Anda di halaman 1dari 11

Pengenalan

Isu perkauman memang tidak dapat dielakkan apabila terdapat golongan atau
kumpulan manusia yang mempunyai beberapa ciri kesamaan seperti budaya cuba
mempertahankan golongan masing-masing dan pada masa yang sama menindas kaum lain.
Banyak organisasi politik dan sosial di Negara kita dibentuk berasaskan kepada garis
perkauman atau etnik.
Organisasi sedemikian hanya memperjuangkan kepentingan dan merebut hak-hak
yang dirasakan perlu tanpa memikirkan kepentingan golongan lain, keharmoni dan
kesejahteraan negara. Negara kita juga pernah mengalami peristiwa berdarah akibat dari
rusuhan kaum dalam peristiwa 13 Mei 1969, sehinggakan keadaan darurat terpaksa
diisytiharkan di seluruh negara kita. Konflik ras juga boleh mengakibatkan pengasingan
kumpulan-kumpulan tertentu dari segi pelajaran, perumahan dan pekerjaan.
Organisasi-organisasi yang demikian akan bersaing untuk mendapatkan sokongan
sebanyak mungkin dari kumpulan etnik masing-masing dengan menggunakan beberapa
faktor penting seperti persamaan bahasa, agama, ras atau persamaan etnik. Apabila
kepercayaan dan tindakan demikian meluas dalam masyarakat, sudah tentu ia akan dapat
mempengaruhi dan kadang-kadang menentukan perkembangan politik dalam sesebuah
negara.
Kesan penjajahan merupakan faktor utama punca konflik etnik dan ras di Malaysia.
Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaannya selama 57 tahun, tetapi kesan
penjajahan British masih segar di minda setiap rakyat. Dasar pemeritahan British bercorak
pecah dan perintah telah mengasingkan tiga golongan utama bangsa di Malaysia iaitu
golongan Melayu, Cina dan India.

Penjajah Inggeris tidak menjadikan pendidikan sebagai alat penting untuk


menyatupadukan rakyat yang berbagai etnik itu. Malah apa yang dilakukan ialah
mementingkan pendidikan bahasa Inggeris kepada segelintir rakyat khususnya golongan yang
berada demi kepentingan pentadbirannya. Sedangkan pendidikan Melayu dilakukan secara
melepaskan batuk di tangga sahaja. Pendidikan untuk orang-orang bukan Melayu tidak
dipedulikan langsung.
Oleh sebab itu, orang-orang Cina dan India terpaksa mengendalikan sekolah mereka
sendiri dan menanggung perbelanjaan sendiri. Perkembangan pendidikan yang tidak terkawal
ketika itu akhirnya menimbulkan sikap politik yang berbeza. Di samping itu, melalui dasar
dan pentadbirannya pula, Inggeris telah meninggalkan kesan psikologi yang meluas di
kalangan rakyat dengan menanam prasangka di kalangan mereka.
Oleh itu, akibat daripada dasar pecah dan perintah yang dilakukan oleh pihak british
telah mengundang kepada pelbagai kesan positif dan negatif yang diakibatkan oleh perbezaan
etnik, ras, agama dan juga bangsa. Kesan yang ditinggalkan sangat lah mendalam tidak kira
dari segi sosial, politik, dan ekonomi.

Perbincangan
Kesan Perbezaan Agama Dan Bangsa Terhadap Pembangunan Di Malaysia

1.0 Sosial
Di Malaysia, etnik merupakan sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang
hampir sama, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi adalah merupakan
konsep masyarakat majmuk yang merujuk kepada etnik. Kaum dan bangsa memberikan
tekanan kepada perbezaan fizikal atau sifat-sifat yang berkaitan iaitu keturunan dan pertalian
darah yang sama antara sesama manusia. Perbezaan budaya dapat mengelaskan etnik. Ciriciri budaya seperti adat resam, pakaian, politik, kegiatan ekonomi dan hiburan membezakan
etnik. Etnik di Malaysia terdiri daripada orang Melayu, Cina, India dan pelbagai bangsa lain.
Wujudlah satu kebudayaan budaya yang jelas menyatukan anggotanya. Ini menyebabkan
semangat bertolak ansur antara kaum di Malaysia. Di Sabah dan Sarawak, orang Melayu,
Cina dan India serta pelbagai etnik lain sepatutnya dikenali sebagai etnik, yang bersatu padu
dalam kehidupan seharian. Selain itu, percampuran kaum yang dari pelbagai adat dan budaya
menyebabkan pertukaran gaya hidup. Ini mewujudkan lagi semangat perpaduan antara kaum.
Di Malaysia juga terdapat pelbagai kesan-kesan negatif yang jelas terlihat disebabkan
percampuran kaum. Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk.
Oleh itu, terdapat pelbagai perbezaan dari segi agama, bahasa dan kebudayaan, fahaman
dalam masyarakat di Malaysia. Setiap kumpulan etnik mempertahankan kebudayaan dan adat
resam mereka, mengutamakan etnik mereka dan mungkin juga menganggap kebudayaan
mereka sahaja yang terbaik.

Hal ini menyebabkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik yang
sama dalam memilih sahabat, mendapatkan pekerjaan dan lain-lain. Anggota etnik akan
memilih kaum yang sama dengan mereka sebagai kawan mahupun rakan sebilik. Mereka
mendapati sukar untuk mengadaptasikan diri dan menerima budaya etnik yang lain dan
menganggapnya tidak akan memberi apa-apa faedah kepada mereka dalam kehidupan.
Pertahanan bagi sesebuah negara juga banyak bergantung kepada rakyatnya. Secara
langsungnya, hubungan tegang antara rakyat akibat daripada perselisihan sememangnya
mampu menggugat keselamatan negara. Negara yang kacau bilau bukan sahaja terdedah
kepada ancaman dari dalaman tetapi juga dari luar yang melihat ini sebagai peluang untuk
campur tangan sekaligus membuka peluang untuk menguasai negara tersebut sama ada secara
halus atau pun terang-terangan.

2.0 Politik

Politik merupakan satu mekanisme untuk mengawal tingkah laku manusia atau
cubaan untuk mempengaruhi individu atau sekumpulan manusia supaya mengikut kehendak
dan peraturan yang dibuat oleh individu tertentu iaitu golongan yang mempunyai kelebihan
dan kemampuan tertentu. Politik mempunyai kaitan antara kuasa dan pengaruh. Politik amat
berkait rapat dengan pembangunan sama ada pembangunan modal insan mahupun
pembangunan fizikal. Ideologi politik akan sentiasa mempengaruhi aliran pembangunan
semasa di Negara kita. Kekuatan pengaruh politik akan sentiasa mempengaruhi corak
pembangunan yang akan dilaksanakan. Perbezaan ideologi politik akan mempengaruhi proses
pembangunan dan ini memberi tekanan kepada rakyat untuk membuat pilihan dalam memilih
saluran yang terbaik.

Kepimpinan politik yang berkesan akan memberi impak positif kepada pembangunan
yang lebih efektif dan menyeluruh iaitu meliputi aspek modal insan dan pembangunan
fizikal. Setiap perancangan pembangunan akan melalui struktur pentadbiran politik yang
menekankan kepada input positif rakyat iaitu penerimaan secara rela akan kekuatan ideologi
politik yang disebarkan. Penolakan ideologi politik akan menimbulkan konflik dan wujudnya
penentangan secara senyap melalui undi yang dilakukan seperti mana yang telah berlaku
dalam pilihan raya ke-12 yang lalu. Kesannya pembangunan yang dirancang akan
ditangguhkan atau dibatalkan seperti mana penangguhan projek pembinaan jambatan kedua
Pulau Pinang berikutan kekalahan Barisan Nasional kepada Democratic Action Party ( DAP
).

Dari aspek politik persamaan ideologi antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri akan
memudahkan urusan dan proses interaksi antara keduanya. Bagi kerajaan negeri yang
mempunyai ideologi yang berbeza dengan kerajaan pusat akan memberi kesan dari segi
perancangan penstrukturan pembangunan yang kurang memberangsangkan. Keadaan ini akan
memberi kesan kepada rakyat negeri tersebut untuk memperoleh nikmat pembangunan
seperti mana rakyat negeri lain. Hal ini mungkin akan berlaku di negeri - negeri yang
dikuasai parti pembangkang.

Dalam konteks pembinaan modal insan rakyat akan didedahkan dengan pembangunan
dari segi pendidikan ilmiah dan pendedahan moraliti yang baik. Penghasilan modal insan
yang berkualiti akan memberi kesan kepada perubahan struktur politik yang matang dan
mempunyai dasar yang lengkap serta meliputi kepada penstrukturan agenda politik yang kuat.
Amalan politik yang matang dan bijak akan memberi kesan kepada pembangunan modal
insan

dan

pembangunan

fizikal

yang

mantap.

Permasalahan yang timbul di negara ini apabila terdapat pelbagai parti politik yang
berasaskan kumpulan etnik dan setiap parti politik akan memperjuangkan kepentingan
kumpulan etnik yang diwakilinya. Politik perkauman ini boleh menimbulkan perasaan tidak
senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika penyuaraan kepentingan etnik
tertentu dibuat tanpa mengambil kira kepentingan semua pihak. Jika isu perkauman seperti
bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan dan ekonomi dibangkitkan, maka
tindakan ini tidak akan menyumbang kea rah masyarakat yang bersatu padu.

3.0 Ekonomi
Dari sudut ekonomi kesan isu pebezaan agama dan bangsa terhadap ekonomi di
Malaysia lebih dikatakan menunjukan impak yang negative berbanding positif. Tetapi,
keadaan ekonomi di Negara ini tidak lah menunjukkan tanda-tanda terbantutnya ekonomi
kerana pertumbuhan ekonomi dan kos sara hidup di Malaysia yang semakin meningkat.
Ucapan penghargaan perlulah di berikan kepada Perdana Menteri Malaysia ke-2,
Allahyarham Tun Abdul Razak atas sumbangan beliau pada ahun 1970 yang
memperkenalkan formulasi ekonomi iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Wujudnya formulasi baru ini telah memberikan impak yang positif setelah berlakunya
peristiwa berdarah 13 Mei 1969 yang telah melahirkan semangat bertolak ansur dalam
kalangan rakyat dalam usaha membasmi kemiskinan. Keberkesanan tindakan ini juga dengan
jelas dapat dilihat apabila taraf kehidupan golongan miskin dapat ditingkatkan melalui proses
memodenkan kawasan luar Bandar yang di usahakan oleh pihak kerajaan.
Selain daripada itu, dengan ada masyarakat majmuk di Negara kita ini kita dapat
menarik minat ramai pelabur asing untuk mengeluarkan modal di dalam perniagaan dan
industri di Malaysia. Dengan adanya pelabur asing maka ekonomi Negara akan terus pesat
membangun dan meningkatkan lagi ekonomi Negara kita. Ini akan merapatkan jurang
ekonomi antara kaum yang telah dipecahkan oleh pihak british semenjak dahulu melalui
dasar pecah dan perintah. Peningkatan ekonomi ini mampu membuatkan Negara kita terus
bersaing bersama Negara maju yang lain di peringkat global lalu menjadikan Malaysia
sebuah Negara yang duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Negara yang lain.
Jika kita melihat dari sudut pandang negatif pula kelihatan begitu ketara perbezaan
pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi di Malaysia. Penguasaan ekonomi memperlihatkan
jurang yang luas bagi setiap etnik. Majoriti kaum Melayu menguasai sektor pertanian. Bagi
kaum Cina, yang umumnya menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan,. Manakala,kaum
India pula banyak terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Kenyataan di
sini telah menunjukkan terdapatnya jurang pendapatan yang begitu ketara dan tidak seimbang
dalam ekonomi negara malaysia. Semua golongan etnik sentiasa mencuba untuk bersaing
dalam ekonomi keuntungan yang lebih besar.
7

Penguasaanekonomi yang berbeza serta jurang pendapatan yang tidak seimbang


mengakibatkan

ketidakstabilan

dalam masyarakat majmuk.

Implikasinya

mengakibatkanketidakpuasan hati bagi semua golongan etnik. Bagi kaum Melayu yang
terlibat dalam sektor pertanian mendapat pendapatan yang sedikit dan berkemungkinan
menghadapi kemiskinan. Keadaan ini boleh mengugat perpaduan negara kerana masalah
kemiskinan hanya menonjol dalam kalangan kelompok etnik yang tertentu sahaja.
Golongan etnik cina pula akan terus mencari peluang dalam perniagaan dan mereka dapat
hidup dalam keadaan yang mewah. Akan tetapi, mereka pasti berasa tidak puas hati di mana kebanyakan
peluang perniagaan banyak diutamakan kepada kaum bumiputera. Sudah tentu timbulnya persoalan di dalam
pemikiran mereka di mana hak mereka sedangkan selama ini mereka banyak menyumbang kepada ekonomi
Negara..

Kesimpulan

Kesimpulannya, perpaduan kaum merupakan elemen yang penting dan harus diberi
perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting bagi
negara kita yang bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan ekonomi dan politik
negara.
Hubungan kaum yang harmoni adalah kunci kepada kemajuan dan kestabilan negara.
Bagi mencapai kemajuan, negara memerlukan rakyat yang dedikasi dan komited untuk
melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Justeru, masyarakat perlu saling memahami dan menghayati nilai-nilai 1Malaysia iaitu
budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi,
pendidikan dan integriti.
Malaysia pada masa sekarang berada dalam proses ingin membangun yang akan
menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan yang besar. Dengan itu, negara kita amat
memerlukan kesatuan dari semua golongan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.
Sebarang kecurigaan dan ketidakpuasan hati antara kaum yang diekspresikan secara
berlebihan hanya akan mewujudkan ketidakstabilan dan persengketaan dan akhirnya
merugikan negara kita sendiri dan membazirkan usaha-usaha yang telah diusahakan oleh
pemimpin-pemimpin kita yang terdahulu.

Rujukan

Laman Sesawang
www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131225/re07/kekuatan-politik-untukpembangunan-negara

(15 Oktober 2014)

www.astroawani.com/news/show/kestabilan-politik-sumbang-ekonomi-negara-28258
( 15 Oktober 2014)

www.mstar.com.my/kolumnis/2013/03/13/negara-akan-terus-maju-jika-perpaduan-kaumdapat-dikekalkan/ (14 Oktober 2014)

pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegraan/241-dasar-pembangunannasional-dpn-.html (16 Oktober 2014)

pembangunan162.blogspot.com/2011/06/teori-dan-konsep-pembanggunan.html
( 16 Oktober 2014)

10

Lampiran

11

Anda mungkin juga menyukai