Anda di halaman 1dari 4

Silat

Seni pertahankan diri berasal daripada Indonesia

Bahasa

Muat turun PDF

Pantau

Sunting

Ketahui lebih lanjut

Rencana ini mempunyai beberapa isu. Sila bantu memperbaikinya atau bincangkan isu-isu tersebut di
dalam laman perbincangan rencana ini.

Ketahui lebih lanjut

Disarankan bahawa rencana ini dipisahkan menjadi rencana bertajuk Silat dan Pencak silat. (Bincang)

Silat adalah suatu seni bela diri dari Nusantara. Silat diamalkan di Brunei, Indonesia, Malaysia, dan
Singapura. Adalah penting untuk membezakan Silat dan Pencak Silat. Silat adalah istilah seni
mempertahankan diri yang digunakan di Dunia Melayu manakala Pencak Silat adalah istilah seni
mempertahanan diri dari pulau Jawa, Indonesia. Silat mahupun Pencak Silat telah diiktiraf oleh UNESCO
sebagai warisan budaya milik Indonesia.[1]

Silat

Juga digelar

Seni Silat

Fokus

Tari, Pukulan, Kuncian,

Bantingan, Senjata

Negara asal

Indonesia (sebagai Pencak Silat), Brunei, Malaysia, dan Singapura

Silat

Warisan budaya tidak ketara UNESCO

Negara

Indonesia
Rujukan

01504

Region

Asia-Pasifik

Sejarah inskripsi

Inskripsi

2018

Tradisi Pencak Silat

Warisan budaya tidak ketara UNESCO

Negara

Indonesia

Rujukan

1391

Region

Asia-Pasifik

Sejarah inskripsi

Inskripsi

2019

Perbezaan ini terletak dalam erti seni mempertahankan diri seperti di Indonesia. Pencak Silat lebih
banyak memiliki nilai budaya yang luas seperti seni, falsafah hidup, nilai rohani dan juga pendidikan
karakter. Silat di Brunei, Malaysia, dan Singapura adalah lebih kepada Silat sebagai seni
mempertahankan diri[2][3]. Istilah “pencak” yang digunakan dalam Bahasa Jawa dan “silat” daripada
kata Bahasa Minangkabau dan Bahasa Melayu. Mereka yang mempelajari seni bela diri silat digelar
pesilat. Sekarang ini Pencak Silat di negara-negara Asia Tenggara sudah memiliki aliran atau perguruan
tersendiri.

Dalam amalan sekarang, pengajar atau guru silat digelar gurulatih dan seseorang yang mewarisi aliran
sesuatu perguruan digelar Guru Utama aliran itu. Kebanyakan guru silat kini menolak gelaran Mahaguru
kerana bagi mereka gelaran ‘maha’ hanya sesuai untuk Allah (Tuhan) dan ini menepati perwatakan guru
silat yang kebiasaannya gemar menyembunyikan kemahiran mereka dan amat merendah diri. Pesilat
senior yang telah lama berkecimpung dalam dunia silat sebagai pengajar (atau menyembunyikan
kemahiran mereka), berkemahiran tinggi dan ada antaranya mewarisi beberapa aliran yang telah hilang
digelar sebagai Guru Tua dan amat dihormati. Pesilat yang mempunyai tahap silat yang tinggi digelar
pendekar.

Antara senjata silat yang sering digunakan oleh pesilat adalah seperti keris, badik, kerambit, parang,
pedang, lading, Tumbuk Lada, tekpi, tongkat, tembong tombak,cindai, kapak, sabit dan sundang. Bagi
silat yang tidak menggunakan senjata, pengajaran akan menumpukan perhatian kepada pertempuran
tangan kosong (tanpa senjata). Secara amnya, sesebuah aliran silat mengajar kedua-dua kemahiran dan
aliran yang hanya menumpukan salah satu daripadanya adalah sedikit. Kebiasaannya seseorang
penuntut atau murid baru akan ditumpukan kepada kemahiran tempur tangan kosong sebelum diajar
bermain senjata. Bagi sesetengah aliran, hanya murid yang diiktiraf berkemahiran dan mempunyai adab
keperibadian yang tinggi dibenarkan mempelajari kemahiran senjata, terutama bagi yang mempunyai
senjata yang dianggap senjata ‘rasmi’ bagi aliran itu.

Pergerakan silat terbahagi kepada bunga yang sesetengah perguruan menganggapnya sebagai
pergerakan seolah-olah tarian, (digelar juga seni atau tari) tetapi sebenarnya adalah langkah untuk
memusatkan tenaga/mengumpul tenaga atas tubuh badan seorang pesilat dan buah (pukulan atau buah
pukul). Bagi mereka yang tidak pernah melihat seni pertahanan diri ini, silat barangkali kelihatan seperti
sejenis tarian. Namun, terdapat aliran yang hanya mempunyai buah seperti Silat Cekak dan Buah
Bentayan. Seni tari yang halus ini memungkinkannya digunakan sebagai persembahan dalam sesuatu
majlis keramaian, malah hampir setiap aliran mempunyai ‘tari sembah’ termasuklah aliran yang tidak
mempunyai bunga. Tari sembah ini dipersembahkan untuk memperkenalkan diri dan aliran yang
diwakili/dipelajari. Dalam situasi pergaduhan, permulaan langkah daripada tari sembah atau sejurus
daripada bunga yang diperlihatkan membolehkan pesilat mengenali rakan sealiran dan memungkinkan
keadaan berakhir dengan perdamaian dan bermaaf-maafan.

Telah menjadi ungkapan yang biasa disebut oleh guru-guru silat bahawa bunga silat mempunyai seribu
satu muslihat. Selain kelihatan mengelirukan (seolah-olah menari) dan sebab-sebab di atas, bunga juga
digunakan untuk memberi masa dan ruang kepada lawan untuk menghulurkan salam perdamaian (ini
dapat dilihat dalam kebanyakan bunga yang kelihatan seperti menghulur salam), menyembunyikan buah
dan sudut serangan dan mengacah serta mengumpan lawan (kadangkala sehingga sengaja menunjukkan
bahagian tubuh tertentu bagi diserang untuk memerangkap musuh). Silat Gayung Fatani terkenal
dengan pergerakan bunga yang cantik dan istilah ‘melilit’. Pesilat aliran ini akan sengaja memberi ruang
dan isyarat kepada musuh untuk menyerang atau cuba melepaskan diri, yang mana sekiranya musuh itu
cuba menyerang setelah termasuk perangkap kuncian, maka semakin ketat mereka akan ‘terbelit’ dalam
kuncian pesilat aliran ini.

Silat juga terkenal sebagai sistem pertahanan diri yang banyak menggunakan kuncian, sama ada kunci
urat saraf atau anggota tubuh. Istilah ‘kunci mati’ adalah sinonim dengan silat.
Isi kandungan

Jenis silat (umum)

Sunting

Timbul salah faham di kalangan orang ramai bahawa silat seni seperti silat pulut biasanya
dipersembahkan pada majlis rasmi dan majlis keramaian seperti majlis perkahwinan manakala silat
daripada jenis buah pukul atau seni tempur pula lebih banyak disorokkan daripada pandangan ramai
atas dasar-dasar memelihara seni, muslihat permainan dan beberapa alasan yang lain. Hakikatnya ‘silat
pulut’ bukanlah satu aliran silat berlainan yang hanya menumpukan persembahan dan tidak boleh
mempertahankan diri. Ia hanyalah terma atau gelaran yang digunakan apabila pesilat merancang acara
persembahan mereka di majlis keramaian. Ini termasuklah tari sembah dan pertempuran yang diatur.
Sudah tentu rahsia dan muslihat permainan aliran tidak dipertontonkan. Kebiasaannya sekumpulan
pesilat menubuhkan kumpulan ‘silat pulut’ ini untuk membincangkan dan berlatih untuk persembahan-
persembahan di majlis keramaian di kejiranan mereka. Inilah asalnya wujud ‘aliran’ atau ‘sekolah silat
pulut’. Nama silat pulut ini dikatakan berasal daripada ‘pulut pengantin’ (majlis-majlis perkahwinan di
mana ia selalu dipersembahkan).

Silat sehingga kini sudah banyak yang dipecahkan alirannya, seperti mana pecahnya silat Gayung
(Gayung Laksamana, Gayung Laksamana Pahang dan lain-lain lagi). Di Malaysia sahaja terdapat hampir
500 Perguruan Silat yang telah dapat dikesan.

Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa silat kini semakin tidak mendapat sambutan daripada
golongan pemerintah yang sepatutnya memelihara seni ini dengan alasan terdapat unsur-unsur khurafat
yang terdapat dalam silat. Dengan kesedaran pembangkitan Islam hari ini, guru-guru aliran telah
menentang dan membuang amalan-amalan yang dilihat bertentangan dengan ajaran agama seperti
jampi serapah, pemujaan makhluk ghaib tertentu dan sebagainya. Persekutuan Silat Kebangsaan
(PESAKA) sendiri telah banyak membawa usaha pemodenan dalam dunia silat hari ini. Apa yang pasti
Silat akan terus menjadi warisan dan lambang jati diri Melayu sedunia.

Anda mungkin juga menyukai