Anda di halaman 1dari 25

Pengenalan

Hubungan anatara etnik di Malaysia dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. Negara kita Malaysia terkenal di mata dunia sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun. Malaysia turut dikenali sebagai sebuah negara Islam yang unik. Penduduknya berbilang bangsa dan kaum serta mempunyai kepercayaan dan pegangan agama yang berbeza. Majoriti terbesar warganya terdiri dari kaum Melayu dan Bumiputra. Bumi Malaysia adalah tanah asal tempat tumpah darah mereka. Dahulu, negara ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada tahun 1957. Pada tahun 1966, namanya ditukar kepada Malaysia. Walaupun rakyatnya berbilang etnik dan bangsa, tetapi mereka dapat hidup rukun dan damai, tidak seperti penduduk di negara-negara lain yang tidak sunyi dengan perbalahan, pertikaian dan permusuhan sedangkan mereka terdiri dari bangsa, keturunan dan kepercayaan yang sama. Kedamaian antara pelabagai etnik di Malaysia telah pun tergugat pada 16 Mei 1969 dan masih kini ada pesmalahan atau rusuhan kaum yang masik tidak dapat dielakkan oleh kerajaan kita. Bermacam-macam rintangan dan gerakan untuk menggugat keharmonian, keamanan dan perpaduan antara kaum dapat ditangani oleh barisan pimpinan negara. Banyak usaha telah dilakukan dan masih dilakukan oleh kerajaan kita untuk mengembalikan semula kehidupan dan kedamaian antara etnik di negara kita. Namun begitu terjadi beberapa peristiwa yang tidak diingini kerana masih ada niat dan usaha jahat pihak tertentu yang enggan memberi kerjasama untuk membendungnya. Jesteru, maka perpaduan kaum dan integrasi nasional adalah isu dan agenda utama pemimpin dan seluruh warga negara Malaysia.

Soalan 1 : Membincangkan sejauhmanakah usaha yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia untuk mengeratkan hubungan etnik di Malaysia.

Kerajaan Malaysia tahu akan bertapa penting wujudnya perpaduan dan intergrasi national dikalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat pelbagai suku kaum dan etnik yang mempunyai latar belakang dan budaya yang berbeza-beza. Maka kerajaan Malaysia telah melaksanakan beberapa usaha dan

strategi untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional di dalam negara. Usaha dan strategi kerajaan Malaysia untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional di dalam negara dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu politik, ekonomi,dan sosial.

Dari aspek politik pula, kerajaan memastikan keadaan negara sentiasa dalam keadaan aman dan makmur serta adil dari segi pemerintahannya. Pemerintahan berbentuk demokrasi di mana hak untuk memilih pemimpin ada di tangan rakyat adalah salah satu langkah agar pemimpin yang dipilih oleh rakyat menjalankan tugasnya berdasarkan kepercayaan yang telah disandarkan oleh rakyat kepadanya. Dengan pemilihan pemimpin mengikut pilihan rakyat, rakyat dapat memilih pemimpin yang dapat memimpin Negara dengan baik dan mengekalkan kemajuan Negara.

Menurut Wong Khek Seng, Raminah Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2002), Malaysia adalah sebuah kerajaan yang mengamalkan demokrasi berparlimen. Perkara utama mengapa Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen adalah galakan British semasa memberi kemerdekaan, Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan sistem ini memberi peluang dalam penganutan agama oleh kaum-kaum tertentu. Dalam Kerajaan Demokrasi Berparlimen Malaysia, rakyat akan memilih pemerintah negara melalui pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali dengan parti politik yang memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya akan menjadi pemerintah negara.

Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006) satu cara untik mewujudkan perpaduan politik negara adalah menerusi konsensus atau persetujuan. Ini bermakna kerajaan yang memerintah diberi kuasa memerintah atas pilihan dan persetujuan rakyat melalui pilihan raya. Di sini parti politik Barisan Nasional menjadi pemerintah kerana memenangi majoriti kerusi yang dipertandingkan. Keadaan ini berlaku kerana Barisan Nasional adalah satu parti politik yang terdiri daripada gabungan UMNO wakil Melayu, MCA wakil Cina dan MIC wakil India yang melambangkan perpaduan antara tiga parti-parti etnik di Malaysia. Parti Barisan Nasional yang mewakili pelbagai kaum ini telah melambangkan wujudnya perpaduan dan intergasi nasional dikalangan pemimpin kerana mereka akan mendengar suara rakyat dari pelbagai kaum dan bukannya satu kaum.

Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang terdiri daripada pelbagai kaum ini telah memberi peluang kepada semua kaum menjalankan pemerintahan. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa tidak wujud diskrimasi kaum dalam konteks politik Malaysia kerana terdapat perwakilan daripada semua kaum dalam Barisan Nasional. Parti-parti kaum yang mewakili kaum masing-masing dalam Barisan Nasional akan bekerjasama untuk membangunkan negara secara langsung akan mewujudkan perpaduan politik diantara mereka. Pada masa kini, Barisan National bukan lagi hanya diwakili oleh UMNO, MCA dan MIC tetapi terdapat banyak lagi parti politik kaum lain yang pada masa dahulu yang menjadi pembangkang telah bergabung bersama untuk memerintah Malaysia. Penggabungan parti-parti politik ini menimbulkan semangat perpaduan politik di bawah satu ideologi yang sama walaupun terdiri daripada pelbagai kaum serta menggalakkan kerjasama, interaksi dan saling tolak ansur sesama ahli.

Kerajaan memastikan keadaan negara sentiasa dalam keadaan aman dan makmur serta adil dari segi pemerintahannya. Pemerintahan berbentuk demokrasi di mana hak untuk memilih pemimpin ada di tangan rakyat adalah salah satu langkah agar pemimpin yang dipilih oleh rakyat menjalankan tugasnya berdasarkan kepercayaan yang telah disandarkan oleh rakyat kepadanya. Dengan pemilihan pemimpin mengikut pilihan rakyat, rakyat dapat memilih pemimpin yang dapat memimpin negara dengan baik dan mengekalkan kemajuan negara.

Bagi pendapat saya, jawapan bagi isu sejauh manakah usaha yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia untuk mengeratkan hubungan etnik di Malaysia masih diraguragukan oleh kerajaan kita dan juga rakyat jelaka negara ini. Hal ini demikian kerana, dari segi politik di Malaysia, hubungan antara etnik memang dicapai tetapi bukanya seratus peratus kerana masih ada jurang perbezaan antara etnik di Malaysia dari segi politik. Masih terdapat parti-parti politik yang masih menekankan dan memberi keistimewaan kepada kaum-kaum tertentu sahaja. Walaupun parti-parti politik di Malaysia bertujuan mengeratkan hubungan antara etnik tetapi layanan istimewa terhadap etnik tertentu masih berlaku. Disebabkan hal ini, tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969, demontrasi jalanan secara haram oleh etnik-etnik dari parti politik tertentu masih berlaku. Kerajaan kita, iaitu parti politik Barisan Nasional telahpun ditubuhkan untuk mengeratkan hubungan antara pelbagai etnik di Malaysia dan parti ini masih berusaha mengeratkan hubungan etnik di Malaysia. Sama-sama kita mengharapkan harapan kerajaan dalam menyatupadukan hubungan antara etnik tercapai seratus peratus menjelang tahun 2020.

Dari segi ekonomi pula, kerajaan kita Malaysia lebih menekankan hubungan erat antara etnik kerana ingin menghapuskan pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi serta ingin untuk membasmi kemiskinan. Di negara kita, proses ini jelas terhalang dengan satu lagi faktor iaitu pemisahan tempat tinggal atau penempatan mengikut kegiatan ekonomi. Pemisahan ini merupakan kelangsungan kesan dari dasar pecah dan perintah semasa penjajahan British. Menurut buku Pengajian Malaysia (2009), 45 penjajahan Inggeris sememangnya telah menetapkan setiap kaum membuat

petempatan di kawasan ekonomi masing-masing. akibatnya, orang Melayu kekal sebagai petani dan nelayan, orang Cina dalam perdagangan dan perlombongan, dan orang India di estet-estet. perkara ini telah mengekang semua kaum dari berinteraksi dan merenggangkan hubungan sama ada dari segi agama, politik, akhbar, dan pemikiran.

Menurut buku Malaysia : Warisan dan Perkembangan, pada akhir tahun 60-an, ekonomi bumiputera sangat merosot. contohnya di Bandar Tanjung (Georgetown), satu peratus sahaja tanah di situ dimiliki bumiputera, manakala di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, Cuma satu kedai sahaja dimiliki bumiputera berbanding beratus-ratus buah kedai yang ada di situ. Pegawai-pegawai kanan ikhtisas bumiputera juga tidak mencecah walaupun 10 peratus berbanding kaum-kaum lain.

Ketidakseimbangan yang ketara ini telah menimbulkan rasa tidak puashati antara sesama kaum. Orang Melayu mencemburui kejayaan dan kemewahan orang Cina, sementara orang Cina dan India pula cemburukan keistimewaan orang Melayu yang berpeluang berkhidmat dalam sektor pentadbiran kerajaan.

Kita dapat melihat banyak usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan, antaranya adalah Dasar Ekonomi Baru yang telah diperkenalkan pada tahun 1971 oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata iaitu untuk mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua proses rakyat Malaysia tanpa mengira kaum serta untuk untuk

mempercepatkan

penyusunan

semula

masyarakat

Malaysia

memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Selepas

tamat

tempoh

Dasar

Ekonomi

Baru

iaitu

1970-1990,

Dasar

Pembangunan Nasional telah dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 17 Jun 1991 (R. Kuberan,Foo Kok Man, Mohd. Azmi Ahmad, 2009). Dasar Pembangunan Nasional ini menyambung matlamat DEB dan objektifnya adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara maju, meningkatkan perpaduan dan kerjasama antara kaum. Perpaduan negara menjadi matlamat DPN kerana masyarakat yang

bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi

lagi kestabilan sosial dan yang berterusan. DPN

menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kecemerlangan ekonomi. kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan

Selain itu, di bawah Dasar Pembangunan Nasional juga, kerajaan telah menumpukan usaha untuk menggalakkan pembangunan seimbang dalam sektor ekonomi dan sosial serta penjagaan alam sekitar. Dasar Pembangunan Nasional juga turut menggariskan usaha membasmi kemiskinan dalam kalangan golongan miskin.

Selain itu, dasar lain dalam aspek ekonomi yang telah diperkenalkan kerajaan dalam usaha memperbaiki ekonomi Negara serta mengekalkan perpaduan ialah Dasar Wawasan Negara. Dasar ini merupakan gabungan Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional dan ia merujuk kepada cabaran strategi Wawasan 2020. Objektif dasar ini ialah membasmi kemiskinan dalam kalangan kelompok kecil miskin di kawasan Bandar dan pendalaman tanpa mengira kaum, kumpulan, suku kaum minoriti bumiputera di Sabah, Sarawak dan Orang Asli serta menyusun semula masyarakat. Ia juga bertujuan untuk mewujudkan masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan.

Bagi pendapat saya, dari segi ekonomi pula hubungan antara etnik tercapai juga tetapi bukan keseluruhanya. Semasa penjajahan British, pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi telah diwujudkan iaitu kaum Cina tertumpu di bahagian lombong bijih timah dan perniagaan, orang Melayu pula sektor pertanian, manakala orang India pula tertumpu di sektor perladangan. Selepas negara kita mendapat kemerdekaan daripada penjajahan British, DEB telah diwujudkan bagi membasmi kemiskinan antara kaumkaum serta membasmi pengenalan kaum mengikut ekonomi. Selepas DEB ditubuhkan DPN juga turut dilancarkan bagi membasmi kemiskinan antara golongan yang termiskin iaitu terhadap masyarakat yang tidak dapat memenuhi keperluan asas dalam kehidupan mereka. Usaha-usaha ini telah berjaya menghapuskan golongan termiskin di negara kita tetapi masih wujud isu kemiskinan antara etnik khususnya etnik India dan masih juga terdapat jurang perbezaan ekonomi antara kaum-kaum di Malaysia yang sehingga kini masih berlarutan. Pengenalan kaum mengikut ekonomi turut berlarutan tetapi kini semua etnik di Malaysia masing-masing bukan tertumpu kepada satu sektor sahaja tetapi dapat melabur diri dalam semua sektor tidak kira mana-mana jua etnik di Malaysia. Disebabkan isu ini, hubungan antara etnik bukanya tercapai seratus peratus.

Sistem pendidikan merupakan salah satu alat terpenting dan berkesan bagi mengeratkan hubungan etnik di Malaysia. Dasar pendidikan yang bermula dengan Laporan Barnes ketika zaman penjajahan British dahulu sehinggalah ke Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dijalankan kini bertujuan mengeratkan hubungan etnik.

Bagi membaiki jurang perbezaan pendidikan dan menjana semangat perpaduan, beberapa laporan pelajaran telah diadakan. Tujuannya adalah bagi memberi cadangan untuk melahirkan satu sistem pendidikan kebangsaan supaya pelajar-pelajarnya dapat belajar dalam sistem pendidikan yang sama dan juga untuk mengeratkan hubungan etnik di Malaysia selepas mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sebaik mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan. Sehubungan itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan perakuan Laporan Razak (1956) yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan. Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun 1960. Laporan jawatankuasa ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar. Yang pertamanya ialah mewujudkan Akta Pendidikan 1961 . Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tinggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka.

Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, dibentuk adalah hasil daripada maklum balas dan laporan daripada Jawatankuasa Kabinet tahun 1974. Pembentukan Jawatankuasa Kabinet tahun 1974, adalah kerana berlakunya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969, pembentukan Rukunegara, 1970 dan pelancaran Dasar Ekonomi Baru. Peristiwa-peristiwa tersebut, telah mendorong kerajaan mengkaji semula dasar pendidikan kebangsaan sebelum ini yang kurang menitikberatkan perpaduan negara dan memajukan aspek sosial, ekonomi dan politik untuk membangunkan bangsa dan negara.

Konsep Sekolah Wawasan yang diluluskan oleh kabinet pada tahun1997 adalah menggabungkan tiga sekolah berlainan aliran dalam satu kompleks yang mana pelajarnya berkongsi menggunakan kemudahan seperti padang dan kantin bagi membolehkan mereka berinteraksi serta berkomunikasi di antara satu sama lain. Matlamat Sekolah Wawasan ini adalah untuk memperkukuhkan hubungan dan perpaduan pelbagai kaum di kalangan para pelajar aliran Sekolah Rendah Kebangsaan dengan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina dan Tamil. Penempatan ketiga-tiga aliran sekolah ini dapat dijadikan landasan terbaik untuk mewujudkan integrasi kaum pada peringkat primer lagi.

Pendemokrasian Pendidikan juga dapat mengeratkan hubungan antara etnik di Malaysia. Pendemokrasian Pendidkan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran adalah untuk memastikan agar semua kaum dapat menikmati kemudahan yang sama dalam pendidkan sama ada mereka bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar. Baik di bandar atau di luar bandar reka bentuk sekolah-sekolah yang dibina adalah sama. Di samping itu, alat-alat yang dibekalkan seperti kerusi, meja, almari adalah seragam disemua sekolah. Dengan ini tidak timbul perbezaan antara sekolah sama ada yang digunakan oleh kaum Melayu, Cina, India atau Bumiputra Sabah dan Sarawak.

Pelajar-pelajar daripada pelbagai etnik tidak disekat untuk bersekolah di manamana sekolah di negara kita. Mereka boleh bebas memilih sekolah pilihan masingmasing. Sekolah-sekolah yang berbeza aliran juga mendapat kemudahan-kemudahan yang sama. Walaupun mereka menggunakan bahasa pengantar bahasa yang berlainan tetapi sukatan, buku teks, jadual waktu dan peperiksaan diselaraskan secara berpusat.

Bagi pandangan saya, dari segi sistem pendidikan di Malaysia kerajaan kita memang berjaya mengeratkan hubungan antara etnik-etnik di Malaysia. Kerajaan kita banyak mencurahkan usaha-usaha mereka bagi menyelaraskan sistem pendidikan di negara kita selepas mendapat kemerdekaan daripada penjajahan British. Pelbagai akta pendidikan dan dasar pendidikan telah pun dilaksanakan sedikit demi sedikit bagi memberi pendidikan yang selaras dengan semua etnik. Kerajaan kita memberi bantuan kemudahan seperti meja, kerusi, papan hitam, pembinaan banggunan, buku teks secara percuma, menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di seluruh sekolah serta bantuan kewangan kepada semua pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum. Namun begitu, masih ada kekurangan yang tidak dapat dipenuhi dan hal ini secara langsung memberi impak yang kurang baik dalam mengeratkan hubungan etnik di Malaysia. Contohnya, peluang kemasukan ke Matrikulasi, IPTA, IPTS, IPG, Sekolah Berasrama Penuh dan sebagainya hanya diberi keistimewaan kepada kaum Melayu dan Bumiputra sedangan etnik lain mempunyai keputusan yang bagus sama seperti mereka. Selain itu, biasiswa pendidikan juga turut susah bagi didapati oleh etnik Cina, India dan etnik-etnik lain di Malaysia. Usaha kerajaan menubuhkan Sekolah Wawasan bagi mengeratkan hubungan antara etnik masih tidak tercapai kerana bilangan Sekolah Wawasan adalah sangat kurang dan kaum-kaum di Malaysia kuatir kerana mereka menganggap bahawa sekolah ini akan menjejaskan bahsa ibunda mereka serta menjejaskan hak-hak dan kebudayaan mereka.

Dari aspek sosial juga, banyak usaha yang telah

dilaksanakan oleh

kerajaan. Rukun Negara yang juga dikenali sebagai de facto Malaysian pledge of allegiance telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1957. Penjajahan British melalui dasar pecah dan perintah serta mementingkan kuasa dan ekonomi menyebabkan terjadi jurang perbezaan dan pengenalan ekonomi berbentuk etnik antara kaum dan wilayah. Kemuncak manifestasi perkauman ini ialah peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Kerajaan bertindak pantas dengan menubuhkan sebuah badan khas yang dikenali sebagai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).

Majlis ini dipertanggungjawabkan untuk mengembalikan keamanan dan undangundang negara, menentukan pentadbiran yang licin, adil dan sempurna serta mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum.

Peristiwa ini menunjukkan bahawa perpaduan nasional sukar dicapai jika terdapat jurang perbezaan yang terlalu besar terutama dari segi ekonomi, politik dan sosial antara rakyat pelbagai kaum. Pada bulan Januari 1970, Majlis Perundingan Negara (MPN) ditubuhkan. Fungsi utama majlis ini ialah meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan untuk menyelesaikannya. Antara hasil utama Majlis ini ialah Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru. Perisytiharan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 sebagai ideologi kebangsaan negara adalah bertujuan agar fikiran, pendapat dan perasaan rakyat pelbagai kaum dapat dipersatukan secara

pemuwafakatan dan bijaksana tanpa membangkitkan isu-isu sensitif yang boleh mencetuskan keadaan yang tidak diingini.

Rukun Negara sebagai ideologi kebangsaan telah dirumus berasaskan kepercayaan, keyakinan dan iltizam telah menggariskan lima prinsip utamanya iaitu (1) Kepercayaan kepada Tuhan, (2) Kesetiaan kepada Raja dan Negara, (3) Keluhuran Perlembagaan, (4) Kedaulatan Undang-undang, dan (5) Kesopanan dan Kesusilaan. Pengenalan Rukun Negara merupakan satu tindakan bijak yang telah diambil oleh

kerajaan kerana instrumen ini mampu mengatasi garis pemisah antara etnik dalam membentuk dan membimbing masyarakat Malaysia ke arah mewujudkan perpaduan berdasarkan hak, peranan dan tanggungjawab yang digariskan dalam kelima-lima prinsip yang perlu dihormati oleh setiap rakyat.

Tambahan, jika diamati kepada kesemua prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara, kerajaan telah berjaya merangkumi semua aspek dalam pembinaan negara bangsa Malaysia yang unggul kerana secara keseluruhannya dalam konteks pembangunan politik, instrumen ini jelas menyatakan cita-cita membina negara bangsa yang warganya bersatu padu, mengamalkan cara hidup yang demokratik,

melaksanakan keadilan sosial dan berfikiran terbuka manakala dalam konteks pembangunan ekonomi pula, secara jelas Rukun Negara menggariskan bahawa sains dan teknologi menjadi asas kepada ekonomi berasaskan perindustrian yang akhirnya akan melahirkan masyarakat yang progresif (Shamsul Amri, 2011).

Selain itu, dasar lain yang telah diperkenalkan oleh kerajaan ialah Dasar Integrasi Nasional. Dasar ini adalah bertujuan untuk menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan pelbagai kaum untuk mengeratkan hubungan silaturrahim. Dasar ini mempunyai objektif seperti menjaga keamanan negara, mengelakkan semangat perkauman demi kemajuan negara, menggunakan kebudayaan yang sesuai untuk diamalkan oleh semua kaum serta meningkatkan toleransi dan saling mempercayai antara kaum.

Antara strategi yang telah dijalankan di bawah dasar ini ialah mewujudkan Rukun Tetangga dan perjumpaan kaum di setiap taman perumahan, mengadakan sambutan kongsi raya untuk menggalakkan setiap masyarakat berbilang kaum memahami budaya satu sama lain, mengawasi kumpulan fanatik agama yang mencuba memecah belahkan perhubungan baik masyarakat serta yang terakhir ialah menggunakan bahasa Malaysia untuk menggalakkan komunikasi.

Rukun Tetangga diwujudkan meningkatkan dan mengukuhkan

bagi semangat

menjalankan apa-apa aktiviti bagi kejiranan, perpaduan, muhibah,

keharmonian, keselesaan, keamanan, kerjasama, keselamatan, kebajikan, kesihatan, kesejahteraan ekonomi dan kualiti hidup di kalangan anggota masyarakat, untuk menerima maklumat mengenai, untuk memerhati dan menyiasat, semua isu mengenai konflik masyarakat di dalam kawasan dan melaporkan maklumat, pemerhatian dan menyiasat itu kepada pengarah, untuk mengambil apa-apa langkah yang perlu atau wajar untuk membolehkan bemastautin melindungi diri mereka terhadap apa-apa aktiviti jenayah atau bencana, untuk menyediakan pengantaraan dalam masyarakat bagi maksud pendamai atau selainnya menyelesaikan apa-apa pertikaian atau perselisihan di kalangan anggota masyarakat; dan juga untuk menjalankan apa-apa fungsi atau tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Pengarah dari masa ke semasa.

Perpaduan rakyat Malaysia amat penting dalam menjadikan negara Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020.Mengeratkan hubungan anatara etnik di Malaysia penting bagi mencapai hasrat Wawasan 2020. Bekas Perdana Menteri Malaysia kita, Tun Dr.Mahathir Mohamad, telah mengemukakan Wawasan 2020 dalam persidangan pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada tahun 1991. Dalam ucapannya, beliau mengemukakan hubungan antara rakyat Malaysia sebagai cabaran pertama untuk membentuk sebuah negara yang utuh. Daripada sembilan cabaran tersebut cabaran pertama Wawasan 2020 menekankan aspek perpaduan iaitu membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, terintegrasi wilayahwilayah dan kelompok etniknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.

Perpaduan hanya tercapai jika rakyat kita yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama mempunyai perasaan kekitaan sebagaiwarga Malaysia. Tanpa perpaduan kaum, kita tidak dapat membawa negara kita ke tahap kemajuan yang optimum. Oleh itu, Wawasan 2020 akan tercapai dengan adanya hubungan yang erat dan kukuh antara etnik-etnik Malaysia.

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip Rukun Negara. 1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. 1 Malaysia juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Bagi pendapat saya, dari sosial kerajaan masih tidak mencapai seratus peratus dalam usaha mengeratkan hubungan etnik di Malaysia tetapi selepas mendapat kemerdekaan kerajaan banyak mengambil inisiatif bagi mewujudkan perpaduan. Usaha-usaha ini telah pun berjaya mengeratkan hubungan etnik di Malaysia. Pada masa kini, konsep yang sering diwar-warkan oleh YAB Pedana Menteri kita ialah konsep 1 Malaysia. Konsep ini merupakan konsep yang amat menarik dan kerajaan kita berusaha untuk mewujudkan rakyat 1 Malaysia pada masa akan datang. Layanan yang sama rata turut diberikan kepada semua etnik di Malaysia. Kerajaan dan masyarakat Malaysia berharap akan mengeratkan hubungan antara etnik di Malaysia pada masa akan datang.

Dari segi kebudayaan pula, kerajaan kita melancarkan satu dasar iaitu Dasar Kebudayaan Kebangsaan bagi mempereratkan hubungan antara etnik-etnik di Malaysia. Dasar Kebudayaan Kebangsaan(DKK) telah dibentuk untuk melahirkan kebudayaan nasional berpandukan kepada tiga prinsip.

DKK

berjaya membentuk satu kebudayaan nasional yang pelbagai dan unik

dengan menjadikan kebudayaan kaum lain sebagai sebahagian daripada kebudayaan kebangsaan. Pengkongsian satu kebudayaan kebangsaan ini dan kebebasan

mengamalkan budaya masing-masing berjaya mengeratkan hubungan antara etnik. Pengamalan budaya lain tanpa sebarang kekangan atau konflik dapat dilihat apabila perayaan seperti Thaipusam dan Pesta Tanglung disambut secara besar-besaran.

Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum, Malaysia memerlukan satu dasar kebudayaan kebangsaan bagi mencerminkan keperibadian negara. Dasar ini menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti Malaysia di peringkat antarabangsa. Dasar Kebudayaan Kebangsaan menekankan unsur-unsur kebudayaan mestilah dapat diterima oleh semua komuniti, apa juga asal usulnya mestilah menggambarkan ciri-ciri yang mudah dikenali sebagai sebahagian dari keadaan tempatan, dan tidak boleh membawa kesan yang buruk dalam apa juga cara terhadap nilai-nilai asas yang menjadi pendukung kepada unsur-unsur lain.

Berdasarkan Kongres Kebudayaan Kebangsaan, pada tahun 1971, tiga prinsip telah dijadikan asas ke arah pembentukan kebudayaan kebangsaan dan sebagai satu proses yang berterusan. Prinsip-prinsip itu ialah berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini. Budaya Melayu merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada hampir 200 juta umat manusia yang mendiami rantau ini sejak berabad lamanya. Jadi wajarlah kebudayaan rakyat rantau ini dijadikan teras kepada kebudayan kebangsaan Malaysia.

Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima. Prinsip ini bertepatan dengan suasana masyarakat berbilang kaum dan mewarisi pelbagai budaya. Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik sifatnya, sentiasa berubah dan diwarisi dari satu generasi ke generasi berikutnya melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Oleh itu, unsur-unsur budaya Cina, India dan Arab dan lain-lain yang sesuai diterima dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

Kesesuaian ini bergantung sekiranya ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukunegara dan asas-asas moral dan kerohanian sejagat, serta Islam sebagai agama rasmi negara.

Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Penerimaan unsur-unsur Islam adalah sesuai dengan perkembangan sejarah negara ini yang menerima kedatangan Islam sejak 600 tahun yang lampau dan menjadi agama anutan sebahagian besar umat di rantau ini. Justeru itu, adalah wajar nilai-nilai Islam dijadikan unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Pembentukan kebudayaan kebangsaan adalah diperlukan bagi mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatu padu serta bagi mengeratkan hubungan etnik khususnya bagi sebuah negara membangun dan yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum seperti Malaysia.

Bagi pendapat saya, dari segi kebudayaan pula kerajaan kita banyak mengambil usaha untuk mengeratkan hubungan antara etnik. Contohnya, kerajaan kita memberi kebebasan semua etnik beragama masing-masing, pembinaan tempat ibadat, memberi cuti peristiwa semsa perayaan, memberi keselamatan dam bantuan semasa musim perayaan, kebudayaan semua etnik turut dihormati dan Rumah Terbuka juga turut dilaksanakan dan Perdana Menteri kita juga turut menyertai program tersebut bersamasama dengan rakyat di Malaysia. Namun begitu, isu merobohkan tempat ibadat, isu-isu keagamaan, masalah penerimaan kebudayaan etnik lain masih berlaku di negara kita. Kerajaan perlu mengambil tindakan alternatif bagi menyelesaikan isu kebudayaan dan keagamaan ini. Jika tidak usaha kerajaan bagi mengeratkan hubungan etnik di Malaysia sukarlah dicapai.

Seterusnya, penggunaan Bahasa Kebangsaan juga merupakan satu usaha yang dilakukan oleh kerajaan kita bagi mempereratkan hubungan etnik antara kaum di Malaysia. Penggunaan dan perkongsian satu bahasa yang sama iaitu Bahasa Melayu(BM) berjaya dalam mengeratkan hubungan antara enik di kalangan masyarakat yang berbeza dari segi bahasa ibunda, etnik kebudayaan, agama dan kedudukan ekonominya. Selain itu, penggunaan Bahasa Melayu juga telah membolehkan semua kaum dan keturunan berkomunikasi antara satu sama lain dengan sempurna, memberi mereka satu bahasa rujukan yang sama untuk menginterpretasi alam dan realiti dan mewujudkan satu ciri persamaan antara mereka sebagai unsur pembentukan kebudayaan kebangsaan.

Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia ternyata berkesan dalam merapatkan jurang perbezaan antara etnik melalui penggunaanya dalam interaksi sosial. Tambahan pula, langkah kerajaan dalam memperkasakan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris berjaya meningkatkan matlamat untuk mengeratkan hubungan etnik menggunakan Bahasa Melayu sebagai mediumnya.

Dari segi agama dan kepercayaan pula kerajaan telah memperuntukkan dalam perlembagaan dan Rukun Negara agama islam sebagai agama rasmi persekutuan. namun, semua rakyat Malaysia kebebasan menganut dan mengamal agama dan kepercayaan masing-masing telah berjaya dalam memelihara suasana harmonis antara rakyat berbilang kaum, agama dan kepercayaan, sikap berakomodatif, hormatmenghormati dan kepekaan terhadap kepercayaan, pantang larang dan sensitiviti kaum lain. Selain itu, pengembangan sesuatu agama dalam kalangan penganut agamaagama lain tertakhluk kepada peruntukan-peruntukan mengenainya dalam

Perlembagaan dan undang-undang. Secara keseluruhannya, kebebasan mengamalkan kepercayaan agama dan sikap saling hormat berjaya mengeratkan lagi dan mengekalkan hubungan harmonis antara kaum melalui pertembungan budaya yang berlaku.

Bagi pendapat saya, usaha kerajaan dalam mewujudkan perpaduan antara kaum di Malaysia dari segi Bahasa Kebangsaan memang tercapai. Negara kita menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam semua aspek. Bahasa ini juga digunakan sebagai Bahasa Pengantar di seluruh sekolah di Malaysia tidak kira sekolah SK, SJKT, SJKT, Agama dan sebagainya. Semua pelajar wajib lulus matapelajaran Bahasa Melayu semasa SPM dan hal ini secara tidak langsung mengeratkan hubungan antara pelbagai etnik di Malaysia.

Kerajaan kita juga mengambil inisiatif yang tinggi terhadap pembangunan kawasan dalam usaha mengeratkan hubungan antara etnik di Mlaysia. Kerajaan mengarahkan pemaju-pemaju perumahan serta pihak berkuasa tempatan supaya mengambil kira aspek perpaduan dalam memajukan sesuatu kawasan dengan cara sesuatu kawasan seharusnya mempunyai latar penduduk yang terdiri daripada daripada pelbagai kaum agar batasan sentimen perkauman dapat dicairkan.

Hal ini dapat dilakukan melalui penubuhan jawatankuasa penduduk seperti Rukun Tetangga dan penganjuran aktiviti yang melibatkan semua penduduk tanpa mengira kaum dan agama. Prasarana seperti dewan serbaguna, dewan komuniti dan sebagainya perlu disediakan lantaran difikirkan turut membantu menyemaikan semangat perpaduan dan interaksi antara kaum melalui pelbagai aktiviti sosial yang dianjurkan pelbagai pihak. Kerajaan juga menegaskan supaya sesuatu kawasan perumahan mengandungi pembangunan bercampur seperti fasa perumahan kos rendah, sederhana dan juga mewah agar dapat mengurangkan jurang sosial yang wujud dalam kalangan masyarakat melalui pergaulan dan interaksi. Kemudahankemudahan yang disediakan haruslah boleh dinikmati oleh penduduk dan tidak dibatasi oleh taraf sosiekonomi mereka.

Strategi kerajaan ini berjaya mewujudkan kawasan perumahan yang kini didiami oleh pelbagai kaum dan latar belakang sosial yang berbeza di bawah satu komuniti menyebabkan hubungan antara etnik semakin erat. Melalui hubungan antara etnik di dalam suatu komuniti, sikap toleransi, hormat-menghormati dan bertolak-ansur berjaya dilahirkan dan dipupuk. Buktinya dapat dilihat melalui kerjasama, persahabatan dan hubungan yang terjalin di sesuatu komuniti yang pelbagai kaum yang bermula dari semangat kejiranan antara penduduk sesuatu kawasan perumahan.

Dari pandangan saya, dari segi aspek yang dikemukakan di atas, kerajaan kita memang dapat berjaya mengeratkan hubungan etnik di Malaysia. Semasa penjajahan British, tempat tinggal semua etnik adalah berbeza dan hal ini menyebabkan perpaduan antara kaum memang sukar dicapai oleh kerajaan kita. Selepas mendapat kemerdekaan, kerajaan kita mengambil inisiatif untuk mengeratkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Oleh sebab itu, kerajaan mengarahkan pemaju-pemaju perumahan serta pihak berkuasa tempatan supaya mengambil kira aspek perpaduan dalam memajukan sesuatu kawasan dengan cara sesuatu kawasan seharusnya mempunyai latar penduduk yang terdiri daripada daripada pelbagai kaum agar batasan sentimen perkauman dapat diatasikan. Kini rakyat di Malaysia dapat hidup di bawah satu bumbung dengan gembira dan perayaan kaum-kaum lain turut disambut bersama-sama dengan etnik lain.

Sukan juga merupakan bidang yang paling ideal bagi membentuk perpaduan dan integrasi serta mengeratkan hubungan etnik di kalangan rakyat berbilang kaum, keturunan, umur, dan taraf sosioekonomi, bukan sahaja di kalangan atletnya, tetapi juga di kalanagna penontonnya, khususnya bagi acara sukan yang popular . hal ini kerana sukan mewujudkan peluang dan persekitaran bagi pergaulan dan interaksi sosial dan melahirkan suasana yang sangat sesuai bagi memupuk semangat persaudaraan dan solidariti tanpa mengira kaum dan keturunan.

Melalui sukan, ia juga dapat membantu menaikkan semagat patriotisme, dan mencairkan perasaan etnosentrisme, prejudis dan prasangka buruk dalam kalangan rakyat, lebih-lebih lagi apabila acara itu diadakan di tanah air dan boleh ditonton di televisyen atau diikuti menerusi siaran langsung khususnya di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang diwakili oleh pasukan kebangsaan atau negara. Selain itu, pengenalan program 1 Murid, 1 Sukan di sekolah juga membantu mengeratkan hubungan antara murid yang pelbagai kaum sejak kecil lagi bak kata melentur buluh biarlah dari rebungnya. Badan kerajaan yang bertanggungjawab dan telah banyak membantu dalam pembinaan hubungan antara etnik melalui sukan adalah Kementerian Belia Dan Sukan. Pelan kerajaan menggunakan sukan sebagai alat perpaduan telah banyak berkesan kerana sukan tidak mementingkan kaum, bangsa atau warna kulit tetapi bakat dan prestasi yang ditonjolkan. Oleh itu, setiap rakyat berbilang bangsa boleh menghasilkan kerjasama dan menjalinkan hubungan antara kaum dengan menyertai sukan yang melibatkan permainan berpasukan seperti bola sepak, hoki dan sebagainya.

Dari segi pandangan saya, usaha kerajaan dalam mengeratkan hubungan antara etnik melalui sukan dapat dicapai. Kerajaan kita menggunakan sukan sebagai wadah untuk mengeratkan hubungan etnik di Malayisa. Atlet-atlet sukan negara dipilih bukanya mengikut isu perkauman tetapi melalui bakat dan potensi mereka dalam memajukan mutu sukan negara di mata dunia. Kerjasama antara atlet di Malaysia dapat mewujudkan perpaduan antara kaum di Malaysia.

Rumusan

Kejelekitan perpaduan atau hubungan antara etnik dalam sebuah negara berbilang kaum sukar dicapai tanpa pendedahan awal yang berstrategik, keintiman, persefahaman semua pihak, kepercayaan dan pegangan kukuh terhadap ajaran agama, di samping menghayati dengan penuh keinsafan intipati dan kandungan tersurat dan yang tersirat dalam kesemua prinsip rukun negara.

Penghayatan Rukun Negara untuk mencapai perpaduan dan integrasi nasional yang padu lagi jitu dilaksanakan di negara ini melalui proses pendidikan dan pembelajaran berdasarkan kurikulum Kebangsaan, pembabitan dalam kokurikulum yang teratur dan terancang, penghayatan keagamaan dalam kehidupan seharian, penyertaan semua warga organisasi dalaman sekolah dan di luar sekolah mahupun seluruh anggota masyarakat yang juga warga negara Malaysia dalam pelbagai aktiviti yang menjurus kepada pembentukan kehidupan rakyat yang bersatu padu secara kolektif serta jalinan perhubungan yang baik dan mesra yang diamalkan secara ikhlas dan penuh keinsafan oleh semua pihak berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara Malaysia.

Kini kita berada dalam era globalisasi dan menuju kearah Wawasan 2020. Pelbagai usaha dijalankan oleh kerajaan kita adalah demi menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk dan mengeratkan hubungan antara etnik di Malaysia. Walaupun terdapat beberapa cabaran atau tentangan, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan bersifat pro aktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan dan integrasi nasional akan tercapai suatu hari nanti.

Refleksi

Saya Sangkari a/p Suppaiah dari unit Bahasa Tamil 2 PISMP SEM 3 mengucapkan ribuan terimah kasih kepada pensyarah En Chin Kuang Tiu. Beliau memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Saya juga merakamkan terima kasih kepada rakan sekumpulan dengan saya kerana sudi membantu saya dalam setiap masa. Pada awal sebelum saya memulakan kerja kursus ini bersama rakan sekumpulan saya, saya mempelajari tentang Hubungan Etnik di dalam kelas sebagai matapelajaran wajib. Semasa saya mempelajari matapelajaran tersebut, pada awalnya saya tidak mempunyai ilmu yang begitu banyak dalam matapelajaran tersebut. Saya juga mempunyai ilmu yang sedikit tentang isu-isu semasa, isu-isu politik, dasar-dasar atau usaha yang kerajaan masih lakukan untuk rakyat jelaka di negara ini. Semasa mempelajari subjek ini, saya mendapat ilmu tentang hal-hal yang saya sebutkan tadi. Tetapi saya patut berterima kasih kepada En Chin Kuan Tiu, pensyarah bagi unit kami telah memberi kerja kursus ini kepada kami. Semasa saya dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya mencari banyak maklumat tentang isu-isu pendidikan, dasar-dasar yang telah dilancarkan oleh kerajaan kita dalam usaha mengeratkan hubungan antara etnik di Malaysia. Semasa saya mencari maklumat tentang dasar-dasar kerajaan, barulah saya mengetahui bahawa kerajaan kita banyak mengambil inisiatif terhadap perpaduan di negara kita selepas mendapat kemerdekaan. Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 telah menyedarkan rakyat dan kerajaan kita bahawa betapa pentingnya hubungan etnik di Malaysia.Semasa menjalankan kerja kursus ini barulah saya mengetahui bahawa kerajaan kita telah melancarkan banyak dasar-dasar sehingga kini dan melancarkan begitu banyak program-program di sekolah, tempat kerja dan juga di kawasan perumahan supaya rakyat dapat menyedari tentang kepentingan mengeratkan perpaduan di negara kita.

Selepas menyiapkan tugasan ini saya dapat memperoleh banyak ilmu tentang isu-isu dan dasar-dasar kerajaan yang telah dilancarkan oleh kerajaan kita. Sebagai bakal guru, kita sepatutnya memberi pendedahan kepada anak murid kita tentang kepentingan perpaduan di negara ini. Selain itu, saya juga dapat mempelajari tentang cara membuat pengurusan grafik. Saya juga dapat banyak maklumat tentang punca-punca perpaduan dalam kumpulan-kumpulan etnik di Malaysia lambat berkembang walaupun kemerdekaan telah dicapai. Pada mulanya, saya dan rakan sekumpulan saya mencari bahan tentang punca-punca perpaduan lambat dicapai. Kami mengadakan banyak perbincangan dan mencari maklumat dari pelbagai sumber iaitu buku rujukan, internet dan sebagainya.

Sebagai bakal guru, kita perlu mendedah diri kita dengan isu-isu semasa dan memberi sokongan kepada usaha-usaha kerajaan yang akan laksanakan supaya kita sama-sama dapat mewujudkan dan mengeratkan hubungan etnik di negara kita Malaysia. Akhirnya, saya mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada pensyarah, rakan sekumpulan dan rakan-rakan yang sudi membantu saya setiap masa.

Rujukan

Mohd Ridhuan Tee Abdullah.(2010). Cabaran integrasi antara kaum di Malaysia : perspektif sejarah, keluarga dan pendidikan. Jurnal Hadhari, 2 (1). pp. 61-84. ISSN 1985-6830.

Shamsul Amri Baharuddin (2008), Modul Hubungan Etnik. Kuala Lumpur: Maskha Sdn.Bhd.

Dasar Pendidikan Kebangsaan (2012). Dimuat turun pada (8 Feb 2013) daripada http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/09DASAR_PENDIDIKAN_KE BANGSAAN.pdf

Mohamad Afiffuddin (2009). Masalah Perpaduan di Malaysia. Dimuat turun pada (13 Feb 2013) daripada http://www.scribd.com/doc/19412497/masalah-perpaduandi-malaysia

Anda mungkin juga menyukai