Anda di halaman 1dari 3

Apa itu silat?

Pencak silat atau silat adalah suatu seni bela diri tradisional yang berasal dari Asia Tenggara.
Seni bela diri ini secara luas dikenali Indonesia, Malaysia, Brunei, dan Singapura, Filipina
selatan, dan Thailand selatan sesuai dengan penyebaran berbagai suku bangsa Nusantara. Ada
yang menganggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan daripada
generasi kepada generasi. Ini termasuklah pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini
di Indonesia dan dikenal luas sampai ke Brunei, Filipina, Malaysia, dan Thailand. Mereka yang
belajar silat digelar pesilat. Menurut Sheikh Shamsuddin (2005) silat adalah seni bertempur
melawan dan bertahan yang dipercayai berasal dari tamadun Malaysia kuno dan Indonesia.
sehingga baru-baru ini tidak ada yang telah ditetapkan dari sesiapa. Silat kini telah berkembang
menjadi sebahagian dari budaya dan tradisi sosial dan merupakan penjelmaan fizikal dan
rohani yang baik.

Antara senjata Melayu lama yang sering digunakan oleh pesilat adalah seperti keris,
badik, kerambit, parang, pedang, lading, Tumbuk Lada, tekpi, tongkat, tembong dan sundang.
Bagi silat yang tidak menggunakan senjata, pengajaran akan menumpukan perhatian kepada
pertempuran tangan kosong (tanpa senjata). Secara amnya, sesebuah aliran silat yang mengajar
kedua-dua kemahiran dan aliran yang hanya menumpukan salah satu daripadanya adalah
sedikit. Kebiasaannya seseorang penuntut atau murid baru akan ditumpukan kepada kemahiran
tempur tangan kosong sebelum diajar bermain senjata. Bagi sesetengah aliran, hanya murid
yang diiktiraf berkemahiran dan mempunyai adab keperibadian yang tinggi dibenarkan
mempelajari kemahiran senjata, terutama bagi yang mempunyai senjata yang dianggap senjata
'rasmi' bagi aliran itu.

Pergerakan silat terbahagi kepada bunga (pergerakan seolah-olah tarian, digelar juga
seni atau tari) dan buah (pukulan atau buah pukul. Silat terdapat aliran yang hanya mempunyai
buah seperti Silat Cekak dan Buah Bentayan. Seni tari yang halus ini memungkinkan ia
digunakan sebagai persembahan dalam sesuatu majlis keramaian, malah hampir setiap aliran
mempunyai 'tari sembah' termasuklah aliran yang tidak mempunyai bunga. Tari sembah ini
dipersembahkan untuk memperkenalkan diri dan aliran yang diwakili/dipelajari. Dalam situasi
pergaduhan, permulaan langkah daripada tari sembah atau sejurus daripada bunga yang
diperlihatkan membolehkan pesilat mengenali rakan sealiran dan memungkinkan keadaan
berakhir dengan perdamaian dan bermaaf-maafan.
Menurut Anuar Abd Wahab (1992) bunga silat terjadi ungkapan yang terkenal dan
biasa disebut oleh guru-guru silat bahawa bunga silat mempunyai seribu satu muslihat. Selain
kelihatan mengelirukan (seolah-olah menari dan sebab-sebab di atas, bunga juga digunakan
untuk memberi masa dan ruang kepada lawan untuk menghulurkan salam perdamaian (ini
dapat dilihat dalam kebanyakan bunga yang kelihatan seperti menghulur salam),
menyembunyikan buah dan sudut serangan dan mengacah serta mengumpan lawan
(kadangkala sehingga sengaja menunjukkan bahagian tubuh tertentu bagi diserang untuk
memerangkap musuh).Silat juga terkenal sebagai sistem pertahanan diri yang banyak
menggunakan kuncian, sama ada kunci urat saraf atau anggota tubuh. Istilah 'kunci mati'
bersinonim dengan silat. Silat sehingga kini sudah banyak yang dipecahkan alirannya, seperti
mana pecahnya silat Gayung (Gayung Laksamana, Gayung Laksamana Pahang dan lain-lain
lagi). Di Malaysia sahaja terdapat hampir 500 Perguruan Silat yang telah dapat dikesan.

Menurut Abd Rahman Ismail (2009) di Malaysia, silat ialah suatu istilah yang
digunakan sebagai istilah payung untuk semua seni pertahan diri Melayu. Contoh-contohnya
pada gaya-gaya silat di Malaysia ialah Silat Cakar Harimau, Silat Gayung Zahir 9, Silat
Pancasila, Silat Gayong Maarifat, Silat Keris Lok Sembilan, Silat Gayung Pusaka, Silat Seni
Gayong dan Silat Lian Padukan. Perguruan Silat diberi nama mengikut masyarakat seperti Silat
Minangkabau, Silat Bugis, Silat Jawa dan Silat Kerinci. Terdapat juga perguruan yang diberi
nama mengikut daerah seperti Silat Gayong Fatani, Silat Gayungman Kedah, Silat Buah Pukul
Mersing dan Silat Pukulan Melaka. Terdapat juga perguruan yang diberi nama mengikut tokoh
seperti Silat Saga Barong Naga Malaya, Silat Hang Tuah, Silat Cekak Ustaz Hanafi, Silat
Cekak Pusaka Hanafi, Silat Mat Kilau dan Silat Sendeng Hj Hamid. Terdapat juga perguruan
yang diberi nama mengikut motif gerak dan semanagat haiwan seperti Silat Rajawali, Silat
Penyu, Silat Siamang Laut dan Silat Harimau.
RUJUKAN

Sheikh Shamsuddin (2005). The Malay Art Of Self-defense: Silat Seni Gayong. North Atlantic
Books

Abd Rahman Ismail (2009). Seni Silat Melayu : Sejarah Perkembangan dan Budaya. Dewan
Bahasa Pustaka.

Anuar Abd Wahab (1992). Teknik dalam Seni Silat Melayu. Dewan Bahasa Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai