Anda di halaman 1dari 3

Dasawarsa ini, sains dan teknologi memainkan peranan yang penting dalam

kehidupan manusia. Dalam setiap aspek kehidupan masyarakat tidak boleh lari
daripada kecanggihan sains dan teknogi yang semakin meningkat sekarang. Isu
mengenai makanan ubah suai genetik (GMF) semakin hangat diperkatakan dari hari
ke hari. Sebagai seorang pengguna, kita perlu tahu apa yang diambil sebagai diet
harian, adakah selamat dan memberi kesan baik dan buruk terhadap kesihatan kita
untuk jangka masa yang panjang. Dalam mengejar arus kemodenan sekarang dan
persaingan dalam bidang ekonomi khususnya bidang pertanian, pengusaha
sekarang ada yang menggunakan bioteknologi dalam menghasilkan tanaman yang
sudah menjalani pengubahsuaian genetic (GMF) bagi menghasilkan tanaman yang
mampu memberikan hasil tuaian berlipat kali ganda.
Bioteknologi merujuk kepada teknologi berasaskan biologi, terutama apabila
digunakan dalam bidang pertanian dan sains makanan. Biotekonologi merupakan
asas kepada makanan ubah suai genetic (GMF) ini yang merujuk kepada
penggabungan semula DNA atau proses penkulturan tisu. Teknik yang digunakan
dalam GMF adalah untuk memanipulasi organik bagi memenuhi kehendak manusia.
GMF adalah satu bentuk pengubahsuaian genetik bagi tujuan menambahbaik kualiti
dan meningkat mutu makanan. Apa yang dilakukan adalah dengan menggabungkan
DNA daripada spesis yang berbeza dan menghasilkan gabungan tumbuhan ,
haiwan, bakteria yang tidak seimbang di mana ianya tidak boleh berlaku secara
semulajadi semasa kacukan. DNA yang ditambah itu akan memberikan ciri ciri
yang istimewa seperti lebih tahan penyakit , haiwan perosak dan juga musim
kemarau. Sebagai contoh, tomato FLAVRSVRTM dengan ciri-ciri lambat ranum telah
dihasilkan melalui kejuruteraan genetik dan diluluskan untuk dikomersilkan pada
tahun 1994. Manakala, kacang soya yang diubahsuai secara genetik pula
mempunyai ciri tahan racun rumpai (herbicide resistance). Tanaman ini mula
ditanam di Amerika Syarikat pada tahun 1996. Selain tomato dan kacang soya,
makanan ubahsuai genetik lain yang sudahpun berada di pasaran adalah jagung
dan kentang. Tanaman kacang soya telah ditanam di sembilan buah negara hanya
selepas 10 tahun diperkenalkan. Malah, pada tahun 2007 sahaja, separuh dari
tanaman kacang soya di seluruh dunia adalah dari jenis kacang soya yang diubah
suai secara genetik.

Secara saintifiknya, ialah adalah untuk memilih gen yang akan dimasukkan ke
dalam DNA sasaran. Teknik cut and paste digunakan bagi mengubahsuai DNA asal
tumbuhan yang terpilih. Teknik ini menggunakan sejenis bakteria yang dikenali
sebagi Agrobacterium Tumefaciens yang mempunyai keupayaan semula jadi untuk
memindahkan DNA ke dalam sel nukleas tumbuhan. Seterusnya tumbuhan ini
dibiakkan dengan membawa gen baru yang telah diubah di mana gen ini membawa
ciri ciri yang lebih baik daripada yang asalnya. Namun demikian , dengan
pengubahsuaian ini dipercayai boleh mendatangkan keburukan masa panjang
kepada manusia yang mengambil GMF ini sebagai diet harian mereka. Hal ini
adalah kerana masih tidak terdapat kajian yang dilakukan untuk memastikan
keselamatan makanan atau tanaman GMF. GMF ini dilihat semakin tidak terkawal
kerana ianya boleh berpindah daripada satu organisma ke organisma yang lain. Gen
yang

telah

dipotong

dan

dimasukkan

ke

dalam

DNA

berkemungkinan

mengakibatkan tindak balas dan kesan yang tidak disengajakan. Jurutera genetik
yang mementingkan keuntungan dengan mempatenkan benih tanaman ubah suai
genetik juga boleh mengancam sistem makanan. Serangga, burung dan angin boleh
membawa benih yang telah diubah suai genetik ini ke ladang yang berhampiran.
Apabila serbuk GMF hinggap pada tanaman yang lain, ia menyebabkan serbuk GMF
dan serbuk tanaman yang asal akan bercampur baur. Semua jenis tanaman, organik
dan bukan organik mudah diserang oleh gen yang baru ini.
GMF dikatakan boleh memudaratkan kesihatan kerana kandungan genetik yang
terkandung dalam biji benih tanaman ini boleh menghasilkan toksik kerana mutasi
dalam sesuatu organisma yang boleh menjadi racun tanpa kita sedari. Selain itu,
GMF turut boleh membawa kesan alergi. Contohnya telah berlaku sejenis sindrom
yang dikesan berkaitan L-Tryptophan iaitu sejenis tambahan makanan yang
dihasilkan oleh bakteria GMF dimana ianya kebal kepada antibiotik.

Mengikut

dalam laporan Utusan yang bertarikh o1 JUlai 20112 telah menyatakan Di Amerika
Syarikat, bakteria yang menjalani GM bagi penghasilan sejumlah besar suplemen
makanan L-trytophan telah mengeluarkan bahan pencemar toksik yang meragut 30
nyawa. Selain daripada itu, GMF juga didapati mempunyai kurang zat makanan.
Tomato yang merah dan besar mungkin telah berusia beberapa minggu tetapi
masih lagi boleh mengekalkan ciri fizikalnya yang menarik akan tetapi mempunyai
kandungan zat yang rendah. Tambahan lagi tanama yang kebal dan tahan haiwan

perosak ini boleh menghasilkan racun makhluk perosaknya yang tersendiri hasil
daripada ubah suai gen. Pastinya ianya akan membawa kesan yang buruk kepada
manusia apabila memakannya.

Anda mungkin juga menyukai