Anda di halaman 1dari 1

SINAR RAMADHAN CAHAYA SYAWAL ENTREPRISE

66-5, Tingkat Bawah, Jalan Junid,


84000 Muar,
JOHOR.

2 DISEMBER 2015

Tuan/Puan,
PERMOHONAN MAAF DI ATAS PENARIKAN DIRI DARI MENJALANI PROGRAM LATIHAN
INDUSTRI SESI JANUARI MAY 2016.
Dengan segala hormatnya adalah dimaklumkan perkara di atas.
2.
Dukacita dimaklumkan bahawa saya tidak dapat menjalani latihan industri di firma Tuan
/ Puan pada 11 Januari 2016 hingga 29 April 2016 , seperti mana surat jawapan penerimaan
penempatan dari pihak Tuan / Puan. Berikut adalah maklumat diri saya untuk rujukan Tuan /
Puan :
Nama pelajar

: MUHAMMAD SYARAFUDDIN BIN MD SALEH

No. Kad Pengenalan : 951115-04-5449


No. ID

: PTM 130702633

3.
Untuk pengetahuan Tuan / Puan, penolakan ini adalah kerana masalah kekangan jarak
antara organisasi Tuan /Puan dengan rumah saya iaitu dalam anggaram 40 minit. Selain itu,
saya juga telah dapat syarikat lain dengan jarak yang lebih dekat Sebagai makluman tuan/puan,
permohonan penempatan latihan industri dipohon sendiri oleh pelajar dan tiada jaminan
pengesahan tempat jika dilakukan kepada satu organisasi sahaja. Saya dan pihak kolej
memohon maaf sekiranya penolakan ini menimbulkan kesulitan daripada pihak tuan/puan.
4.
Sehubungan dengan itu, besarlah harapan saya agar pihak Tuan / Puan dapat
memahami dan menerima permohonan penarikan diri saya dari menjalani latihan industrI di
firma Tuan / Puan.
5.
Saya memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul dan amat menghargai
tawaran penerimaan dari pihak Tuan / Puan. Segala kerjasama yang Tuan / Puan berikan saya
dahului dengan ucapan juataan terima kasih.
Sekian,
Yang benar,
( MUHAMMAD SYARAFUDDIN BIN MD SALEH )
DIPLOMA IN COMPUTER SYSTEM AND NETWORKING

Anda mungkin juga menyukai