Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI

Tugasan Projek bagi Kalkulus Asas (MTE 3108) ini merupakan tugasan yang amat mencabar bagi saya.Ini kerana saya tidak mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang kalkulus. Walaupun, saya pernah belajar Matematik Tambahan semasa di sekolah menengah dahulu tapi ianya tidak banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Bagi saya, tugasan projek kalkulus ini terlalu sukar kerana saya tidak dapat memahami sepenuhnya apa yang harus dibuat melalui tugasan ini. Mungkin hasil tugasan saya ini tidak memuaskan tetapi saya telah sedaya upaya untuk menyiapkan tugasan ini. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya banyak mendapatkan maklumat daripada internet. Saya tidak dapat membuat rujukan melalui buku rujukan kerana saya tidak berkesempatan untuk ke perpustakaan. Ini kerana saya menghadapi masalah kekangan masa yang harus dibahagikan antara tugas sebagai seorang guru dan tugas sebagai pelajar PPG. Selain masalah kekangan masa untuk ke perpustakaan, lokasi tempat tinggal yang agak jauh daripada IPG telah menyukarkan saya untuk berulang alik ke perpustakaan di IPG. Walaubagaimanapun, saya telah mendapat bantuan daripada rakan sekelas

dalam menyiapkan tugasan ini. Dengan bantuan daripada rakan-rakan, akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini. Tetapi, sebenarnya saya tidak memahami langsung apa yang perlu saya hasilkan untuk menyiapkan tugasan ini. Walaupun telah membaca maklumat dan bahan yang diperolehi daripada internet tetapi saya masih dapat memahaminya. Saya mengharapkan teguran dan tunjuk ajar daripada pensyarah agar saya dapat membuat penambahbaikan dalam tugasan saya ini. Pada saya, tugasan projek yang saya hasilkan ini tidak sesempurna yang diinginkan oleh pensyarah.

Anda mungkin juga menyukai