Anda di halaman 1dari 35

NAMA PERTANDINGAN

PERTANDINGAN SILAT SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 2012

TARIKH

7, 8, 9, 10 & 11 MEI 2012

MASA

7.00 PAGI HINGGA 5.30 PETANG

TEMPAT

STADIUM TITIWANGSA KUALA LUMPUR


TEMA

SILAT UNTUK SEMUA


DIRASMIKAN OLEH

TN. HAJI ISMAIL BIN MUSA TIMBALAN PENGARAH PELAJARAN DAERAH BANGSAR DAN PUDU

ISI KANDUNGAN
BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 OBJEKTIF PENGENALAN JAWATANKUASA PENGELOLA SENARAI PENYERTAAN KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN JADUAL PERTANDINGAN ATURCARA MAJLIS PENUTUPAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN SENARAI WASIT KEWANGAN LAPORAN AJK 11.1 LAPORAN SETIAUSAHA PENGELOLA 11.2 PENDAFTARAN DAN PEGURUSAN PESERTA 11.3 JAMUAN DAN MINUMAN VIP DAN AJK 11.4 STATISTIK 11.5 PUBLISITI DAN SIARAYA 11.6 DISIPLIN DAN KESELAMATAN 11.7 FOTOGRAFI DAN DOKUMENTASI 11.8 KEBERSIHAN 11.9 UPACARA PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH DAN TEKS UCAPAN VIP 11.10 HAKIM DAN KEPEGAWAIAN 11.11 PENJAGA MASA 11.12 HADIAH, SIJIL DAN CENDERAMATA 11.13 BUKU PROGRAM DAN ATURCARA 81 82 83 84 62-67 68 69-71 72 73-74 75 76-77 78 79-80 ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1 2-20 21-37 38-41 42 43 44 45-57 58-59 60-61

11.14 JEMPUTAN, SAMBUTAN DAN PROTOKOL 11.15 LOGISTIK DAN PERALATAN

85 86

12.1 GAMBAR 12.2 KEHADIRAN 12.2 TEKS UCAPAN MAJLIS PENUTUPAN 12.3 MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA 12.4 SENARAI TUGAS JAWATANKUASA 12.5 SURAT PELANTIKAN JAWATANKUASA 12.6 SURAT PANGGILAN MESYUARAT 12.7 BORANG ANGGARAN BELANJAWAN 12.8 BORANG PENGESAHAN PENYERTAAN 12.9 BORANG JAWATANKUASA KECIL 12.10 BORANG LAPORAN JAWATANKUASA KECIL 12.11 BORANG PEMARKAHAN 12.12 PELAN LANTAI GELANGGANG 12.13 BUKU PROGRAM 12.14 IKRAR PESERTA 12.15 CD GAMBAR

OBJEKTIF
MEMUPUK SIKAP KERJASAMA, TOLERANSI DAN RENDAH DIRI

MENANAM SEMANGAT KESUKANAN YANG POSITIF DAN TABAH

MENGHADAPI SEBARANG CABARAN

MENGUJI TAHAP PENCAPAIAN DIRI DALAM AKTIVITI SILAT DAN

MENGUJI KEMAMPUAN PELAJAR DALAM

MENGHAYATI SILAT WARISAN

BUDAYA BANGSA

PENGENALAN
Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. Usia sesebuah ilmu atau salasilah seni silat tidak dapat dihuraikan secara terperinci dan tepat kerana tiada usaha-usaha untuk mengkaji dari pihak berwajib secara mendalam. Ada yang menganggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke generasi. Ini termasuklah pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini di Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia, dan Thailand. Mereka yang belajar silat digelar pesilat.

Amalan sekarang, pegajar atau guru silat digelar jurulatih dan seorang yang mewarisi aliran sesuatu perguruan digelar Guru Utama aliran itu.Kebanyakan guru silat kini menolak gelaran Mahaguru kerana bagi mereka gelaran 'maha' hanya sesuai untuk Allah (Tuhan) dan ini menepati perawakan guru silat yang kebiasaannya gemar menyembunyikan kemahiran mereka dan amat merendah diri. Pesilat senior yang telah lama berkecimpung dalam dunia silat sebagai pengajar

(atau menyembunyikan kemahiran mereka), berkemahiran tinggi dan ada di antaranya mewarisi beberapa aliran yang telah hilang digelar sebagai Guru Tua dan amat dihormati. Pesilat yang mempunyai tahap silat yang tinggi digelarkan pendekar.

Antara senjata-senjata Melayu lama yang sering digunakan oleh pesilat adalah seperti keris, badik, kerambit, parang, pedang, lading, Tumbuk Lada, tekpi, tongkat, tembong dan sundang. Bagi silat yang tidak menggunakan senjata, pengajaran akan menumpukan perhatian kepada pertempuran tangan kosong (tanpa senjata). Secara am sesebuah aliran silat mengajar kedua-dua kemahiran dan aliran yang hanya menumpukan salah satu daripadanya adalah sedikit. Kebiasaannya seseorang penuntut atau murid baru akan ditumpukan kepada kemahiran tempur tangan kosong sebelum diajar bermain senjata. Bagi sesetengah aliran, hanya murid yang diiktiraf berkemahiran dan mempunyai adab keperibadian yang tinggi dibenarkan mempelajari kemahiran senjata, terutama bagi yang mempunyai senjata yang dianggap senjata 'rasmi' bagi aliran itu.

Pergerakan silat terbahagi kepada bunga (pergerakan seolah-olah tarian, digelar juga seni atau tari) dan buah (pukulan atau buah pukul). Bagi mereka yang tidak pernah melihat seni pertahanan diri ini, mungkin ia kelihatan seperti sejenis tarian. Namun terdapat aliran yang hanya mempunyai buah seperti Silat Cekak dan Buah Bentayan. Seni tari yang halus ini memungkinkan ia digunakan sebagai persembahan dalam sesuatu majlis keramaian, malah hampir setiap aliran mempunyai 'tari sembah' termasuklah aliran yang tidak mempunyai bunga. Tari sembah ini dipersembahkan untuk memperkenalkan diri dan aliran yang diwakili/dipelajari. Dalam situasi pergaduhan, permulaan langkah dari tari sembah

atau sejurus dari bunga yang diperlihatkan membolehkan pesilat mengenali rakan sealiran dan memungkinkan situasi berakhir dengan damai dan bermaaf-maafan.

Adalah menjadi ungkapan yang terkenal dan biasa disebut oleh guru-guru silat bahawa bunga silat mempunyai seribu satu muslihat. Selain daripada kelihatan mengelirukan (seolah-olah menari) dan sebab-sebab di atas, bunga juga digunakan untuk memberi masa dan ruang kepada lawan untuk menghulurkan salam perdamaian (ini dapat dilihat dalam kebanyakan bunga yang kelihatan seperti menghulur salam), menyembunyikan buah dan sudut serangan dan mengacah serta mengumpan lawan (kadangkala sehingga sengaja menunjukkan bahagian tubuh tertentu bagi diserang untuk memerangkap musuh). Silat Gayung Fatani terkenal dengan pergerakan bunga yang cantik dan istilah 'melilit'. Pesilat aliran ini akan sengaja memberi ruang dan isyarat kepada musuh untuk menyerang atau cuba melepaskan diri, di mana semakin musuh itu menyerang setelah termasuk perangkap kuncian, maka semakin ketat mereka akan 'terbelit' dalam kuncian pesilat aliran ini.

Silat juga terkenal sebagai sistem pertahanan diri yang banyak menggunakan kuncian, sama ada kunci urat saraf atau anggota tubuh. Istilah 'kunci mati' adalah sinonim dengan silat.

Jenis silat (umum)

Timbul salah faham di kalangan orang ramai bahawa silat seni seperti silat pulut adalah biasanya dipersembahkan pada majlis rasmi dan majlis keramaian seperti majlis perkahwinan manakala silat dari jenis buah pukul atau seni tempur

pula lebih banyak disorokkan dari pandangan ramai atas dasar-dasar memelihara seni, muslihat permainan dan beberapa alasan yang lain. Hakikatnya 'silat pulut' bukanlah satu aliran silat berlainan yang hanya memfokuskan persembahan dan tidak boleh mempertahankan diri. Ia hanyalah terma atau gelaran yang digunakan apabila pesilat merancang acara persembahan mereka di majlis keramaian. Ini termasuklah tari sembah dan pertempuran yang diatur. Sudah tentu rahsia dan muslihat permainan aliran tidak dipertontonkan. Kebiasaannya sekumpulan pesilat menubuhkan kumpulan 'silat pulut' ini untuk membincangkan dan berlatih untuk persembahan-persembahan di majlis keramaian di kejiranan mereka. Inilah asalnya wujud 'aliran' atau 'sekolah silat pulut'. Nama silat pulut ini dikatakan berasal daripada 'pulut pengantin' (majlis-majlis perkahwinan di mana ia selalu

dipersembahkan).Silat sehingga kini sudah banyak yang dipecahkan alirannya, seperti mana pecahnya silat Gayung (Gayung Laksamana, Gayung Laksamana Pahang dan lain-lain lagi). Di Malaysia sahaja terdapat hampir 500 Perguruan Silat yang telah dapat dikesan.

Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa silat kini semakin tidak mendapat sambutan daripada golongan pemerintah yang sepatutnya memelihara seni ini dengan alasan terdapat unsur-unsur khurafat yang terdapat dalam silat. Dengan kesedaran pembangkitan Islam hari ini, guru-guru aliran telah menentang dan membuang amalan-amalan yang dilihat bertentangan dengan ajaran agama seperti jampi serapah, pemujaan makhluk ghaib tertentu dan sebagainya. Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) sendiri telah banyak membawa usaha pemodenan dalam dunia silat hari ini. Apa yang pasti Silat akan terus menjadi warisan dan lambang jati diri Melayu sedunia.

Etimologi

Suatu teori menyatakan bahawa perkataan silat sendiri berasal dari silek dari bahasa Minangkabau. Silek adalah salah satu komponen untuk menyembahkan tarian rakyat randai Minangkabau bersampingan bakaba (pereka cerita) dan saluang jo dendang (lagu-dan-seruling).

Istilah silat adalah sebenarnya suatu kata nama am yang digunakan untuk merujuk pada seni mempertahankan diri di Asia Tenggara. Ia dikenali di Malaysia sebagai seni silat, seni bela-diri dan kadang-kala ilmu silat/pencak silat. Di Sumatra silat dikenali sebagai silek dan lebih popular di Jawa dan Indonesia sebagai Pencak Silat. Versi Cina bagi silat dikenali sebagai kuntao.

Pada umumnya perkataan Silat atau Gayung biasa digunakan oleh masyarakat Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, Silek dan Gayuang di Sumatra, Penca dan Maempok di Jawa Barat, Pencak di Jawa Timur dan Jawa Tengah, Mancak di Madura dan Bawean, Encak di Bali, Mpaa Sila di Dompu dan Nusa Tenggara Barat, Bermancek di Bulungan dan Kalimantan, memencak di Bugis dan Sulawesi, Akmencak di Sulu dan Sulawesi, Basilat dan Kali di Mindanau.

Sejarah

Silat tersebar sepanjang Nusantara Melayu sejak abad ke-7 M, tetapi asal-usulnya masih lagi tidak pasti. Meskipun, silat telah diakui sebagai seni Melayu asli. Orang Melayu yang telah menetap di bandar-bandar pantai pulau Sumatera dan Semenanjung Melayu, dari Aceh di utara ke Kelantan, Kedah dan Kepulauan Riau di

selatan, dan Pattani di utara adalah orang yang mengamalkan silat. Perhubungan dengan kumpulan suku kaum lain di bandar-bandar pantai telah juga mempengaruhi bentuk silat. Adanya bukti bahawa budaya China dan India telah mempengaruhi gaya-gaya seni mempertahankan diri itu. Apabila Islam disebarkan sepanjang nusantara abad ke-14, ia diajar di samping dengan silat. Selain seni bertarung dan tarian budaya rakyat, silat kemudian menjadi suatu latihan rohaniah.

Silat telah diperhaluskan ke ciri keistimewaan sultan, panglima dan pendekar sewaktu empayar Kesultanan Melaka, Majapahit dan Srivijaya. Ia adalah waktu apabila silat tersebar sepanjang Semenanjung Melayu, Jawa, Bali, Sulawesi dan Borneo. Orang Melayu, terutamanya di semenanjung Melayu, menganggap cerita legenda Hang Tuah pada abad keempat belas sebagai bapa silat.

Silat berkongsi sejarah yang sama di Malaysia (termasuk Singapura ketika itu), Brunei dan Indonesia sewaktu era penjajahan sebagai suatu wadah untuk membebaskan diri daripada kekuasaan penjajah. Sewaktu era pasca penjajahan, silat telah menikmati populariti dan nama yang tinggi oleh kerana jasa-jasa pendekar yang telah memimpin perjuangan dan mengorbankan nyawa untuk kemerdekaan.

Kegunaan daerah

Di Indonesia, pencak silat telah dipilih pada 1948 sebagai suatu istilah kesatuan untuk seni pertahan diri mereka. Ia adalah suatu kata majmuk dari dua istilah yang umumnya digunakan untuk seni pertahan diri di Indonesia. Pencak adalah istilah yang digunakan di Jawa tengah dan timur, sementara silat digunakan di Sumatera. Dalam kegunaan moden, pencak dan silat dilihat sebagai dua aspek

pada amalan yang sama. Pencak adalah aspek persembahan pada seni pertahan diri, sedangkan silat adalah inti perkelahian dan seni pertahan diri.

Di Malaysia, silat adalah suatu istilah yang digunakan sebagai istilah payung untuk semua seni pertahan diri Melayu. Contoh-contoh pada gaya-gaya silat di Malaysia adalah Silat Cakar Harimau, Silat Gayung Zahir 9, Silat Pancasila, silat gayong maarifat, Silat Keris Lok Sembilan, Silat Gayung Pusaka, Silat Seni Gayong dan Silat Lian Padukan.

Di Malaysia, Perguruan Silat diberi nama mengikut masyarakat seperti Silat Minangkabau, Silat Bugis, Silat Jawa dan Silat Kerinci. Terdapat juga perguruan yang diberi nama mengikut daerah seperti Silat Gayong Fatani, Silat Gayungman Kedah, Silat Buah Pukul Mersing dan Silat Pukulan Melaka. Terdapat juga perguruan yang diberi nama mengikut tokoh seperti Silat Hang Tuah, Silat Cekak Ustaz Hanafi, Silat Mat Kilau dan Silat Sendeng Hj Hamid. Terdapat juga perguruan yang diberi nama mengikut motif gerak dan semanagat haiwan seperti Silat Rajawali, Silat Penyu, Silat Siamang Laut dan Silat Harimau.

Perkembangan

Selepas merdeka (1957) terdapat ratusan aliran Perguruan Silat di Malaysia. Pemerintah di Malaysia telah mengarahkan pengamal silat mewujudkan persatuan silat dan didaftarkan atas tujuan untuk membina, meyusun dan pengurusan silat yang lebih baik. Saranan tersebut disambut baik, maka beberapa kumpulan silat telah didaftarkan. Di sinilah bermulanya wujud pelbagai nama alairan penguruan silat kerana setiap pendaftar mestilah mempunyai nama kumpulan masing-masing.

Pada tahun 1978 Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia ketika itu berusaha untuk mewujudkan satu badan atau gabungan peringkat negara yang boleh membangunkan silat secara lebih berkesan, maka wujudlah Majlis Seni Silat Malaysia (1983). Kemudiannya ditukar kepada nama baru iaitu Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia atau PESAKA Malaysia, dan lulus pendaftarannya pada 1986. Pesaka malaysia telah dianggotai oleh empat anggota bertaraf badan pendiri Pesaka Malaysia iaitu Seni Gayung Fatani Malaysia, Silat Seni Gayong Malaysia, Silat Lincah Malaysia dan Silat Cekak Malaysia. Lain-lain perguruan silat menjadi anggota PESAKA Negeri yang diwujudkan di setiap negeri di Malaysia. Bermakna seluruh silat telah bersatu di bawah PESAKA Malaysia

Pada 11hb Mac, 1980,Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT) telah rasmi ditubuhkan sebagai badan induk silat di peringkat antarabangsa dan Jakarta, Indonesia menjadi ibupejabat PERSILAT. Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura telah diiktiraf sebagai anggota pendiri PERSILAT. Badan induk kebangsaan untuk silat dikenali sebagai Ikatan Pencak Silat Indonesia (IPSI) di Indonesia, Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) di Malaysia, Persekutuan Silat Brunei (PERSIB) di Brunei dan Persekutuan Silat Singapura (PERSISI) di Singapura.

Pencak Silat telah diiktiraf sebagai Seni Bela Diri Asli bangsa Indonesia. Manakala di Malaysia, Kerajaan Malaysia telah mengiktiraf bahawa Silat sebagai Seni Bela Diri Rasmi Malaysia dan diwartakan dibawah Akta Warisan Negara semasa Konvensyen Silat yang dianjurkan pada 3hb hingga 4hb Disember 2006.

Pada 23hb hingga 24hb September, 1979, ketika Sukan Asia Tenggara ke-14, IPSI telah memperkenalkan Olahraga Pencak Silat. Peraturan pertandingan ini telah

disusun pada tahun 1973. Silat sekarang adalah secara rasmi termasuk sebagai sebahagian daripada Sukan Asia Tenggara.

JAWATANKUASA INDUK PERTANDINGAN SILAT SEKOLAH-SEKOLAH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 2012

Penaung

Dato Haji Khairil bin Awang Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Penasihat

Timbalan Pengarah Pejabat Pelajaran Bangsar/Pudu Pejabat Pelajaran Keramat Pejabat Pelajaran Sentul Jabatan Pelajaran WilayahPersekutuan Kuala Lumpur

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Naib Pengerusi

Pn Hjh Hamidah bt Bani Pengetua SMK Wangsa Maju Seksyen 2

Pn Nik Eleena Zurenee bt Nik Mustapha PK Koko SMK Wangsa Maju Seksyen 2

Pengerusi Teknik

En Hazli bin Adnan SSWP Sri Titiwangsa

Setiausaha Naib Setiausaha Bendahari Urusetia

: : : :

Pn Noor Nadia bt Abd Ghani Cik Norhanum bt Ismail Pn Haslinda bt Hashim Unit Kokurikulum JPWPKL, WP Keramat & SMK Wangsa Maju Seksyen 2

Pegawai Perhubungan

En Mohd Fuzi bin Mohd Yusop Penyelia Kokurikulum Cemerlang, JPWP En Firdaus bin Said

Penyelia Kokurikulum PPW Keramat

PERTANDINGAN SILAT SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 2012

LAPORAN AJK PENDAFTARAN DAN PENYELIA PESERTA NAMA SEKOLAH TARIKH HARI MASA TEMPAT AJK : SMK SERI AMPANG : 11 MEI 2012 : JUMAAT : 12.00 PM :STADIUM TITIWANGSA : Pengerusi : Datin Nor Azizah binti Sulaiman (Pengetua SMK Seri Ampang) Naib Pengerusi : Pn Rosliza binti Ab. Hamid (Penolong Kanan Kokurikulum) Ahli : 1) Hasbullah bin Muhammad 2) Mohd Akmazani bin Isa 3) Wan Muslim bin Wan Hasan 4) Cety Qasmawanty binti Nor Ahad 5) Cik Tan Liew Chuan 6) Cik Farida bt Yaakub : 1. Bagi Pendaftaran tempat pendaftaran sangat strategi. Selain itu meja pendaftaran sangat sesuai. Bagi penyelia peserta pula kedudukan meja pendaftaran sangat strategik 2. Terdapat sekolah yang hadir tetapi tidak mendaftar. Bagi penyelia peserta pula kebanyakan sekolah lambat menghantar peserta walaupun telah dipanggil berulang kali. 3. Kumpulkan peserta di satu sudut stadium sahaja

LAPORAN TUGASAN 1. KEKUATAN

2. KELEMAHAN

3. CADANGAN

LAPORAN KEWANGAN

: 1. Bateri Healer 16 biji RM 48 2. Kertas 1 rim RM 8.20 3. Alat tulis RM 5.00

DISEDIAKAN OLEH:

DISAHKAN OLEH:

.. (MOHD AKMAZANI BIN ISA)

PERTANDINGAN SILAT SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 2012

LAPORAN AJK BUKU PROGRAM DAN ATURCARA NAMA SEKOLAH TARIKH HARI MASA TEMPAT AJK : SMK TAMAN MELATI : 11 MEI 2012 : JUMAAT : 12.00 PM :STADIUM TITIWANGSA : Pengerusi : Pn. Che Aini bt Che Ismail (Pengetua SMK Taman Melati) Naib Pengerusi : Pn Samsinar bt Abdul Majid (Penolong Kanan Kokurikulum) Ahli : 1) En. Erwan bin Sulaiman 2) Pn. Hasnah bt Abdullah

LAPORAN TUGASAN 1. KEKUATAN

: 1. Membuat buku program dan susunan aturcara program. Mengumpul semua maklumat dari semua AJK Menyediakan dan mencetak 10 buah buku program VVIP dan 200 buah tetamu Menyerahkan buku program pada urusetia sebelum majlis bermula 2. Tiada 3. Tiada

2. KELEMAHAN 3. CADANGAN

LAPORAN KEWANGAN

: 1. Tiada

DISEDIAKAN OLEH: .. (Pn. Samsinar bt Abdul Majid) GPK Kokurikulum SMK Taman Melati

DISAHKAN OLEH:

PERTANDINGAN SILAT SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 2012

84

LAPORAN AJK LOGISTIK DAN PERALATAN PERTANDINGAN NAMA SEKOLAH TARIKH HARI MASA TEMPAT AJK : SMK SERI TITIWANGSA : 7 - 11 MEI 2012 : ISNIN - JUMAAT : 12.00 PM : STADIUM TITIWANGSA : Pengerusi : EN. NIK ANUAY B ABDULLAH Naib Pengerusi Ahli : EN ZAMBRI B ZAINAL ABIDIN : 1) EN. AZRUL FAHMI B ISMAIL 2) EN. JAMAL B BUSAH 3) 15 ORANG PELAJAR

LAPORAN TUGASAN

SEBELUM PERTANDINGAN 1. Mengadakan mesyuarat AJK sebanyak 2 kali iaitu pada tarikh 30 April 2012 (Isnin) dan 3 Mei 2012 (Khamis) Agenda mesyuarat: - ucapan aluan - Bidang tugas - Peralatan - Hal-hal lain 2. Menghantar peralatan ke Stadium Titiwangsa pada hari Ahad (6 Mei 2012) jam 4.00 petangdan memasang mattress serta menyusun meja pertandingan SEMASA PERTANDINGAN 1. Gelanggang dibuka selepas tamat hari pertandingan sebanyak 2 kali dan dipasang semula keesokan harinya. SELEPAS PERTANDINGAN 1. Peralatan pertandingan dihantar semula ke SMK Seri Titiwangsa selepas tamat pertandingan(11 Mei 2012) PENAMBAHBAIKAN

1. Tempoh sewa stadium dilanjutkan hingga ke malam supaya mattress tidak dipasang dan dibuka setiap hari. 2. Peralatan pertandingan tidak akan disediakan lagi seperti penutup kemaluan lelaki dan perempuan Sekian terima kasih

PERTANDINGAN SILAT SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 2012

86

LAPORAN AJK HADIAH, CENDERAMATA DAN SIJIL NAMA SEKOLAH TARIKH HARI MASA TEMPAT AJK : SMK DESA TUN HUSSEIN ONN : 11 MEI 2012 : JUMAAT : 12.00 PM : STADIUM TITIWANGSA : Pengerusi : En. Abd. Razak bin Abd Malek (PK 1 SMK Desa Tun Hussein Onn) Naib Pengerusi : En. Tajuddin bin Talib (Penolong Kanan Kokurikulum) Ahli : Ahli Jawatankuasa Guru 1) Cik Amnah bt Mohamad 2) Cik Suhaida bt Ibrahim 3) Pn. Noor Nikila bt Ahmad Ahli Jawatankuasa Murid 4) Huriyyah Aina bt Manaff 5) nur Addena Ain bt Amran 6) Nurul Asnida bt Md Said 7) Nur Fatin Najihah bt Rosli

LAPORAN TUGASAN 1. KEKUATAN

: 1. AJK mencukupi.

2. KELEMAHAN

2. Tiada

3. CADANGAN

3. Tiada

LAPORAN KEWANGAN

: 1. Tiada

DISEDIAKAN OLEH: .. (EN. TAJUDDIN BIN TALIB) GPK Kokurikulum SMK Taman Setiawangsa

DISAHKAN OLEH:

PERTANDINGAN SILAT SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 2012

LAPORAN AJK PENJAGA MASA NAMA SEKOLAH TARIKH HARI MASA TEMPAT AJK : SMK SEKSYEN 5, WANGSA MAJU : 11 MEI 2012 : JUMAAT : 12.00 PM : STADIUM TITIWANGSA : Pengerusi : Pn Hjh Habsah binti Abdul Kudus (Pengetua SMK Seksyen 5 Wangsa Maju) Naib Pengerusi : Pn Kamilah binti Ab. Rahman (Penolong Kanan Kokurikulum) Ahli : Pn Noraini bt Yasin Pn Jamilah bt Jamaludin Pn Jalinah bt Madsuboh Pn Siti Sapura bt Zakaria

LAPORAN TUGASAN 1. KEKUATAN

: 1. AJK penjaga masa dapat menjalankan tugas dengan baik, kerana diberi taklimat dan latihan selama dua hari. Peralatan yang digunakan dalam keadaan baik dan mencukupi

2. KELEMAHAN

2. Tiada

3. CADANGAN

3. Tiada

LAPORAN KEWANGAN

: 1. Tiada

DISEDIAKAN OLEH: .. (Pn Kamilah bt Ab. Rahman) GPK Kokurikulum SMK Seksyen 5, Wangsa Maju

DISAHKAN OLEH:

PERTANDINGAN SILAT SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 2012

LAPORAN AJK FOTOGRAFI DAN DOKUMENTASI NAMA SEKOLAH TARIKH HARI MASA TEMPAT AJK : SMK WANGSA MELAWATI : 7 - 11 MEI 2012 : ISNIN -JUMAAT : 8.00 AM 5.00 PM : STADIUM TITIWANGSA : Pengerusi : Pn Hjh Hasniah binti Ali (Pengetua SMK Wangsa Melawati) Naib Pengerusi : Pn Nor Haryati binti Imam Khatabi (Penolong Kanan Kokurikulum) Ahli : En Mohd Burhan bin Ramli Pn Nadia Azwa binti Othman

LAPORAN TUGASAN 1. KEKUATAN

: 1. Mempunyai kelengkapan peralatan fotografi yang cukup.

2. KELEMAHAN

2. Laporan pelaksanaan daripada beberapa AJK lambat diterima menyebabkan proses penjilidan buku dokumentasi tidak berjalan dengan lancar. Format laporan yang diterima adalah tidak seragam dan menggunakan font yang pelbagai walaupun format laporan telah diberikan.

3. CADANGAN 3. AJK-AJK yang terlibat perlu menghantar laporan pelaksanaan dan maklumat mengikut masa yang ditetapkan. Pengelola menyediakan format laporan dalam bentuk soft copy.

LAPORAN KEWANGAN

: 1. RM 270.00 (Seperti dalam lampiran)

DISEDIAKAN OLEH:

DISAHKAN OLEH:

(Pn Nadia Azwa binti Othman) AJK Fotografi dan dokumentasi SMK Wangsa melawati

PERATURAN PERTANDINGAN SILAT SENI PENDAHULUAN Pertandingan silat seni adalah bertujuan untuk menilai unsur-unsur seni di dalam beberapa aspek persilatan, iaitu aspek-aspek tari silat (bunga) hinggalah ke aspek bela diri. Pertandingan dijalankan dengan menilai persembahan sesuatu pasukan di mana persembahan adalah dilakukan sesama ahli-ahli pasukan mereka sahaja mengikut kaedah-kaedah peraturan pertandingan.

1. KELENGKAPAN PERTANDINGAN

1.1 Gelanggang Pertandingan 1.1.1 Gelanggang persembahan merupakan empat segi dengan keluasan tidak kurang dari 81 meter persegi (9X9 meter)

1.1.2 Gelanggang boleh dibuat di atas tanah, lantai, atau pentas yang rata (yang pada pendapat pengadil ianya tidak membahayakan peserta)

1.2 Kelengkapan gelanggang 1.2.1 Kelengkapan gelanggang adalah terdiri daripada: 1.2.1.1 1.2.1.2 1.2.1.3 Jam pertandingan Gong atau alat yang berfungsi sama Alat perakam kaset atau alat-alat untuk muzik silat.

1.3 Kelengkapan peserta 1.3.1 Pakaian pesilat yang terdiri daripada 1.3.1.1 1.3.1.2 Pakaian kepala (tengkolok) Pakaian badan warna dan potongan yang sesuai untuk pertandingan mengikut kreativiti dan tradisi melayu yang berasaskan nilai-nilai murni. 1.3.1.3 1.3.1.4 Sebarang aksesori tambahan adalah dibenarkan Baju layang tidak dibenarkan dipakai semasa acara kategori II (Seni Tempur Silat) 1.3.1.5 Semasa acara kategori IV (Jurus Wajib), peserta hanya memakai pakaian hitam berbekung putih selebar 4 inci, melilit piggang dan hujung terjuntai.

2. PENYERTAAN 2.1 Peserta adalah terdiri daripada lelaki dan perempuan bagi kategori menengah dan rendah.

2.2 Setiap pasukan sekolah menengah hendaklah tidak melebihi 10 peserta. 2.3 Bagi kategori sekolah rendah hendaklah tidak melebihi 7 peserta.

3. CORAK DAN WAKTU PERSEMBAHAN 3.1 Persembahan pertandingan yang lengkap adalah terbahagi kepada EMPAT kategori sekolah menengah dan TIGA kategori sekolah rendah:

Kategori 1 Seni Tari Silat (menengah / rendah) Kategori II Seni Tempur Silat (menengah / rendah) - Dipersembahkan oleh DUA orang peserta (lelaki dan perempuan) - Dipersembahkan oleh SEORANG peserta (lelaki dan perempuan)

Kategori III Seni Jurus Silat (menengah / rendah) - Dipersembahkan oleh EMPAT orang peserta (lelaki dan perempuan)

Kategori IV Jurus Wajib (menengah / rendah) - Dipersembahkan oleh TIGA orang peserta (lelaki dan perempuan)

3.2 Persembahan bagi semua kategori hendaklah diiringi oleh muzik manakala kategori IV (Jurus Wajib ) tanpa iringan muzik.

4. ATURAN PERTANDINGAN

4.1 Pertandingan adalah berasaskan kepada penilaian yang diberikan kepada pasukan yang membuat persembahan dikalangan pesertanya sahaja. 4.2 Larangan-larangan di dalam persembahan adalah : 4.2.1 Persembahan persembahan yang membahayakan penonton dan pegawai. 4.2.2 Kelakuan yang biadap dan tidak sopan seperti mengejek, meludah, dan sebagainya. 4.2.3 Kelakuan yang mencabar.

5. PENILAIAN MARKAH 5.1 Nilai markah Penilaian Markah akan diberi berdasarkan kepada kategori perembahan seperti berikut : 5.1.1 Kategori Seni Tari Silat 5.1.1.1 Wiraga 5.1.1.2 Wirama 5.1.1.3 Wirasa 5.1.2 Kategori Seni Tempur Silat 5.1.2.1 Teknik Serang Bela 5.1.2.2 Kekayaan Teknik 5.1.2.3 Ketangkasan dan Kecekapan 5.1.2.4 Daya Tahan & Pernafasan 5.1.4.5 Kemantapan Sikap 5.1.3 Kategori Seni jurus Silat 5.1.3.1 Wiraga 5.1.3.2 Wirama 5.1.3.3 Wirasa 5.1.4 Kategori Jurus Wajib 5.1.4.1 Kemantapan 5.1.4.2 Keseragaman 5.1.4.3 Urutan dan Ketepatan 5.2 Perincian Pemarkahan 50 20 20

100

30 30 20 10 10

100

50 20 30

100

60 30 10

100

Bagi maksud pemberian markah yang lebih objektif markah yang maksimum bagi unsur-unsur yang diperhatikan ialah adalah: Unsur Penilaian kategori I dan III 5.2.1 Wiraga 5.2.1.1 Kekayaan Gerak 5.2.1.2 Kemantapan gerak 5.2.1.3 Keterampilan dan Keseragaman 5.2.1.4 Penggarapan Gerak 5.2.1.5 Keserasian Pakaian & Kelengkapan Jumlah Kecil 5.2.2 Wirama 5.2.2.1 Ketepatan Gerak dengan Irama 5.2.2.2 Keserasian Gerak dengan Muzik Jumlah kecil 5.2.3 Wirasa 5.2.3.1 Penghayatan Gerak 5.2.3.2 Kemantapan Ekspresi 5.2.3.3 Tertib dan Sopan Santun Jumlah kecil Unsur Penilaian kategori II 5.3.1Teknik Serang dan Bela 5.3.1.1 Serangan / belaan yang logik 5.3.1.2 Sikap awal, Lintasan Serangan dan Kekuatan 5.3.1.3 Kaedah Pencak Silat 5.3.1.4 Keberkesanan Serangan / Belaan 5.3.1.5 Jumlah Kecil 5.3.2 Kekayaan Teknik 5.3.2.1 Keanikaragam Teknik 5.3.2.2 Jumlah Teknik Serang / Bela 5.3.2.3 Jumlah Kecil 5.3.3 Ketangkasan dan Kecepatan 5.3.3.1 Ketepatan Waktu Serang / Bela 5.3.3.2 Kecepatan dan Ketepatan Serangan 5.3.3.3 Kemurnian dan daya Tarik 5.3.3.4 Jumlah Kecil 5.3.4 Daya Tahan dan Pernafasan 5.3.4.1 Daya Tahan Tubuh

10 10 10 10 10 50

10 10 20 10 10 10 30

10 10 05 05 30

15 15 30

10 05 05 20

04

5.3.4.2 Permanfaatan Tenaga 5.3.4.3 Pernafasan Jumlah Kecil 5.3.5 Kemantapan Sikap 5.3.5.1 Sikap Sopan Santun 5.3.5.2 Sikap Tegas dan Berani Jumlah Kecil Unsur Penilaian kategori IV 5.4.5 Kemantapan 5.4.5.1 Pergerakan 5.4.5.2 Penghayatan 5.4.5.3 Daya Tahan Jumlah Kecil 5.4.6 Keseragaman 5.4.6.1 Gerakan 5.4.6.2 Keterampilan Jumlah Kecil 5.4.7 Urutan dan Ketepatan 5.4.7.1 Urutan Gerakan 5.4.7.2 Ketepatan Gerakan Jumlah Kecil

02 04 10

05 05 10

30 20 10 60 20 10 30

05 05 10

5.5 Perincian Pemarkahan 5.5.1 Nilai 5 (lima) markah ditolak dari peserta pertandingan yang melaksanakan kurang 15-29 saat dari waktu yang ditentukan. 5.5.2 Nilai 10 (sepuluh) markah ditolak dari peserta pertandingan yang melaksanakan persembahan kurang 30-45 saat dari waktu yang ditentukan. 5.5.3 Nilai 15 (lima belas) markah ditolak dari peserta pertandingan yang melaksanakan persembahan kurang 60 saat dari waktu yang ditentukan. 5.5.4 Peserta diberi masa 15 (lima belas) saat untuk menyelesaikan gerakan terakhir dari persembahannya. Persembahan akan dihentikan oleh Ketua Pertandingan jika peserta tidak memberhentikan persembahan pada akhir tempoh masa tersebut. Persembahan di dalam tempoh masa ini tidak akan diberi penilaian oleh para pengadil. 5.6 Perkara-perkara yang membolehkan penolakan nilai semasa pertandingan:

5.6.1 Perkara 5.5.1, 5.5.2 dan 5.5.3 dalam para 5.5 seperti di atas. 5.6.2 Jatuh Aksesori: 5.6.2.1 Tengkolok (kecuali semasa acara tempur) 5.6.2.2 Pakaian badan nilai 1 ditolak 5.6.2.3 Keluar gelanggang ( sama ada satu atau dua belah kaki atau badan ) nilai 1 ditolak 5.6.3Perkara-perkara 4.2.1 dan 4.2.2 dalam para 4.2 tajuk 4 nilai 1 ditolak seperti 5.6.3.1 Meludah 5.6.3.2 Isyarat lucah 5.6.3.3 Lain-lain perbuatan melampau yang menyentuh nilai-nilai kesopanan 5.6.3.4 Perlakuan Mencabar

6. PELAKSANAAN PERTANDINGAN 3.1 Setiap pertandingan akan diketuai oleh Ketua Pertandingan dengan dibantu oleh tiga orang Dewan Juri, lima orang juri, Setiausaha Pertandingan & Penolong dan Pengamat Waktu & Penolong 3.2 Pengurusan pengiraan jumlah markah akan dibuat oleh Dewan Juri 3.3 Tugas juri adalah memberi penilaian markah kepada setiap persembahan. 3.4 Tugas pengamat waktu adalah bertanggungjawab: 3.4.1 Menghidupkan jam pertandingan bagi memulakan setiap pertandingan mengikut kategori. 3.4.2 Membunyikan gong atau alat sama fungsi untuk menandakan persembahan, persembahan. amaran waktu hampir tamat dan tamat masa

7. PENGURUSAN PASUKAN 7.1 setiap pasukan perlu mempunyai seorang Pengurus Peserta. 7.2 Tanggungjawab Pengurus Peserta ialah menerima segala arahan dari Pegawai-pegawai pertandingan dan melaksanakannya.

8. PENENTUAN KEMENANGAN 8.1 Kemenangan adalah berasaskan kepada jumlah markah dari setiap kategori yang dipertandingkan. 8.2 Dalam keadaan di mana jumlah markah yang diperoleh adalah sama, maka

unsur-unsur berikut dijadikan penentu kepada kemenangan mengikut keutamaan susunan ini bagi kategori I,II, dan III sahaja. 8.2.1 Nilai Wiraga atau kekayaan serang bela 8.2.2 Nilai wirama atau kekayaan teknik 8.2.3 Nilai pengurangan markah terkecil 8.2.4 Undian dijalankan jika ketiga-tiga penentu di atas tidak dapat mencapai keputusan cemerlang 8.2.5Bagi kategori IV, penentu kepada kemenangan mengikut keutamaan susunan: 8.2.5.1 Kemantapan 8.2.5.2 Keseragaman 8.2.5.3 Urutan dan ketepatan 8.3 Johan keseluruhan akan ditentukan: 8.3.1 Berdasarkan kepada pungutan pingat johan, naib johan , ketiga dan keempat sekolah menengah dan sekolah rendah. 8.3.2 Jika didapati sama jumlah pingat, jumlah kutipan markah keseluruhan kategori sekolah menengah akan menjadi penentu kemenangan. 8.3.3 Jika didapati masih sama, rujuk kepada pemenang mengikut urutan kategori I, II, III dan IV dekolah menengah lelaki sahaja. 8.3.4 Jika didapati masih sama, undian akan dijalankan. 8.4 Segala keputusan akan diumumkan olehKetua Pertandingan atau mana-mana orang yang diberi mandat oleh Ketua Pertandingan.

9. FORMAT PERSEMBAHAN PERTANDINGAN Format persembahan bagi setiap pasukan adalah seperti berikut: 9.1 Peserta memberi hormat kepada Ketua Pertandingan, Juri, dan penonton. 9.2 peserta menghadap Ketua Pertandingan untuk menerima arahan memulakan pertandingan. 9.3 peserta bersedia untuk memulakan persembahan. 9.4 masa akan diambil apabila penanda permulaan dibunyikan dan peserta hendaklah memulakan persembahannya. 9.5 bagi kategori I dan II sekolah menengah dan rendah dan kategori III sekolah rendahsahaja, setelah 2 minit 50 saat dijalankan , bunyi penanda 1 kali akan dibunyikan sebagai peringatan bahawa masa ada 10 saat lagi.

9.6 Tanda masa penamat bagi perkara 9.5 di atas akan dibunyikan 3 minit setelah persembahan dibuat dan peserta hendaklah mengakhiri persembahannya. 9.7 Bagi kategori III sekolah menengah , setelah 4 minit 50 saat dijalankan, bunyi penanda 1 kali akan dibuat sebagai peringatan bahawa masa ada 10 saat lagi. 9.8 Tanda masa penamat 5 minit kategori III dibunyikan dan peserta-peserta menamatkan persembahan. 9.9 Bagi kategori IV (Jurus Wajib), hanya masa permulaan dan penamat 3 minit masa persembahan akan dibunyikan. 9.10 Peserta memberi hormat dan keluar gelanggang. 10. SUSUNAN PELAKSANAAN PERTANDINGAN 10.1 Susunan pelaksanaan teknik pertandingan ialah: 10.1 Pegawai Teknikal 10.2 Ketua Pertandingan dibantu : 10.2.1 Dewan juri 10.2.2 Juri 10.2.3 Setiausaha Pertandingan / Pembantu 10.2.4 Pengamat waktu / Pembantu 10.2.5 Pembantu Perubatan 10.3 Pasukan Perubatan 10.4 Juri Rayuan

11. PEGAWAI TEKNIKAL 11.1 Mengetuai dan bertanggungjawab ke atas keseluruhan pertandingan

12. KETUA PERTANDINGAN 12.1. 12.2. 12.3. Mengetuai dan bertanggungjawab ke atas kelancaran pertandingan Mengatur tugas-tugas juri Memutuskan masalah pertandingan ke peringkat pertama iaitu dengan merujuk kepada juri 12.4. Memanjangkan / mengemukakan masalah pertandingan ke peringkat kedua iaitu dengan merujuk Juri Rayuan 12.5. Mengesahkan segala keputusan sebelum pengumuman keputusan dibuat.

13. PASUKAN PERUBATAN 13.1. Tiap pertandingan yang diselenggarakan harus dihadiri, disaksikan dan dijaga oleh Pegawai perubatan yang ditentukan olehUrusetia Pertandingan dari awal hingga akhir. 13.2. Atas permintaan Ketua Pertandingan, Pegawai Perubatan boleh merawat pesilat di gelanggang persembahan. 13.3. Pegawai perubatan akan menentukan sama ada peserta boleh atau tidak boleh meneruskan pertandingan

14. DEWAN JURI 14.1 Dewan juri adalah terdiri daripada 3 orang juri yang dipilih oleh ketua pertandingan. 14.2 Tanggungjawab Dewan Juri ialah: 14.2.1 Meneliti hasil-hasil penilaian Juri dan menentukan keputusan sesuatu persembahan untuk diserahkan kepada Ketua

Pertandingan. 14.2.2 memberikan pertimbangan masalah pertandingan kepada Ketua Pertandingan

15. JURI 15.1 Juri yang akan menjalankan tugas harus memenuhi syarat : 15.1.1. memiliki kemahiran seni silat dan tauliah dari perguruan masingmasing. 15.1.2 bersikap adil dan tidak berat sebelah. 15.1.3 dapat membuat keputusan dan memberi keputusan dan memberi keputusan dengan cepat dan tegas. 15.1.4 Telah mengikut kursus pengadilan silat seni.

16. JURI RAYUAN 16.1 juri rayuan adalah mereka yang dipilih oleh Jawatankuasa Penganjur Kejohanan 16.2 Juri rayuan mempunyai kuasa tertinggi untuk memberi keputusan terhadap masalah pertandingan yang dikemukakan kepadanya.

16.3 Keputusan Juri Rayuan adalah muktamad serta tidak boleh dipersoal lagi.

17. ENGKAR DAN HUKUMAN 17.1 Engkar terhadap keputusan Juri Rayuan serta penyimpangan daripada tatatertib pertandingan boleh dikenakan tindakan: 17.1.1 Amaran 17.1.2 Dilarang mengikuti kegiatan pertandingan 17.1.3 Hukuman

17.2

Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan yang tidak menepati syarat : 17.2.1 Peringkat umur dan status persekolahan 17.2.2 Jantina 17.2.3 Kerakyatan Kategori yang tersebut di atas akan tersingkir dari menyertai pertandingan 19

18. Peraturan yang tidak terdapat di dalam peraturan ini hendaklah ditentukan dan dijelas oleh Jawatankuasa Penganjur Pertandingan

KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN DALAM PERTANDINGAN SILAT SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 2012 20 1. Pertandingan Silat 2012 Sekolah Rendah (putera dan puteri) 1.1 Seni Tari 1.2 Seni Tempur 1.3 Seni Jurus Silat (puteri) 1.4 Seni Jurus Wajib (putera) 20

2. Pertandingan Silat 2012 Sekolah Menengah (putera dan puteri) 2.1 Seni Tari 2.2 Seni Tempur 2.3 Seni jurus silat (puteri) 2.4 Seni Jurus Wajib (putera) 2.5 Silat Olahraga kategori 42-45kg (puteri) 2.6 Silat Olahraga kategori 48-51kg (puteri) 2.7 Silat Olahraga kategori 54-57kg (puteri)

2.8 Silat Olahraga kategori 45-48kg (putera) 2.9 Silat Olahraga kategori 51-54kg (putera) 2.10 Silat Olahraga kategori 57-60kg (putera)

3. Pertandingan Pasukan Muzik Iringan

ATURCARA MAJLIS PENUTUPAN

Aturcara 8.30 pagi 8.45 pagi Pendaftaran Tetamu Jemputan Ketibaan Dato Pengarah Yang berbahagia Dato Haji Khairil bin Awang Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan Ketibaa Tetamu Kehormat Yang Berbahagia Datuk Astaman bin Abdul Aziz Pengerusi Yayasan Pendidikan Titiwangsa Bacaan doa Persembahan (SMK Wangsa Maju Seksyen 2) Ucapan Alu-aluan Yang berbahagia Dato Haji Khairil bin Awang Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan Ucapan Perasmian Penutup Yang Berbahagia Datuk Astaman bin Abdul Aziz Pengerusi Yayasan Pendidikan Titiwangsa Penyampaian Hadiah dan Sijil Persembahan Pemenang

9.00 pagi

Upacara Penutupan Gelanggang Nyanyian Lagu Negaraku 12.00 tengahari Majlis Bersurai

Anda mungkin juga menyukai