Anda di halaman 1dari 2

Soalan 1

a) Berdasarkan petikan tersebut, dua konsep etnik yang sesuai diaplikasikan


berdasarkan suasana di Afrika Selatan ialah yang pertama ialah rasisme Rasisme merujuk
kepada pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif sesuatu kelompok sosial atau para
anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan ras semata-mata. Ditunjukkan
secara terbuka melalui tindakan terbuka. Ianya berkait rapat dengan konsep prejudis,
stereotaip dan diskriminasi. Pemikiran sebeginilah yang menghalalkan sistem perhambaan
di Afrika. Orang kulit hitam dianggap tidak akan dapat mencapai tahap peradaban orang
kulit putih dan tidak boleh berkahwin campur.

Konsep yang kedua ialah prejudis. Prejudis merujuk kepada pandangan negatif
mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok
etnik tertentu. Prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Dengan kata lain, prejudis
merupakan tanggapan buruk terhadap orang lain tanpa asas yang secukupnya.

b) Senario kemunculan masyarakat plurastik di tanah melayu semasa penjajahan british


berkait langsung dengan aktiviti perdagangan dan lokasi Alam Melayu itu sendiri. Kehadiran
para pedagang dari pelbagai kawasan telah membantu pembentukan masyarakat pluralistik.
Kewujudan masyarakat tersebut menjadi lebih nyata selepas kehadiran kuasa kolonial barat.
Kehidupan moden terutama di bandar besar telah memperlihatkan kewujudan pelbagai
amalan budaya yang berlainan. Bukan itu sahaja, kedatangan pelbagai latar belakang etnik
di bandar besar juga mewujudkan keadaan hidup kosmopolitan.

Soalan 2

a) Selaras dengan dasar pendidikan kebangsaan, bahasa Melayu dijadikan sebagai mata
pelajaran wajib dan telah dijadikan bahasa pengantar utama bagi semua peringkat
pendidikan. Penggunaan bahasa Melayu yang semakin meluas sesuai dengan tarafnya
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara menekankan penguasaan dan
penggunaan bahasa Melayu yang lebih bermutu. Pelajar-pelajar bukan sahaja perlu
menguasai kecekapan berbahasa dan ketepatan berkomunikasi, tetapi juga perlu
memahami sistem bahasa Melayu yang mampu mengungkapkan segala bidang ilmu dan
kegiatan harian selaras dengan fungsinya sebagai bahasa perpaduan rakyat, perhubungan
utama, dan bahasa ilmu pengetahuan yang mencerminkan akal budi rakyat.
Selain itu, rata-rata anak-anak berinteraksi dengan rakan sebaya di sekolah, majikan dan
pekerja berkomunikasi di pejabat bahkan urusan jual beli di pasar raya juga kita sering
mendengar bahasa Melayu diujarkan. Keadaan ini akan mempermudahkan lagi proses
perpaduan kaum di Malaysia dimana ia akan berfungsi sebagai satu cara yang sangat
efektif dalam mencapai matlamat tersebut. Bukan itu sahaja, bahasa melayu yang
digunakan dalam rancangan televisyen termasuk iklan, drama, filem dan lain-lain yang
mengetengahkan konsep perpaduan antara kaum di negara ini wajar digalakkan dan diberi
perhatian kerana melalui platform tersebut, permuafakatan yang diterima oleh etnik Melayu
dan bukan Melayu serta harapan untuk merapatkan integrasi kaum dapat dicapai.

b) Usaha yang dibuat oleh kerajaan dalam bidang politik menyumbang kepada kestabilan
hubungan etnik di negara ini, iaitu sistem demokrasi dalam kerajaan yang memerintah.
Semenjak kemerdekaan pada tahun 1957, negara kita mengamalkan sistem demokrasi
berparlimen. Ianya telah dapat memudahkan lagi rakyat meluahkan bantahan dan
ketidakpuasan etnik dan membuat tuntutan yang tertentu. Ruang dan skop yang disediakan
oleh sistem demokrasi kepada ahli-ahli politik dan perwakilan daripada etnik-etnik yang
berbeza, pada hakikatnya, telah mengurangkan kekecewaan etnik.

Bagi mewujudkan integrasi nasional daripada pelbagai etnik di Malaysia, dalam bidang
pendidikan pula, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan Sekolah Wawasan.
Konsep Sekolah Wawasan ialah usaha melahirkan anak bangsa Malaysia yang lebih
bersifat cintakan negara dengan menyatukan sekolah dalam satu sistem pendidikan yang
seragam yang dahulunya terasing antara satu sama lain untuk mewujudkan satu
pertembungan etnik dalam satu ruang yang sama.

Dalam bidang ekonomi, kerajaan telah merancang dan melaksanakan dasar ekonomi baru
(DEB) yang bertujuan untuk memupuk perpaduan antara kaum di negara ini. Dalam Mohd
Asrol Arpidi, Ishak Saat & Khairi Ariffin (2014) menyatakan bahawa Tun Abdul Razak
membuat penambahbaikan dalam pelbagai sektor khususnya dari segi ekonomi supaya
tidak wujud jurang perbezaan yang ketara antara kaum. Tun Abdul Razak yakin bahawa
penyusunan semula ekonomi negara haruslah dilakukan dengan lengkap dan dengan
mengubah cara hidup tradisional orang Melayu ke ara ekonomi moden. Ini penting supaya
mereka lebih berdaya saing dan mempunyai peluang untuk mendapat kemajuan yang lebih
saksama bagi semua rakyat.

Anda mungkin juga menyukai