Anda di halaman 1dari 26

FACULTY OF FILM, THEATRE AND ANIMATION (FITA)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM)

CTU 554: ETIKA DAN PERADABAN II

KERTAS KERJA

TAJUK:

ETIKA DAN PERADABAN : PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI


KOMUNIKASI

KUMPULAN 3: 554-FF1

DISEDIAKAN OLEH:

NO. NO. PELAJAR NAMA


1. 2021121979 MUHAMMAD DANIEL BIN ABDUL
MUTALIB
2. 2021127743 MIMI ANISA BINTI AMIR
3. 2021127477 NUR SYAMIMI BINTI SHAIPUL BADRI
4. 2021122469 FILZAH ILI MUSFIRAH BINTI
MOHAMED NOOR

DISEDIAKAN UNTUK:
ENCIK ABD SHUKOR MOHD ALI
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN 1-2

2.0 HUBUNGAN ANTARA PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI DENGAN

ETIKA DAN PERADABAN 3-6

2.1 INDIVIDU 3-4

2.2 MASYARKAT 4

2.3 NEGARA 5-6

3.0 KESAN PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI DAN KAITANNYA DENGAN

ETIKA DAN PERADABAN 7-11

3.1 INDIVIDU 7-8

3.2 MASYARAKAT 8-9

3.3 NEGARA 9-10

3.4 GLOBAL 10-11

4.0 LANGKAH-LANGLAH MENGATASI PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI 12-16

4.1 INDIVIDU 12-14

4.2 KERAJAAN 15-16

5.0 KESIMPULAN 17-18

6.0 RUJUKAN 19-20


7.0 LAMPIRAN 21-23
1.0 Pendahuluan

Teknologi adalah produk atau penyelesaian yang terdiri dari sekumpulan instrumen,

metode, dan teknik yang dirancang untuk menyelesaikan masalah. Secara umumnya,

teknologi dikaitkan dengan pengetahuan saintifik dan kejuruteraan; namun, teknologi adalah

segala gagasan yang dapat mempermudah kehidupan dalam masyarakat, atau yang

memungkinkan memenuhi tuntutan atau keperluan individu atau kolektif, disesuaikan dengan

kehendak waktu tertentu.

Fokus utama bab ini ialah untuk member gambaran dan seterusnya menjelaskan

konsep berkaitan penhayatan etika dan peradaban dengan isu semasa iaitu Penyalahgunaan

Teknologi Komunikasi. Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang berkembang maju

selaras dengan peredaran semasa bahkan menjadikan Malaysia negara pengguna teknologi

komunikasi yang kelima terbesar di rantau Asia-Pasisfik. Kemunculan teknologi internet

sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang

memantapkan ilmu dan maklumat.

Kecangihan teknologi maklumat dan komunikasi boleh menimbulkan

penyalahgunaan teknologi. Penyalahgunaan teknologi bermaksud menggunakan teknologi

untuk tujuan yang salah dan boleh menyusahkan orang lain sebagai contoh, oleh kerana tiada

siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah

dihidupkan. Bermacam-macam maklumat (samaada benar atau salah), idea, ideologi,

propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet.

Maksud etika ialah prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adat sopan santun dan

sebagainya) yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia.

Menurut Dr. H. Hamzah, etika ialah ilmu yang menyelidiki mana yang baik dan mana

yang buruk dengan memperhatikan amal perbuatan manusia sejauh yang dapat diketahui

akal.1
1
H. Hamzah Ya’cub, Dr., (1985), Etika Islam, Bandung: cv. Deponegoro, h. 13.
Pada dasarnya etika adalah salah satu cabang dari ilmu falsafah yang membuat

penyelidikan tentang moral dan tingkahlaku manusia dari segi tindakan baik dan buruk yang

seharusnya diketahui, dan yang sepatutnya diamalkan dalam kehidupan, samaada dari sudut

individu, masyarakat dan negara.

Manakala peradaban pula bermaksud sistem dan tahap sosial sesuatu bangsa dan

kebudayaan sesuatu bangsa. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, adab ditafsirkan sebagai

budi pekerti yang halus. Namun begitu, “terminology peradaban” merujuk kepada sistem dan

tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa; kemajuan sosial dan kebudayaan sesuatu bangsa.

2.0 Hubungan Antara Penyalahgunaan Teknologi dengan Etika dan Peradaban

2.1 Individu

Pornografi boleh diertikan sebagai bahan lucah atau tidak sopan yang boleh

merosakkan minda seseorang. Pada zaman sekarang ia telah berkembang secara berleluasa.
Sebelum ini, cara mendapatkan bahan-bahan tersebut adalah melalui teknologi dari mesin

cetak seperti foto, gambar, majalah, pita video atau cakera padat. Tetapi kini, dengan

kepesatan teknologi menyebabkan perkara seperti ini mudah tersebar dengan cepat dan di

laman sosial. Tambahan pula, hampir semua bahan pornografi ini boleh diakses oleh sesiapa

sahaja termasuklah golongan belia, remaja mahupun kanak-kanak kerana ianya adalah

percuma. Lemahnya akidah seseorang itu sehingga boleh terjerumus ke lembah pornografi.

Berbalik kepada fitrah beragama, semua agama melarang perbuatan yang tidak bermoral ini.

Dalam al-Quran ada menegaskan, Surah al-Isra’, ayat 32, “Dan janganlah kamu menghampiri

zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk.” Kita sebagai

seorang yang mempunyai agama yang ada panduan hendaklah berpegang teguh kepada

ajaran-Nya.

Isu kedua ialah Plagiat. Perkara ini banyak dilakukan oleh masyarakat yang

berkecimpung dalam bidang penulisan. Perkara ini boleh dikatakan sebagai jenayah

akademik yang paling serius yang tidak dapat diterima oleh komuniti ilmuan. Segala bentuk

pelanggaran atas hak kekayaan intelektual merupakan kezaliman dan haram hukumnya.

Firman Allah SWT dalam al-Quran, “Hai orang yang beriman, janganlah kamu saling

memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil. Kecuali dalam perdagangan yang

berlaku atas dasar suka sama suka diantara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu.

Sungguh, Allah Maha Penyayang kepadamu.”(Surah an-Nisa, ayat 29). Sehubungan dengan

itu, sedah semestinya seseorang boleh mengapresiasi karya orang lain dan menghargainya

dengan tidak melakukan plagiat. Sekurang-kurangnya, hendaklah disebutkan sumber lengkap

diikuti dengan nama penulis. Shaikh al-Albani R.A ada berkata, “Para ulama mengatakan,

diantara keberkatanilmu ialah menisbatkan setiap perkataan kepada orang yang

mengatakannya”. Dengan itu, kita hendaklah bertanggungjawab dengan apa yang dilakukan

demi mendapatkan keberkatan Allah S.W.T


2.2 Masyarakat

Isu yang sering diperdebatkan dalam kalangan masyarakat ialah penyebaran

maklumat palsu. Berita palsu bukan sahaja boleh mewujudkan suasana tidak sihat dalam

masyarakat, malah turut memberi pelbagai kesan terhadap keadaan politik, ekonomi, sosial

dan budaya negara. Kebanyakkan berita disebarkan tidakboleh ditarik balik dan hukumnya

haram kerana perkara yang disebarkan itu boleh membawa bencana kepada pihak tertentu.

Sebagai contoh, pada awal pengenalan vaksin Covid-19, terdapat fenomena “infodemik” iaitu

penyebaran berita palsu atau maklumat tidak tepat yang berisiko membahayakan pelaksanaan

program imunisasi atau vaksin Covid-19. Kajian dari Univerisit Cornell di Amerika Syarikat

mendapati bekas presiden negara itu, Donald Trump menjadi peneraju kesilapan maklumat

terbesar dunia berkaitan pandemik Covid-19. Trump memikirkan mengenai kemungkinan

untuk menggunakan pembasmi kuman di dalam badan bagi menyembuhkan Covid-19 selain

mempromosikan rawatan yang tidak terbukti berkesan. Penyebar berita palsu berkaitan

suntikan vaksinasi Covid-19 boleh dikenakan tindakan di bawah seksyen 211 dan 233 Akta

Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) berikutan kebimbangan, kekeliruan dan

menggugat ketenteraman awam. Firman Allah bermaksud, “Wahai orang yang beriman, jika

datang kepada kamu seorang yang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk

menentukan) kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara

tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu

menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujarat, ayat 6)

2.3 Negara

Isu pertama yang timbul di dalam negara ini ialah penipuan telekomunikasi. Penipuan

melalui penggilan telefon ialah pemanggil mengaku sebagai pengawai dari agensi kerajaan

seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan
mahkamah atau badan swasta seperti institusi perbankan yang memberitahu kononnya

mangsa ada masalah dengan pihak berkuasa sebalum memperdaya mereka supaya

mendedahkan maklumat peribadi serta kewangan. Tahun ini setakat 24 Mac lalu, sejumlah

1,392 kes penipuan panggilan dilaporkan kepada PDRM membabitkan kerugian bernilai

RM38.199 juta. Ketika menghadapi situasi penularan wabak Covid-19 misalnya, ramai dari

kalangan masyarakat terjejas akibat tidak dapat berkerja dan hilang sumber pendapatan. Oleh

itu, kerajaan telah memperuntukkan bantuan khas untuk membantu mereka yang terjejas.

Malangnya, ada pihak tertentu mengambil kesempatan untuk melakukan penipuan dengan

menghantar SMS berhubung-kait dengan bantuan ini dengan meminta maklumat peribadi

penerima bantuan. Dalam Islam, seseorang yang menipu yakni berdusta melalui kata-katanya

disebut sebagai munafik. Berdasarkan satu daripada Abu Hurairah R.A bahawasanya

Rasulullah S.A.W bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara

dia dusta, apabila berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati” (Riwayat al-

Bukhari dan Muslim). Firman Allah yang bermaksud, “Wahai orang yang beriman, janganlah

kamu makan harta-harta sesama kamu dengan jalan yang batil (tipu, judi dan sebagainya).”

(Surah an-Nisa’, ayat 29). Pada akhirnya, masyarakat perlu lebih peka dengan perkembangan

SMS berkaitan jenayah telekomunikasi ini, tidak mudah panik dengan ugutan, sentiasa

mendapat nasihat pihak berwajib sebelum melakukan tindakan dan saling ingat mengingati

antara satu sama lain akan kewujudan jenayah kewangan dalan talian sebegini.

Isu yang seterusnya ialah penggodaman. Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

(PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac tahun lepas, memperlihatkan peningkatan laporan kes

berkaitan keselamatan siber. Peningkatan itu berkaitan dengan kebanyakkan orang awam

terpaksa melakukan tugasan pejabat di rumah dan keadaan itu secara tidak langsung

membuka ruang kepada pihak ketiga untuk melakukan penggodaman sama ada menerusi

peranti atau perisian yang tidak selamat. Contoh kes pencerobohan ini termasuk melakukan
penggodaman kepada peranti pengguna atau memecah masuk untuk memperolah maklumat

sensitif pengguna. Pencuri identiti di dalam alam siber mencuri maklumat dan data peribadi

orang lain secara sengaja dengan tujuan untuk menggunakannya dalam urusan peribadi.

Misalnya, mencuri nombor akaun bank, kad kredit mahupun kad debit dan menggunakannya

untuk melakukan pembelian dan pembayaran secara atas talian. Nabi Muhammad S.A.W

bersabda yang bermaksud “Adalah dilarang mengambil harta orang muslim tanpa kebenaran”

(al-Baihaqi, 1994)
3.0 Kesan Penyalahgunaan Teknologi dan Kaitannya dengan Etika dan Peradaban.

3.1 Individu.

Penggunaan teknologi maklumat sangat memberi kesan yang negatif terhadap

seseorang individu seperti banyak membuang masa. Keseronokan melayari laman-laman

sosial seperti Facebook, Twitter dan bermain pemainan maya secara atas talian menyebabkan

seseorang individu menghabiskan banyak waktu dengan perkara-perkara tersebut. Kesan

yang paling ketara adalah terhadap pelajar yang menghabiskan waktu mereka melayari

internet sehinggakan mengabaikan kerja sekolah dan masa belajar. Hal ini menyebabkan

pelajaran seseorang pelajar menjadi merosot dan tidak dapat dikawal lagi. Bukan itu sahaja,

produktiviti seseorang pekerja juga akan merosot disebabkan terlalu syok dan leka dengan

melayari internet.

Selain itu, teknologi juga memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan

minda seseorang individu apabila terlalu obsess dengan internet. Hal ini kerana, seseorang

individu itu akan melayari laman sesawang yang tidak bermoral atau pornografi dan

menyebabkan ketagihan. Generasi muda adalah lebih mudah terdedah untuk melayari laman

sesawang yang tidak bermoral dan pornografi yang disebabkan oleh benteng agama yang

tidak kukuh dan kurang didikan agama dari keluarga mahupun pihak pengajar. Hal ini akan

memberi kesan yang buruk dimana seseorang individu itu akan mudah terpengaruh dan akan

mengikuti semua perbuatan dan perlakuan yang tidak baik menerusi laman sesawang

tersebut.

Seterusnya, dalam bidang akademik juga akan berlaku gejala menciplak oleh pelajar,

professor dan penyelidik. Hal ini dianggap sebagai kes penyelewengan dan para pesalah

boleh dikenakan hukuman yang setimpal seperti dibuang atau digantung dari universiti.

Pelajar akan dapat menyiapkan kerja yang diberi dengan cepat dan mudah kerana adanya

teknologi yang canggih. Oleh itu, wujudlah budaya plagirisme, namun budaya ini sebenarnya
telah wujud sebelum munculnya teknologi maklumat tetapi tidak serius. Namun disebabkan

budaya ini semakin berleluasa, pelajar universiti akan menggunakan kaedah plagiat untuk

memudahkan dan mempercepatkan proses penyiapan kerja kursus mereka. Hal ini

menyebabkan para pelajar cenderung untuk melakukan kaedah plagiat.

3.2 Masyarakat

Penyalahgunaan teknologi juga memberi kesan negative terhapap masyarakat.

Semakin banyak masa yang digunakan dan dihabiskan oleh masyarakat di media sosial akan

meningkatkan kemungkinan berlakunya siber buli, kegelisahan sosial, kemurungan dan

pendedahan terhadap kandungan yang tidak sesuai dengan faktor umur. Media sosial juga

akan menyebabkan berlakunya ketagihan. Walaupun buli bukanlah konsep yang baharu,

namun media sosial dan teknologi telah membawa buli ke tahap yang baharu. Pembuli yang

melakukan siber buli tidak akan menerima kesan yang negatif atas apa yang mereka lakukan,

malah kesan yang lebih buruk akan dialami oleh mangsa buli tersebut. Mangsa buli akan

mengalami masalah psikologi seperti kurang keyakinan diri, menjadi anti sosial dan dalam

kes yang lebih teruk, mangsa akan mengalami masalah kecenderungan untuk melakukan

sesuatu yang memudaratkkan diri sendiri seperti membunuh diri.

Selain itu, perasaan yang takut akan ketinggalan. Disebabkan oleh terlalu syok dengan

media sosial, masyarakat yang terpengaruh akan sentiasa mengambil telefon setiap beberapa

minit untuk memeriksa perkembangan terkini atau secara komprehensif akan bertindak balas

terhadap amaran walaupun ia kan mengambil risiko semasa memandu, kurang tidur malam

atau juga lebih mengutamakan media sosial berbanding hubungan dunia nyata. Masyarakat

yang terlalu leka bermain dengan teknologi seperti Facebook, Twitter, Instagram dan Tiktok

akan mudah untuk mengabaikan tanggungjawab yang mereka tanggung. Sebagai contoh,

golongan ibu bapa, tanggungjawab terhadap anak mereka akan terabai atau dilupakan kerana
leka dengan melayari internet dan ia akan menyebabkan anak mereka menjadi tidak terurus

dan merasa kurang mendapat perhatian dari ibu bapa mereka.

Bukan itu sahaja, penyebaran fitnah dan berita yang tidak benar juga sering dilakukan

oleh masyarakat untuk menjatuhkan, memburukkan dan memalukan orang lain. Fitnah yang

disebar akan disebar menggunakan laman web internet, sms dan media lain. Hal ini

menyebabkan berlakunya perselisihan faham dan budaya benci-membenci dalam masyarakat.

Masalah ini mencabar etika dan peradaban hidup bermasyarakat. Menurut ajaran Islam,

penyebaran fitnah merupakan satu jenayah yang sangat besar kerana fitnah akan memberi

kesan terhadap maruah dan kedudukan masyarakat. Firman Allah dalam al-Quran yang

bermaksud:

“Fitnah itu lebih merbahaya dari membunuh” (12)

3.3 Negara

Penyalahgunaan teknologi akan menyebabkan negara menjadi mundur dan kucar-

kacir. Pada masa kini,kebanyakan negara moden juga melaksanakan dasar pengawalan dan

penapisan segala maklumat yang dianggap boleh mendatangkan kesan buruk kepada negara.

Lebih-lebih lagi pada zaman yang serba canggih, telah muncul pelbagai alat perantaraan

untuk penyebaran maklumat. Walaupun negara telah memperketatkan dan telah pun

mempunyai dasar pengawalan dan penapisan, namun maklumat negara masih sukar

dipertahankan.

Serangan siber senjata baharu mengancam keselamatan negara. Serangan siber boleh

berlaku dalam pelbagai bentuk penghantaran seperti bom e-mel, spam, gangguan, ancaman

penggodam, serangan virus,penafian perkhidmatan, dan pencerobohan yang akan

mengakibatkan maklumat sulit negara terbongkar. Ia akan menjadi satu senjata baharu yang

sangat berkesan untuk menceroboh mana-mana sistem maklumat dan data sulit negara.
Menurut laporan Ancaman Keselamatan Sophos 2014, sebuah agensi bebas menyelidik tahap

bahaya serangan siber, Malaysia berada pada tangga keenam mudah diserang penjenayah

siber. Menurut pakar forensic ICT, Dr Mohd Taufik Abdullah, Anonymous adalah kumpulan

aktiviti komuniti maya dan penggodam yang tidak berpusat dengan matlamat melakukan

aktiviti menggodam berasaskan internet terhadap kerajaan tertentu dan organisasinya serta

tapak web korporat. Ahli kumpulan tersebut juga bertaburan di seluruh dunia dan sepakat

untuk melancarkan serangan kepada sasarannya. Manakala, menurut Ketua Pegawai

Teknologi Cybersecurity Malaysia, Dr Solahuddin Shamsuddin, kegiatan penggodam

computer ini, termasuklah kumpulan Anonymous sukar dikesan di mana mereka beroperasi

kerana kumpulan ini amat licik menghapuskan jejak selain mendapat bantuan Anonymous

negara asing.

3.4 Global

Pengaruh teknologi yang telah menular berjaya merubah paradigma sosiobudaya dan

bahasa komunikasi. Jati diri manusia mendapat kesan daripada penjajahan budaya hidup

Barat dalam aspek pakaian, minuman, makanan, tingkahlaku dan hiburan. Sebagai contoh,

masyarakat yang mudah terpengaruh dengan budaya Barat tidak menjadikan lagi pakaian

tradisional sebagai pakaian yang dibanggakan seharian. Makanan tradisional bertukar dengan

makanan import dengan pelbagai jenama terkenal. Kerosakan bahasa juga berlaku

disebabkan pengaruh teknologi tanpa disedari. Kesannya sangat memberi impak yang besar

terutama terhadap remaja. Contohnya perkataan Assalamualaikum sudah diringkaskan

dengan pelbagai cara seperti Asm, Askum, Aslm dan Salam mula tersebar penggunaanya.

Perkataan sangat jelas tdak tersusun ejaannya mahupun maksudnya sendiri. Penggunaan

istilah, perkataan dan bahasa itu sendiri jelas telah dirosakkan. Hal ini menyebabkan nilai-

nilai murni dalam diri manusia menjadi runtuh disebabkan pengaruh teknologi yang kuat.
Bukan itu sahaja, pengaruh budaya Barat yang disebabkan oleh pengaruh teknologi akan

menyebabkan anak tempatan kehilangan identiti.


4.0 LANGKAH-LANGLAH MENGATASI PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI

4.1 Individu

Dewasa ini, umum mengetahui bahawa teknologi komunikasi seperti facebook,

instagram, whatsapp dan sebagainya lebih banyak merugikan seseorang individu berbanding

dengan kebaikannya. Teknologi ini digunakan bagi bertukar maklumat dan informasi dan

saling menjalin komunikasi antara satu dengan yang lain. Namun begitu terdapat beberapa

pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan kerosakan terhadap individu,

masyarakat dan kerajaan. Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan oleh

setiap individu bagi mengatasi penyalahgunaan teknologi ini.

Antara langkah yang boleh dilakukan ialah, individu perlulah bertanggungjawab

terhadap sesuatu perkara yang telah dilakukan mereka dalam menggunakan teknologi. Hal ini

dikatakan demikian kerana, setiap penyalahgunaan teknologi seperti internet dan lain-lain

telah menyebabkan kerugian kepada orang yang tidak bersalah. Sebagai contoh berlakunya

fitnah kepada orang tidak bersalah dan hal ini dikongsi dalam laman sesawang seperti twitter,

facebook, whatsapp, instagram dan sebagainya. Perkara ini telah menjatuhkan maruah orang

tersebut dan merugikan mereka yang tidak bersalah. Menurut Rahman di dalam kajiannya,

setiap individu perlulah mempunyai sikap yang selektif dan berwaspada supaya dapat

menentukan sesuatu perkara yang baik untuk dirinya agar tidak terpengaruh dengan budaya

asing sehingga menyebabkan kerosakan penyalahgunaan teknologi (Ali Rahman, 2016). Jadi,

setiap orang mestilah menggunakan teknologi dengan rasional agar tidak terjebak dengan

bahana yang merugikan diri sendiri dan orang lain.

Selain itu, dalam era teknologi ini, individu perlulah mendekatkan diri dan

melaksanakan ajaran agama dengan baik. Hal ini dikatakan demikian kerana, apabila jauhnya

ajaran agama dari diri seseorang, dikhuatiri akan merosakkan akhlak. Hal ini kerana

berlakunya perkara yang tidak diingini yang dilakukan dalam laman sesawang seperti
menonton video-video lucah dan ini boleh menjerumuskan seseorang itu ke kancah maksiat.

Menurut Azizan, Ismail, Mohd Zin, dll, media teknologi pada masa kini lebih banyak

membawa kepada keruntuhan moral dan pengaturan hidup yang tidak sepatutnya memberi

kesan kepada keruntuhan akhlak anak muda masa kini (Azizan N.I, Ismail N., Mohd Zin

S.M, dll, 2021). Bahkan bukan itu sahaja, penyalahgunaan teknologi turut menyebabkan

individu cenderung untuk melakukan plagiat hasil karya orang lain dengan tanpa rasa

bersalah kerana tiada kesedaran dan bagi mereka ini tidak salah di sisi agama. Jadi, bagi

mengelakkan perkara ini berterusan individu perlulah mendalami ilmu agama dengan

menghadiri kuliah-kuliah agama yang diadakan di masjid-masjid ataupun di surau. Bahkan

dengan adanya teknologi yang semakin canggih, individu dapat menghadiri kuliah agama

atas talian seperti di facebook, youtube dan lain-lain. Perkara ini memudahkan lagi individu

untuk mendekatkan diri dengan Allah s.w.t dan memahami ajaran agama Islam yang

sesungguhnya. Menurut Abdullah dalam kajian beliau, sejak 1441 tahun dahulu, Allah SWT

telah memberitahu ilmu asas teknologi maklumat dan komunikasi melalui banyak ayat al-

Quran. Salah satu ayat tersebut adalah firman Allah yang bermaksud;

“. Dan Dialah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang

menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu

membawa awan mendung, Kami halakan ia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering

kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air

hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan

(menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil

pelajaran daripadanya” (.surah al A’raf (7):57) (Abdullah M., 2020).

Di samping itu, individu perlulah bijak membahagikan masa ketika melayari internet.

Hal ini kerana, apabila seseorang individu sibuk dengan alam maya, dia dengan mudah akan

melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim seperti gagal menunaikan solat diawal
waktu, tiada masa untuk membaca al-Quran dan sebagainya. Bukan itu sahaja, individu yang

sering menghabiskan masa dengan bermain permainan video lebih cenderung untuk ketagih

dan mengeluarkan kata-kata yang kesat. Menurut Ismail dalam buku beliau, pemberian gajet

yang tidak terkawal kepada anak-anak akan menyebabkan kesan negatif jangka panjang yang

akan mewujudkan masalah tingkah-laku dan juga akan menyebabkan emosi mereka tidak

terkawal apabila gajet diambil dari tangan mereka (Ismail H., 2019). Oleh itu, langkah-

langkah ini perlu diambil bagi membendung perkara yang tidak diingini berlaku. Individu

perlu menetapkan masa penggunaan teknologi dengan bijak agar tidak ketagih dan

membuang masa. Hal ini akan merugikan masa dalam menuntut ilmu serta mengabaikan

tanggungjawab ke atas diri, keluarga, masyarakat dan negara. Bagi mengelak daripada

ketagihan terhadaap teknologi, individu boleh melakukan amalan-amalan riadah serta

pengisian rohani. Ini dapat menjadikan seseorang individu tersebut sihat fizikal dan mental.
4.2 Kerajaan

Langkah-langkah yang dapat dilakukan oleh kerajaan pula ialah melaksanakan

inisiatif nasional seperti mengadakan kempen yang berkaitan dengan penyalahgunaan

teknologi seperti “Penggunaan Internet Secara Positif”. Kerajaan perlulah mendedahkan

kempen ini kepada orang awam terutamanya golongan pelajar kerana golongan pelajar

merupakan golongan yang mudah terpengaruh dengan anasir luar. Kempen ini perlulah

disebarkan melalui media massa seperti televisyen, poster-poster, twitter, instagram dan

sebagainya. Pihak kerajaan juga boleh menyarankan agar orang-orang yang berpengaruh

seperti para ilmuan, para penididik, para artis dan lain-lain untuk turut serta dalam kempen ini

bagi menyedarkan ramai pihak bahawa pentingnya menggunakan teknologi dengan baik. Hal

ini dikatakan demikian kerana, golongan remaja mudah terpengaruh dengan orang yang

dianggap mereka hebat.

Seterusnya, pihak kerajaan juga boleh menguatkuasakan agensi yang terlibat dalam

membendung penyalahgunaanteknologi. Antara agensi yang terlibat ialah Kementerian

Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Pasukan Respons Kecemasan Komputer Kerajaan

(GCERT). Agensi-agensi ini terlibat untuk bertanggungjawab jika berlakunya jenayah siber.

Menurut portal rasmi Pasukan Respons Kecemasan Komputer Kerajaan (GCERT), agensi

mereka bertindak untuk bertanggungjawab menangani semua laporan yang diterima berkaitan

dengan keselamatan teknologi ICT yang melibatkan sektor awam (MyGOV, n.d.). Isu

penyalahgunaan teknologi ini bukanlah suatu isu yang baru tetapi ia merupakan suatu habit

yang teruk melanda negara kita. Menurut Ahmad, Mohd Noor dan Abd Aziz dalam kajian

mereka, statistik insiden keselamatan rangkaian CyberSecurity 2010-2015 menunjukkan

bahawa ia telah meningkat kepada 33%, dan bilangan kes yang dilaporkan adalah antara

8000-12000 (Ahmad, R., Mohd Noor, N.A, & Abd Aziz, A.S., 2016). Oleh itu, dengan
mengambil langkah untuk menguatkuasakan agensi-agensi ini, penyalahgunaan teknologi

dapat dibendung.

Akhir sekali, kerajaan juga boleh memberi pendedahan kepada masyarakat tentang

hukuman penyalahgunaan teknologi seperti Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta

Komunikasi dan Multimedia 1998. Akta Jenayah Komputer 1997 adalah berkaitan dengan

kesalahan penyalahgunaan komputer yang bertujuan melakukan jenayah manakala Akta

Komunikasi Multimedia 1998 pula adalah untuk mengawal aktiviti dan perkhidmatan seperti

telekomunikasi dan perkhidmatan dalam talian dan penyiaran tradisonal. Menurut Amboalaa,

Mokhtara, Muhammad dan Nor Muhamad, di bawah Akta Jenayah Komputer 1997 akses

tanpa kebenaran atau pengubahsuaian mana-mana program atau data yang terkandung dalam

komputer adalah salah dan harus dihukum (Amboala, T., Anuar Mokhtar, A. H., Muhammad,

M. Z., & Nor Muhamad, N. H., 2014). Jadi, dengan pendedahan akta-akta ini dapat membuka

minda masyarakat untuk mengelakkan daripada terjadinya penyalahgunaan teknologi.


5.0 Kesimpulan

Kesimpulan kepada perbincangan ini, teknologi dapat membantu perkembangan

sesebuah negara selaras dengan peredaran semasa. Teknologi komunikasi dan maklumat

sememangnya telah membuka dimensi yang baru dalam bidang ilmu bak air laut yang tidak

pernah kering. Dalam dunia yang kompetetif ini, semua individu berlumba–lumba bagi

melengkapkan diri mereka dengan ilmu. Teknologi memainkan peranan yang amat besar

dalam hal ini yang mana langsung membawa ketamadunan manusia ke satu tahap yang lebih

tinggi. Namun begitu, dalam mengejar kemajuan diharapkan usaha untuk memastikan ia

dimanfaatkan oleh segenap pelusuk manusia tanpa mengira darjat, bangsa dan budaya. Masih

banyak negara yang ketinggalan dari segi aplikasi sains dan teknologi. Sekiranya kemajuan

teknologi dapat digunakan dengan betul supaya dapat mengelakkan dari penyalahgunaan

makaia wajarlah disokong atas dasar kemanusian.

Ilmu sains dan teknologi selaras dengan agama, ilmu dan agama saling berkait rapat,

agama tanpa ilmu adalah buta. Berdasakan perbahasan tersebut hendak dijelaskan bahawa

negara Malaysia umum dengan penduduk Muslim dan merupakan sebuah negara yang

diiktiraf sebagai negara islam. Di dalam sesebuah negara islam yang membangun, wajarlah

ilmu sains dan teknologi dititikberatkan dalam kehidupan seharian agar negara dapat

berkembang maju. Pandangan al-Qur’an tentang sains dan teknologi dapat ditelusuri dari

pandangan al-Qur’an tentang ilmu. Al-Qur’an telah meletakkan posisi ilmu pada tingkatan

yang hamper sama dengan iman seperti tercermin dalam surah al-Mujadalahayat 11:

“… nescaya Allah akanmeninggikan orang-orang yang beriman di antarakamu dan

orang-orang yang diberiilmupengetahuanbeberapaderajat.” (QS. Al Mujadalah 58:11)


Berdasarkan petikan agung tersebut maka jelas terbuktilah bahawa pentingnya penghayatan

ilmu dalam diri seseorang individu agar manusia dapat menyempurnakan tugasnya sebagai

khalifah yang dipertanggungjawabkan mengurus dan mentadbir bumi, Allah SWT.

Di negara membangun, semua pihak memainkan peranan yang sangat penting dalam

menjadikan Malaysia bebas dari penyalahgunaan teknologi. Maka tidak dinafikan lagi

bahawa mana-mana inisiatif mahupun pihak kerajaan, perlu bermula dengan pembangunan

dasar yang tepat bertujuan mensejahterakan kehidupan sosial dan mencapai kemakmuran

bersama. Tidak ketinggalan, penyelesaian terhadap cabaran pandemic semasa

memperlihatkan keperluan untuk terus meningkatkan kerjasama saintifik secara global.

Segala langkah – langkah untuk mengatasi penyalahgunaan teknologi perlulah dipraktikkan

oleh semua pihak mahupun individu dan kerajaan, hal ini hendaklah ditekankan secara serius

dan mendalam.Yang pastinya pembangunan ekonomi negara perlu terus disepadukan dengan

pembangunan kemanusiaan, peningkatan kesejahteraan masyarakat dan kelestarian

kehidupan.
6.0 RUJUKAN

Buku:

Ismail, H. (2019). Bukan Generasi Remote Control: Melawan Stereotaip dalam Pendidikan

Awal Kanak-Kanak Abad ke-21. Kata-Pilar Books.

Jurnal/Artikel:

Ahmad, R., Mohd Noor, N. A., & Abd Aziz, A. S. (2016, October 5). Kawalan undang-

undang terhadap penyalahgunaan media sosial di Malaysia. Repo.uum.edu.my.

http://repo.uum.edu.my/20410/

Ali Rahman. (2016). Pengaruh Negatif Era Teknologi Informasi dan Komunikasi pada

Remaja (Perspektif Pendidikan Islam). Al-Ishlah: Jurnal Pendidikan Islam, 14(1).

https://doi.org/10.35905/alishlah.v14i1.384

Amboala, T., Anuar Mokhtar, A. H., Muhammad, M. Z., & Nor Muhamad, N. H. (2014).

Undang-Undang Siber Dari Perspektif Islam. Jurnal Teknologi, 72(1).

https://doi.org/10.11113/jt.v72.2333

Arashid, A. (2018, October 16). Jenayah Siber Menurut Perspektif Islam: Punca dan Akibat.

Academia.

https://www.academia.edu/37594259/Jenayah_Siber_Menurut_Perspektif_Islam_Pun

ca_dan_Akibat

Ismah binti Azizan, N., Ismail, N., Mursyidah Mohd Zin, S., & Zainuddin, F. (2021).

Cabaran Membentuk Akhlak Remaja Melalui Persekitaran Sosial dan Perkembangan

Teknologi. Jurnal Pengajian Islam,  14(1), 118-129.

http://jpi.kuis.edu.my/index.php/jpi/article/view/104
Kurniawan, H. A. M. (2018, August 29). Hukum Plagiarisme dalam Islam. Islami[Dot]Co.

https://islami.co/hukum-plagiarisme-dalam-islam/

Malik, M. A. (2021, October 2). Akta 588 cukup hukum penyebar berita palsu vaksin. Harian

Metro.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/10/761856/akta-588-cukup-hukum-

penyebar-berita-palsu-vaksin

Mohd Abdullah. (2020). Keberkesanan Penggunaan ICT dalam Kuliah Agama di Masjid

dalam Daerah Kuala Terengganu. Library.oum.edu.my.

http://library.oum.edu.my/repository/1313/

‌Sasongko, A. (2016, October 17). Plagiat, Apa Pandangan Ulama? Republika Online.

https://www.republika.co.id/berita/of6nqj313/plagiat-apa-pandangan-ulama

Website:

Hindari Menipu dan Menjadi Mangsa Tipu. (2020, November 1). Laman Web Rasmi: Institut

Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

https://www.ikim.gov.my/index.php/2020/11/01/hindari-menipu-dan-menjadi-

mangsa-tipu/

MyGOV - The Government of Malaysia’s Official Portal. (n.d.). Malaysia.gov.my.

https://malaysia.gov.my/portal/content/30094?language=my
7.0 LAMPIRAN

Arahan penyekatan unsur-unsur fitnah

dan hina di laman sosial.

Pendakwaan penjenayah siber

godam sistem komputer Malaysia.

Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) memberi tumpuan terhadap


Keselamatan siber dan peperangan teknologi tinggi.

Kesan terlalu taksub dengan internet menyebabkan 60,000 pelajar ketagih.

Peratus kanak-kanak yang melayari internet sendirian

Keselamatan siber dipertingkatkan untuk mengelakkan masalah


kebocoran maklumat berlaku.

Arahan terhadap ibu bapa untuk memantau aktiviti dalam talian anak mereka

untuk mencegah berlaku perkara yang tidak diingini berlaku.

Kajian ancaman siber murid dilakukan untuk memberi

kefahaman tentang bahayanya buli siber.

Anda mungkin juga menyukai