Anda di halaman 1dari 4

Silat adalah suatu seni bela diri dari Malaysia yang juga tersebar luas ke negara-negara seperti

vietnam, Brunei Darussalam, dan Singapura sesuai dengan penyebaran pelbagai bangsa di
Nusantara.

Adalah penting untuk membezakan Pencak Silat dan Silat. Pencak Silat adalah seni
mempertahankan diri dari indonesia manakala Silat adalah seni mempertahankan diri dari
Kepulauan Melayu. Silat telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai warisan budaya milik Malaysia
manakala Pencak silat diiktiraf sebagai warisan budaya milik Indonesia. Perbezaan ini terletak
dalam erti seni mempertahankan diri seperti di Indonesia, Pencak Silat lebih banyak memiliki
nilai budaya yang luas seperti seni, falsafah hidup, nilai rohani dan juga pendidikan karakter.
Silat indonesia adalah lebih kepada Silat sebagai olahraga dan seni mempertahankan diri[1][2].
Istilah "pencak" yang digunakan dalam bahasa Jawa dan "silat" daripada kata bahasa Melayu
Sumatera. Mereka yang belajar silat digelar pesilat. Sekarang ini Silat di negara-negara Asia
Tenggara sudah memiliki aliran atau perguruan tersendiri.

Dalam amalan sekarang, pengajar atau guru silat digelar gurulatih dan seseorang yang mewarisi
aliran sesuatu perguruan digelar Guru Utama aliran itu. Kebanyakan guru silat kini menolak
gelaran Mahaguru kerana bagi mereka gelaran 'maha' hanya sesuai untuk Allah (Tuhan) dan ini
menepati perwatakan guru silat yang kebiasaannya gemar menyembunyikan kemahiran mereka
dan amat merendah diri. Pesilat senior yang telah lama berkecimpung dalam dunia silat sebagai
pengajar (atau menyembunyikan kemahiran mereka), berkemahiran tinggi dan ada antaranya
mewarisi beberapa aliran yang telah hilang digelar sebagai Guru Tua dan amat dihormati. Pesilat
yang mempunyai tahap silat yang tinggi digelar pendekar.

Antara senjata Jawa-Melayu lama yang sering digunakan oleh pesilat adalah seperti keris, badik,
kerambit, parang, pedang, lading, Tumbuk Lada, tekpi, tongkat, tembong tombak,cindai, kapak,
sabit dan sundang. Bagi silat yang tidak menggunakan senjata, pengajaran akan menumpukan
perhatian kepada pertempuran tangan kosong (tanpa senjata). Secara amnya, sesebuah aliran silat
mengajar kedua-dua kemahiran dan aliran yang hanya menumpukan salah satu daripadanya
adalah sedikit. Kebiasaannya seseorang penuntut atau murid baru akan ditumpukan kepada
kemahiran tempur tangan kosong sebelum diajar bermain senjata. Bagi sesetengah aliran, hanya
murid yang diiktiraf berkemahiran dan mempunyai adab keperibadian yang tinggi dibenarkan
mempelajari kemahiran senjata, terutama bagi yang mempunyai senjata yang dianggap senjata
'resmi' bagi aliran itu.

Pergerakan silat terbahagi kepada bunga yang sesetengah perguruan menganggapnya sebagai
pergerakan seolah-olah tarian, (digelar juga seni atau tari) tetapi sebenarnya adalah langkah
untuk memusatkan tenaga/mengumpul tenaga atas tubuh badan seorang pesilat dan buah
(pukulan atau buah pukul). Bagi mereka yang tidak pernah melihat seni pertahanan diri ini, silat
barangkali kelihatan seperti sejenis tarian. Namun, terdapat aliran yang hanya mempunyai buah
seperti Silat Cekak dan Buah Bentayan. Seni tari yang halus ini memungkinkannya digunakan
sebagai persembahan dalam sesuatu majlis keramaian, malah hampir setiap aliran mempunyai
'tari sembah' termasuklah aliran yang tidak mempunyai bunga. Tari sembah ini dipersembahkan
untuk memperkenalkan diri dan aliran yang diwakili/dipelajari. Dalam situasi pergaduhan,
permulaan langkah daripada tari sembah atau sejurus daripada bunga yang diperlihatkan
membolehkan pesilat mengenali rakan sealiran dan memungkinkan keadaan berakhir dengan
perdamaian dan bermaaf-maafan.

Telah menjadi ungkapan yang biasa disebut oleh guru-guru silat bahawa bunga silat mempunyai
seribu satu muslihat. Selain kelihatan mengelirukan (seolah-olah menari) dan sebab-sebab di
atas, bunga juga digunakan untuk memberi masa dan ruang kepada lawan untuk menghulurkan
salam perdamaian (ini dapat dilihat dalam kebanyakan bunga yang kelihatan seperti menghulur
salam), menyembunyikan buah dan sudut serangan dan mengacah serta mengumpan lawan
(kadangkala sehingga sengaja menunjukkan bahagian tubuh tertentu bagi diserang untuk
memerangkap musuh). Silat Gayung Fatani terkenal dengan pergerakan bunga yang cantik dan
istilah 'melilit'. Pesilat aliran ini akan sengaja memberi ruang dan isyarat kepada musuh untuk
menyerang atau cuba melepaskan diri, yang mana sekiranya musuh itu cuba menyerang setelah
termasuk perangkap kuncian, maka semakin ketat mereka akan 'terbelit' dalam kuncian pesilat
aliran ini.

Silat juga terkenal sebagai sistem pertahanan diri yang banyak menggunakan kuncian, sama ada
kunci urat saraf atau anggota tubuh. Istilah 'kunci mati' adalah sinonim dengan silat.

Isi kandungan
 1 Jenis silat (umum)
 2 Etimologi
 3 Sejarah
 4 Kegunaan daerah
 5 Perkembangan
 6 Rujukan
 7 Nota kaki
 8 Bacaan lanjut
 9 Lihat juga
 10 Pautan luar

Jenis silat (umum)


Timbul salah faham di kalangan orang ramai bahawa silat seni seperti silat pulut biasanya
dipersembahkan pada majlis rasmi dan majlis keramaian seperti majlis perkahwinan manakala
silat daripada jenis buah pukul atau seni tempur pula lebih banyak disorokkan daripada
pandangan ramai atas dasar-dasar memelihara seni, muslihat permainan dan beberapa alasan
yang lain. Hakikatnya 'silat pulut' bukanlah satu aliran silat berlainan yang hanya menumpukan
persembahan dan tidak boleh mempertahankan diri. Ia hanyalah terma atau gelaran yang
digunakan apabila pesilat merancang acara persembahan mereka di majlis keramaian. Ini
termasuklah tari sembah dan pertempuran yang diatur. Sudah tentu rahsia dan muslihat
permainan aliran tidak dipertontonkan. Kebiasaannya sekumpulan pesilat menubuhkan
kumpulan 'silat pulut' ini untuk membincangkan dan berlatih untuk persembahan-persembahan di
majlis keramaian di kejiranan mereka. Inilah asalnya wujud 'aliran' atau 'sekolah silat pulut'.
Nama silat pulut ini dikatakan berasal daripada 'pulut pengantin' (majlis-majlis perkahwinan di
mana ia selalu dipersembahkan).

Silat sehingga kini sudah banyak yang dipecahkan alirannya, seperti mana pecahnya silat
Gayung (Gayung Laksamana, Gayung Laksamana Pahang dan lain-lain lagi). Di Malaysia sahaja
terdapat hampir 500 Perguruan Silat yang telah dapat dikesan.

Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa silat kini semakin tidak mendapat sambutan
daripada golongan pemerintah yang sepatutnya memelihara seni ini dengan alasan terdapat
unsur-unsur khurafat yang terdapat dalam silat. Dengan kesedaran pembangkitan Islam hari ini,
guru-guru aliran telah menentang dan membuang amalan-amalan yang dilihat bertentangan
dengan ajaran agama seperti jampi serapah, pemujaan makhluk ghaib tertentu dan sebagainya.
Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) sendiri telah banyak membawa usaha pemodenan
dalam dunia silat hari ini. Apa yang pasti Silat akan terus menjadi warisan dan lambang jati diri
Melayu sedunia.

Etimologi

Persembahan Randai dengan silek (silat) sebagai salah satu komponen tarian.

Suatu teori menyatakan bahawa perkataan silat sendiri berasal daripada perkataan silek daripada
bahasa Minangkabau.[3] Silek ialah salah satu komponen untuk menyembahkan tarian rakyat
randai Minangkabau bersampingan bakaba (pereka cerita) dan saluang jo dendang (lagu dan
seruling).

Istilah silat sebenarnya suatu kata nama am yang digunakan untuk merujuk pada seni
mempertahankan diri di Asia Tenggara.[4] Ia dikenali di Malaysia sebagai seni silat, seni bela-
diri dan kadang-kala ilmu silat/pencak silat. Di Sumatra, silat dikenali sebagai silek dan lebih
popular di Jawa dan Indonesia sebagai Pencak Silat. Versi Cina bagi silat dikenali sebagai
kuntao.[4]

Pada umumnya perkataan Silat atau Gayung biasa digunakan oleh masyarakat Melayu di
Semenanjung Tanah Melayu, Silek dan Gayuang di Sumatra, Penca dan Maempok di Jawa
Barat, Pencak di Jawa Timur dan Jawa Tengah, Mancak di Madura dan Bawean, Encak di Bali,
Mpaa Sila di Dompu dan Nusa Tenggara Barat, Bermancek di Bulungan dan Kalimantan,
memencak di Bugis dan Sulawesi, Akmencak, kuntau di Sulu dan Sulawesi[5], Basilat dan Kali di
Mindanau.

Sejarah
Silat tersebar sepanjang Alam Melayu (kepulauan Melayu). Silat diperkirakan tersebar di Alam
Melayu semenjak abad ke-7 masihi. Kerajaan-kerajaan besar, seperti Srivijaya dan Majapahit
disebutkan memiliki pendekar-pendekar besar yang menguasai ilmu bela diri dan dapat
menghimpun perajurit-perajurit yang kemahirannya dalam pembelaan diri dapat diandalkan.
Peneliti silat Donald F. Draeger berpendapat bahwa bukti adanya seni bela diri boleh dilihat
daripada berbagai artifak senjata yang ditemukan dari masa klasik (Hindu-Budha) serta pada
pahatan gambar-gambar timbul yang berisikan sikap-sikap kuda-kuda silat di candi Prambanan
dan Borobudur. Dalam bukunya, Draeger menuliskan bahwa senjata dan seni bela diri silat
adalah tak terpisahkan, bukan hanya dalam olah tubuh sahaja, melainkan juga pada hubungan
spiritual yang terkait erat dengan kebudayaan Melayu. Sementara itu Sheikh Shamsuddin (2005)
berpendapat bahawa terdapat pengaruh ilmu bela diri dari Cina dan India dalam silat. Hal ini
kerana sejak awal kebudayaan Melayu telah mendapat pengaruh daripada kebudayaan yang
dibawa oleh pedagang mahupun perantau dari India, Cina, dan mancanegara lainnya. Meski
begitu, silat telah diakui sebagai seni Melayu asli.[6] Orang Melayu yang telah menetap di bandar-
bandar pantai pulau Sumatra dan Semenanjung Melayu, dari Aceh di utara ke Kelantan, Kedah
dan Kepulauan Riau di selatan, dan Pattani di utara ialah orang yang mengamalkan silat.
Perhubungan dengan kumpulan suku kaum lain di bandar-bandar pantai telah juga
mempengaruhi bentuk silat. Adanya bukti bahawa budaya China dan India telah mempengaruhi
gaya-gaya seni mempertahankan diri itu.[7] Apabila Islam disebarkan sepanjang nusantara abad
ke-14, ia diajar bersampingan silat. Selain seni bertarung dan tarian budaya rakyat, silat juga
kemudiannya menjadi suatu latihan rohaniah.[8]

Silat telah diperhalus sebagai ciri keistimewaan sultan, panglima dan pendekar sewaktu empayar
Kesultanan Melaka, Majapahit dan Srivijaya. Orang Melayu, terutamanya di semenanjung
Melayu, menganggap cerita legenda Hang Tuah pada abad keempat belas sebagai bapa silat
ialah detik apabila silat tersebar sepanjan

Anda mungkin juga menyukai