Anda di halaman 1dari 18

SILAT

PENDAHULUAN
Dan bersiap sedialah untuk (menentang) mereka (musuh yang
menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dari
(pasukan-pasukan) berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan
dengan (persediaan) itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-
musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang
Allah mengetahuinya.

Mafhum Surah Al-Anfal ayat 60.

Silat adalah salah satu seni beladiri Nusantara Melayu yang


terkenal diseluruh dunia. Ia setanding dan mungkin lebih hebat
dari seni beladiri seperti muay thai ,karate , wushu , silambam dan
senibela diri yang lain. Silat juga dikatakan telah wujud berpuluh
ribu tahun dahulu di tanah melayu dan nusantara. Mengikut
pandangan guru-guru tua, Silat berasal daripada kata ilat, elat,
elak, silap dan kilas yakni menggambarkan pengamal seni beladiri
Melayu sebagai pakar mengelat dalam mengelak serangan dan
mengaburi mata lawan.

Matlamatnya, membeladiri dari segi zahir dan batin dari serangan


musuh yang nampak dan tidak nampak.

Antara senjata-senjata Melayu lama yang sering digunakan oleh


pesilat adalah seperti keris,
badik, kerambit, parang, pedang, lading, Tumbuk
Lada, tekpi, tongkat, tembong dan sundang.

Bagi silat yang tidak menggunakan senjata, pengajaran akan


menumpukan perhatian kepada pertempuran tangan kosong
(tanpa senjata).

Kebiasaannya seseorang penuntut atau murid baru akan


ditumpukan kepada kemahiran tempur tangan kosong sebelum
diajar bermain senjata. Bagi sesetengah aliran, hanya murid yang
diiktiraf berkemahiran dan mempunyai adab keperibadian yang
tinggi dibenarkan mempelajari kemahiran senjata, terutama bagi
yang mempunyai senjata yang dianggap senjata 'rasmi' bagi aliran
itu.

Pergerakan silat terbahagi kepada bunga (pergerakan seolah-olah


tarian, digelar juga seni atau tari) dan buah (pukulan atau buah
pukul). Bagi mereka yang tidak pernah melihat seni pertahanan
diri ini, mungkin ia kelihatan seperti sejenis tarian. Namun
terdapat aliran yang hanya mempunyai buah seperti Silat Cekak
dan Buah Bentayan.

Seni tari yang halus ini memungkinkan ia digunakan sebagai


persembahan dalam sesuatu majlis keramaian, malah hampir
setiap aliran mempunyai 'tari sembah' termasuklah aliran yang
tidak mempunyai bunga. Tari sembah ini dipersembahkan untuk
memperkenalkan diri dan aliran yang diwakili/dipelajari.

Dalam situasi pergaduhan, permulaan langkah dari tari sembah


atau sejurus dari bunga yang diperlihatkan membolehkan pesilat
mengenali rakan sealiran dan memungkinkan situasi berakhir
dengan damai dan bermaaf-maafan.

Adalah menjadi ungkapan yang terkenal dan biasa disebut oleh


guru-guru silat bahawa bunga silat mempunyai seribu satu
muslihat. Selain daripada kelihatan mengelirukan (seolah-olah
menari) dan sebab-sebab di atas, bunga juga digunakan untuk
memberi masa dan ruang kepada lawan untuk menghulurkan
salam perdamaian (ini dapat dilihat dalam kebanyakan bunga yang
kelihatan seperti menghulur salam), menyembunyikan buah dan
sudut serangan dan mengacah serta mengumpan lawan
(kadangkala sehingga sengaja menunjukkan bahagian tubuh
tertentu bagi diserang untuk memerangkap musuh).
Silat Gayung terkenal dengan pergerakan bunga yang cantik dan
istilah 'melilit'. Pesilat aliran ini akan sengaja memberi ruang dan
isyarat kepada musuh untuk menyerang atau cuba melepaskan
diri, di mana semakin musuh itu menyerang setelah termasuk
perangkap kuncian, maka semakin ketat mereka akan 'terbelit'
dalam kuncian pesilat aliran ini.

Silat juga terkenal sebagai sistem pertahanan diri yang banyak


menggunakan kuncian, sama ada kunci urat saraf atau anggota
tubuh. Istilah 'kunci mati' adalah sinonim dengan silat.

GAYUNG
Perkataan Gayung secara umumnya digunakan oleh masyarakat
Melayu di daerah utara semenanjung Tanah Melayu. Perkataan
Gayung secara khususnya bermaksud amalan kerohanian yang
terdapat dalalm silat. Perkataan Pencak lebih lumrah digunakan
di Indonesia khusunya pada masyarakat Tanah Jawa. Dipercayai
bahawa pencak adalah daripada perkataan Panca atau Manca
dalam sebutan orang Melayu Minangkabau yang membawa makna
pelajaran silat Langkah.

Teknik Langkah sembilan dan Gelombang Dua belas membolehkan


silat menjadi satu permainan tempur yang didalamnya terdapat
serang dan beladiri samada dengan senjata atau tanpa senjata.
Perkataan Kali atau Basilat digunakan oleh masyarakat Melayu
Filipina yang mengembangkan kemahiran senjata tongkat dari
kayu atau rotan.

ISTILAH SILAT
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (Tengku Iskandar 1970)
memberikan makna silat ialah sejenis permainan dengan
menggunakan ketangkasan dan mempertahankan diri, maksudnya
ialah sejenis permainan atau sukan tradisi yang mempertarungkan
dua orang pesilat yang mahir dalam ilmu bela diri sama ada
menggunakan senjata atau tanpa senjata.

Permainan tersebut untuk tujuan persembahan ataupun memilih


pesilat yang terbaik. maka permainan silat atau sukan tradisi
rakyat memerlukan kemahiran dan ketangkasan fizikal dan mental.
Permainan ini diadakan di masa singgang, bertamat silat, majlis
rasmi, nikah kawin atau kenduri kendara makan pulut yang diiringi
dengan gendang bersilat. Permainan silat ini kerap dihubungkan
dengan nama Silat Pulut atau Gayung Pulut kerana setiap pemain
akan diberi cenderahati iaitu bunga telur yang disertakan sekepal
pulut.

Maknanya antara lain perkataan silat lebih dikenali dalam sosio


budaya Melayu sebagai permainan tradisi rakyat, iaitu permainan
yang dapat mengekalkan ilmu kepahlawanan atau seni perang
Melayu dalam bentuk seni rakyat. Maka persembahan permainan
silat atau pertandingan silat kerap diiringi paluan pergendangan
silat yang kini dikenali sebagai Muzik Silat Baku Malaysia.

Penjajah barat seperti Inggeris misalnya telah memperkenalkan


sistem pertahanan barat dengan menubuhkan mata-mata (polis)
dan askar sepoi bagi menangani keselamatan negara yang ketika
itu dan membuang silat dari istana mendapat tentangan daripada
bekas-bekas pejuang Melayu. dari itu, guru-guru silat amat
berhati-hati menampilkan silat dalam masyarakat kerana penjajah
mempunyai penafsiran dan pengalaman dalam perang
menghadapi pahlawan silat Melayu.

Dalam masyarakat Melayu tradisi institusi pengajian silat dan


pengajian pondok amat besar sumbangannya dari aspek
pembinaan jasmani dan rohani atau pembentukan ilmu dan
kehidupan dunia dan akhirat. Gabungan institusi gelanggang
bangsal dan pondok telah membentuk masyarakat Melayu tradisi
yang serba kekurangan dapat mempertahankan nilai diri, budaya
dan agamanya dari pengaruh penjajah yang silih berganti.
Pendidikan cara hidup pendekar silat yang seimbang dari aspek
ilmu, amal dan kemahiran silat dapat membentuk kesempurnaan
hidup atau insan.

Pendidikan silat terus menghadapi transformasi pada peranan dan


makna sosio budaya Melayu sesuai dengan masa dan keperluan
masyarakatmya. Pendidikan silat menumpukan kepada
pembangunan manusia dari luaran dan dalaman yang dapat
membentuk masyarakat berdisiplin, berakhlak, kendiri, ikhsan,
patriotisme, satria, jati diri dan kewarganegaraan yang boleh
menyumbang kepada pembangunan pemikiran dan tenaga
bangsa, agama dan negara.

Silat kembali ke pangkuan masyarakat dan menumpukan


pendidikan insan dan kemahiran mempertahankan diri tanpa
senjata atau menggunakan tulang empat kerat untuk menghadapi
lawan tanpa senjata atau bersenjata. Silat hanya meneruskan
latihan kemahiran menggunakan senjata senjata tradisi seperti
keris, pedang, golok, kerambit, lading, kelawang, tongkat dan
sebagainya.

Bagi silat, senjata adalah alat yang boleh disesuaikan dengan


keadaan dan keperluan. Ramai anak muda yang pandai bersilat
menyertai pasukan polis dan askar Melayu. Disana mereka masih
dapat berbakti kepada negara, Di mana sahaja mereka berada,
ilmu silat dijadikan ilmu dalaman yang dapat membantu mereka
menjadi pegawai dan pekerja yang baik serta produktif.

Apa yang penting kepada silat ialah siapa yang berada di belakang
senjata atau memegang tugas. maka pendidikan sifat mengajar
secara langsung atau tidak langsung memiliki pelbagai ilmu lain
seperti ilmu firasat, pertolongan cemas, petua, adat sosial,
psikologi, pemakanan, politik, sains, sejarah, agama, budaya,
kenegaraan, kerohanian dan sebagainya atau ringkasnya ilmu
dunia dan akhirat.
Tujuannya untuk melahirkan insan yang seimbang. Dengan sebab
itu, penuntut silat diamanahkan untuk menjaga ilmu jagan sampai
ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab, hendaklah
mengamalkan ilmu dengan yakin dan menggunakan atau
meletakkan ilmu di tempat yang betul.

PELBAGAI NAMA SILAT


Silat menjadi amalan penting kepada rumpun Melayu yang
menghuni Kepulauan melayu Nusantara dalam ruang yang luas.
Warisan pusaka bangsa itu menamakan silat sebagai pengenalan
rumpun atau puak masing-masing seperti Silat Minangkabau untuk
Melayu Minangkabau, Silat Jawa di Tanah Jawa.

Silat Kurinci di Kurinci. Silat Boyan di Boyan. Silat Sunda di Sunda


dan sebagainya. Apabila disebut Silat Melayu secara umumnya
merujuk kepada silat yang terdapat dalam masyarakat Melayu di
Semenanjung Tanah Melayu yang disebut Silat Melayu yakni silat
tempatan atau seni silat Melayu tradisi Semenanjung Tanah
Melayu.

Lebih jelas lagi dalam setiap rumpun silat telah terdapat pecahan
kepada beberapa kumpulan atau perguruan.

Misalnya dalam Silat Minangkabau terdapat Silat Teralak, Silat


Lintau, Silat Kumango, Silat Semilajadi, SIlat Kota Lima Puluh,
Taram dan sebagainya.

Dalam Silat Jawa terdapat Cemende, Syahbandar, Ciancur,


Kuningan, Panglipur dan sebagainay.

Demikian juga dengan Silat Melayu terdapat nama-nama seperti


Silat Fatani, Silat Jawi, Silat Bunga, Silat Tari, Silat Melayu Asli,
Silat Harimau dan sebagainya. walaupun berbagai nama, ke
semua kumpulan atau penguruan tersebut mengajar silat.

Perkatan silat lebih awal digunakan berbanding dengan gabungan


seperti pencak silat iaitu menggabungkan dua perkataan iaitu
pencak dan silat. Gabungan perkataan pencak silat untuk
menggabungkan sifat rumpun Melayu Minangkabau, Aceh,
Palembang, Riau dan sebagainya dan rumpun Jawa dari pencak
Sunda, Bali, Lombok dan sebagainya yang terdapat dalam wilayah
Indonesia. Kemudian diistilahkan sebagai seni bela diri bangsa
Indonesia sama yang berada di Indonesia atau diluar Indonesia.
Istilah pencak silat tidak termasuk Silat Melayu di Semenanjung
Tanah Melayu, di Malaysia dari yang serumpun dan sebenih
dengannya. Silat Melayu inilah yang disebut ini sebagai
Silat Malaysia yakni silat asli di Malaysia.

Seni Melayu adalah berasal daripada masyarakat Melayu,


khususnya di bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu dan
masyarakat Melayu di beberapa buah negara dan daerah
bersempadan denganya. Pelangkauan ruang Silat Melayu berlaku
sebelum wujud persempadanan negara seperti sekarang ini.
Masyarakat Melayu di daerah tersebut mempunyai hubungan tali
darah atau persaudaraan dengan masyarakat Melayu Patani,
Kemboja, Champa, Acheh, Sumatera dan sebagainya.

Masyarakat Melayu tersebut pernah menempa kecemerlangan


sebgai kuasa kerajaan Melayu tradisi di rantau ini. Kekuasaan
Kerajaan Siam di atas Kerajaan Melayu Fatani yang berada di
utara Semenanjung telah diakui British dalam Perjanjian Burney
1826 (Nik Anuar Mahmud 2006). Dapat disimpulkan bahawa
masyarakat Melayu di Semenanjung Tanah Melayu memang
mempunyai silat aslinya sendiri. Maka silat inilah yang dikenali
sebagai Silat Melayu.

Bagi melihat kebenaran kewujudan Silat Melayu dipaparkan


pandangan beberapa orang pengkaji dan penulis silat. Daripada
sumber tersebut dapatlah Silat Melayu diperkukuhkan lagi.
Diantaranya adalah seperti berikut.

SEJARAH SILAT MELAYU


Abd. Rahman Ismail (Edisi: Seni SIlat Melayu. USM:2005 hal 188)
menjelaskan bahawa silat pernah berperanan membentuk
angkatan pertahanan negara sejak kerajaan Melayu Langkasuka,
Gangga Negara, Champa, Kemboja, Fatani, Beruas, Minagkabau,
Srivijaya, Majapahit, Melaka dan lain-lain negeri didalam
Kepulauan Melayu, Nusantara.

Tambah beliau lagi, silat wujud dalam masyarakat Melayu


Champa/Vietnam sekitar 2000 tahun dahulu dengan penemuan
keris tembaga didaerah tersebut dan lukisan di Candi Borobudur di
Tanah Jawa. Panglima Champa kerap mendapat tempat dan
dimuliakan oelh raja-raja Melayu kerana memiliki pengetahuan
dalam silat dan mahir dalam ilmu perang. Beliau dapat
memperlihatkan dari aspek pengkajian akademik bahawa silat
telah kukuh dalam masyarakat Melayu sejak 2000 tahun. Kerajaan
Kemboja (Funan) dan Champa merupakan dua kerajaan yang
berjiran dalam kelompok dan zaman yang sama. Tetapi di abad
yang sama, kerajaan Champa yang berjiran dengan China kerap
berperang tanpa mahu tunduk kepada China.

Menurut beliau lagi, silat pernah diletakkan di bawah perlindungan


istana untuk membentuk angkatan perang raja. Raja-raja Melayu
mengalakkan putera dan anak-anak pembesar mempelajari silat
dan ilmu-ilmu lain yang sehubungan dengan keperluan perang.
Pendekar yang handal diangkat mengepalai angkatan perang dan
mendapat kurnia dan darjat daripada raja.

Di dalam Sejarah Melayu (A Samad Ahmad: 1996. hal 75) ada


menceritakan Sultan Muhammad Shah telah memilih seorang
pegawai Champa sebagai pegawai kanan kerana orang Champa
memiliki kemahiran dan pengetahuan dalam pemerintahan negeri.

Sehinggalah kurun ke 19, sejarah telah memperlihatkan


pendidikan silat terus berkembang dan berjaya mewujud
pemimpin perang Melayu penentang penjajah sepeti Mat Kilau,
dato Bahaman, Dato Sago, Tok Janggut, Raja Haji, Mat Salleh
dan sebagainya.

Zaman komunis ditemukan tokoh seperti Kiai Salleh, Kiai Osman,


Kiai Shamsuddin. Hj Abbas dan sebagainya. Maknanya silat tidak
ketandusan pemimpin yang terus memugar dan menanam
semangat cintakan tanah air dan berjuang hingga ke titis darah
yang terakhir. Di atas adalah antara beberapa nama yang tercatat
dalam sejarah yang berjuang secara ikhlas kepada negara.
Kehebatan mereka mempunyai sejarah dan hubungan rapat
dengan ilmu persilatan di samping ilmu-ilmu lain yang
membolehkan mereka menjadi pemimpin yang berkesan.

Silat bukan sahaja merupakan satu keperluan untuk


mempertahankan diri, tetapi silat merupakan lambang
keperibadian bengsa dan seni budaya Melayu yang sudah sebati
dalam jatuh bangun kerajaan melayu sepanjang zaman dan
bersama-sama mengecapi pahit manis memperjuangkan dan
menegakkan kedaulatan bangsa Melayu.

Sepanjang pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu silat terus


dipinggirkan dalam pendidikan di sekolah Melayu. Silat tidak
mendapat tempat dan disusun menjadi mata pelajaran
sebagaimana ilmu-ilmu lain seperti pelajaran senaman, tarian,
nyanyian, pertukangan selain ilmu kesihatan, ilmu bumi, sejarah,
bahasa inggeris, bahasa melayu dan kira-kira. Sehinggalah ke hari
ini silat terus terpinggir dari kurikulum pendidikan negara dan
hanya diterima sebagai kokurikulum pakaian seragam setaraf
dengan seni mempertahankan diri dari luar negara. Bagaimana
pun silat terus disampaikan kepada masyarakat melalui pendidikan
silat gelanggang bangsal yang dilakukan oleh guru-guru silat.

SILAT SELEPAS MERDEKA


Selepas merdeka (1957) terdapat ratusan aliran Perguruan Silat di
Malaysia. Pemerintah di Malaysia telah mengarahkan pengamal
silat mewujudkan persatuan silat dan didaftarkan atas tujuan
untuk membina, meyusun dan pengurusan silat yang lebih baik.
Saranan tersebut disambut baik, maka beberapa kumpulan silat
telah didaftarkan. Di sinilah bermulanya wujud pelbagai nama
aliran penguruan silat kerana setiap pendaftar mestilah
mempunyai nama kumpulan masing-masing.

Pada tahun 1978 Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan


Malaysia ketika itu berusaha untuk mewujudkan satu badan atau
gabungan peringkat negara yang boleh membangunkan silat
secara lebih berkesan, maka wujudlah Majlis Seni Silat Malaysia
(1983). Kemudiannya ditukar kepada nama baru iaitu Persekutuan
Silat Kebangsaan Malaysia atau Pesaka Malaysia, dan lulus
pendaftarannya pada 1986. Pesaka Malaysia telah dianggotai oleh
empat anggota bertaraf badan pendiri Pesaka Malaysia iaitu Seni
Gayung Fatani Malaysia, Silat Seni Gayung Malaysia, Silat
Lincah Malaysia dan Silat Cekak Malaysia. Lain-lain perguruan silat
menjadi anggota PESAKA Negeri yang diwujudkan di setiap negeri
di Malaysia. Bermakna seluruh silat telah bersatu di bawah
Pesaka Malaysia.

PERSEKUTUAN PENCAK SILAT ANTARABANGSA


Pada tahun 1979 satu sidang diadakan di Jakarta untuk
membentuk Federasi Pencak Silat Internasional yang kemudian
dikenali dengan Persekutuan Silat Antarabangsa. Cadangan
tersebut telah diajukan oleh Ikatan Pencak Silat Indonesia (IPSI)
kerana melihatkan aliran pencak silat telah berkembang di
Nusantara dan beberapa negara dunia. maka Indonesia,
Malaysia, Brunei dan Singapura dinobatkan sebagai negara pendiri
Persilat. Bagi merapatkan hubungan antara pengamal pencak silat,
maka diwujudkan sukan pencak silat yang dikenali sebagai
Pertandingan Pencak Silat (Maryon R.S 1972).

Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (Persilat) telah dapat


mengembangkan pencak silat di beberapa buah negara dunia
dengan melaksanakan pelbagai aktiviti. Antaranya pertandingan
pencak silat diperingkat Kejuaraan Pencak Silat
Sedunia, Sukan Sea, Kejuaraan Pencak Silat Eropah dan
sebagainya.

Pertandingan pencak silat dapat mengukuhkan dan


mengembangkan pencak silat diperingkat antarabangsa.
Kerjasama yang padu daripada pengamal pencak silat di negara-
negara pendiri pencak silat dapat mengukuhkan seni bela diri
pencak silat. Usaha murni ini telah menjadikan masyarakat dunia
mengenali silat.

Bagi mengatasi beberapa masalah yang timbul dalam


pertandingan pencak silat seperti kemahiran atlit menguasai
pencak silat, perwasitan, pernilaian, perantaran, teknikal dan
sebagainya, Persilat dengan persetujuan anggotanya telah
membukukan beberapa kategori pertandingan pencak silat dan
menjadikan silat sebagai rujukan ilmu dan maklumat.

Masalah berpunca daripada perguruan silat mengamalkan kaedah


pengajaran pencak silat cara masing-masing yang tidak seragam
dan berbeza-beza, memberi kesan yang negatif terhadap
pertandingan silat. Pengamal pencak silat di negara bukan asal
pencak silat yang baru mengenal ilmu dan budaya pencak silat
misalnya telah menghadapi masalah menguasai dan bersaing
dengan peserta negara asal silat. Tindakan Persilat ialah seperti
yang disebutkan di atas iaitu membakukan dan membentuk
pergerakan yang seragam dalam Kategori Tanding dipermudahkan
peraturannya agar membolehkan sukan pencak silat ini diikuti oleh
atlit pencak silat dari negara bukan asal pencak silat. Hasilnya
amat baik, atlit pencak silat dari negara-negara bukan pencak silat
telah memperlihatkan kemajuan dan berjaya menguasai
pertandingan pencak silat.

Melalui Persilat dan anggotanya usaha pengukuhan dari semua


aspek silat telah dilakukan dengan baik seperti penggunaan
istilah, menyeragamkan gerak, kaedah dan rupa pencak silat,
kepakaran, tertentuan dan ketetapan rujukan ilmu dan maklumat
adalah dari pencak silat.

Seluruh pengamal dan anggota Pesilat terus berusaha dengan


bantuan kerajaan di negara-negara berkenaan agar dapat
melaksanakan cita-cita membangunkan silat. Perkembangan
pencak silat seiring dengan perkembangan Silat Melayu yang lebih
dikenali sebagai silat.

Mewujudan Persilat telah memenuhi hasrat pengamal pencak silat


untuk memartabatkan Pencak Silat di peringkat antarabangsa.
Oleh sebab penyataan hak kedaulatan sesuatu bangsa dan
negara, khususnya kepada pencak silat diiktiraf sebagai seni
beladiri Indonesia(Rayon R :1972, Ki Moh. Djomeli :1982, Uyuh
Suwanda : 1979. R. Asikin : 1975 atau Waryono O. 2000).

MANFAAT BELAJAR SILAT


Penting bagi para remaja yang sedang mengalami perubahan
jasmani dan rohani yang pesat, bahkan bagi semua golongan usia
termasuk orang-orang tua, belajar silat mendatangkan manfaat
yang besar, untuk mempertahankan diri, Maruah agama, bangsa
dan tanah air serta memelihara kesihatan dan kesegaran jasmani.
Demikian pula dalam penggunaan dan penerapannya, silat tidak
selalu digunakan untuk menjaga diri dalam suatu perkelahian,
karena di zaman sekarang tidak semua orang suka berkelahi. Akan
tetapi silat berguna pula untuk hal-hal yang berhubungan dengan
kehidupan kita sehari-hari di rumah. Contohnya : Apabila
seseorang menguasai silat, dia tidak akan terjatuh dengan parah
bila tergelincir. Mungkin saja kita terjatuh, akan tetapi kerana
refleks hasil latihan sehari-hari, kita mampu menolong diri sendiri
pada saat yang tepat.

SILAT SEBAGAI OLAHRAGA


Sebagai salah satu cabang olahraga pada umumnya dan beladiri
khususnya, beladiri silat merupakan rangkaian dari gerakan-
gerakan badan menurut sistem dan kaedah tertentu sebagai salah
satu cara terbaik untuk memelihara kesihatan jasmani. Dengan
melakukan teknik tertentu, selain gerakan pemanasan pada
umumnya yang ada pada tiap cabang olahraga, silat melatih otot-
otot.

Silat melatih seseorang menjadi lebih peka pendengaran dan lebih


awas penglihatan. Selanjutnya, dengan gerakan dan teknik-teknik
tertentu pula kita mampu melatih otot-otot leher serta anggota
tubuh.

Untuk menguatkan organ dalaman tubuh kita, termasuk


bagaimana cara menambah kesihatan jantung dan paru-paru
dengan latihan pernafasan.
Tentu saja hal ini dilatih secara bertahap, tetapi semakin
meningkat.

Dalam silat ada tahap-tahap tertentu, di mana diajarkan hal-hal


yang berhubungan dengan pernafasan tersebut.
Pengertian tentang latihan-latihan yang dapat menguatkan otot-
otot, janganlah diertikan sebagai latihan untuk membesarkan otot.
Otot yang kuat tidaklah berarti sama dengan otot yang besar, atau
sebaliknya, otot yang besar tiada bermakna mengandung tenaga
besar dan kuat.

Teknik-teknik tertentu di dalam beladiri silat yang melatih


kecepatan dan kelincahan tubuh, jarang sekali membuat otot
seseorang menjadi bertonjolan. Bahkan, makin sempurna dan
tinggi teknik silat seseorang (termasuk ilmu pernafasan nya),
makin sulit orang awam mengenalpasti sebagai seorang yang ber
isi.

SILAT SEBAGAI SENI BELADIRI YANG BERMUTU


Pengertian seni beladiri di sini jangan disamakan dengan seni tari.
Walau pun antara keduanya ada persamaan, yakni sama-sama
mengandung unsur keindahan gerak dari seluruh tubuh yang
harmonis.

Kesenian itu menggugah kehalusan dan kepekaan jiwa seseorang.


Lalu di manakah letak seninya Silat? Dalam silat yang berseni
bukan saja kerana segi miripnya kepada Tarian, akan tetapi dilihat
dari segi harmonisnya gerakan-gerakan silat itu sendiri.

Keselarasan gerakan tubuh dan anggota tubuh pesilat yang


menyentuh hati si penonton, menimbulkan rasa kagum orang yang
memandang.

Hal ini dapat dilihat para rangkaian gerak yang disebut dengan
LANGKAH atau JURUS dalam Pencak Silat dan Karate (Kata). Jadi,
bukan saja kehalusan geraknya yang dianggap seni, melainkan
juga saat pesilat mengerahkan tenaganya ketika ia menampilkan
kelincahan dan ketangkasannya.
Bagaimana ia menyesuaikan irama gerakan-gerakannya, seperti :
bagaimana ia memperlambat gerakan-gerakannya pada saat ia
melakukan tari tertentu, bagaimana ia mempercepat gerakan-
gerakannya waktu ia menyerang dengan tangan dan kakinya,
serta bagaimana pula ia memperagakan gerakan- gerakan
menghindar dengan lincah dan ringan.

Dalam Seni Silat kelihatan adanya penggabungan seni tari daerah


atau asal masing-masing dengan tipu-tipu Pencak Silat, sehingga
kita lihat Gaya Pembukaan tadi agak mirip dengan tarian-tarian
daerah tertentu.

Penyamaran beladiri silat ke dalam seni tari daerah, merupakan


suatu usaha para Pendekar di zaman penjajahan untuk
melestarikan beladiri silat yang diwarisi dari para guru dan leluhur
tanah airnya.

Manakah yang disebut Gerak atau Bunga itu? Kedua istilah itu
merupakan rangkaian gerakan-gerakan beladiri yang disusun
sesuai dengan aturan dari aliran atau perguruan silat yang
menyusunnya.

Di dalamnya tercakup gerakan-gerakan menyerang, menghindar


maupun bersikap sesuai dengan ajaran-ajaran perguruan silat
masing-masing.

Seni ini bagi setiap orang tidaklah sama keindahannya,


sebagaimana tidak setiap orang punya penghargaan yang sama
terhadap lagu-lagu klasik, pop, rap atau dangdut misalnya.

SILAT SEBAGAI ALAT BELA DIRI

Silat sebagai alat bela diri merupakan pengetahuan yang sangat


penting. Silat tidak terbatas, baik dalam melakukan serangan,
maupun tangkisan. Dari kepala, bahu, siku, lengan, tapak tangan,
jari tangan, punggung, pinggang, pinggul, paha, lutut, tulang
kering, mata kaki, tumit, jari kaki semuanya mendapat jatah
latihan secara khusus.

Dari ujung kepala sampai dengan ujung kaki dapat digunakan


sebagai senjata terdekat dan ampuh. Menurut para ahli, air liur
dan rambut pun boleh dipakai sebagai alat bela diri yang efektif.

Silat berusaha memenuhi tuntutan :


Menyerang semaksima mungkin dengan risiko sekecil mungkin
bagi diri sendiri . Singkatnya, dengan apa yang ada kita gunakan
untuk membela diri, jadi harus praktikal dan mudah !

SENJATA SILAT

Seorang pesilat diajar dan dilatih menggunakan senjata. Ia harus


mengerti sifat-sifat senjata yang paling sederhana, seperti : Pisau,
Pedang, Golok dan Tongkat.

Kemudian ia pun diberi pengetahuan tentang senjata-senjata lain.


Dari sinilah seorang pesilat mengembangkan pengetahuannya
tentang senjata. Mana yang sesuai buat dirinya, serta benda-
benda apa saja yang dapat digunakan sebagai senjata saat ia
terdesak. Contoh benda-benda yang dapat digunakan sebagai
senjata, adalah tas, pasir, penggaris, pensil, sapu tangan, ikat
pinggang, bahkan baju atau jacket pun atau buku dapat
dipergunakan sebagai senjata rahsia.

SILAT SEBAGAI ILMU UNTUK BELAJAR


MENGUASAI DIRI
Umumnya, ilmu beladiri yang baik, mendidik murid-muridnya
sanggup menguasai diri, menguasai emosinya. Demikian pula silat.
Tak heranlah kita membaca atau mendengar ungkapan Kalahkan
dulu dirimu, sebelum mengalahkan orang lain atau motto dari
beladiri Kempo Kasih sayang tanpa kekuatan adalah kelemahan,
kekuatan tanpa kasih sayang adalah kezaliman.

Semua itu menunjukkan pentingnya belajar menguasai diri. Pesilat


dilarang untuk bertindak sewenang-wenang. Secara bertahap ia
dilatih menguasai hawa nafsunya, karena memang yang paling
sulit adalah bagaimana mengajar seseorang mampu menguasai
dirinya.

Pesilat yang baik, harus sanggup mengalah kepada lawannya yang


nyata-nyata jauh lebih unggul baik teknik dan prestasinya. Ia
pantang melayani nafsunya untuk menang dengan berlaku curang!
Ia harus berani mengakui kelebihan lawan dan melihat
kekurangan dirinya.

Sifat-sifat baik yang diperolehnya dalam mempelajari beladiri silat,


diharapkan tidak hanya berlaku di perguruannya saja, melainkan
harus dapat diterapkan dalam kehidupan sehari-hari. Semua itu
membentuk rasa percaya diri yang tebal dan kepribadian kuat,
sehingga segala tekanan dari luar dapat dihadapinya dengan
tabah, rendah hati dan damai.

Seorang ahli beladiri yang baik memiliki perasaan yang halus dan
rasa perikemanusiaan tinggi. Ia tidak enggan untuk memaafkan
seseorang yang telah mengakui dan menyedari kesalahannya.

SILAT SEBAGAI SENI UNTUK MENGASAH


KECERDASAN
Di sekolah dasar kita diajar berhitung/matematik, di sekolah
menengah kita dilatih untuk berpikir lebih kritis, kemudian di
perguruan tinggi kita diajar dan dilatih tentang hubungan-
hubungan dalam suatu sistem/keseluruhan.

Dalam belajar Silat, kita pun diajar dan dilatih berpikir kritis. Tetapi
dengan cara yang khas silat. Kita harus memperhitungkan secara
matang gerak-geri lawan dan menjawab serangan lawan dengan
reaksi yang cepat dan tepat. Sebab bila kita terlambat sedikit saja,
akan fatal akibatnya bagi kita.

Ada beberapa persamaan antara belajar ilmu gaya dan belajar


silat. Dalam silat kita memiliki rumusan formula tertentu untuk
menghindar, menyerang atau membalas suatu serangan, sehingga
gerakan kita menjadi efektif dan efisien.

Ada ketikanya dalam ilmu gaya dan gerak yang dapat diterapkan
dalam ilmu silat. Misalnya, bagaimana kita dapat menghindari
serangan berupa pukulan dan tendangan yang lintasannya seperti
lingkaran, sehingga kita berada di luar garis singgung lingkaran
tersebut. Atau bagaimana kita menghindari serangan yang
lintasannya lurus, yakni dengan bergerak sedikit ke samping
dengan cara apa pun, sehingga serangan itu berlalu tanpa kita
mengeluarkan tenaga banyak.

Pengertian-pengertian ilmiah sebeginilah yang membuat ilmu


beladiri silat menjadi menarik untuk dipelajari dan diselami, sebab
Ilmu Silat sekaligus mengasah kecerdasan kita

Sekian.

Kompilasi DR IZHAM NAYAN.

Anda mungkin juga menyukai