Anda di halaman 1dari 2

6.

Bincangkan langkah yang perlu diamalkan untuk membentuk konsep rakyat didahulukan ,
pencapaian diutamakan .
Pembentukan masyarakat majmuk yang harmonis merupakan agenda kerajaan
yang paling penting kerana prasangka perkauman boleh menghancurkan perpaduan yang
sedia wujud. Menyedari hakikat dan kepentingan mengekalkan perpaduan maka pelbagai
langkah perlu dijalankan bagi memastikannya berterusan.

Antara kepentingan mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk


ialah untuk mengekalkan keharmonian dan mengelakkan perselisihan. Penduduk Malaysia
yang terdiri daripada berbilang bangsa boleh hidup aman damai sejak dahulu lagi kerana
adanya perasaan saling menghormati dan memahami antara satu sama lain. Amalan nilai
murni ini menjadi tunjang kekuatan sesebuah negara.Perkara ini dapat mengelak
berlakunya perselisihan seperti kejadian dalam sejarah hitam negara iaitu peristiwa 13 Mei
1959. Rusuhan kaum yang berlaku tidak memberi apa-apa keuntungan malah membawa
banyak kemudaratan.

Perpaduan kaum yang wujud juga turut mempercepat dan memperkasa pembangunan
negara. Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap bertoleransi dan hidup bersatu-padu
memangkinkan usaha memajukan negara dalam segenap aspek merangkumi ekonomi,
sosial, politik dan pendidikan. Pembangunan pesat yang jelas kelihatan pada hari ini
membantu masyarakat menjalani kehidupan seharian dengan selesa. Sebaliknya, jika
keharmonian kaum terancam maka amat sukarlah kerajaan mengatur agenda mencapai
kemajuan negara. Kesannya negara akan ketinggalan dan rakyat menderita kemiskinan.

Bagi merealisasikan kejayaan negara dengan ramuan perpaduan kaum ini,


maka bagai usaha ke arahnya hendaklah terus dijalankan. Antara lain, kerajaan
mewujudkan banyak dasar bertujuan menerapkan nilai-nilai bagi mengekalkan perpaduan
kaum. Terkini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan
konsep ‘1 Malaysia’. Dasar kepimpinan yang memperkenalkan konsep “rakyat didahulukan,
pencapaian diutamakan” memperlihatkan keutamaan masyarakat dalam pencapaian
sesebuah negara. Tanpa rakyat yang bersatu padu maka pincanglah negara itu.

Selain itu, segenap lapisan masyarakat juga berperanan menjalankan tanggungjawab


masing-masing untuk memelihara perpaduan. Media massa sebagai medium komunikasi
menjadi saluran maklumat dan membangkitkan semangat bersatu-padu. Memperbanyakkan
iklan dan risalah melalui kempen-kempen mencintai negara dapat menyedarkan masyarakat
tentang peri pentingnya menjaga keharmonian hidup sesama rakyat. Semua ini dapat
dikongsi bersama-sama dengan adanya alat komunikasi media massa seperti televisyen,
radio mahupun internet. Kemudahan yang kita nikmati sekarang ini adalah bukti nyata hasil
kemajuan negara.

Kesimpulannya, kemakmuran negara berkait rapat dengan hubungan baik antara kaum
yang sama-sama mendokong usaha ini. Hubungan baik inilah yang perlu diamalkan bila-bila
masa dan selamanya agar kejayaan yang kita nikmati kini tidak ranap begitu sahaja setelah
hampir 54 tahun negara kita mencapai kemerdekaan.

7) Apakah nilai murni dan iktibar yang dihayati hasil daripada kehidupan berteraskan amalan
permuafakatan dalam kehidupan.
Antara nilai murni dan iktibar yang dihayati hasil daripada kehidupan berteraskan
amalan permuafakatan dalam kehidupan ialah keamanan negara dapat dijamin dengan
wujudnya masyarakat yang bersatu padu . Perpaduan yang kukuh antara satu sama lain
akan melahirkan negara yang aman,tiada masalah perselisihan faham yang menyebabkan
kesejahteraan negara tergugat.
Selain itu , amalan berkerjasama juga dapat dipupuk antara satu sama lain hasil
daripada kehidupan berteraskan permuafakatan dalam kehidupan . Masyarakat yang
berkerjasama dapat membantu negara mempertingkat mutu perpaduan rakyat yang dapat
mewujudkan negara yang aman dan makmur .
Seterusnya , masyarakat yang bersemangat patriotik juga dapat dilahirkan . Melalui
permuafakatan yang wujud dalam masyarakat , kesedaran tentang semangat cinta akan
negara sedikit demi sedikit akan wujud . Kita perlulah bersemangat patriotik demi menjamin
kedaulatan negara.
Di samping itu , kita haruslah saling hormat-menghormati antara satu sama
lain agar tiada masalah persilisihan faham . Amalan hormat-menghormati dapat
memudahkan segala urusan yang dijalankan di dalam negar berjalan lancer.
Justeru , kita juga hendaklah saling berkerjasama dalam mempertahankan
kedaulatan negara.Kemerdekaan negara hanya dapat dicapai melalui kerjasama antara
masyarakat Malaysia.

8. Pengetahuan yang diperoleh , iktibar kepada diri , bangsa serta harapan untuk masa
depan Malaysia yang lebih cemerlang .

iktibar daripada peristiwa penentangan terhadap Malayan Union ialah masyarakat Perlu
bertegas dalam menyatakan bantahan . Perlu adanya perpaduan di kalangan masyarakat
malaysia yang berbilang kaum . Mengadakan rundingan sebelum sesuatu dasar
dibuat . Berhati-hati dengan tindakan orang asing . Pentingnya pemimpin berwibawa untuk
memerintah negara kita .
pengenalanMU telah menguji kesabaran orang Melayu terhadap British yang inginkan
penjajahan mutlak terhadap Tanah Melayu . Orang Melayu buat pertama kalinya dalam
sejarah selepas zaman Kesultanan Melayu Melaka bangun menentang British . Rentetan
daripada penyatuan tersebut , Kongres Melayu 1946 telah diadakan dan UMNO ditubuhkan
untuk menentang niat jahat British tersebut . Kerjasama antara raja-raja melayu dengan
UMNO dan orang melayu pada keseluruhannya telah menyebabkan British mula berle,but
dan memulakan rundingan . Akhirnya , penat lelah tersebut terbayar apabila Perjanjian
Persekutuan 1948 telah membolehkan Persekutuan Tanah Melyu dibentuk 1 Febuari
1948 .Perjanjian tersebut telah memperkenalkan semula dasar kuasa british sebelum
tahun 1941 .

Anda mungkin juga menyukai