Anda di halaman 1dari 5

1 A) TERANGKAN KEPENTINGAN MEWUJUDKAN NEGARA BERDAULAT

(3 MARKAH) 

Kepentingan mewujudkan negara berdaulat adalah untuk keberkesanan pentadbiran.


Hal ini memberikan kebebasan kepada negara untuk menjalankan urusan pentadbiran
tanpa campur tangan pihak luar. Seterusnya, adalah kemakmuran ekonomi. Hal ini
supaya dapat memudahkan pembangunan ekonomi untuk menaik taraf hidup rakyat
dari segi bidang pertanian, perindustrian dan perdagangan. Akhir sekali adalah
kesejahteraan sosial. Hal ini penting kerana dengan bersosial ia dapat melahirkan
generasi yang berilmu dan berkemahiran melalui pendidikan.

1 B) SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA, MENGAPAKAH KITA PERLU


MENGEKALKAN KEDAULATAN NEGARA KITA DARI ANCAMAN LUAR (3
MARKAH) *

Kita perlu mengekalkan kedaulatan negara kita dari ancaman luar adalah supaya
negara kita aman damai. Hal ini adalah untuk menunjukkan bahawa negara kita
boleh memerintah tanpa kuasa asing. Seterusnya, adalah untuk memastikan sistem
pemerintahan kita tidak goyah. Hal ini kerana dengan adanya ancaman luar ia boleh
menggugat setiap sektor ekonomi negara kita kerana tidak persefahaman. Akhir
sekali adalah untuk menunjukkan yang negara kita mampu berdiri sendiri. Hal ini
dengan adanya sistem pertahanan yang kukuh ia dapat menjamin kedaulatan negara
kita daripada ancaman luar.

1 C) NEGARA KITA MENGHADAPI PELBAGAI CABARAN UNTUK


KEKALKAN KEDAULATAN. JELASKAN CABARAN TERSEBUT (4
MARKAH) *

Cabaran untuk kekalkan kedaulatan adalah ancaman daripada anasir-


anasir luar yang cemburu dengan keharmonian negara Malaysia. Hal ini
kerana sebilangan daripada mereka suka menimbulkan masalah dan
menghuruh- harakan keselamatan negara. Seterusnya, cabaran dalam
mengekalkan kedaulatan adalah perpaduan kaum di Malaysia. Hal ini
kerana,terdapat sikap individu yang terlalu memupuk semangat sesama
kaum. Selain itu, cabaran untuk memupuk nilai-nilai patriotisme dalam
kalangan generasi muda. Hal ini kerana mereka tidak merasai kesusahan
hidup semasa zaman penjajahan. Akhir sekali, adalah masalah jenayah
yang tidak terkawal. Hal ini kerana, ia mampu merendahkan tahap
kepercayaan orang luar terhadap negara kita.

2 A) JELASKAN PERANAN PEMIMPIN DAN RAKYAT DALAM USAHA


MEWUJUDKAN KESTABILAN POLITIK DAN KEMAKMURAN EKONOMI (6
MARKAH) *

Pemerintah dan rakyat mempunyai peranan yang sama untuk menjamin


kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.

Pemerintah melaksanakan pentadbiran dengan cekap dan menjalankan


pelbagai usaha serta program bagi memajukan ekonomi,memastikan agihan
sumber kekayaan negara secara adil kepada semua kaum melalui dasar
pembangunan ekonomi dan melaksanakan undang-undang negara menurut
perlembagaan secara berkesan

Rakyat pula memberikan kerjasama sepenuhnya untuk menjayakan semua


usaha dan program yang dilaksanakan oleh pemerintah,menyokong segala
usaha dan dasar kerajaan bagi mewujudkan kestabilan politik dan mematuhi
undang-undang negara.

2 B) PEMERINTAH DAN RAKYAT BERUSAHA MENGEKALKAN


PERPADUAN KAUM SEJAK AWAL MERDEKA LAGI. BUKTIKAN (6
MARKAH) *

Sejak awal kemerdekaan, pemerintah dan rakyat berusaha untuk


mengekalkan perpaduan kaum.Perpaduan penting dalam usaha kita
mengekalkan kedaulatan negara. Beberapa langkah dilaksanakan untuk
memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat.

Antara usaha dari pemerintah adalah menggubal dasar dan undang-undang


berkaitan dengan perpaduan kaum serta integrasi nasional.Selain itu
mereka memastikan keberkesanan pelaksanaan dasar berkaitan dengan
bahasa, pendidikan dan kebudayaan oleh kementerian serta agensi
berkaitan dan mereka juga merangka program serta kempen ke arah
memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional.
Antara usaha yang dilakukan oleh rakyat adalah menggunakan bahasa
kebangsaan dan menghayati prinsip Rukun Negara yang dapat menjamin
perpaduan kaum.

Selain itu,rakyat turut memahami dan menghormati agama serta budaya


pelbagai kaum.Akhir sekali,rakyat mengamalkan semangat perkongsian,
bertoleransi dan saling menghormati sesama rakyat Malaysia.

2 C) KERJASAMA ANTARA PEMERINTAH DAN RAKYAT MAMPU


MENGEKALKAN KEDAUKATAN NEGARA. BERI ULASAN ANDA (8
MARKAH) *

Kerjasama atara pemerintah dan rakyat mampu mengekalkan kedaulatan


negara kerana sesuatu perancangan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Contohnya, kadar keberjangkitan covid-19 dapat diputuskan sekiranya
seluruh rakyat Malaysia mengikuti SOP yang telah ditetapkan oleh pihak
yang berkuasa. Seterusnya, pembangunan negara akan terus meningkat
kerana mendapat sokongan dari semua pihak. Contohnya, produk tempatan
akan menaik ke peringkat antarabangsa sekiranya kita semua memilih
produk tempatan terlebih dahulu berbanding produk luar. Selain itu, kadar
kes jenayah juga akan berkurang sekiranya kerjasama pemerintah dan
rakyat wujud kerana tiada kes jenayah yang berlaku sekiranya semua orang
mematuhi undang undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Akhir sekali,
negara kita akan terus aman dan makmur sekiranya rakyat dan pemerintah
bekerjasama kerana tiada unsur dengki dan parasit berlaku diantara kita.
Hal ini menyebabkan negara kita terus berdaulat.

Anda mungkin juga menyukai