" dan "Genetically Modified Animals".
Setiap kategori mempunyai tujuan yang tersendiri.

2.0 TUJUAN GENETIC MODIFIED ORGANISM (GMO)

Genetic modified organism (GMO) bertujuan bagi membawa kebaikkan kepada setiap
manusia. Misalnya, bagi meningkatkan kualiti dan hasil tanaman yang banyak, nutrisi
tumbuhan, daya tarikan dalam makanan, menghalang serangga atau penyakit dan lain-lain. Oleh
itu, ini dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit yang berbahaya. Selain itu, untuk
menghasilkan makanan yang taha lebih lama. Oleh itu, makanan tidak akan cepat rosak. Tujuan-
tujuan ini diaplikasikan untuk tanaman. Kebanyakkan tanah diutamakan kepada tanaman berubat
(pharmacrops) yang bertujuan untuk menghasilkan ubat-ubatan (pharmaceuticals) dan bahan
kimia untuk industri kimia. Walaubagaimanapun, kelompok yang kedua ini masih belum
dikomersilkan. Tanaman pertama berkonsepkan GMO ini disetujui untuk dijual di Amerika iaitu
FlavrSavr tomato, yang bertujuan untuk memanjangkan jangka hayat tanaman.

Selain daripada itu, setiap kategori GMO mempunyai tujuan yang tersendiri. "Green
Genetic Engineering" betujuan untuk membentuk tumbuhan secara genetic yang telah diubah
suai mengikut pertanian atu makanan. "Red/Yellow Genetic Engineering" bertujuan untuk
digunakan dalam perubatan, diagnostik iaitu ujian genetik dan terapi genetic begitu juga dengan
perkembangan dan pengeluaran ubat-ubatan (insulin, vaksin). "Grey/White Genetic Engineering"
bertujuan untuk pengeluaran enzyme atau bahan kimia yang halus untuk kegunaan industri
dengan bantuan mikro-organisma yang diubahsuai secara genetic, misalnya perkembangan
produk untuk mencuci yang dipertingkatkan prestasi. Akhir sekali, "Genetically Modified

3
Animals" Digunakan untuk makanan pengeluaran yang tertentu. Contohnya, lembu tenusu
diubahsuai untuk menghasilkan susu tanpa alergik.

3.0 CONTOH GENETIC MODIFIED ORGANISM (GMO)

Contoh makanan GMO ialah kacang soya. Kebanyakkan kacang soya di negara kita
diimpor dari USA, Argentina dan Filipin. Hal ini menyebabkan ramai wanita mempunyai barah
buah dada dan mandul. Terdapat juga saintis yang membuat kajian dengan memberi kacang soya
GMO kepada tikus dan hasilnya tikus itu mati ddalam tempoh 3 minggu [ CITATION IMZ14 \l
1033 ]. Malaysia juga ada penanaman kacang soya yang telah diluluskan oleh Jabatan
Biokeselamatan.

Selain itu, jagung merupakan tanaman GMO. Terdapat negara yang mengimport jagung
dari negara Malaysia seperti USA, Brazil, Afrika, Filipin dan lain-lain. Jagung GMO mempunyai
pemanis tiruan seperti "High Fructose Corn Syrup". Kesan Jagung GMO ini menyebabkan lelaki
ata wanita menjadi mandul, buah pingga rosak, obesiti dan masalah kesihatan. Terdapat kajian
yang dilakukan terhadap tikus yang menyebabkan tikus tersebut mempunyai tumor akibat makan
jagung GMO.

Di samping itu, contoh makanan GMO ialah tomato yang diimport dari USA, Mexico
dan Argentina. Kesan buruk tomato GMO ini boleh menyebakakn bara buah dada, barah buah
pinggang, barah hati dan lain-lain. Terdapat satu kajian yang menunjukkan tomato GMO tidak
terluak oleh bakteria mahupun serangga dan bertahan selama 45 hari manakala tomato organik
bertahan selama 10 hari. Terdapat seorang lelaki yang bernama Juan Pedro Ramos yang
meninggal dunia selepas makan tomato GMO.

Seterusnya, makanan GMO ialah daging lembu dan kambing. Kebanyakkan negara
terutamanya USA memberi makan lembu dan kambing dari makan jagung dan disuntik dengan
antibiotik. Disebabkan terdapat kandungan antibiotik dalam badan lembu dan kambing. ini akan
menyebabkan risiko kanser dan barah buah dada.

Akhir sekali, susu lembu tepung merupakan contoh makanan GMO. Kebanyakkan negara
terutamanya USA menghasilkan susu lembu tepung yang disuntik dengan hormon GMO iaitu

4
rBGH bagi menambahkan jumlah susu. Pada tahun 1994 Monsanto menghasilkan pertumbuhan
lembu secara genetic hormon (rBGH) yang disuntik ke dalam lembu tenusu untuk meningkatkan
hasil susu. Hormon GM ini telah menghadapi kritikan di peringkat antarabangsa sejak
dilancarkan di alasan risiko kesihatan manusia dan kebimbangan haiwan [ CITATION Kat08 \l
1033 ].

4.0 KESAN GENETIC MODIFIED ORGANISM (GMO) KEPADA ALAM SEKITAR


DAN MANUSIA

Kesan genetic modified organism (GMO) kepada alam sekitar ialah tercetusnya
kerosakan pada persekitaran kita kerana penyebaran gen GMO ke dalam tumbuhan liar dan
mikrob. Terdapat kesan jangka pendek dan kesan jangka Panjang kepada tanaman GMO
terhadap alam sekitar. Hal ini ialah disebabkan oleh pelbagai tanaman yang diubahsuai
dihasilkan. Jenis tanaman yang diubahsuai ialah ketahanan terhadap penyakit, toleransi kemarau
dan ketahanan terhadap racun perosak. Perubahan dapat dilakukan pada tanaman yang kita temui
secara berkala besar atau kecil. Antara kesan yang berpotensi terhadap Alam Sekitar ialah
pemilihan yang tidak diingini, perubahan gen yang tidak diingini, kesan yang tidak diingini
terhadap rumpai, perosak, atau patogen bukan GMO, kelangsungan hidup dan kegigihan
melebihi zon yang diinginkan, pengeluaran bahan toksik kepada organisma yang bukan sasaran
dan Pemindahan Gen secara mendatar.

Terdapat saintis telah menanamkan ketahanan terhadap racun perosak ke dalam tanaman
ini yang menimbulkan kontroversi apabila racun perosak, seperti Roundup, disembur secara
berlebihan. Dengan menggunakan sebilangan besar bahan kimia untuk mengawal rumpai dalam
tanaman, rumpai mula mengembangkan daya tahan mereka sendiri terhadap racun perosak
sehingga mewujudkan “super weed”. Fenomena ini disebut sebagai pemindahan gen. Penyebaran
benih dan pemindahan debunga yang disebabkan oleh angin, haiwan, dan peralatan pertanian,
menyumbang kepada pemindahan gen.

Terdapat banyak kajian yang mengkaji potensi risiko persekitaran dan ekologi
membincangkan beberapa kajian dan literatur yang ada mengenai potensi risiko ini. Kajian-
kajian ini menunjukkan bahawa terdapat risiko peningkatan hibridisasi di antara tanaman GMO.

5
Ini melemahkan kawalan saintis terhadap tanaman GMO dan membawa kepada evolusi spesies
rumpai yang melakukan pengubahsuaian genetik seperti ketahanan terhadap racun perosak.
Apabila rumpai memperoleh DNA tahan racun perosak dari tanaman GMO, ini akan
mengalahkan tujuan mengubah tanaman sama sekali. [ CITATION Gen \l 1033 ]

Kesan genetic modified organism (GMO) kepada manusia ialah menyebabkan penyakit
berbahaya seperti kanser disebabkan pengubahsuai makanan secara genetik. Dr Stanley Ewen
menyatakan bahawa makanan dan air tercemar dengan bahan genetic menyebabkan peningkatan
risiko tumor Kajian ini juga ada menyatakan erdapat hubungan antara makan genetic dengan
kanser[ CITATION Ami09 \l 1033 ]. Contohnya, ada kajian yang dibuat dengan kubis bunga yang
telah diubah suai. Keputusannya menunjukkan peningkatkan risiko kanser perut dan colon.

Akhir sekali, genetic modified organism (GMO) boleh membawa kesan buruk kepada
system imun manusia. Terdapat satu kajian yang dilakukan melibatkan tikus makan makanan
yang diubah suai (GMO) selama 15 hari dan memberi kesan terhadap system imun tikus itu. Ini
menunjukkan perubahan pada bilangan sel yang mengawal fungsi imun dalam badan tikus
tersebut. Ini menunjukkan produk GMO berbahaya terutamanya kepada manusia yang boleh
memberi kesan kepada imun system dalam badan [ CITATION IMZ14 \l 1033 ].

5. 0 RUJUKAN

Elsersawi, A. (2009). Chemistry, Biology and Cancer: The Bond: The Bond. United States, America: Xlibris
Corporation.

Genetically Engineered Crops: Experiences and Prospects. (n.d.). The natiional Academies Press, 2016.

I.M. Zdziarski, J.W.Edwards, J.A.Carman and J.I. Haynes. (2014). GM crops and the rat digestive tract: A
critical review. Elsevier.

Kathleen Hewlett and Peter Melchett. (2008). Land of the GM-Free? Soil Association.

Anda mungkin juga menyukai