Anda di halaman 1dari 3

HUBUNGAN ETNIK - ISL BERDASARKAN MODUL TAJUK 3 : PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA Berdasarkan kepada

pembacaan dan rujukan anda, jelaskan lima isu-isu berkaitan dengan hubungan etnik di Malaysia akibat modenisasi dalam bidang ekonomi. 1) Pertumbuhan dan Agihan Pertumbuhan dan pembangunan ekonomi yang baik adalah apabila agihan pendapatan yang sama rata dalam anggota masyarakat dapat dilaksanakan dengan adil. Agihan pendapatan dapat dilihat dari dua sudut iaitu : Antara kelas sosial yang berbeza iaitu antara kelas atasan, kelas menengah dan kelas bawahan. Antara kelompok etnik berbeza, iaitu antara Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan untuk mengatasi isu agihan ekonomi yang tidak seimbang di antara etnik. Etnik Cina diakui berperanan dalam mengembangkan ekonomi negara ini kerana etnik Cina tekun dan berkebolehan menguasai pelbagai bidang. Etnik Cina adalah penduduk yang dapat menjana pendapatan tanpa perbelanjaan dan usaha luar biasa kerajaan British. Kejayaan etnik Cina adalah kerana mereka telah menguasai sebahagian besar ekonomi negara.Etnik Cina menyumbang kepada pendapatan Negara kerana mereka merupakan pembayar cukai yang tertinggi di Malaysia. Etnik India pula menyumbangkan tenaga kepada pembangunan negara contohnya dalam sektor perladangan getah dan kelapa sawit. Mereka juga menyumbang tenaga dalam pembangunan dan penyediaan prasarana Negara seperti pembinaan landasan kereta api dan jalan raya. Masyarakat India juga memberi sumbangan sebagai doktor, peguam dan pentadbir.

2) Equality dan Equity Equality adalah kesamarataan dan equity adalah keadilan dalam kalangan rakyat Malaysia telah dijamin dalam Perlembagaan Malaysia. Fasal (8) Perkara (1) Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. Fasal (153) Perlembagaan Malaysia mengatakan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera perlu dikaji semula. Perkara ini tidak perlu timbul jika mereka memahami sejarah Malaysia dan apa yang dinyatakan Fasal (8) Perkara (2) Perlembagaan Malaysia iaitu kecuali sebagaimana dibenarkan dengan nyatanya oleh Perlembagaan ini, tidak boleh ada pembezaan terhadap warganegara semata-mata oleh sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pekerjaan.

3) Dasar Ekonomi Baru dan Hubungan Etnik British telah menjalankan dasar pecah dan perintah dan mewujudkan masyarakat pluralistik dengan membawa masuk tenaga buruh dari Negara China dan India untuk kepentingan ekonomi penjajah dalam sektor perlombongan bijih timah, perladangan dan perdagangan. Kesan daripada dasar ekonomi dan politik tersebut menyebabkan pembangunan tidak seimbang antara bandar dan luar bandar sehingga menwujudkan jurang. Ketidakseimbangan dari segi ekonomi antara etnik telah mengakibatkan rasa tidak puas hati antara etnik sehingga mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969. Bagi mengatasi ketidakseimbangan tersebut kerajaan telah mengambil langkah dengan menjalankan DEB pada tahun 1971 yang bertujuan untuk mencapai perpaduan Negara melalui pengagihan pendapatan dan peluang-peluang ekonomi yang saksama dalam kalangan rakyat Malaysia. DEB dilancarkan melalui dua strategi iaitu : Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum Menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. DEB telah melaksanakan pelbagai projek untuk menyusun semula masyarakat dengan: Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luar Bandar. Mengurangkan keadaan tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang terdapat sekarang ini dengan cara yang progresif dan menerusi pertumbuhan ekonomi seluruhnya supaya pada 1990 kedudukan tenaga buruh mencerminkan bilangan kelompok etnik. Menyusun semula hak milik sektor syarikat. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian dalam kalangan orang Melayu dan Bumiputera yang lain. Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan wilayah baharu seperti Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dan lain-lain.

4) Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti : Bahasa, Sains dan Ekonomi Bahasa Kebangsaan penting untuk pembinaan Negara kerana ia berkaitan dengan persoalan ideology, nasionalisme, integrasi nasional dan identity nasional. Pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan menjadi perdebatan kerana etnik lain bimbang jika bahasa ibunda mereka akan terhakis. Golongan elit yang berpendidikan Inggeris khuatir pelaksanaan Bahasa Kebangsaan akan menyebabkan prestasi pentadbiran negara dan sistem pendidikan kebangsaan mengalami kemerosotan. Cabaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan ialah apabila sistem pendidikan negara yang membenarkan kewujudan sistem pendidikan vernakular daripada peringkat rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi. Bahkan penggunaan bahasa Inggeris semakin meluas di institusi pengajian tinggi swasta.

Isu pendidikan semakin rumit apabila Perlembagaan Persekutuan dan sistem pendidikan nasional membolehkan wujudnya sistem pendidikan vernakular. Ia semakin sukar apabila pelaksanaan dasar PPSMI. Dalam hal ini bahasa Inggeris dianggap sebagai mempunyai nilai ekonomi yang tinggi, baik dalam peringkat lokal dan antarabangsa. Bahasa melayu dianggap tidak mempunyai nilai ekonomi yang tinggi,malah sesetengah pihak beranggapan bahasa Inggeris adalah bahasa kemajuan. Bahasa melayu merupakan bahasa perpaduan dan bahasa rasmi negara dan boleh diangkat sebagai bahasa yang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi.

5) Globalisasi, Ekonomi Malaysia dan Hubungan Etnik Proses perindustrian di negara barat mengambil masa berdekad-dekad lamanya telah cuba ditiru oleh negara Asia. Kejayaan negara Asia mencapai pertumbuhan ekonomi pada tahun 1980-an an 1990-an adalah pengaruh proses globalisasi dan pengaruh aliran modal asing dan pelaksanaan dasar liberalisasi kewangan. Namun kesan aliran modal asing inilah Malaysia menghadapi krisis ekonomi pada tahun 1985-1986 dan 1997-1998.

Anda mungkin juga menyukai