Anda di halaman 1dari 7

SENI MEMPERTAHANKAN DIRI

Seni bela diri (martial art) merupakan satu kesenian yang timbul sebagai satu cara seseorang itu
mempertahankan diri. Ia merupakan kaedah berlawan tradisi dengan atau tanpa senjata dan
selalunya tanpa menggunakan senjata api atau senjata moden yang lain. Seni bela diri telah
lama wujud dan pada mulanya ia berkembang di medan pertempuran sebelum secara perlahan-
lahan apabila peperangan telah berkurangan dan penggunaan senjata moden mula digunakan
secara berleluasa, seni bela diri mula berkembang di kalangan mereka yang bukannya anggota
tentera tetapi merupakan orang awam.

MELAYU

Silat

Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu
atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. Usia sesebuah ilmu atau salasilah
seni silat tidak dapat dihuraikan secara terperinci dan tepat kerana tiada usaha-usaha untuk
mengkaji dari pihak berwajib secara mendalam. Ada yang menganggarkan seni ini telah berusia
beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke generasi. Ini termasuklah pengamal-
pengamal seni mempertahankan diri ini di Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia, dan Thailand.
Antara senjata-senjata Melayu lama yang sering digunakan oleh pesilat adalah seperti keris,
badik, kerambit, parang, pedang, lading, Tumbuk Lada, tekpi, tongkat, tembong dan sundang.
Bagi silat yang tidak menggunakan senjata, pengajaran akan menumpukan perhatian kepada
pertempuran tangan kosong (tanpa senjata).

Sejarah

Silat tersebar sepanjang Nusantara Melayu sejak abad ke-7 M, tetapi asal-usulnya masih lagi
tidak pasti. Meskipun, silat telah diakui sebagai seni Melayu asli. Orang Melayu yang telah
menetap di bandar-bandar pantai pulau Sumatera dan Semenanjung Melayu, dari Aceh di utara
ke Kelantan, Kedah dan Kepulauan Riau di selatan, dan Pattani di utara adalah orang yang
mengamalkan silat. Perhubungan dengan kumpulan suku kaum lain di bandar-bandar pantai
telah juga mempengaruhi bentuk silat. Adanya bukti bahawa budaya China dan India telah
mempengaruhi gaya-gaya seni mempertahankan diri itu. Apabila Islam disebarkan sepanjang
nusantara abad ke-14, ia diajar di samping dengan silat. Selain seni bertarung dan tarian budaya
rakyat, silat kemudian menjadi suatu latihan rohaniah.

Jenis silat (umum)

Timbul salah faham di kalangan orang ramai bahawa silat seni seperti silat pulut adalah biasanya
dipersembahkan pada majlis rasmi dan majlis keramaian seperti majlis perkahwinan manakala
silat dari jenis buah pukul atau seni tempur pula lebih banyak disorokkan dari pandangan ramai
atas dasar-dasar memelihara seni, muslihat permainan dan beberapa alasan yang lain.
Hakikatnya 'silat pulut' bukanlah satu aliran silat berlainan yang hanya memfokuskan
persembahan dan tidak boleh mempertahankan diri. Ia hanyalah terma atau gelaran yang
digunakan apabila pesilat merancang acara persembahan mereka di majlis keramaian. Ini
termasuklah tari sembah dan pertempuran yang diatur. Sudah tentu rahsia dan muslihat
permainan aliran tidak dipertontonkan. Kebiasaannya sekumpulan pesilat menubuhkan
kumpulan 'silat pulut' ini untuk membincangkan dan berlatih untuk persembahan-persembahan
di majlis keramaian di kejiranan mereka. Inilah asalnya wujud 'aliran' atau 'sekolah silat pulut'.
Nama silat pulut ini dikatakan berasal daripada 'pulut pengantin' (majlis-majlis perkahwinan di
mana ia selalu dipersembahkan).

Silat sehingga kini sudah banyak yang dipecahkan alirannya, seperti mana pecahnya silat Gayung
(Gayung Laksamana, Gayung Laksamana Pahang dan lain-lain lagi). Di Malaysia sahaja terdapat
hampir 500 Perguruan Silat yang telah dapat dikesan.

INDIA

Silambam

Silambam telah diwujudkan sebagai salah satu seni mempertahankan diri dalam kalangan orang
India dan ini juga menjadi satu tradisi dalam kalangan orang India.

Silambam atau Silambattam atau Chilambam, merupakan seni bela diri Dravidian tradisi
berasaskan pertempuran tongkat. Gaya ini dipercayai berasal dari Bukit Kurinji masa kini Kerala,
5,000 tahun dahulu, di mana penduduk tempatan menggunakan tongkat buluh bagi
mempertahankan diri mereka dari haiwan buas. Sebagaimana penulisan Sangam, Bukit Kurinji
merupakan salah satu dari lima pembahagian fisiografik (physiographic) dalam Tamilakam, yang
kemudiannya dikenali sebagai Keralam selepas ketibaan Brahmin. Narikuravar dari Bukit Kurinji
menggunakan tongkat yang dikenali sebagai Chilambamboo sebagai senjata bagi
mempertahankan diri mereka daripada haiwan buas, dan juga bagi menunjukkan kemahiran
mereka semasa perayaan keugamaan. Sarjana Hindu dan ahli yogi yang pergi ke pergunungan
Kurinji bagi bertafakur tertarik dengan pertunjukkan kemahiran tinggi memutar Chilambamboo.

Umum
Silambam sebahagian besarnya merujuk kepada tongkat atau gaya tempur menggunakan
tongkat. Panjang tongkat biasanya sekitar 1.68 meter (lima setengah kaki). Saiz tongkat berkait
dengan ketinggian pengguna silambam. Ia sepatutnya mencecah dahi sekitar tiga jari dari atas
kepala, sungguhpun panjang berlainan digunakan dalam keadaan berlainan. Kayu sepanjang tiga
kaki yang dikenali sebagai "sedikutchi" boleh dibawa secara tersembunyi. Latihan berlainan
diperlukan bagi mengendalikan tongkat yang berlainan kepanjangannya. Gaya biasa termasuk
memegang tongkat pada satu hujung, tangan kanan hampir kebelakang, tangan kiri sekitar 40
sentimeter (16 inci) darinya. Kedudukan ini membenarkan pelbagai pergerakan badan-dan-
tongkat, termasuk serangan dan tangkisan yang rumit. Pengamal silambam tidak bersenjata
menggunakan beberapa pola pergerakan berasaskan peregrakan haiwan, terutamanya bentuk
ular dan helang.

Permulaan

Mereka yang baru belajar diajar pola pergerakan kaki yang perlu mereka kuasai sebelum belajar
teknik memutar, pola, dan kaedah menukar putaran mereka tanpa menghentikan pergerakan
tongkat. Gerak kaki (Kaaladi) merupakan kunci utama bagi Silambam dan kuthu varisai (versi
tangan kosong). Terdapat enam belas pergerakan antaranya empat yang utama. Perlahan-lahan,
pejuang mempelajari pergerakan kaki agar selaras dengan pergerakan tongkat. Matlamat utama
latihan adalah mempertahankan diri dari serangan beberapa musuh bersenjata.Penekanannya
pada tongkat membezakan Silambam dari Kalaripayattu Utara yang dianggap serupa dangan
Kalaripayattu Selatan di mana teknik pertempuran memberi penekanan pada tangan kosong
atau kayu ringkas atau pedang.

Silambam, Kuthu varisa, teknik tangan kosong secara harafiah bererti urutan tumbukan, maduvu
(tanduk rusa), surul atau churul (pedang lembut mata dua), kathi kuthu (tikaman pisau), Val
payattu atau val veesu atau vaal veechu (permainan pedang), sheela atau cheela (pertahanan
dua jari) kesemuanya berkait rapat dan boleh digelar sebagai satu kelompok seni bela

Sejarah

Silambam dinaungi oleh Dinasti Chola silam, Dinasti Chera dan Raja-raja Pandya dari India
Selatan semasa tempoh Sangam. Ia digunakan secara meluas oleh Maravar pada dari tentera
Travancore.

Rujukan kepada "Silappadikkaram" dalam kesusteraan Sangam bahasa Tamil bertarikh semenjak
abad ke-2 merujuk kepada penjualan tongkat Silamabam, pedang, mutiara, dan perisai kepada
pedagang asing. Pusat perdagangan silam di bandar Madurai terkenal keseluruh dunia dan
dikatakan dilawati oleh Rom, Yunani Kuno dan Mesir Kuno antara yang mempunyai
perdagangan laut tetap dengan raja Tamil silam. Tongkat silambam merupakan salah satu
senjata seni bela diri, yang mendapat permintaan tinggi dari pelawat.

Selepas seni ini tersebar ke dunia Melayu, "Silambam" merujuk kepada seni tersebut termasuk
senjatanya. Beberapa seni bela Melayu seperti Silat didakwa menyerap silambam.

Maravar pada salah seorang dari Raja Travancore menggunakan "Silambam" dalam
pertempuran perperangan mereka terhadap musuh. Tentera Raja Veerapandiya Kattabomman
(1760–1799) kebanyakannya bergantung kepada kemahiran mereka menggunakan Silambam
dalam perperangan mereka terhadap Tentera British.

CINA

Wushu

sejarah

Wushu atau kungfu merupakan seni bela diri yang berkembang di Cina sejak ribuan tahun lalu.
Pada waktu itu seni bela diri ini muncul karena ada kebutuhan dari masyarakat untuk
menghadapai gangguan binatang buas dan mencari makan.

Wushu dalam bahasa Cina artinya seni perang. Ada banyak aliran dalam wushu tapi secara garis
besar wushu dapat dibagi dua golongan, yaitu Uay Kung (Gwa Kang) dan Nei Kung (Iwee kang).
Pada Uay Kung unsure kekerasannya lebih besar (70%) dibandingkan kelemasan. Sementara itu
Nei Kung hampir seluruhnya menggunakan kelemasan.

GAYA YANG DIPERTANDINGKAN

Taolu (peragaan)

Jurus Panjang (Changguan)

Jurus Selatan (Nangguan)

Pedang (Jianshu)

Tombak (Qianshu)

Toya (Gunshu)

Toya Selatan
Golok Selatan

Taichi Pedang

Sanhsu (perkelahian bebas)


Seni mempertahankan diri dari Cina

Seni mempertahankan diri China, secara basahan digelar kung fu (Bahasa Cina: 功
夫; pinyin: gōngfu), dan wusyu (Cina ringkas: 武术; Cina tradisional: 武術; pinyin: wǔshù), ialah
sekumpulan gaya pertarungan yang telah dibangunkan selama beberapa abad di China. Gaya-
gaya ini sering dikelaskan mengikut sifat yang dikongsinya, dikenalpasti sebagai "keluarga" (家,
jiā), "taifah" (派, pài) atau "sekolah" (門, mén) seni mempertahankan diri. Contoh sifat-sifat
tersebut termasuklah latihan fizikal melibatkan ajukan haiwan, atau kaedah latihan yang
diilhamkan agama, legenda dan falsafah China. Gaya yang memfokus pada
manipulasi qi dipanggil dalaman (内家拳, nèijiāquán), manakala yang menumpukan pembinaan
otot dan kesihatan kardiovaskular dipanggil luaran (外家拳, wàijiāquán). Kaitan geografi,
seperti utara (北拳, běiquán) dan selatan (南拳, nánquán), ialah satu lagi kaedah pengelasan
popular.

Istilah

Dalam bahasa Cina, kung fu (功夫, gōng bermakna "kerja" atau "pencapai" dan sama ada fū,
"orang", atau fu, akhiran bermakna "kehebatan") boleh juga digunakan dalam konteks yang
langsung tiada kaitan dengan seni bela diri, dan merujuk kepada suatu pencapaian atau
kemahiran individu yang dicapai melalui usaha berpanjangan dan kerja keras.[1] Cuma pada akhir
abad ke-20 istilah ini digunakan bagi merujuk khusus kepada seni mempertahankan diri oleh
masyarakat Cina.[2][3] Wushu (武 "Wu" = tentera atau pertahan, 术 "Shu" = seni) pula merupakan
suatu istilah lebih khusus bagi aktiviti seni mempertahankan diri am, namun hari ini lebih
dikaitkan dengan sukan mempertahankan diri.

Gaya

China memiliki sejarah tradisi lebih dua ribu tahun dan ratusan gaya seni bela diri.[4] Terdapat
tema serupa dalam gaya-gaya ini, menimbulkan pengelasan mengikut sifat yang dikongsi
bersama, sebagai "keluarga" (家, jiā), "taifah" (派, pài) atau "sekolah" (門, mén). Ada gaya yang
memfokus pada menyadap qi, manakala yang lain menumpu pada pertandingan fizikal. Sumber
ilham gaya-gaya ini juga berbagai-bagai.

Hung Ga

Menurut legenda, Hung Ga dinamakan sempena Hung Hei-gun yang mempelajari seni bela diri
daripada Jee Sin, seorang mahaguru Chan (Zen) di Tokong Shaolin selatan. Jee Sin (ak Gee Sum
Sim See) juga merupakan pengajar kepada Choy Gau Lee, Mok Da Si, Lau Sam-Ngan and Li Yao
San, yang bersama Hung Hei Gun menjadikan mereka pengasas kepada lima gaya seni bela diri
Cina, iaitu: (Hung Ga, Choy Gar, Mok Gar, Li Gar dan Lau Gar). Wira rakyat China Wong Fei-
hung ialah pakar gaya ini.[5]

Tokong Shaolin menjadi tempat perlindungan bagi para penentang pemerintahan Qing, tetapi
lambat-lain dibinasakan oleh tentera Qing. Hung, seorang saudagar teh, akhirnya meninggalkan
kampung halamannya di Fujian untuk membawa seninya ke Guangdong.

Disebabkan sejarah seni bela diri Cina disampaikan secara lisan dan jarang sekali bertulis, maka
kebanyakan sejarah awal Hung Ga sukar dipastikan atau ditahkikkan oleh catatan bertulis.
Tai Chi Chuan

Gaya Yang taijiquan diamalkan di Shanghai

Tai Chi Chuan merupakan rangkaian gerakan yang memutar dan merefleksikan hukum
mikrokosmik. Tai-Chi mengungkap prinsip-prinsip kosmik (hukum alam) iaitu gerakan melingkar
yang kemudian menjadi simbol Tai-Chi, kerana gerakan melingkar atau berputar adalah gerakan
yang dinamik dan menghindari titik akhir (puncak), kerana puncak itu adalah titik akhir
pertumbuhan sekaligus peringkat awal kemerosotan.

Pada saat ini, gaya Yang tampaknya yang paling popular di seluruh dunia. Pendiri gaya Yang Yang
Lu-ch'an (1799-1872), yang belajar di bawah Chang-Hsing Ch'en dimulai pada 1820. Yang
menjadi guru yang dikenal dengan gayanya sendiri, dan berikutnya gaya Tai Chi Chuanbeliau
dikenali sebagai gaya Yang. Lu-Ch'an yang dikenal dengan pesilat yang menonjol diundang dan
disewa oleh keluarga Maharaja Cina untuk mengajarkan tai chi chuan kepada Batalion Istana
Pengawal Elit Diraja, jawatan yang dipegangnya hingga kematiannya.[6]

Jeet Kune Do

Jeet Kune Do ialah satu sistem dan falsafah seni bela diri baharu yang dimajukan oleh bintang
seni bela diri Bruce Lee.[7] Konsep teras gaya ini berasal daripada seni selatan Wing Chun.
Pengamalnya percaya konsep gerakan minimum dengan kesan maksimum dan kelajuan pantas.

Asas

Seperti mana-mana seni bela diri, terdapat perkara asas (基本功) yang perlu bagi mempelajari
mana-mana gaya seni mempertahankan diri China, seperti latihan fizikal.

Qigong

Qigong adalah sejenis terapi senaman tradisional cina untuk tujuan peningkatan kesihatan dan
kesejahteraan. Qigong kadang-kadang dieja sebagai "Chi Gong" atau "Chi Kung" yang
kesemuanya bermaksud senaman pernafasan (Zhong, 1984). "Qi" bermaksud "pernafasan" dan
"tenaga utama" (Tang, 1994). Pernafasan adalah aspek utama dalam pelaksanaan Qigong sebab
mengikut kaum Cina, udara adalah pengangkutan utama tenaga hayat. Senaman Qigong ini
adalah gabungan senaman (Mann, 1971), pernafasan, memberi ketenangan dan meditasi
(tafakur).

Anda mungkin juga menyukai