Anda di halaman 1dari 1

Desmond Fong PISMP PENDIDIKAN JASMANI AMBILAN JANUARI 2009

Pn Anisah Bt Sawit, INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KAMPUS GAYA PETI SURAT 10491, 88805 KOTA KINABALU, SABAH, MALAYSIA. Puan,

Tarikh

: 05 MEI 2012

SURAT MEMOHON MAAF ATAS KETIDAKHADIRAN KE AKTIVITI GOTONG-ROYONG Berhubung dengan perkara yang dinyatakan diatas, saya, Desmond Fong, dari unit PISMP Pendidikan Jasmani Semester 7, ambilan Januari 2009, ingin memohon maaf atas ketidakhadiran ke aktiviti gotong-royong yang telah diadakan pada 29 April 2012 bersamaan hari Ahad. Ketidakhadiran tersebut disebabkan oleh sebab-sebab dibawah. 2. Yang Pertama sekali, saya tidak mengetahui perjalanan aktiviti tersebut. Saya hanya mengetahui perkara tersebut selepas balik ke asrama. Saya juga memohon maaf kerana kecuaian saya kerana tidak bertanya kepada rakan dan juga tidak melihat di ruangan Facebook Asrama Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Tetapi saya berharap pengumuman asrama tidak hanya menggunakan halaman Facebook kerana tidak semua yang membuka halaman Facebook pada setiap masa. Pengumuman audio di asrama harus juga dilakukan bagi memastikan semua penghuni mengetahui aktiviti yang telah dirancang. 3. Yang kedua, saya telah balik ke rumah. Kerana tidak mengetahui aktiviti tersebut, saya telah bercadang untuk balik ke rumah. Saya memohon maaf kerana perkara ini telah menyebabkan perkara ini berlaku. 5. Dengan itu, Saya memohon maaf keatas semua kesilapan yang telah saya lakukan dan saya akan berjanji tidak akan melakukan perkara sedemikian lagi. Sebarang kesilapan amat dikesali Terima Kasih (DESMOND FONG) GURU PELATIH PISMP PENDIDIKAN JASMANI SEMESTER 7 AMBILAN JAN. 2009

Anda mungkin juga menyukai