Anda di halaman 1dari 1

Siti Hajar Binti Sharudin,

Politeknik Seberang Perai,


Jalan Permatang Pauh,
13500 Permatang Pauh,
Pulau Pinang.
___________________________________________________________________________
Pejabat Agama Islam,
Daerah Tapah,
Jalan Raja 35000 Tapah,
Perak. 16 JANUARI 2017
Tuan/Puan,
PERMOHONAN MAAF DI ATAS PENARIKAN DIRI DARI MENJALANI PROGRAM
LATIHAN INDUSTRI SESI JUN - NOVEMBER 2017

Dengan segala hormatnya adalah dimaklumkan perkara di atas.

2. Dukacita dimaklumkan bahawa saya tidak dapat menjalani latihan industri di firma
Tuan / Puan pada 19 Jun 2017 hingga 3 November 2017, seperti mana surat jawapan
penerimaan penempatan dari pihak Tuan / Puan. Berikut adalah maklumat diri saya untuk
rujukan Tuan / Puan :

Nama Pelajar : SITI HAJAR BINTI SHARUDIN

No. Kad Pengenalan : 951204 - 08 - 6146

No. Pendaftaran : 10DIB14F2007

3. Untuk pengetahuan Tuan / Puan, permohonan penarikan diri ini adalah kerana saya
telah pun menerima tawaran menjalani latihan di syarikat lain. Sehubungan dengan itu,
besarlah harapan saya agar pihak Tuan / Puan dapat memahami dan menerima permohonan
penarikan diri saya dari menjalani latihan industri di firma Tuan / Puan.

4. Saya memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul dan amat menghargai
tawaran penerimaan dari pihak Tuan / Puan. Segala kerjasama yang Tuan / Puan berikan,
saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, Yang Benar,

----------------------------

(SITI HAJAR BINTI SHARUDIN)

Anda mungkin juga menyukai