Anda di halaman 1dari 2

PENYEMBELIHAN YANG TIDAK SAH

Penyembelihan dari segi bahasa bererti potong atau belah bagi menghilangkan nyawa binatang.
Dari segi syara‘ bermaksud menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan menggunakan
alat yang tajam selain dari kuku, gigi, dan tulang untuk membolehkan haiwan itu halal dimakan oleh
orang Islam. Penyembelihan merupakan satu aktiviti wajib yang dilakukan dengan tujuan menghalalkan
haiwan yang akan dimakan.

Haiwan-haiwan ini perlu juga sah disembelih dengan cara yang betul. Dalam ibadah sembelihan,
terdapat rukun dan syarat yang perlu dipatuhi oleh penyembelih ketika hendak sembelih binatang bagi
menentukan sembelihan tersebut sah atau tidak sah. Ini kerana, sembelihan adalah urusan ibadah yang
mana dilaksanakan semata-mata kerana Allah SWT. Sehubungan itu, sembelihan yang dilakukan oleh
orang Islam perlu mengikut piawaian syarak yang telah digariskan. Antara syarat sah penyembelihan
ialah, penyembelihan dilakukan oleh orang Islam atau ahli kitab, dilakukan dengan niat menyembelih
kerana Allah, binatang itu masih hidup ketika disembelih, binatang itu adalah halal dimakan,
menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi dan tulang, putus halqum dan urat mari’ dengan
sebab penyembelihan, mati dengan sekali sembelihan sahaja, tidak dilakukan penyembelihan kerana
selain dari Allah.

Haiwan yang disembelih namun gagal mengikut syarat sah penyembelihan adalah dikira najis
dan tidak sah/halal dimakan.

“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang
keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih
kerana yang lain daripada Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh
dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang
sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya)”

(Surah Al-Ma’idah 5:3)

Allah SWT telah melarang kita memakan bangkai iaitu binatang yang tidak disembelih dalam surah Al-
Maidah ayat 3.

Namun, untuk menjalankan perniagaan yang menjual makanan yang perlu disembelih, peniaga
atau pembekal tersebut perlulah mempunyai sijil penyembelihan yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM). Untuk mendapatkan sijil ini, peniaga atau pembekal akan menjalani kelas dan
ujian menyembelih untuk mendapatkan sijil tersebut. Walaupun boleh mendapatkan sijil
penyembelihan yang sah, ramai peniaga yang memilih untuk memalsukan logo halal atau sijil
penyembelihan mereka. Tanpa sijil penyembelihan ini, pembeli tidak akan tahu kemahiran pembekal
atau peniaga dalam menyembelih haiwan yang akan dijual oleh mereka. Ini akan menimbulkan keraguan
tentang status halal makanan tersebut.

Lain pula dengan masalah peniaga atau pembekal yang memalsukan sijil halal dan sijil
penyembelihan, peniaga atau pembekal yang memiliki sijil-sijil ini masih bersikap acuh tidak acuh akan
garis panduan yang telah diberikan oleh JAKIM tentang cara pembuatan dan penyediaan makanan.
Konsep halal tayyiba wajib menjadi asas utama bagi proses penyembelihan kerana ia meliputi daripada
prosedur awal penjagaan ternakan, proses memutuskan urat-urat di leher haiwan untuk mematikannya
sehingga sampai kepada pengguna. Allah SWT telah berfirman dalam surah al-Maidah, ayat 88 serta
surah an-Nahl, ayat 114:

“Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi tayyiba
(baik), dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.”

(Surah al-Maidah, 5:88)

“Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada
kamu dari benda-benda yang halal lagi tayyiba (baik), dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar
kamu hanya menyembahNya semata-mata.”

(Surah an-Nahl, 16:114)

Ayat-ayat di atas ini sekali lagi menjelaskan dan menegaskan bahawa sumber makanan perlu datangnya
daripada sumber yang halal. Makanan yang halal adalah makanan yang dibenarkan makan mengikut
undang-undang Islam.

RUJUKAN

 https://people.utm.my/fathi/files/2017/06/BAB-3_-Teknologi-penyembelihan-untuk-Industri-
halal-di-Malaysia_dr.fathi-dr.siti_53-76.pdf

 Hussein Mat Razali & Anas Mohd Yunus. 2018. Prinsip Islam dalam sembelihan di rumah
sembelihan Gong Badak.
o BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences 1(3): 098-109.

Anda mungkin juga menyukai