Anda di halaman 1dari 2

Antara kesan pengaruh Portugis terhadap masyarakat Melayu dari segi:

1.sosiobudaya

Dari segi sosiobudaya, wujudnya asimilasi kaum yang mengakibatkan terbentuknya masyarakat seperti
masyarakat Serani di Perkampungan Portugis, Ujong, Melaka. Sebagai contohnya tokoh terkenal dalam
kapal terbang, iaitu Tony Fernandes yang berdarah Serani. Masyarakat Serani berkahwin campur dan
mewujudkan komuniti Serani. Pengaruh yang jelas ialah bahasa, makanan, pakaian dan seni bina serta
agama. Bahasa yang digunakan merupakan bahasa kreol yang berasaskan bahasa Portugis, bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris. Sebagai contohnya, Teng Bong? (Apa Khabar?), Mutu Merseh (Terima
Kasih). Dari kesan bahasa terlihat beberapa pinjaman yang digunakan dalam bahasa Melayu misalnya
caretta (kereta), escola (sekolah), Bandeira (bendera) dan sebagainya. Pengaruh makanan pula terlihat
seperti tart telur dan makanan berkari. Walau bagaimanapun, aspek pakaian mereka sedikit berbeza
namun ada sedikit persamaan misalnya mereka suka memakai seluar dan ada juga berkebaya. Namun
begitu, mereka mengekalkan pakaian tradisional, iaitu gaun berlengan besar bagi perempuan dan lelaki
pula mengenakan baju sut seperti orang Barat. Dari aspek seni bina pula jelas terlihat pada tinggalan
bangunan bersejarah seperti A Famosa, Gereja St. Paul dan bangunan di Perkampungan Portugis. Dari
segi agama pula, orang Portugis meluaskan pengaruh agama seperti memaksa orang Melayu memeluk
agama Kristian Katolik melalui perkahwinan secara paksaan pada zaman dahulu.

2. sosiopolitik

Kedatangan Portugis secara tidak langsung melenyapkan kerajaan Melaka di bawah pemerintahan
Sultan Melayu yang mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan. Secara tidak langsung, kuasa sultan
telah hilang. Kesan sosiopolitik berlaku melalui Sistem Birokrasi Barat bagi menggantikan Sistem
Pemerintahan Beraja. Sebagai contohnya, kerajaan pusat akan melantik gabenor sebagai ketua
pentadbir yang menjaga tanah jajahan, pelantikan pegawai dan undang-undang baharu.

Keadaan pemerintahan telah berubah, iaitu sebelum ini masyarakat Melayu dipimpin sepenuhnya oleh
raja atau sultan. Namun begitu, kesan yang dilihat menukarkan konsep raja berpelembagaan yang
secara tidak langsung menghapus kuasa mutlak raja. Hal ini dikatakan demikian kerana pemisahan kuasa
antara Parlimen, Institusi Beraja dan Perundangan yang berasaskan demokrasi.

Selain itu, wujudnya parti-parti tertentu seperti UMNO, PAS, PKR, MIC, MCA dan pelbagai lagi yang
menjadikan dunia politik berasaskan kaum secara tidak langsung perkongsian kuasa politik berlaku dan
setiap parti menjaga kepentingan kaum masing-masing.

3.sosioekonomi

Kedudukan kaum Melayu sebagai kaum utama tidak seimbang dari segi penguasaan ekonomi
disebabkan dasar pecah dan perintah. Dasar ini memisahkan penempatan sesuatu kaum dan
memberikan keuntungan kepada kaum tertentu misalnya kaum Cina yang berada di bandar dan
menguasai ekonomi komersial. Kesannya masyarakat Melayu hanya bekerja di sektor pertanian.

Selain itu, sistem ekonomi berasaskan kapitalis yang menjadikan faedah (riba) sebagai keutamaannya.
Hal ini jelas mengakibatkan masyarakat Melayu terpaksa berhutang. Di samping itu, mewujudkan
pekerjaan kelas bawahan dan rendah kerana masyarakat Melayu dipandang rendah oleh penjajah.

Anda mungkin juga menyukai