Anda di halaman 1dari 9

1.

0 - PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, integrasi didefinisikan sebagai penggabungan


dua atau beberapa kaum untuk menjadi satu kesatuan, manakala nasional diertikan
sebagai yang berkaitan dengan bangsa sendiri mahupun identiti. Menurut Nadzan
Haron dan Rozeman Abu Hassan (2010), integrasi bermaksud satu proses sosiobudaya
dan sosiopolitik untuk mewujudkan jati diri kebangsaan yang diterima oleh semua rakyat
walaupun berbeza dari segi rumpun bangsa, bahasa agama dan budaya. Maka Integrasi
Nasional pula membawa maksud satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok
etnik dalam masyarakat melalui pengenalan atau pengwujudan satu identiti yang sama.

2.0 – USAHA-USAHA KERAJAAN MALAYSIA KE ARAH INTEGRASI NASIONAL

2.1– MEMELIHARA SOSIOEKONOMI

Setiap golongan etnik diberi kebebasan untuk menceburi bidang. Maka, mengapa harus
disekat kebebasan menjalankan ekonomi seperti mana yang pernah dilakukan oleh
penjajah British sebelum era kemerdekaan dengan menetapkan status dan peranan
sosioekonomi yang berlainan bagi kaum. Melalui integrasi nasional, semua etnik boleh
menjalankan ekonomi tanpa ada sebarang spesifikasi dan penetapan. Oleh yang
demikian, dengan adanya konsep perpaduan melalui pertukaran idea pemasaran
mahupun jual beli mampu untuk menjana ekonomi negara kita. Akhirnya,dengan
berbekalkan perpaduan integrasi 1 Malaysia ini, dapat menjana ekonomi negara
Malaysia dengan pelaburan dari pelbagai bidang. Sebagai bukti, Felda Global Ventures
Holding (FGV) adalah syarikat minyak sawit ketiga terbesar di dunia dari segi keluasan,
manakala IHH Healthcare Bhd.(IHH) pula pengendali hospital terbesar di Asia. Antara
salah satu faktor kejayaan ekonomi negara itu juga adalah hasil daripada kesungguhan
rakyat Malaysia yang terdiri daripada usahawan, graduan sehingga pekerja dalam
industri-industri utama atas sumbangan mereka serta pengawasan ekonomi yang
mantap oleh pihak kerajaan, khususnya melalui pelaksanaan Program Transformasi
Ekonomi (ETP).

1
2.2 – MEMARTABATKAN PENDIDIKAN

Pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan membawa perubahan


kepada seorang indidvidu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat. Pada zaman
moden ini, adalah dipertangunggjawab untuk memberi pendidikan dan menghasilkan
perubahan ke atas kendiri muridnya. Untuk mencapai matlamat perpaduan negara
melalui sistem pendidikan dalam Laporan Rahman Talib, KPM telah berusaha
Memperkasakan Bahasa Kebangsaan. Unsur-unsur dan nilai perpaduan dijadikan teras
Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk menjamin kesejahteraan dan kepentingan
masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Selain itu juga, KPM telah mengadakan
program RIMUP. Konsep pelaksanaan RIMUP telah diperkukuhkan dengan
menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, pentadbiran sekolah, guru dan pelajar
dalam kegiatan khas secara bersama. Antaranya adalah aktiviti kesukanan dan
permainan serta aktiviti kokurikulum. Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya untuk memupuk
perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Buktinya,
Malaysia sentiasa dijadikan contoh kepada negara-negara lain di dunia ini kerana
kejayaannya membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk selama 55
tahun kebelakangan ini. Indikator terbaik ke arah itu adalah melalui sukan. Ini kerana
semangat kerjasama daripada semua ahli sukan yang bersatu padu untuk menjadi juara
tanpa mengira warna kulit, bangsa, dan agama.

3.0 CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

3.1-POLITIK
Kewujudan persatuan politik, sosial dan ekonomi berdasarkan bangsa, kaum dan etnik
tertentu telah memmperkuatkan identiti sesuatu kumpulan dan menimbulkan perasaan
syak wasangka kerana setiap kumpulan hanya memperjuangkan hak dan kepentingan
kumpulan tertentu sahaja. Parti-parti politik yang berasaskan kepada suku kaum juga
memainkan pelbagai isu sensitif seperti bahasa, budaya, ekonomi dan hak
keistimewaan sehingga memburukkan lagi masalah perpaduan. Peranan politik
seharusnya melahirkan kerajaan yang cekap dan amanah dalam memperjuangkan hak
rakyat. Berdasarkan David dan Dumanig (2011), seorang pemimpin boleh mewujudkan
perpaduan nasional atau perpecahan di kalangan kumpulan etnik dalam perbincangan
umum tetapi ia bergantung kepada cara mereka memahami dan melihat mesej yang

2
disampaikan oleh pemimpin. Demi untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya,
ramai ahli politik mnjadikan isu perkauman sebagai jalan pintas bagi menjamin lebih
ramai pengundi. Politik tidak seharusnya mengunakan isu perkauman sebagai medium
tetapi sebaliknya harus menggunakan kedudukan politik untuk membentuk rakyat
majmuk yang bersatu.

3.2 EKONOMI

Ketika penjajahan, British telah memperkenalkan satu kaedah ekonomi secara


berkelompok yang dikenali sebagai Dasar Pecah dan Perintah. British menjalankan
dasar ini agar mereka dapat mengeksploitasikan sumber-sumber yang ada pada waktu
tersebut. Perpisahan dari segi ekonomi ini telah memwujudkan jurang ekonomi antara
kaum-kaum tersebut.; Kesan daripada hal ini begitu mendalam sehingga masih dapat
dilihat pada masa kini. Pada masa kini kita masih dapat melihat bahawa masyarakat
Cina mendominasi bidang perdagangan dan masyarakat India masih ramai yang terlibat
dalam bidang perladangan manakala ada segelintir masyarakat Melayu yang masih lagi
giat dalam aktiviti pertanian dan perikanan. Pemisahan ini menjadikan interaksi antara
mereka menjadi sukar diamalkan kerana mereka dikelompokkan mengikut kaum sendiri.
Dari sinilah peranan kerajaan penting dalam membuka pekerjaan yang mana memberi
peluang yang sama kepada semua kaum. Pembangunan ekonomi merupakan nadi
kepada kemajuan negara dan bangsa. Pembanganun ekonomi ini tidak akan dapat
dicapai sekiranyanya rakyat masih ditempatkan mengikut bangsa masing-masing
sahaja. Sistem pemisahan dari segi ekonomi ini seharusnya dibendung agar sifat
perkauman yang menebal dalam masyarakat majmuk dapat dihapuskan.

3.3 SOSIAL

Kurangnya sosial sesama kaum merupakan faktor kepada perhubungan yang lemah
dalam kalangan mereka. Aspek sosial sepatutnya dipupuk agar dapat menyatukan
rakyat sebagai satu bangsa demokrasi yang bukan hanya bersandarkan kaum masing-
masing. Contohnya, kurang percampuran dalam aktiviti sosial masyarakat, maka akan
timbul rasa ketidakpercayaan dan kurang semangat kekitaan dalam diri mereka. Sosial
dalam pengertian lain merupakan komunikasi baik dari segi komunikasi dua hala
mahupun secara berkumpulan. Sekiranya masyarakat majmuk sentiasa berkomunikasi
dan melibatkan diri bersama-sama dalam kegiatan sosial, maka lahirlah kesefahaman
serta rasa toleransi dalam diri mereka. Hal ini juga membantu membuka minda mereka

3
agar menghormati adat dan budaya kaum lain kerana mereka kerap berjumpa dan
melihat sendiri kepercayaan kaum lain. Namun ada juga faktor sosial lain yang menjadi
tanggungjawab kerajaan untuk membendungnya iaitu dari segi pendidikan. Asas
perpaduan adalah bermula dari golongan belia terutamanya pelajar-pelajar. Tetapi
kesan daripada penjajahan yang mana British memulakan sistem sekolah vernakular
menjadikan pendidikan kita tertumpu kepada satu kaum sahaja. Sehingga kini masih
lagi wujud sistem sekolah yang berteraskan satu-satu kaum sahaja seperti Sekolah
Jenis Kebangsaan (SJK). Sekolah seperti ini membataskan komunikasi antara
masyarakat majmuk kerana para pelajar hanya akan menggunakan bahasa kaum
sendiri sahaja.

4
TUGASA 1 (B)

4.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MENJADIKAN ZAMAN KESULTANAN MELAYU


MELAKA SEBAGAI KEMUNCAK ZAMAN PLURALITI DI ALAM MELAYU.

4.1 SISTEM PEMERINTAHAN

Kebijaksanaan Sultan Melaka bermula dari pengasasnya sendiri iaitu Parameswara


yang telah membentuk sistem pentadbiran yang teratur iaitu melantik pembesar
bertanggungjawab hal ehwal balairung seri. Kemudian untuk melicinkan urusan negara
Sultan Melaka melantik Pembesar Empat Lipatan yang dikenali sebagai Pembesar
Berempat yang kemudian dibantu oleh Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas dan
Pembesar Tiga Puluh Dua yang menjalankan tanggungjawab dengan bijak dan jujur.
Mereka ini diberi kuasa mentadbir wilayah, sungai atau pulau yang dikenali sebagai
“Kawasan pegangan”. Di samping itu, mereka diberikan amanah untuk memungut cukai.
Dengan cara ini mereka memberikan sokongan padu dan taat setia kepada sultan yang
akhirnya menjadikan negara kuat dan maju. Kesannya apabila pentadbiran berjalan
dengan baik Melaka menjadi sebuah negara yang aman, penduduknya bersatu-padu,
kuat dan agak sukar untuk pihak musuh menguasai Melaka. Sultan Melaka juga bijak
menyelesaikan perbalahan rakyatnya, menjaga keamanan dan keselamatan negeri.
Tokoh pembesar yang berwibawa seperti Bendahara Tun Perak yang berjaya
mengalahkan serangan Siam. Ini kerana, apabila rakyat sesebuah negara taat kepada
pemimpin, bersatu-padu, melaksanakan tanggungjawab dengan setia dan jujur,
bekerjasama membangunkan ekonomi, sanggup mempertahankan negara maka
sesebuah negara akan aman, maju dan kuat.

4.2 KEDUDUKAN GEOGRAFI YANG STRATEGIK

Keagungan kerajaan Melaka pada abad ke-15 dan awal abad ke-16 adalah disebabkan
oleh kegiatan perdagangannya. Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan kerana
mempunyai kelebihan dan keistimewaan dari segi kedudukan geografi yang strategik.
Kedudukan Selat Melaka sebagai kawasan lalulintas antara Timur dan Barat. Selain itu,
selat Melaka amat penting kerana selat ini merupakan sebahagian daripada ikatan
hubungan maritime antarabangsa yang menghubungkan dunia Timur dan Barat.
Kepentingannya sebagai jalan air dan laluan perdagangan di antara China dan India

5
serta wilayah sekitarnya memang telah diakui sejak zaman berzaman lagi. (Nordin
Husin, 2008) Ramai pedagang yang singgah asalnya untuk mencari makanan dan air
telah menjadikan Melaka sebagai pusat pengumpulan dan pertukaran barangan
dagangan serta penyatupadukan masyarakat berbilang Negara.

4.3 MELAKA SEBAGAI PUSAT PELABUHAN

Pada mulanya Melaka hanya menjadi pelabuhan transit bagi kapal-kapal yang
berulang alik melalui Selat Melaka. Namun begitu, lama kelamaan Melaka telah menjadi
pusat perdagangan entrepot apabila kegiatan perdagangan semakin berkembang dan
dalam masa yang sama turut menjadi tempat pengumpulan, penyaluran dan pertukaran
barang-barang dagangan antara pedagang-pedagang yang datang berdagang atau
pedagang yang singgah di pelabuhan Melaka semasa melalui Selat Melaka. Peranan
Melaka sebagai pelabuhan entreport ini juga telah merangsang pemerintah Melaka
untuk menyediakan kemudahan-kemudahan perdagangan dan pentadbiran perniagaan.
Pelbagai kemudahan dan kelengkapan disediakan oleh pemerintah di pelabuhan
Melaka untuk menarik pedagang-pedagang asing singgah di pelabuhan Melaka. Antara
kemudahan-kemudahan yang disediakan ialah kemudahan membaiki kapal,
menyediakan rumah persinggahan dan gudang untuk menyimpan barang, bekalan air
bersih dan makanan serta wujud sistem sukatan dan timbangan yang adil. Pedagang
juga mudah mendapatkan bekalan makanan dan air sebelum memulakan pelayaran
semasa menunggu pertukaran angin Monsun. Terdapat pelbagai kemudahan seperti
tempat penginapan, tempat perniagaan, gudang, sistem sukatan dan timbangan dan
kemudahan membaiki kapal telah menggalakkan kedatangan pedagang ke Melaka.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa dengan adanya pelbagai kemudahan kepada
pedagang ini menunjukkan bahawa betapa tingginya usaha Melaka untuk
menyatupadukan masyarakat berbilang kaum serta menjaga keamanan Negara.

4.4 BAHASA MELAYU SEBAGAI LINGUA FRANCA

Bahasa Melayu bukan sahaja menjadi bahasa pengantar dalam bidang


kesusasteraan tetapi juga dalam bidang perbincangan falsafah. Tegasnya, bahasa
Melayu dengan menggunakan tulisan Jawi yang dibawa oleh Islam di Melaka telah
menjadi bahasa ilmu di kalangan orang Melayu. Sejajar pengangkatan taraf bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu, kedatangan agama Islam turut memperkenalkan banyak

6
istilah baharu yang diambil daripada bahasa Arab atau Parsi bagi memperkayakan lagi
perbendaharaan bahasa Melayu. Kedatangan agama Islam ke Melaka sedikit sebanyak
telah mendorong bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan, bahasa persuratan
dan bahasa perantaraan dalam kegiatan dakwah. Bahasa Melayu dianggap sebagai
Lingua Franca kerana digunakan oleh masyarakat sekitar rumpun ini dan sekali gus
digunakan secara meluas oleh pedagang di pelabuhan Melaka kerana bahasa Melayu
mampu bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Pedagang-pedagang asing juga
tidak menghadapi masalah komunikasi dengan pegawai Melaka kerana mereka boleh
bertutur dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga digunakan di negeri-negeri Melayu
lain yang berhampiran Melaka atau tanah jajahan Melaka. Selain itu, bahasa Melayu
juga digunakan dalam hubungan sosial, pentadbiran, ekonomi, agama dan pendidikan
yang dapat menyatupadukan rakyat.

4.5 PENYEBARAN AGAMA ISLAM

Tinjauan jelas menunjukkan bahawa kedatangan Islam ke Melaka telah


membawa pengaruh dan sumbangan yang meluas dalam perkembangan Kesultanan
Melayu Melaka, meliputi setiap aspek budaya masyarakatnya. Justeru, perkembangan
agama Islam di Melaka telah mempengaruhi sistem pentadbiran, perundangan,
ekonomi, bahasa dan kesusasteraan, pendidikan dan lain-lain lagi. Hukum Islam juga
terpancar melalui sistem perundangan Melaka iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-
undang Laut Melaka banyak berlandaskan undang-undang Islam. Ini kerana agama
Islam telah menjadi suatu tenaga yang kuat yang mendorong kemunculan serta
perkembangan Melaka sebagai sebuah empayar kelautan yang agung. Dalam
melaksanakan urusan perniagaan, undang-undang berjual beli yang diamalkan di
Melaka adalah juga berlandaskan undang-undang Islam. Umpamanya, Islam melarang
amalan riba atau keuntungan berlipat kali ganda daripada pusingan modal yang
sebenarnya. Hukum ini adalah untuk membataskan sifat tamak atau kecenderungan
mengambil keuntungan berlebihan. Seterusnya, hukum Islam ada mensyaratkan supaya
semua maklumat atau butir hutang dicatatkan dengan disaksikan oleh dua orang lelaki.
Ini bertujuan untuk mengelakkan kesulitan dan perbalahan pada masa depan. Barang-
barang yang diperniagakan mestilah barang-barang yang suci, berguna dan bukan
barangan haram. Fasal 30 Hukum Kanun Melaka ada menentukan barang-barang yang
boleh diperniagakan serta yang dilarang oleh Islam seperti arak, babi, anjing dan tuak.
Amalan membayar zakat turut diperkenalkan di Melaka. Amalan ini mewujudkan

7
hubungan yang erat sesama umat Islam dalam kalangan rakyat. Semua ciri tersebut
tidak lain hanyalah untuk kesatuan masyarakat yang berdagang di Melaka.

5.0 RUMUSAN

Di sebalik kesukaran dan pelbagai alasan yang memungkinkan kegagalan


mencapainya. Ia sebenarnya sesuatu yang tidak mustahil untuk dikecapi. Melalui
pengalaman sejarah yang disalurkan secara sistematik khususnya usaha kerajaan
dalam membentuk integrasi nasional dapat membentuk negara bangsa yang selama ini
berteraskan kepada bangsa idaman. Sejarah dan pendidikan menjadi alat bagi
mencapai matlamat tersebut seterusnya membentuk bangsa Malaysia yang mempunyai
jati diri dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada negara.

8
3.0 Rujukan

Mok Soon Sang.(2009). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Puchong : Penerbitan


Multimedia Sdn. Bhd

Nadzan Haron, Rozeman Abu Hassan. (2010). Malaysia Melangkah Ke Hadapan.


Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayuddin, Zakiah Noordin.(2014).


Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd

Akhmal Annas Hasmori, Hussin Sarju, Ismail Sabri Norihan, Rohana Hamzah,
Muhammad Sukri Saud.(2011, September). Pendidikan, Kurikulum Dan
Masyarakat : Satu Integrasi [Abstract]. Journal of Edupres Volume 1, 350 – 356.
Retrieved Mac 7, 2019 from http://eprints.utm.my/17084/1/JOE-1-2011-042.pdf

Mohamad Rodzi Abd Razak. (2009). Pembinaan Negara Bangsa Malaysia : Peranan
Pendidikan Sejarah dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. JEBAT 36 ,90 – 106.
Retrieved Mac 5, 2019 from http://journalarticle.ukm.my/362/1/1.pdf

Anda mungkin juga menyukai