Anda di halaman 1dari 1

LATIHAN 1 :

Gariskan kata nama am atau kata nama khas dalam ayat-ayat berikut.

1. Encik Nordin melanggan akhbar pada setiap bulan.


2. Ikan yang dijual di pasar itu sangat mahal.
3. Di kampung saya terdapat sebatang sungai yang cantik.
4. Cita-cita Rahman hendak menjadi jurutera.
5. Murid-murid sedang menduduki peperiksaan di dewan besar.

LATIHAN 2 :

Gariskan pada kata nama khas yang betul dan bulatkan pada penggunaan kata nama
khas yang salah.
1. Dia pergi ke tasik chini bersama-sama keluarganya.
2. Adilah mengirimkan hadiah kepada kakaknya di Jakarta.
3. Dia membeli sebuah kereta berjenama Honda untuk isterinya.
4. Dia menonton filem ‘ombak rindu’ bersama dengan Julia.
5. Sang Kancil dan sang kura-kura sedang mencari makanan.

LATIHAN 3 :

Gantikan perkataan yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah dengan kata ganti nama diri
yang sesuai.

1. "Kalau tiada aral melintang, kalian akan bertolak ke Pulau Pinang pada minggu depan,"
kata
Rosli kepada Kamal.( )

2. “Patik akan tunaikan permintaan kamu itu”, kata laksamana kepada Sultan Melaka.
( )

3. "Titah Tuanku itu akan aku laksanakan dengan segera," sembah Hang Tuah.
( )

4. "Mereka hendak pergi ke mana?" tanya Pak Abu kepada anak tunggalnya.
( )

5. Zamri terpaksa pulang ke asramanya kerana beliau terlupa hendak membawa buku
latihan.
( )

Anda mungkin juga menyukai