Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENGENALAN
1.1 Pembinaan Peradaban Majmuk Di Malaysia
Pembinaan peradaban majmuk di Malaysia adalah hasil gabungan dari beberapa
peradan besar dunia yang terjalin melalui perjalanan sejarah di Alam Melayu.
Peradaban ini terus berkembang dengan pengaruh oleh 'peradaban globalisasi"
yang merupakan kacukan pelbagai punca peradaban tanpa sempadan melalui
jaringan digital yang kompleks.

Dalam majalah ini, kami akan menghuraikan dan merungkaikan mengenai, sejarah
sosial pengaruh peradaban dunia dalam pembinaan Negara bangsa, konsep Negara
dan bangsa, konsep dan pembentukan Negara bangsa dalam acuan Malaysia, dan
kepelbagaian idea " Bangsa Idaman" dan perbahasan.

Pembinaan peradaban majmuk di Malaysia didahului oleh pembinaan Negara


bercirikan satu wilayah, satu perlembagaan dan satu kewarganegaraan.
Pembangunan ekonomi mendahului pembinaan Negara.

Oleh itu, pembinaan bangsa menyusul antaranya melalui institusi sistem


politik kerpartian dan pilihan raya. Usaha membina peradaban beridentitikan
Malaysia sangat mencabar dan perlu dikupas dan didebatkan.
Demi menjamim proses pembinaan peradaban di Negara ini di atas landasan
kerohanian dan moral yang dituntut oleh islam dan agama agama lain berterusan
tanpa terjejas, penilaian baik dan buruk pembinaan peradaban majmuk di Malaysia
perlu dilakukan dengan lebin teliti. Rakyat Negara ini perlu memakmurkan dan
memanfaatkan kebaikan ini dan menghindari keburukannya.

Akhirnya, kita perlu menggunakan segala kekuatan dan kekayaan yang


terdapat dalam agama dan tradisi kita baik yang berupa kerohanian mahupun yang
berupa intelektual dan keilmuan.
1.2 Peradaban Pribumi Alam Melayu
Peradaban Melayu dikatakan berasal daripada penduduk Asia Tanggara,
khasnya Gugusan Kepulauan Melayu (yang mencakupi Selatan Siam,
Semenanjung Tanan Melayu, Pulau Sumatera, Jawa, Madura, Sunda, Borneo,
Sulawesi, Filipina,pulau-pulau timur indonesia dan juga bahagian kecil daripada
Kampuchea sehingga ke Vietnam). Mereka bertutur dalam keluarga bahasa
Melayu-Indonesia. Ciri seterusnya daripada tamadun Melayu, mereka beragama
Islam.

1.3 Peradaban Asia ( India, Cina, Timur Tengah )


Perkembangan peradaban Asia turt mempengaruhi pembinaan bangsa dan
negara di Malaysia. Hubungan antara pedagang India, Cina dan Timur Tengah
sejak. sekian lama telah membawa kepelbagaian adat dan budaya serta
pegangan agama. Kepelbagaian ini merupakan satu keistimewaan yang ada
pada negara ini namun perlu diuruskan dengan baik agar keharmonian bangsa
dapat diperkukunkan setiap masa.

1.4 Peradaban Barat


Era penjajahan dan peradaban Barat di Tanah Melayu bermula apabila Melaka
jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. Peradaban Barat hasil penjajahan
kolonial Barat yang dilalui oieh negara ini tidaklah ketara berlaku memandangkan
tempoh kependudukan setiap kolonial dalarn negara khususnya dalam rangka
sejarah 47 kebudayaan di Nusantara ini tidak lama, namun pengarun corak
masyarakat colonial itu meninggalkan satu kesan yang luas walaupun mungkin
tidak mendalam. Kedatangan orang Eropah ke alam Melayu ini telah bermula
selepas tumbuhnya peradaban Islam di rantau ini, tetapi masyarakat koionial
tidak tumbuh serentak di alam Melayu ini.

1.5 Peradaban Globalisasi


Globalisasi menurut Kamus Dewan ialah fenomena yang menjadikan dunia
Keihatan kecil dari segi perhubungan manusia disebabkan pantasnya
perkembangan teknologi maklumat. la juga merupakan era dunia tanpa
sempadan yang berlaku hasil interaksi dan jaringan peradaban yang merentasi
benua dan sempadan negara. Globalisasi berlaku melalui pemodenan dalam
peibagai bidang kehidupan, perkembangan teknologi maklumat dan informasi
seperti komputer dan telefon pintar yang mempunyai talian internet serta
penggunaan media sosial yang berleluasa seperti Facebook, WhatsApp dan lain-
lain.

2.0 PERADABAN BERINDENTITIKAN MALAYSIA


Kemerdekaan Malaysia tangga! 31 Ogos 1957 merupakan asas kepada kemunculan
peradaban bangsa-negara. Usia kemerdekaan yang telah melebihi 60 tahun merupakan
satu jangka masa yang panjang namun di sebailk tempon tersebut, negara didakwa masin
gagal dalam menjayakan proses pembentukan negara bangsa. Namun usaha ini perlu
diteruskan sebagai meneruskan perjuangan tokon kemerdekaan negara untuk melihat
bangsa Malaysia wujud dan bersatu dalam suasana yang harmoni dan damai sampai bila-
bila. Jika usaha ini gagal, anak cucu kita tidak dapat mengecapi lagi kehidupan yang aman
damai malah tidak mustahil mereka akan menjadi pelarian di negara orang. Pinak berwajib
pertu memainkan peranan mereka agar ruang-ruang memecahbelahkan keamanan negara
bangsa dapat dikawal dan akhirya tidak merebak hingga bertaku rusuhan seperti yang telah
berlaku ada 13 Mei 1969.

3.0 KONSEP PEMBENTUKAN NEGARA DAN BANGSA DI MALAYSIA


Konsep negara dan bangsa menjadi perhatian terutama setelah Perdana
Menteri ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengemukakannya pada tahun 1991, Takrif
negara dan bangsa menurut Kamus Dewan ialah frasa 'negara' merujuk kepada suatu
kumpulan masyarakat yang mendiami sesuatu kawasan, mempunyai kedaulatan politik dan
juga jentera pemerintahan manakala frasa 'bangsa' merujuk kepada suatu kumpulan
manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan yang mempunyai identiti budaya,
fahaman,agama dan bahasa tersendiri. Oleh itu, konsep negara bangsa dilihat sebagai satu
bangsa yang ideal yang dimpikan oleh sesebuah negara melalui konsep satu bangsa
dengan satu identiti tersendiri.
3.1 Konsep Negara
Negara merujuk pada sebuan masyarakat yang mendiami kawasan tertentu dan adanya
kerajaan yang memerintah. Konsep negara adalah sebuah kerajaan yang merdeka dan
mempunyai kedaulatan politik serta pentadbiran yang diiktiraf oleh negara-negara lain.
Manakala rakyat pula memiiki taraf kewarganegaraan yang sah menurut undang-undang.
Rakyat merupakan elemen terpenting bagi negara kerana rakyatlah yang mengatur urus
tadbtr negara. Kewujudan rakyat juga yang akan membentuk satu bangsa kepada sesebuah
negara.

3.2 Konsep Bangsa


Istilah bangsa merujuk kepada tempat asal lahirnya seseorang individu seterusnya
membentuk satu kumpulan besar manusia. Penggunaan istilah bangsa biasanya digunakan
untuk menjelaskan tentang sesebuah etnik, bahasa dan kebudayaan komuniti sesebuah
masyarakat.
Kumpulan manusia yang membentuk sebuah bangsa biasanya mempunyai hubungan darah
dan keturunan, bahasa yang sama, perkongsian tradisi dan sejarah.
Waiaupun pelbagai teori berkenaan bangsa ini, selain faktor-faktor tersebut, elemen
perasaan kebersamaan turut menjadi sentimen dalam membentuk sesebuah bangsa.
Maka dapat dirumuskan bahawa bangsa adalah hubungan erat yang wujud melalui
perasaan kekitaan terhadap sekumpulan besar manusia yang ada dalam sesebuah negara.

3.3 Konsep Negara dan Bangsa


Negara bangsa adalah satu konsep kenegaraan yang memperoleh pengesahan politik; satu
entiti bagi satu-satu bangsa dalam sebuah wilayah berdaulat; istilah negara bangsa
menyepadukan negara dan bangsa; dipertautkan melalui perkongsian wilayah bersama,
ekonomi bersama, serta mempunyai unsur-unsur subjektif bersama; ia menandakan
bahawa warganya telah bersedia berkongsi satu bahasa - satu budaya - satu nilai - satu
wawasan (Raja Nazrin shah, 2017).
Bagi mencapai konsep sebenar negera dan bangsa, ia perlu memenuhl ciri-ciri negara dan
bangsa tersebut. Antara oin cir negara bangsa adalah :
(a) Kehidupan masyarakat dalam negara tersebut adalah bersatu-padu tanpa berlaku
pemisahan ataupun diskriminasi antara satu kaum dengan kaum yang lain.
(b) Berpegang kepada satu semangat kenegaraan yang utun melalui simboi-simbol
keutuhan seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan, Rukun Negara dan sebagainya
(c) Semua bangsa dan kaum berkongsi pegangan kepada suatu ideologi politik.
(d) Setiap warganegara mempunyai kepercayaan dan keyakinan penuh terhadap sistem
pernerintahan dan undang-undang negara.
3.4 Idea Bangsa Malaysia
Idea bangsa Malaysia bertitik tolak dari konsep bangsa idaman, ia bukan sesuatu yang
baharu dalam konteks Malaysia. Malah Shamsul Amri telah membahagikan konsep bangsa
idaman ini dalam konteks Malaysia:
1. Sebelum merdeka, melali pergerakan nasionalisme yang berjuang dalam kerangka
bangsa idaman yang bersesuaian dengan agenda dan kepentingan ekonomi, politik, sosial
dan budaya yang turut berpaksikan kepada ideologi politik sama ada secara demokratik
mahupun secara bersenjata.
2. Selepas merdeka, keinginan untuk mewujudkan persamaan identiti nasional.
Contonya konsep bangsa idaman Malaysian Malaysia dan masyarakat majmuk pimpinan
Melavu.
3. Bangsa idaman selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) bangsa Malaysia, Gagasan
1 Malaysia. (Shamsul, 2019).

3.5 Teras Kepada Pembinaan Bangsa Malaysia


Berikut adalah beberapa teras penting dalam pembinaan bangsa Maiaysia:
1. Kefahaman dan penghayatan terhadap sejarah peradaban dalam pembentuk etos
nasional di Malaysia.
2. Pematuhan kepada Perlembagaan Persekutuan yang telah termaktub setiap hak
setiap warganegara Malaysia. Berasaskan kontrak sosial yang berkaitan institusi raja
berperlembagaan sebagai simbol perpaduan, Islam sebagai agama rasmi, bahasa
Melayu senagai panasa rasmi dan hak Melayu bumiputera Sabah dan Sarawak.
3. Toleransi dan keikhlasan setiap individu yang mengidentifikasikan dirinya sebagai
warganegara Malaysia.
4. Pendekatan integrasi dan inkiusif dalam agenda pembangunan sosioekonomi negara
yang holistik.
5.0 KESIMPULAN
Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan
migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah
Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, etnik dan bangsa di Malaysia.

Kehadiran kelompok- kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara


yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan
yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi
tarikan masyarakat luar.

Pada hari ini, masyarakat majmuk di Malaysia terajadi secara tidak sengaja.
Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk Tanah melayu adalah melayu. Namun
pada pertengahan abad ke 19, penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara
beramai-ramai daripada Dasar Leberal Inggeris telah mengubah struktur
kependudukan asal Tanah melayu.

Dari aspek kesinambungan, kemasukan imigran di dunia Melayu


meninggalkan banyak kesan, sama ada kesan positif mahu pun kesan negatif. Ia
bergantung kepada cara bagaimana kita melihat dan mentafsir kedatangan mereka.

Namun kehadiran masyarakat luar ke Tanah Melayu telah mencorakkan


perspektif masyarakat Melayu, membentuk budaya baru, mempertingkatkan daya
saing dalam sektor ekonomi, melahirkan dimensi baru struktur politik rakyat dan
Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan
migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah
Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, etnik dan bangsa di Malaysia.

Kehadiran kelompok- kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara


yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan
yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi
tarikan masyarakat luar.

Pada hari ini, masyarakat majmuk di Malaysia terajadi secara tidak sengaja.
Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk Tanah melayu adalah melayu. Namun
pada pertengahan abad ke 19, penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara
beramai-ramai daripada Dasar Leberal Inggeris telah mengubah struktur
kependudukan asal Tanah melayu.
Dari aspek kesinambungan, kemasukan imigran di dunia Melayu
meninggalkan banyak kesan, sama ada kesan positif mahu pun kesan negatif. Ia
bergantung kepada cara bagaimana kita melihat dan mentafsir kedatangan mereka.

Namun kehadiran masyarakat luar ke Tanah Melayu telah mencorakkan


perspektif masyarakat Melayu, membentuk budaya baru, mempertingkatkan daya
saing dalam sektor ekonomi, melahirkan dimensi baru struktur politik rakyat dan
sebagainya. Pada hari ini, masyarakat majmuk di malaysia terjadi secara tidak
sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di tanah melayu adalah melayu.

Namun pada pertengahan abad ke-19, penghijrahan masuk kaum Cina dan
India secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur
kependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari
pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan
dan pendidikan.Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan
bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan
Cina dan pelbagai etnik.
6.0 RUJUKAN

Anda mungkin juga menyukai