Anda di halaman 1dari 1

Nor Yuslieza Binti Hussin

Lot 841 Kg Merbau Chondong


16600 Pulai Chondong
Machang Kelantan 5 Mac 2014

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Blok 2, Kota Darulnaim
15503 Kota Bharu
Kelantan

Tuan/ Puan
PERMOHONAN MAAF DIATAS PENARIKAN DIRI DARI MENJALANI PROGRAM
LATIHAN INDUSTRI SESI JULAI- DISEMBER 2014
Dengan segala hormatnya adalah dimaklumkan perkara diatas.
2. Dukacita dimaklumkan bahawa saya tidak dapat menjalani latihan industri di firma Tuan/ Puan
pada 14 Julai 2014 hingga 2 November 2014, seperti mana surat jawapan penerimaan penempatan dari
pihak Tuan/ Puan. Berikut adalah maklumat diri saya untuk rujukan Tuan/ Puan:
Nama pelajar : Nor Yuslieza Binti Hussin
No. Kad Pengenalan : 910707-03-5710
3. Untuk pengetahuan Tuan/Puan, permohonan penarikan diri ini adalah kerana saya telah pun
menerima tawaran menjalani latihan di syarikat lain.
4. Suhubungan dengan itu, besarlah harapan saya agar pihak Tuan/ Puan dapat memahami dan
menerima permohonan penarikan diri saya dari menjalani latihan industri di firma Tuan/ Puan.
5. Saya memohon maaf diatas segala kesulitan yang timbul dan amat menghargai tawaran
penerimaan dari pihak Tuan/ Puan. Segala kerjasama yang Tuan/ Puan berikan saya dahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
Yang Benar,
............................................
(Nor Yuslieza Binti Hussin)
Pelajar Ijazah Sarjana Muda
Pengurusan perniagaan
Universiti Utara Malaysia

Anda mungkin juga menyukai