Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENGENALAN

Pembangunan ekonomi dalam hubungan etnik merupakan artikel yang dipilih untuk
dianalisa. Artikel ini ditulis oleh tiga orang penulis iaitu Hamidah Ab Rahman, Muhammad
bin Daud dan Norlin binti Ahmad. Artikel ini dikeluarkan pada tahun 2009 dan mempunyai
14 halaman muka surat yang bercetak. Di dalam penulisan artikel ini, penulis penulis telah
menekankan hal yang membincangkan pembangunan ekonomi negara dalam konteks
hubungan etnik di Malaysia. Antara perkara perkara yang dibincangkan oleh penulis penulis
adalah berkaitan dengan sejarah perkembangan ekonomi Malaysia yang telah melalui
beberapa perubahan yang bermula daripada era pra-penjajah sehingga masa kini.

Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia mestilah dilihat dari
pelbagai sudut khususnya daripada sudut sejarah perkembangan dan pembangunan negara
kita sendiri. Hal ini adalah bertujuan untuk mengetahui asas dan matlamat juga nilai sebenar
pembangunan ekonomi kita dilaksanakan dan hubungan antara keduanya dengan
penggubalan dasar dasar negara. Fakta fakta sejarah juga perlulah difahami oleh semua
lapisan mayarakat khususnya warga belia yang di dalam seluruh kalangan hubungan etnik
yang ada di Malaysia untuk mewujudkan satu aliran sosial yang tenang dan tenteram di
dalam negara Malaysia. Hal ini demikian kerana, dengan wujudnya kestabilan mobiliti aliran
sosial yang baik dalam kalangan semua hubungan etnik akan dapat meningkatan pendapatan
ekonomi negara kerana kepelbagaian diversiti di dalam masyarakat Malaysia dapat
digunakan dan juga dimanfaatkan dengan sebaiknya.

2.0 RINGKASAN MENGENAI PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM HUBUNGAN


ETNIK

Ringkasan mengenai artikel pembangunan ekonomi dalam hubungan etnik daripada


penulis, Hamidah Abdul Rahman adalah mengenai dasar-dasar ekonomi yang menumpukan
lebih perhatian kepada masyarakat Malaysia dan bukan semata-mata kepada ekonomi sahaja
tetapi juga kepada aspek sosial bagi semua kaum di Malaysia. Artikel ini lebih memberikan
hujah utama kepada pembangunan ekonomi negara dalam konteks hubungan etnik di
Malaysia.

Selain itu, konsep pembangunan ekonomi mempunyai tujuan dan matlamat yang sama
dalam pembaikan taraf hidup kerana ia melibatkan keadaan-keadaan serta syarat-syarat untuk
memulihkan perkembangan masyarakat setempat daripada pelbagai kaum dari perspektif
ekonomi. Ini kerana majunya sesebuah negara tidak seharusnya sama dengan peningkatan
pendapatan negara, pengeluaran atau jumlah eksport tetapi pembangunan ekonomi juga
seharusnya mestilah ada kaitan dengan kualiti hidup masyarakat, kemampuan menyelesaikan
suatu masalah kedaifan rakyat, keperluan asasi manusia, keupayaan mendapat tempat
perlindungan dan lain-lain lagi.

Seterusnya, kemajuan ekonomi negara yang sebenar adalah dengan memperbaiki kualiti
taraf hidup atau kebajikan masyarakat bagi generasi hari ni dan akan datang. Justeru itu,
pembangunan yang maju dan pertumbuhan ekonomi yang tinggi adalah matlamat utama yang
perlu dicapai oleh setiap negara di dunia ini.

Kegiatan ekonomi di Malaysia melibatkan pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan
lain-lain. Terdapat perbezaan ekonomi yang ketara di antara kaum Cina, Melayu dan India di
Malaysia dan perbezaan ini boleh menggugat perpaduan negara. Oleh itu, DEB atau dikenali
sebagai Dasar Ekonomi Baru adalah untuk mencapai perpaduan negara melalui strategi
mereka untuk mengurangkan kemiskinan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum dan
menyusun semula struktur masyarakat Malaysia agar mereka tidak lagi dikenali berasaskan
ciri ekonomi dan tempat tinggal.

Maka dengan itu, pencapaian dasar ekonomi baru telah di capai oleh Malaysia pada masa
ini. Ini kerana kadar kemiskinan penduduk Malaysia telah berjaya diturunkan. Mengikut
pembangunan ekonomi negara dalam konteks perpaduan nasional ini dirangka agar semua
kumpulan etnik dapat menyertai bidang dan peringkat kegiatan ekonomi untuk mencapai
perpaduan dan ini mengurangkan perbezaan ekonomi antara orang Melayu dan bukan
Melayu.

3.0 ANALISA KRITIS MENGENAI ISU

Berdasarkan penulisan yang bertajuk Pembangunan Ekonomi Dalam Hubungan Etnik, antara
isu yang dikupaskan dalam penulisan ini adalah mengenai konsep pembangunan ekonomi.
Isu ini adalah penting untuk diamati oleh pembaca kerana ia menceritakan mengenai
kepentingan pembangunan pada sesebuah negara, di mana dengan hanya melalui
pembangunan, sebuah negara miskin boleh menjadi kaya, dan negara yang kaya akan dapat
menjadi lebih kaya lagi.
Ini adalah kerana melalui pembangunan dapat menyeimbangkan kadar kemiskinan
dan sekaligus meningkatkan kualiti hidup masyarakat Malaysia dan etnik lain. Kenyataan ini
dapat disokong oleh sebuah kajian yang dibuat oleh [ CITATION Sam14 \l 17417 ] yang
menyatakan bahawa persefahaman antara masyarakat bandar dan persekitaran bandar
merupakan kunci kekuatan untuk kehidupan yang lebih berkualiti. Pembangunan ekonomi
dikatakan harus dikaitkan dengan kualiti hidup masyarakat dan memenuhi keperluan asasi
manusia bukan sahaja untuk meningkatkan pendapatan dan hasil negara, sebaliknya untuk
meningkatkan peluang pekerjaan bagi menampung pertambahan penduduk agar seimbang
peningkatan mutu hidup pelbagai kaum di Malaysia.

Selain itu, isu ringkasan sejarah perkembangan ekonomi Malaysia turut dibahaskan
dalam penulisan ini. Ia menceritakan mengenai Era pra-penjajah, Era penjajah dan Era
selepas Merdeka. Penceritaan Era-era ini adalah penting untuk mengingatkan pembaca
tentang kesusahan masyarakat zaman dahulu terutamanya dalam bidang perniagaan kerana
terbatas oleh kuasa penjajah.

Namun, sementelah berlakunya kemerdekaan, masyarakat mula menjadi aktif dalam


perniagaan sehingga berjaya membangunkan ekonomi negara. Kesusahan dahulu adalah
perlu untuk dikenang oleh masyarakat hari ini bagi mengelakkan sejarah lalu daripada
berulang kembali di masa akan datang. Hasil daripada penjajahan itulah yang menjadikan
masyarakat kita lebih bersatu padu dan saling membantu dalam perniagaan masing-masing
yang dijalankan.

Pembaca juga mungkin boleh mengamalkan sikap keterbukaan dan menerima kaum
lain di Malaysia untuk sama-sama terlibat dan saling membantu agar perniagaan masing-
masing dapat dikembangkan dan dimajukan lagi sekaligus menyumbang kepada
pembangunan ekonomi dan secara tak langsung juga terhadap etnik yang lain. Kita harus
mengamalkan sikap terbuka dan tidak prejudis seperti contoh memboikot perniagaan kaum
lain yang tidak sama dengan kita.

Ini kerana, kesan daripada boikot-memboikot ini mungkin boleh membuka ruang
untuk kembalinya penjajah menjajah negara kita ini dan kembali menjadikan
ketidakseimbangan antara kaum daripada segi pendapatan, pembangunan dan lain-lain.
Dasar-dasar yang diwujudkan oleh kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) juga adalah
penting untuk dipraktikkan untuk mendidik rakyat membentuk sebuah masyarakat Malaysia
yang progresif dan adil dari semua segi. Kenyataan ini disokong oleh [ CITATION Moh15 \l
17417 ] dan turut mengulas bahawa DEB dapat memperbaiki ketidakseimbangan
sosioekonomi yang wujud antara kaum.

Seterusnya, penulis juga menyentuh kepada dasar-dasar pembangunan ekonomi


negara iaitu perubahan dan perkembangan ekonomi dari tahun 1971 sehingga 1990. Dari
tempoh tersebut perlaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama dilakukan
merangkumi empat rancangan pembangunan lima tahun bermula dengan rancangan Malaysia
Kedua (1971-1976) hingga rancangan Malaysia Kelima (1986-1976).

Dasar-dasar pembangunan ekonomi negara tersebut adalah bagi mencapai matlamat


untuk menyatukan perpaduan kaum di samping meningkatkan ekonomi negara. Matlamat
tersebut diwujudkan bagi membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum
supaya jurang ekonomi antara kaum dapat dihapuskan. Masalah kemiskinan menyebabkan
perpaduan masyarakat sukar dipupuk terutamanya apabila jurang kemskinan dan kekayaan
menjadi terlalu besar antara masyarakat dalam sebuah negara.

Justeru itu, pihak kerajan perlulah mengurangkan jurang tersebut terutamanya di


kawasan luar bandar dengan mewujudkan prasarana dan melaksanakan kemudahan awam
seperti penubuhan kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air bersih dan eletrik terutama
sekali di kawasan pedalaman. Bagi Kawasan bandar pula, kerajaan boleh menyediakan
keperluan asas dan mutu kehidupan bagi mereka yang terlibat dalam sektor perlombongan,
pembinaan, perkhidmatan serta pengangkutan.

Antara usaha bagi penyusunan semula masyarakat dengan menyusun semula tenaga
kerja yang seimbang serta mencerminkan komposisi kaum. Tumpuan diberikan kepada orang
melayu supaya tidak ketinggalan jauh berbanding kaum cina. Dalam masa yang sama, kaum
bukan bumiputra juga dibantu dan ditegakkan keadilan sosial agar dapat mengurangkan
perbezaan ekonomi antara orang melayu dan bukan melayu. Kenyataan ini disokong oleh (Dr
Cheah Soon Hai, 2008) dan turut menyatakan tindakan dan keputusan yang akan diambil
perlu mengutamakan kepentingan nasional dan bukannya atas faktor kepentingan perkauman.

Akhir sekali, artikel tersebut juga telah menjelaskan mengenai pencapaian dasar
ekonomi baru yang telah berjaya membasmi kemiskinan dalam kalangan masyarakat
terutamanya orang melayu. Diperingkat awal kemerdekaan, orang melayu masih ketinggalan
jauh berbanding cina. Oleh itu, kerajaan melipat gandakan usaha bagi membantu orang
melayu dalam sektor ekonomi dan menukar corak pemikiran mereka dan seterusnya telah
membuka ruang kepada mereka bagi memajukan diri serta memajukan ekonomi orang Islam.

Ekonomi Islam merupakan kegiatan manusia yang selaras dengan kehendak syariat
dari segi memperoleh, mengguna atau mengurus sumber asli untuk kebaikan bersama
berpandukan Al-Quran dan Hadith. Ekonomi Islam mengajar dan membimbing manusia
dalam menggunakan dan mengeluarkan sumber-sumber kebendaan agar selari dengan taqwa
dan Syariah. Al-Quran juga memberikan perhatian serius terhadap usaha memperbiki suatu
kaum yang hanya boleh ditentukan melalui kerja keras serta menghilangkan sifat malas
(fakir).

Kenyataan ini dinyatakan oleh (Djumadi, 2016) di dalam artikel beliau yang bertajuk
konsep pembangunan ekonomi perspektif Islam. Konsep utama islam iaitu Tauhid yang
merujuk kepada asas utama bagi ekonomi Islam adalah soal hubungan manusia dengan Allah
SWT dan manusia dengan manusia. Justeru, tingkah laku manusia sentiasa diawasi oleh
Allah SWT dan dipertanggungjawabkan atas apa yang dilakukannya.

Walaupun orang melayu sudah semakin baik berbanding dahulu, tetapi ekonomi
melayu masih dikuasai oleh bukan melayu seperti kaum cina dan india. Mereka masih lagi
menjadi pengeluar dan orang melayu sebagai pengguna. Oleh itu, ekonomi orang melayu
perlulah diketengahkan supaya ekonomi berasaskan shariah akan dapat dilaksanakan
mengikut ajaran Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia tanpa mengenepikan kaum yang
lain demi menjaga perpaduan kaum.

4.0 PENUTUP
5.0 RUJUKAN

Admee, M. (2015, 4 8). Pembangunan Politik dan Ekonomi Seharusnya Menzahirkan Jati
Diri Acuan Malaysia. Retrieved from slideshare:
https://www.slideshare.net/admeePindia/pembangunan-politik-dan-ekonomi
Samruhaizad Samian, J. M. (Januari 2014). Isu Perbandaran dan Kualiti Hidup Penduduk
Pinggir Bandar. ResearchGate.
Djumadi, (Jun 2016). Konsep Pembangunan Ekonomi Perspektif Islam.
file:///C:/Users/Acer/Downloads/25-104-1-PB%20(2).pdf

Admee, M. (2015, 4 8). Pembangunan Politik dan Ekonomi Seharusnya Menzahirkan Jati
Diri Acuan Malaysia. Retrieved from slideshare:
https://www.slideshare.net/admeePindia/pembangunan-politik-dan-ekonomi
Samruhaizad Samian, J. M. (Januari 2014). Isu Perbandaran dan Kualiti Hidup Penduduk
Pinggir Bandar. ResearchGate.
Djumadi, (Jun 2016). Konsep Pembangunan Ekonomi Perspektif Islam.
file:///C:/Users/Acer/Downloads/25-104-1-PB%20(2).pdf

Admee, M. (2015, 4 8). Pembangunan Politik dan Ekonomi Seharusnya Menzahirkan Jati
Diri Acuan Malaysia. Retrieved from slideshare:
https://www.slideshare.net/admeePindia/pembangunan-politik-dan-ekonomi
Samruhaizad Samian, J. M. (Januari 2014). Isu Perbandaran dan Kualiti Hidup Penduduk
Pinggir Bandar. ResearchGate.
Djumadi, (Jun 2016). Konsep Pembangunan Ekonomi Perspektif Islam.
file:///C:/Users/Acer/Downloads/25-104-1-PB%20(2).pdf

Anda mungkin juga menyukai